Monday 4 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 04 (Karlovy Vary 2)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(CZECH REPUBLIC: Karlovy Vary & Prague)

Bahagian 4: Czech Republic (2)
KARLOVY VARY (Mill Colonnade, Dvořák Park, Park Colonnade & Main Post Office)

HARI KETIGA (2)

Part 17: Mill Colonnade

Tak salah kalau dikatakan bangunan Colonnade yang paling menarik di Karlovy Vary adalah Mill Colonnade. Ia mengandungi 5 buah hot spring di dalamnya, tetapi seperti juga di Market Colonnade tadi, bahagian dalam bangunan ini juga sedang ditutup untuk diubahsuai.

Mill Colonnade
Ada ukiran sedang disiapkan di pintu tepi Mill Colonnade
Pemandangan di dalam bangunan Mill Colonnade
Walaupun Mill Colonnade dianggap colonnade yang tercantik di Karlovy Vary kini, ia tidak popular sewaktu pembinaannya pada penghujung tahun 1880-an. Hot Spring di dalamnya juga tidak begitu menarik kepada pengunjung kerana suhunya sangat panas.

Bangunan Mill Colonnade ini disokong oleh 124 buah tiang.
Pemandangan Mill Colonnade dari hadapan. 12 patung yang terdapat pada bumbung Mill Colonnade menggambarkan 12 bulan dalam setahun.
Pintu masuk utama ke Mill Colonnade
Pemandangan umum Mill Colonnade
Di sana sini di Karlovy Vary terdapat pelbagai pusat rawatan spa yang boleh dikunjungi. Di sana sini juga, kelihatan banyak pusat urutan Thai Massage. Namun kami diberitahu yang kebanyakan pekerja di pusat-pusat Thai Massage ini bukanlah warga Thai, malah sebaliknya warga Filipina.

Banyak pusat Thai Massage dilihat di Karlovy Vary. Gerai di bawah ini pula menjual arak herba tradisional yang dinamakan Becherovka.
Dari Mill Colonnade, kita teruskan perjalanan untuk melawat ke Dvořák Park.

Meneruskan perjalanan ke Dvořák Park

Part 18: Dvořák Park

Dvořák Park dinamakan sempena komposer muzik terkenal kelahiran Czech yang bernama Antonin Dvořák. Ia terletak di penghujung bandar Karlovy Vary, berhampiran Thermal Spa Hotel.

Farmasi di penghujung Mill Colonnade, berhampiran Dvořák Park.
Berjalan menuju ke Dvořák Park
Melintas jalan menghala ke Dvořák Park
Column bulat begini banyak dilihat di seluruh Continental Europe.
Taman Dvořák tidak besar tetapi keindahan musim luruh di Czech Republic sangat terserlah di sini.

Dvořák Park
Mengabadi kenangan musim luruh di Dvořák Park
Daun-daun yang berguguran
Kolam kecil di Dvořák Park
Pemandangan menghala ke Thermal Spa Hotel
Bergambar di tepi kolam.
Itik berenang di dalam kolam.
Bunga-bunga winter
Berenang
Thermal Spa Hotel di hujung Dvořák Park
Antonin Dvořák
Ukiran di celah taman
The Guys in the group.

Part 19: Park Colonnade

Restoran Blanenský Pavilion pernah dibina di Dvořák Park. Malangnya, ia ditutup dan dirobohkan pada tahun 1966 atas isu-isu teknikal, meninggalkan hanya sebahagian dari laluan pejalan kakinya yang kini menjadi Park Colonnade.

Park Colonnade
Park Colonnade ini pada asalnya adalah sebahagian dari sebuah restoran yang bernama Blanenský Pavilion.
Laluan masuk ke Park Colonnade
Gazebo di Park Colonnade
Park Colonnade terkenal dengan mata air panasnya yang dinamakan Snake Spring. Ia mengalir keluar menerusi mulut ukiran seekor ular pada suhu 30'C. Ukiran ular ini dibuat kerana konon ceritanya, ular rumput gemar mendiami kawasan ini pada satu ketika dahulu.

Snake Spring
Air panas 30'C mengalir menerusi mulut ukiran ular.
Air panas dari Snake Spring ini kurang mengandungi mineral berbanding air panas lain di Karlovy Vary, tapi kaya dengan karbon dioksida.

Part 20: Main Post Office

Dari Park Colonnade, kami dibawa pula melawat ke Main Post Office yang satu ketika dulu pernah menjadi pejabat pos termoden di jajahan Austria-Hungary.

Berjalan menuju ke Main Post Office
Perjalanan ke Main Post Office ini agak mencabar kerana kita perlu berjalan mendaki bukit.
Main Post Office
Bangunan Pejabat Pos ini terletak di tengah-tengah di antara sektor komersil dan spa di Karlovy Vary. Di tingkat tiga bangunan ini terdapat ukiran 4 buah patung yang menggambarkan 4 kemudahan perhubungan: telegraf, pengangkutan rel, pengangkutan kapal dan mel. Bangunan ini kini telah diisytiharkan sebagai monumen sejarah oleh Kerajaan Czech Republic.

Pintu masuk ke Pejabat Pos
Empat patung di tingkat tiga bangunan ini menggambarkan 4 jenis perhubungan: telegraf, pengangkutan kapal, pengangkutan rel dan mel.
Kedai-kedai berdekatan Main Post Office

Part 21: Elizabeth V Spa

Kebanyakan spa mandian di Karlovy Vary terletak di dalam hotel. Satu-satunya spa yang dibuka untuk kegunaan awam adalah Elizabeth V Spa yang terletak bertentangan dengan bangunan Main Post Office. Ia dibuka pada tahun 1906 dan dinamakan sempena Empress Elizabeth yang lebih dikenali sebagai Sissi. Kita akan berkenalan lebih dekat dengan Sissi dalam lawatan ke Hungary dan Austria nanti.

Pemandangan  Elizabeth V Spa dari Main Post Office
Bangunan Elizabeth V Spa
Bangunan spa ini adalah pengguna terbesar air panas mineral di Karlovy Vary.
Elizabeth V Spa ini dibuka untuk kegunaan orang awam.
Pintu masuk ke Elizabeth V Spa
Menanam bunga-bunga winter di perkarangan Elizabeth V Spa

Part 22: Kembali ke Grandhotel Pupp

Program lawatan di Karlovy Vary tamat selepas kami melawat Elizabeth V Spa. Dari sini kami berjalan kaki kembali menyusuri Sungai Tepla untuk kembali ke Grandhotel Pupp bagi meneruskan perjalanan ke kota Prague.

Menyusuri Sungai Tepla untuk kembali ke hotel.
Bergambar di tepi Sungai Tepla
Republik Czech adalah tempat asal kasut Bata.
Restoran di mana kami dinner pada malam tadi terletak di kawasan ini.
Melintas Mill Colonnade sekali lagi
Pemuzik jalanan di tepi Mill Colonnade
Ristorante Pizzeria di mana kami dinner malam tadi.
Kereta kuda yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Karlovy Vary
Jalan berbukit di sebelah kiri inilah yang kami susuri malam tadi untuk menuju ke restoran.
Pemandangan jalan berbukit yang disusuri sewaktu dinner malam tadi.
Bergambar dengan Hot Spring Geyser
Salib di atas bukit ini dapat dilihat dengan jelas dari Grandhotel Pupp.
Bila dilihat dengan lebih dekat, rupa-rupanya Jesus Christ pada salib ini hanyalah sebuah lukisan yang dipasangkan kepada salib.
Myself dan Husband adalah ahli rombongan yang terawal tiba kembali ke hotel. Sambil menunggu ahli rombongan yang lain tiba, dapatlah kami berehat sambil terus menikmati kemewahan yang terdapat di Grandhotel Pupp ini.

Tiba kembali di Grandhotel Pupp
Berehat di lobi nan mewah sambil menunggu ketibaan anggota rombongan yang lain.
Kedai cenderamata di lobi Grandhotel Pupp
Pengiktirafan 5-Star Superior kepada Grandhotel Pupp


 Bersambung ke Bhg.5 ...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):