HARI KEENAM (3)
Part 67: Gresham Palace
Gresham Palace terletak di penghujung Chain Bridge di sebelah Pest. Ia dibina pada tahun 1906 sebagai ibu pejabat Gresham Life Insurance Company. Disebabkan kemewahannya, ia menarik ramai aristokrat British yang kaya untuk tinggal di tingkat atas bangunan ini.
Sewaktu Perang Dunia Kedua, Soviet Union menggunakan Gresham Palace untuk menempatkan tenteranya dan bangunan ini rosak teruk. 50 tahun kemudian, bangunan ini dibeli dan dijadikan Four Seasons Hotel yang mewah sehingga sekarang.
|
Count István Széchenyi Statue |
|
Bangunan Gresham Palace ini kini menjadi Hotel Four Seasons |
|
Satu lagi pemandangan bangunan Gresham Palace |
|
Ukiran berhampiran Gresham Palace |
Part 68: Andrassy Avenue
Jika Paris berbangga dengan Champs-Élysées, Budapest pula berbangga dengan Andrássy Avenue (disebut: Andrash-shi Avenue). Andrássy Avenue, yang dinamakan sempena Perdana Menteri Gyula Andrássy, adalah sebatang jalan yang sangat cantik di Budapest sehingga menerima pengiktirafan sebagai World Heritage Site dari UNESCO.
|
Permulaan Andrássy Avenue |
|
Bangunan-bangunan yang cantik di Andrássy Avenue |
|
Sebahagian Andrássy Avenue ditanam dengan pokok-pokok hijau |
Seperti Champs-Élysées di Paris, Andrássy Avenue juga dipenuhi dengan butik-butik mewah seperti Louis Vuitton, Ermenegildo Zegna, Burberry, Gucci dan sebagainya. Di samping itu, ia juga mempunyai beberapa bangunan yang penting dan bersejarah seperti St Stephen Basilica.
|
St Stephen Basilica |
St Stephen Basilica dinamakan sempena St Stephen, yang juga merupakan raja Hungary yang pertama. Tangan kanan St Stephen yang diawet dan dinamakan The Holy Right disimpan di gereja ini.
|
St Stephen Basilica menyimpan tangan kanan St Stephen yang dinamakan The Holy Right. |
|
Menara loceng St Stephen Basilica |
Budapest Opera House juga terletak di Andrássy Avenue. Ia adalah bangunan opera yang ketiga terbaik di Eropah selepas La Scala di Milan dan Paris Opera House. Patung yang dibina di depan Budapest Opera House ini adalah Ferenc Erkel yang merupakan pencipta lagu kebangsaan Hungary dan Ferenc Liszt yang merupakan seorang komposer muzik terkenal yang berasal dari Hungary.
|
Budapest Opera House |
|
Pemandangan Budapest Opera House dari depan. |
|
Bangunan-bangunan lain di Andrássy Avenue |
|
Pemandangan di Andrássy Avenue menghala ke Heroes' Square |
|
Aktor Richard Burton pernah berkata Champs-Élysées di Paris yang meniru Andrássy Avenue, dan bukan sebaliknya. |
|
House of Terror |
Sebuah lagi bangunan yang menarik perhatian di Andrássy Avenue adalah sebuah muzium Holocaust yang dinamakan House of Terror. Bangunan ini satu ketika dulu pernah digunakan sebagai ibu pejabat polis rahsia Nazi yang dinamakan Arrow Cross.
Mengikut sejarah, Hungary pernah menjadi sekutu rapat Hitler pada masa dahulu. Sebaik Arrow Cross berkuasa di Budapest, mereka mula membunuh orang-orang Yahudi di Hungary. Orang-orang Yahudi ini diseksa dan dibunuh di basement House of Terror dan di tebing Sungai Danube. Sebahagian mereka dihantar dengan keretapi ke Auschwitz Concentration Camp milik Nazi di Poland.
|
Bangunan-bangunan klasik di Andrássy Avenue |
|
Lagi pemandangan menarik di Andrássy Avenue |
Part 69: Heroes' Square
Heroes' Square yang terletak di penghujung Andrássy Avenue dibina pada tahun 1896 sempena ulang tahun ke-1,000 penubuhan negara Hungary.
|
Pemandangan Heroes' Square dari Andrássy Avenue |
|
Pemandangan Heroes' Square dari dalam bas |
|
Patung-patung di Heroes' Square |
|
Museum of Fine Arts di sebelah kiri Heroes' Square |
|
Bangunan-bangunan lain yang terletak bertentangan dengan Heroes' Square |
|
Tempat parking kenderaan di belakang Palace of Arts |
|
Bangunan Palace of Arts dari sisi |
Mercu utama di Heroes Square adalah sebatang tiang yang dinamakan Millenium Memorial. Di kaki tiang ini pula terdapat patung tujuh orang ketua (chieftains) Magyar yang memimpin pendudukan rakyat Hungary di Carpathian Basin pada waktu tersebut. Di Carpathian Basin inilah letaknya negara Hungary yang kita kenali hari ini.
|
Millenium Memorial adalah mercu tanda utama di Heroes' Square |
|
Patung Archangel Gabriel di kemuncak Millenium Memorial |
Di kemuncak Millenium Memorial, berdiri sebuah patung yang dinamakan Archangel Gabriel yang memegang mahkota St Stephen yang merupakan raja Hungary yang pertama di tangan kanannya. Tangan kirinya pula memegang Apostolic Double Cross yang dihadiahkan oleh Pope kepada St Stephen sebagai menghargai usaha baginda menyebarkan agama Kristian di Hungary.
|
Pemandangan Museum of Fine Arts dari Heroes Square |
|
Patung tujuh Magyar Chieftains di kaki Millenium Memorial |
Patung tujuh Magyar Chieftains yang membina negara Hungary diletakkan di kaki Millenium Memorial. Mereka terdiri dari Árpád, Előd, Ond, Kond,
Tas, Huba, and Töhötöm (Tétény).
|
Bergambar di Heroes Square |
Ada dua buah Colonnades yang didirikan di Heroes' Square. Sewaktu monumen ini dibina, Hungary adalah sebahagian dari Empayar Austro-Hungary yang diperintah oleh dinasti Habsburg. Maka pada masa itu, ia dihiasi dengan patung-patung pemerintah Habsburg yang terdiri dari Ferdinand I, Leopold I, Charles III, Maria Theresa dan Franz Joseph. Monumen ini rosak sewaktu Perang Dunia Kedua dan patung-patung mereka digantikan dengan patung-patung raja, gabenor dan tokoh-tokoh sejarah Hungary yang dilihat pada masa sekarang.
|
Colonande-colonnade di Heroes' Square dihiasi dengan patung-patung tokoh negarawan Hungary. |
|
Satu ketika dahulu, Colonnade ini pernah dihiasi dengan patung-patung pemerintah Habsburg dari Austria |
|
Tomb of the Unknown Soldier di Heroes' Square |
|
Tidak seperti Museum of Arts di seberang sana Heroes' Square, Palace of Arts ini tidak mempunyai pameran seni yang tetap. |
|
Bangunan Palace of Arts ini dibina seperti sebuah Greek Temple |
|
Tempat parking bas di belakang Palace of Arts |
Part 70: Star Kebab
Selepas melawat Heroes' Square, Sophie menemani kami sehingga ke restoran Star Kebab, di mana kami makan tengahari sebelum mengucapkan selamat tinggal. Makan tengahari dalam pakej lawatan kami adalah urusan sendiri, tetapi kami bersetuju dengan cadangan dari Tour Leader supaya kami makan di sini kerana restoran ini mempunyai sebuah surau untuk kemudahan kami bersolat.
|
Stesen Keretapi Budapest |
Pada siang hari begini, barulah kami jelas kedudukan Restoran Star Kebab yang sebenarnya terletak tidak jauh dari Stesen Keretapi Budapest. Selain itu, ia juga tidak jauh dari sebuah kawasan terkenal di Budapest yang dinamakan Oktagon.
|
Oktagon |
|
Star Kebab |
|
Pemandangan di depan restoran Star Kebab |
|
Kaunter makanan di dalam restoran |
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Pizza untuk makan tengahari |
Selepas makan, kami bersolat di surau restoran. Surau ini terletak di basement tetapi luas dan selesa.
|
Surau di basement Restoran Star Kebab |
|
Tempat wuduk |
|
Satu lagi pemandangan di dalam surau |
Selepas dah makan dan bersolat, kami menunggu bas di depan restoran untuk ke program kami yang seterusnya ~ Danube River Cruise.
|
Pemandangan di depan Restoran Star Kebab |
|
Menunggu bas di depan restoran |
|
Kedai yang suspicious di sebelah Restoran Star Kebab |
|
Pemandangan lebih dekat kedai yang suspicious itu. |
Part 71: River Danube Cruise
Selepas makan, bas membawa kami ke Pier 0 (Pier Zero) yang terletak di tepi Sungai Danube untuk membuat Danube River Cruise.
|
Perjalanan menuju ke River Cruise |
|
Walaupun Budapest adalah ibukota dan bandar terbesar di Hungary, ia tidak sibuk. Sukar nak melihat traffic jam di sini. |
|
Budapest Eye |
|
Tertidur dalam perjalanan menuju ke River Cruise |
|
Banyak Modern Art yang dilihat di Budapest |
|
"Nak ke mana tu?" |
|
Melintas Count István Széchenyi Statue sekali lagi. Dia adalah orang yang bertanggungjawab membina jambatan pertama menyeberang Sungai Danube di Budapest. |
|
Pandangan patung dari sisi |
|
Hotel Sofitel di Budapest |
|
Taman kecil berdekatan Hotel Intercontinental di Budapest |
Air Sungai Danube yang cantik membiru sangat menggamit perasaan. Kerana itulah cruise di Sungai Danube amat popular di Budapest. Bukan sekadar air sungainya yang cantik, pemandangan di kiri kanan tebing Sungai Danube juga sangat indah, sehingga mendapat pengiktirafan sebagai World Heritage Site dari UNESCO.
|
Sungai Danube |
|
Jeti di tepi bangunan Parlimen Hungary |
|
Bersiar-siar di tepi Sungai Danube |
|
Margit Bridge |
|
Banyak bot cruise berlabuh di tepi Sungai Danube |
|
Di sinilah bot cruise menanti kami |
Bot yang membawa kami cruise di Sungai Danube disewa khas untuk kumpulan kami. Sambil bot berlayar, kita disajikan dengan alunan muzik simfoni merdu "The Blue Danube Waltz" yang dicipta oleh komposer terkenal dari Austria, Johann Strauss II.
|
Berjalan masuk ke bot cruise |
|
Bergambar di tepi bot |
|
Bot ini dua tingkat. Ini pemandangan di tingkat bawah. |
|
Ada kiosk kecil yang menjual minuman di tingkat bawah ini. |
|
Tangga naik ke tingkat atas |
|
Pemandangan di tingkat atas bot |
|
Cruise bermula... |
|
Bersiar-siar di Sungai Danube |
|
Kenangan dalam bot cruise |
Bot berlayar perlahan di sepanjang Sungai Danube melintasi banyak tempat-tempat yang telah kami lawati tadi.
|
Bangunan-bangunan di tepi Sungai Danube ini banyak yang telah diubahsuai menjadi apartment-apartment mewah. |
|
Antara apartment yang cantik di tepi Sungai Danube |
|
Margit Bridge |
|
Boat-bus |
Tak keterlaluan kalau dikatakan yang bangunan Parlimen Hungary adalah antara bangunan yang tercantik di dunia. Baik dipandang dari darat mahupun dari tengah Sungai Danube, ia memang cantik. Bukan sekadar itu, bangunan Parlimen Hungary juga adalah bangunan parlimen yang terbesar di dunia. Mahkota yang dipakai oleh King Stephen sewaktu pertabalan baginda pada tahun 1000 dulu juga disimpan di dalam bangunan ini.
|
Parlimen Hungary |
|
Memang imposing bangunan Parlimen ini. |
|
Tak puas-puas nak menangkap gambar pemandangan bandaraya Budapest yang memang sangat cantik. |
|
Shoes On The Danube |
|
Chain Bridge |
|
Bangunan moden di Budapest |
|
Buda Castle |
|
Fisherman's Bastion |
|
Elisabeth Bridge |
|
Satu lagi pemandangan Elisabeth Bridge |
Monumen St Gellert juga dapat dilihat dengan jelas sewaktu cruise di Sungai Danube. St Gellert adalah seorang pendakwah Kristian dari Itali yang datang ke Hungary sekitar tahun 1000 dulu untuk mengembangkan agama Kristian. Usaha beliau walau bagaimanapun mendapat tentangan hebat dari rakyat Hungary yang ketika itu menyembah berhala. St Gellert ditangkap dan diikat kaki dan tangannya sebelum disumbat ke dalam sebuah barrel. Barrel ini digolekkan dari atas Bukit Gellert menuju ke Sungai Danube untuk membunuhnya.
|
Monumen St Gellert di atas Bukit Gellert |
|
Patung St Gellert ini didirikan di tempat di mana beliau disumbat ke dalam barrel dan digolekkan ke dalam Sungai Danube sehingga mati terbunuh. |
|
Bangunan ini digunakan oleh sebuah syarikat hartanah yang terkenal di Hungary. |
|
Liberty Monument di puncak Bukit Gellert |
|
Rudas Thermal Bath |
|
Tram di sebelah Buda |
|
Cave Church dan Pauline Monastery |
|
Gellert Hotel & Thermal Bath |
Bagi Myself, Liberty Bridge adalah jambatan yang tercantik di Budapest. Kami berkesempatan berjalan menyusuri jambatan ini semalam dan pemandangan dari jambatan ini memang indah. Namun demikian, pemandangan Liberty Bridge dari Sungai Danube lebih istimewa kerana dari sini, kita dapat melihat dengan jelas Crown of Hungary yang dipasang di kemuncak jambatan ini.
|
Liberty Bridge & Gellert Hotel |
|
Pemandangan indah di sebalik Liberty Bridge dari Sungai Danube |
|
Ukiran Burung Turul yang dikaitkan dengan lagenda penemuan Hungary di kemuncak Liberty Bridge |
|
Penghujung Liberty Bridge di sebelah Buda |
|
Bangunan di sebelah Buda |
|
Bangunan moden di sebelah Buda |
|
Pemandangan Liberty Monument di sebelah Buda |
|
Rákóczi Bridge. Bot berpatah balik di sini. |
|
Universiti Budapest di sebelah Pest |
|
Bot merapat ke sebelah Pest |
|
Kemuncak Liberty Bridge |
|
Burung Turul dan Crown of Hungary di puncak Liberty Bridge |
|
Crown of Hungary |
|
Lalu di bawah Liberty Bridge |
|
Bot persiaran mewah di Sungai Danube |
|
Menghampiri Elisabeth Bridge sekali lagi |
|
St Stephen's Basilica yang menyimpan tangan St Stephen |
|
Gresham Palace yang kini digunakan sebagai Four Seasons Hotel |
|
Lalu di bawah Chain Bridge |
|
Pengunjung-pengunjung ke Shoes On The Danube |
|
Melewati Parlimen sekali lagi |
|
Monumen Gyula Andrássy |
|
Cantik sungguh bangunan ini... |
|
Boat-bus dah naik ke darat. |
|
Tisza Istvan Memorial |
|
Pemandangan keseluruhan Tisza Istvan Memorial |
|
Parlimen Hungary ditinggalkan di belakang... |
|
Margit Bridge sekali lagi |
|
Memancing dekat Margit Bridge |
|
Ukiran di bawah Margit Bridge |
|
Bendera Hungary |
|
Kembali semula ke darat... |
Bersambung ke Bhg. 17...
CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):
- Bhg. 01 [Hari 1] : Kembara Ke Eropah Timur (Kuala Lumpur --> Istanbul --> Frankfurt)
- Bhg. 02 [Hari 2] : Germany (1) - Frankfurt (Romerberg & Wertheim Village)
- Bhg. 03 [Hari 3] : Czech Republic (1) - Karlovy Vary (Grandhotel Pupp, Hot Spring Colonnade & Market Colonnade)
- Bhg. 04 [Hari 3] : Czech Republic (2) - Karlovy Vary (Mill Colonnade, Dvorak Park, Park Colonnade & Main Post Office)
- Bhg. 05 [Hari 3] : Czech Republic (1) - Prague (Perjalanan Ke Prague & Prague City)
- Bhg. 06 [Hari 3] : Czech Republic (2) - Prague (Wencelas Square & Prague Old Town Square)
- Bhg. 07 [Hari 3] : Czech Republic (3) - Prague (Charles Bridge)
- Bhg. 08 [Hari 4] : Czech Republic (4) - Prague (Prague Castle, St Vitus Cathedral & Old Royal Palace)
- Bhg. 09 [Hari 4] : Czech Republic (5) - Prague (Prague Lesser Town & Perjalanan ke Bratislava)
- Bhg. 10 [Hari 5] : Slovakia (1) - Bratislava (Bratislava City & Bratislava Castle)
- Bhg. 11 [Hari 5] : Slovakia (2) - Bratislava (Bratislava Old Town & Cordoba Culture Centre)
- Bhg. 12 [Hari 5] : Hungary (1) - Budapest (Perjalanan Ke Budapest)
- Bhg. 13 [Hari 5] : Hungary (2) - Budapest (Central Market Hall & Liberty Bridge)
- Bhg. 14 [Hari 6] : Hungary (3) - Budapest (Budapest City Tour, Citadel & Buda Castle)
- Bhg. 15 [Hari 6] : Hungary (4) - Budapest (Castle Hill, Trinity Square & Fisherman's Bastion)
- Bhg. 16 [Hari 6] : Hungary (5) - Budapest (Andrassy Avenue, Heroes Square & River Danube Cruise)
- Bhg. 17 [Hari 6] : Hungary (6) - Budapest (Shoes On The Danube, Gellert Thermal Bath, Cave Church & Vaci Utca)
- Bhg. 18 [Hari 7] : Austria (1) - Vienna (Schonbrunn Palace)
- Bhg. 19 [Hari 7] : Austria (2) - Vienna (Vienna City Tour, Maria-Theresien-Platz & Hofburg Palace)
- Bhg. 20 [Hari 7] : Austria (3) - Vienna (Kohlmarkt, Graben & Hundertwasserhaus)
- Bhg. 21 [Hari 7] : Austria (4) - Vienna (Vienna Islamic Centre, St Stephen Cathedral & Karntner Strasse)
- Bhg. 22 [Hari 8] : Austria (5) - Salzburg (Perjalanan Ke Salzburg)
- Bhg. 23 [Hari 8] : Austria (6) - Salzburg (Mirabell Garden, Mozart Wohnhaus & Makartsteg)
- Bhg. 24 [Hari 8] : Austria (7) - Salzburg (Salzburg Old City)
- Bhg. 25 [Hari 9] : Germany (2) - Schwangau (Perjalanan Ke Neuschwanstein Castle)
- Bhg. 26 [Hari 9] : Germany (3) - Schwangau (Neuschwanstein Castle)
- Bhg. 27 [Hari 9] : Germany (4) - Munich (BMW Welt & Marienplatz)
- Bhg. 28 [Hari 10] : Germany (5) - Dachau (Dachau Concentration Camp)
- Bhg. 29 [Hari 10] : Germany (6) - Dachau (Dachau Old Town)
- Bhg. 30 [Hari 10} : Penerbangan Pulang (Munich --> Istanbul --> Kuala Lumpur