Monday 18 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 18 (Schonbrunn Palace)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(AUSTRIA: Vienna & Salzburg)

Bahagian 18: 
Austria (1)
VIENNA (Schönbrunn Palace)

HARI KETUJUH (1)

Part 77: Perjalanan Ke Vienna

Perjalanan Hari Ketujuh kami di Eastern Europe adalah perjalanan menuju ke negara yang kelima dalam pengembaraan kami, Austria.

Turun bersarapan di Hotel Leonardo di Budapest
Sarapan pagi hari ini
Ada sekumpulan pelancong dari Indonesia yang bersarapan bersama kami pada pagi ini.
Selepas bersarapan, kami check-out dari hotel untuk menuju ke destinasi kami yang berikutnya: kota Vienna di Austria.

Cokelat yang diberi percuma sewaktu check-out dari Hotel Leonardo.
Menunggu bas di lobi Hotel Leonardo
Akhirnya, tibalah masa untuk kami meninggalkan Budapest. Memang sedih nak pergi meninggalkan kota ini. Sebelum tiba ke sini, memang diakui tak banyak yang Myself tahu tentang Budapest. Tapi memang benar bak kata pepatah: Tak kenal maka tak cinta. Selepas melawat kota ini, walau dengan hanya lawatan yang singkat, banyak memori yang terpahat di hati. Malah selepas pulang dari Budapest, beriya-iya kita berkempen kepada rakan-rakan yang merancang nak bercuti ke Eropah untuk datang ke Budapest.

Pemandangan sewaktu meninggalkan Budapest
Goodbye for now, Sungai Danube. Kita bertemu lagi nanti di Vienna pula.
Mengabadi kenangan terakhir di Budapest
Antara memori yang tak mudah untuk dilupakan.
Kalau ada jodoh, kita pasti bertemu lagi.
Kemudian bermulalah perjalanan hampir 4 jam menuju ke Vienna. Sebaik meninggalkan Budapest, kita bertemu kembali pemandangan kawasan pertanian yang dilihat dalam perjalanan menuju ke Budapest tempoh hari.

Menuju ke Vienna. Wien adalah nama Vienna dalam Bahasa Jerman.
Ladang yang menghijau di Hungary
Cuaca kelihatan berkabus di sesetengah tempat menandakan Winter yang dah semakin hampir.
Kabus di lebuhraya
Kabus di sebahagian perjalanan
Menuju ke Austria
Pemandangan indah musim luruh di lebuhraya
Pemandangan kota Győr dalam perjalanan menuju ke sempadan.
Perkampungan Magyar yang cantik
Satu lagi pemandangan indah di bumi Magyar
Terlupa seketika pemandangan indah di Switzerland dulu bila melihat keindahan Hungary.
Kincir angin dan ladang pertanian.
Kawasan ladang lagi...
Lagi pemandangan kincir angin di tengah ladang.
Jika pemandangan kincir angin menyambut ketibaan kami di Hungary dulu, pemandangan kincir angin juga mengiringi pemergian kami dari Hungary.
Bumi Magyar yang tak akan dilupakan.
Kerja pembaikan di lebuhraya
Goodbye, Hungary!
Sebelum melepasi sempadan Hungary, bas kami membuat persinggahan sebentar di sebuah R&R di Moson Piheno.

Persinggahan rehat di Moson Piheno
Ada sebuah restoran kecil di persinggahan ini.
Pemandangan di dalam restoran di Moson Piheno
KIncir-kincir angin di belakang perhentian rehat Moson Piheno
Kenangan di Moson Piheno
Meninggalkan Moson Piheno

Part 78: Austria

Kita dapat mengagak yang kita dah tiba ke sempadan Hungary-Austria bila kenderaan kami mengalami sedikit traffic jam. Walaupun kedua-dua negara Austria dan Hungary adalah negara Pakatan Schengen yang tak memerlukan pemeriksaan passport ketika melepasi sempadan, masih ada random check yang dibuat di sini.

Tiba di sempadan Hungary-Austria
Mural yang menarik pada bumbung bangunan di sempadan Hungary-Austria.
Booth pemeriksaan passport yang tak lagi digunakan di sebelah Hungary.
Nama bandar sempadan ini di sebelah Hungary ialah Hegyeshalom.
Meninggalkan sempadan Hungary
Memasuki sempadan Austria
Österreich (disebut macam Os-ter-ghhai) adalah nama Austria dalam Bahasa Jerman yang merupakan bahasa rasmi Austria.
Selamat Datang ke Austria
Seperti ketibaan kita ke Hungary dulu, ketibaan kita di Austria juga disambut oleh kincir-kincir angin.
Jambatan yang dibina di lebuhraya untuk kemudahan haiwan liar melintas jalan.
Laluan menuju ke Vienna
Jika dua bulan yang lalu kita berkunjung ke Australia, sekarang kita berkunjung ke Austria pula. Teringat yang sewaktu kecil dulu, Myself sering confuse dengan kedua-dua buah negara yang namanya lebih kurang sama ini.

Jika Australia adalah sebuah negara pulau yang dikelilingi laut, Austria pula adalah sebuah landlocked country yang tidak bersempadan dengan laut seperti Republik Czech dan Slovakia. Satu ketika dulu sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama, Austria adalah antara negara yang terbesar di Eropah. Tetapi kini, ia adalah sebuah negara yang kecil di benua Eropah. Keluasan Austria kini hanyalah 1/9 dari saiz Empayar Austro-Hungary yang pernah menjadi miliknya satu ketika dulu.

Pemandangan ladang di Austria
Simpang ke Parndorf dan Neusiedl am See
Pemandangan ladang yang cantik di Austria
Satu lagi pemandangan ladang yang cantik di Austria
Lebuhraya menuju ke Vienna
Kawasan perindustrian di pinggir kota Vienna dah mula muncul dalam pandangan
Loji industri berat nampaknya ni.
Mula masuk ke sempadan kota Vienna
Laluan ke Vienna juga turut menuju ke Prague
Had laju di lebuhraya di Austria adalah 100 km/jam.
Pesawat yang nak mendarat di Lapangan Terbang Vienna

Part 79: Tiba di Vienna

Vienna adalah ibukota dan bandar terbesar di Republic of Austria. Dengan penduduk seramai 1.7 juta orang, ia adalah pusat kebudayaan, ekonomi dan politik bagi Austria. Ia sangat bersejarah kerana bandaraya ini pernah menjadi pusat pemerintahan Dinasti Habsburg yang sangat berkuasa di Eropah pada satu ketika dulu.

Sungai Danube yang juga membelah kota Vienna
Vienna juga terkenal sebagai kota yang mempunyai banyak taman
Antara pemandangan pertama kota Vienna bagi kami
Vienna juga sebuah kota romantik dan bersejarah. Banyak bangunan-bangunan lama dan indah dapat dilihat di kota ini. Kebanyakan bangunan cantik yang dilihat pada hari ini didirikan oleh Emperor Franz Joseph dengan isterinya, Empress Elisabeth yang lebih dikenali sebagai Sissi.

Pemandangan menuju ke pusat bandar
Menyusuri sebahagian Sungai Danube
Pusat bandar Vienna dah mula kelihatan sekarang
Vienna juga adalah sebuah pusat kebudayaan yang penting. Ia sangat terkenal dengan pelbagai persembahan teater, opera, pameran dan konsert. Dari segi gastronomi, Vienna terkenal sebagai sebuah kota yang dipenuhi dengan coffee house dan wine tavern.

Tak banyak bangunan tinggi diperhatikan di Vienna
Terusan Little Danube ini dibina bersebelahan dengan Sungai Danube yang sebenar sebagai tebatan banjir kota Vienna
Vienna juga tidak sesak seperti kota-kota lain di dunia
Tentu anda juga tahu yang Vienna terkenal sebagai kota muzik yang melahirkan ramai komposer terkenal seperti Mozart, Beethoven, Schubert dan Johann Strauss. Konsert muzik klasik sangat popular di kota ini sehingga kini. Vienna Philharmonic Orchestra sangat terkenal ke seluruh dunia seperti juga Vienna Boys' Choir.

Kehijauan di kota Vienna
Bangunan-bangunan lama yang membarisi jalan di kota Vienna
Vienna memang sebuah kota yang menarik.
Bukan sahaja seni muzik, malah Vienna terkenal sebagai pusat senilukis. Kegemaran raja-raja Habsburg mengumpul hasil seni menarik ramai artis terkenal ke kota ini. Koleksi seni diraja inilah yang menjadikan Museum of Fine Arts di Vienna sebagai antara muzium seni lukisan yang terbaik di dunia. Malangnya, kami tak berkesempatan melawat ke muzium dalam kunjungan kami ke Vienna ini.

Tram di kota Vienna
Tak tahu nama gereja ini.
Gerai-gerai makanan
Vienna
Warna-warna pastel pada bangunan
Perhentian tram

Part 80: Schönbrunn Palace

Program pertama kami di Vienna adalah lawatan ringkas ke Schönbrunn Palace. Local Tour Guide kami di Vienna yang bernama Katarina menanti kami di sana.

Schönbrunn Palace
Pintu masuk ke Schönbrunn Palace
Potret Maria Theresa di luar Schönbrunn Palace
Local Tour Guide kami di Vienna, Katarina.
Mengikut Katarina masuk ke Schönbrunn Palace
Seperti di Prague, ada beberapa Human Statue membuat persembahan di luar Schönbrunn Palace. Yang paling menarik bagi Myself ialah seorang lelaki yang menyamar sebagai "Lukisan Hidup".

Mozart
Terperanjat kita bila "lukisan" ni menyergah bila lalu di depannya.
Schönbrunn Palace pada asalnya adalah rumah musim panas keluarga diraja. Ia dinaiktaraf menjadi istana kediaman pemerintah Habsburg di zaman pemerintahan Maria Theresa pada tahun 1780.

Pintu masuk ke Schönbrunn Palace
Pemandangan Schönbrunn Palace di sebalik pintu masuk
Schönbrunn Palace dihadiahkan kepada Maria Theresa oleh ayahandanya, Emperor Charles VI. Ketika itu, bangunan ini sedang dirancang untuk dibina menyerupai Istana Versailles di Paris. 

Bila Maria Theresa mengambilalih istana ini dan menjadikannya tempat kediaman baginda dan keluarga, baginda memerintahkan supaya projek menyerupai Istana Versailles ini dihentikan. Kerana itulah binaan Schönbrunn Palace hari ini hanya seperti separuh Istana Versailles.

Bangunan-bangunan di dalam Schönbrunn Palace
  Baru melangkah ke sini pun dah terasa betapa besarnya istana ini.
Melangkah sambil mengambil gambar
Kami tak masuk melawat ke dalam Schönbrunn Palace kerana kita perlu memperuntukkan sehari suntuk kalau nak melawat ke dalamnya. Istana ini mempunyai 1,441 buah bilik dan 40 buah daripadanya dibuka untuk kunjungan umum.

Namun begitu, kami diberitahu yang bilik-bilik di dalam istana ini memang hebat. Ia adalah hasil sentuhan Empress Elisabeth of Bavaria yang lebih terkenal dengan gelaran Sissi. Sissi adalah isteri kepada cucu Maria Theresa yang bernama Emperor Franz Joseph I. Ketika Franz Joseph memerintah, Austria dan Hungary bergabung menjadi sebuah Empayar. Oleh yang demikian, kekayaan keluarga Habsburg melimpah ruah sehingga membolehkan Sissi mengubahsuai seluruh istana mengikut kehendaknya tanpa batasan.

Bangunan utama Schönbrunn Palace
Bangunan di sebelah sana digunakan sebagai Museum of Carriages sekarang.
Pada pandangan pertama, pasti kita menyangka yang pemilihan warna kuning pada cat istana melambangkan emas kekayaan. Namun sebenarnya, Sissi memilih warna tersebut kerana ia adalah cat yang paling murah pada ketika itu. Ini menunjukkan Sissi masih memberi pertimbangan terhadap kos yang terlibat walau baginda bermewah menghias bahagian dalaman istana.

Namun demikian, usaha Sissi tidak sia-sia kerana Schönbrunn Palace kini mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Cultural Heritage dan menjadi tarikan pelancongan paling popular di Austria.

Pancutan air di depan istana
Di akhir hayatnya, Sissi banyak menghabiskan masa di Palace of Gödöllő di Hungary, namun legacy yang ditinggalkan baginda di sini masih kekal. Sissi mati dibunuh pada tahun 1898 oleh seorang pembunuh upahan di Switzerland pada usia 60 tahun. Suaminya Franz Joseph I hidup sehingga 18 tahun berikutnya dan menjadi pemerintah Austria yang paling lama menduduki takhta, selama kira-kira 68 tahun. Kematian Franz Joseph I pada tahun 1916 menamatkan pemerintahan monarki di Austria dua tahun kemudiannya.

Children's Museum
Taman kecil di tepi Schönbrunn Palace
Satu fakta menarik mengenai Schönbrunn Palace ialah sewaktu Perang Dunia Kedua, sebutir bom telah jatuh ke dalam bangunan istana ini. Bom ini jatuh menembus tiga tingkat bangunan istana namun ajaibnya, ia tidak meletup dan istana ini terselamat dari kehancuran akibat ledakan bom.

Lorong menuju ke taman istana
Bila Maria Theresa menghentikan cadangan membina istana Schönbrunn menyerupai Istana Versailles di Paris, dia menggantikan tapak bangunan yang tidak dibina dengan sebuah taman yang luas.

Kata Katarina, laluan ini dipenuhi dengan bunga ros di dalam Musim Bunga
Dah datang ke sini dalam Musim Luruh, ini sajalah pemandangan yang dapat dilihat
Pasti cantik bila laluan ini dipenuhi bunga ros pada musim bunga.
Taman ini juga adalah pada asalnya hutan kawasan perburuan. Kemudian, ia ditukar menjadi taman mengikut French-style. Kata Katarina, ada dua jenis taman yang digunakan di istana-istana di Eropah: French-style dan English-style. Kalau menggunakan French-style, bunga-bunga akan ditanam mengikut susunan yang tertentu. Kalau English-style pula, bunga akan ditanam merimbun tanpa bentuk-bentuk yang tertentu.

Patung-patung hiasan di taman Schönbrunn Palace
Ada banyak patung hiasan di dalam taman ini.
Beberapa lagi patung hiasan
Lorong yang cantik di antara pokok-pokok
Sewaktu kami tiba, tak nampak walau sekuntum bunga pun di taman Schönbrunn Palace. Kata Katarina, kami tiba lewat seminggu. Setiap tahun, bunga-bunga di taman istana ini akan dikorek keluar pada 26 Oktober setiap tahun dan disimpan di rumah hijau untuk mengelakkannya mati sewaktu musim sejuk. Ia akan ditanam semula di taman ini selepas winter berakhir.

Dah tak ada bunga di taman di Schönbrunn Palace pada ketika ini kerana mereka telah dikorek dan disimpan di rumah hijau.
Bangunan di atas bukit di sana dinamakan Gloriette
Gloriette adalah puncak tertinggi di Schönbrunn Palace di mana pemandangan bandaraya Vienna dapat dilihat dengan jelas dari sana. Tapi kita perlu membayar tiket berasingan untuk masuk ke sana.
Fountain di seberang sana dinamakan Neptune Fountain
Pandangan dekat Neptune Fountain
Bayangkan sajalah betapa indahnya taman ini dalam Musim Bunga
Raja Perancis, Napoleon Bonaparte juga pernah tinggal di istana ini selepas dia menguasai Austria dalam satu peperangan. Malah Napoleon turut berkahwin dengan puteri Emperor Franz Joseph I yang bernama Maria Louisa. Selepas Napoleon ditewaskan, anak Napoleon dengan Maria Louisa yang dikenali sebagai Duke of Reichstadt dipenjara di istana ini sehingga dia membunuh diri pada usia 21 tahun.

Pandangan bangunan utama Schönbrunn Palace dari taman istana.
Kata Katarina, ini pose wajib bagi kumpulan-kumpulan yang melawat ke Schönbrunn Palace.
The Guys pulak bergambar bersama Katarina
Pesawat yang terbang di atas Schönbrunn Palace
Berjalan keluar dari kawasan taman
Pokok-pokok yang cantik di Schönbrunn Palace
Pemandangan menghala ke belakang
Kat sini masih ada bunga yang sedang layu
Kenangan Autumn di Schönbrunn Palace
Patung di tengah taman
Di sinilah agaknya Maria Theresa bersiar-siar dengan kesemua 16 anaknya pada masa dulu.
Berposing dengan pelbagai gaya
Pintu keluar dari taman
Pemandangan di sebalik pintu keluar dari taman
Bangunan di depan sana dinamakan Orangery kerana pada masa dahulu, pelbagai jenis oren ditanam di dalamnya. Sekarang ia digunakan sebagai greenhouse untuk menyimpan bunga-bunga di taman istana sewaktu musim dingin.
Papan kenyataan tentang Orangery
Sejarah Orangery boleh dibaca di sini
Ada sebuah lagi greenhouse di Schönbrunn Palace ini yang dinamakan Palm House. Ia dibina pada tahun 1883 dan ditanam dengan pelbagai tumbuhan eksotik yang tumbuh di berbagai jenis iklim. Tak pasti pulak sama ada ia masih digunakan lagi pada masa sekarang kerana kami tak masuk ke dalam.

Palm House
Papan tanda arah di Schönbrunn Palace
Tangga turun ke bawah
Pemandangan di bawah tangga
Waktu melawat ke taman di Schönbrunn Palace
Lorong di Schönbrunn Palace
Menghala ke pintu keluar
Bangunan-bangunan istana yang digunakan sebagai pejabat pentadbiran
Perkhidmatan Panorama Train di Schönbrunn Palace
Maklumat perkhidmatan Panorama Train. Mahal juga tiket tren ini, 7 Euro (RM 35) seorang bagi dewasa dan 4 Euro (RM 20) bagi kanak-kanak.
Tempat menunggu Panorama Train
Cacat rupa pemandangan di istana ini bila ada kenderaan moden begini.
Bangunan yang digunakan sebagai Museum of Carriages. Koleksi kereta kuda diraja disimpan di muzium ini.
Kafetaria awam di istana
Taman kecil di sudut istana
Pancutan air di Courtyard Hadapan
Bangunan yang menempatkan tandas awam, kedai cenderamata dan pusat informasi berhampiran Gate Masuk ke Schönbrunn Palace.
Model Schönbrunn Palace dekat pintu keluar
Model bangunan utama istana
Pemandangan dari sudut lain
Pintu Utama Schönbrunn Palace
Courtyard Luar di hadapan Schönbrunn Palace dihiasi dengan patung-patung singa.
Singa Jantan
Patung Singa Betina
Mozart sedang melayan peminat di luar istana
Satu lagi pemandangan Mozart dengan peminatnya
Menuju ke tempat bas sedang menanti...


 Bersambung ke Bhg. 19...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):