Friday, 22 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 22 (Vienna - Salzburg)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(AUSTRIA: Vienna & Salzburg)

Bahagian 22: Austria (5)
SALZBURG (Perjalanan Ke Salzburg)

HARI KELAPAN (1)

Part 93: Suasana Pagi Di Exe Hotel Vienna

Hotel Exe Vienna terletak di pusat bandar Vienna. Pada hari kelapan ini, kami keluar awal dari hotel untuk berjalan-jalan sebelum bersarapan pagi.

Pintu masuk ke Hotel Exe Vienna
Pemandangan dari luar Hotel Exe Vienna
Suasana masih sunyi kerana masih awal pagi
Posing di kerusi artistic dekat Hotel Exe Vienna
Kedai-kedai di seberang jalan dari Hotel Exe Vienna
Persimpangan jalan besar dekat Hotel Exe Vienna
Tram
Pemandangan dekat tram di Vienna
Ada sebuah gereja besar dekat sana. Tapi tak tahu nama gereja ini.
Jalan ini menuju ke Budapest di Hungary
Ada banyak restoran Arab dilihat di kota Vienna
Pemandangan lebih dekat menara gereja
Berpatah balik ke Hotel Exe Vienna
Kelab ini ada ramai pengunjung Arab agaknya kerana kami dapat mendengar lagu-lagu Arab dimainkan di dalamnya sewaktu lalu di sini.
Program kami hari ini adalah perjalanan ke Salzburg dan Munich. Oleh kerana perjalanan hari ini akan bermula awal, Tour Leader kami telah mengatur dengan pihak hotel supaya kami dapat breakfast awal pada pukul 6.30 pagi.

Restoran hotel sebenarnya dibuka pada pukul 7 pagi. Bila Tour Leader membuat request untuk kami makan awal, pihak hotel memberitahu mereka boleh membuka restoran seawal pukul 6.30 pagi, tapi cuma roti sahaja yang akan dihidangkan seawal itu. Full Breakfast Spread hanya akan siap pada pukul 7 pagi. Itu tak menjadi masalah kepada kami kerana kita bukan boleh makan pun kebanyakan makanan yang dihidangkan dalam Full Breakfast Spread itu kerana banyak yang tak Halal.

Gambar retro di lobi Hotel Exe Vienna
Menyibuk mencelah.
Sarapan pagi di Hotel Exe Vienna
Pemandangan di restoran sarapan pagi.
Memilih makanan untuk sarapan
Hidangan sarapan pagi

Part 94: Perjalanan Ke Salzburg

Perjalanan kami ke Salzburg bermula pada pukul 7.45 pagi. Salzburg terletak 296 km dari Vienna dan perjalanan ke sana dijangka memakan masa kira-kira 4 jam.

Meninggalkan Vienna
Melalui semula Schönbrunn Palace yang kami lawati semalam dalam perjalanan meninggalkan Vienna
Dah ramai pengunjung tiba di Schönbrunn Palace walaupun hari masih awal lagi.
Sebuah bangunan menarik di Vienna
Menyusuri Sungai Danube
Perjalanan dari Vienna ke Salzburg adalah perjalanan menyusuri pergunungan Alps. Pemandangan di sebahagian besar perjalanan adalah kabus yang meliputi di lebuhraya.

Kabus di lebuhraya
Kabus di pergunungan
Ada tempat-tempatnya kabus yang meliputi sangat tebal
Pasti pemandangan di sini sangat cantik kalau ada mentari yang menyinar
Perkampungan Austria di sebalik kabus
Dah kurang sikit kabus di sini
Perkampungan di kaki gunung
Perkampungan Tyrolean di Austria. Tyrol ialah sebuah wilayah di Austria.
Kawasan pertanian di tepi lebuhraya
Hutan dan kawasan pertanian
Lagi hutan dan kawasan pertanian
Persimpangan ke Pöchlarn
Pemandangan di kawasan perkampungan di Austria ni memang cantik
Kawasan pertanian
Sebuah bandar di kejauhan
Signboard perhentian rehat. Landzeit ni lebih kurang macam PLUS la di Malaysia.
Pemandangan dari atas bas
Kawasan perkampungan lagi
Arah ke Salzburg
Rumput-rumput kering
Kabus tebal kembali...

Part 95: Ramsau

Bas kami membuat toilet stop di sebuah perhentian rehat yang bernama Ramsau.

Raststation
Pemandangan di kawasan perhentian rehat di Ramsau
Ada sebuah restoran di sini
Landzeit
Pemandangan di dalam restoran
Pemandangan di ruang makan
Cokelat
Antara makanan yang dijual
Wine Press tradisional yang dijadikan hiasan
Pemandangan restoran dari luar
Kawasan pertanian di belakang Perhentian Rehat Ramsau
Pemandangan di sekitar perhentian rehat
Suasana Autumn di Ramsau
Tempat parking bas
Husband bergambar di Ramsau
Kita pun nak bergambar juga...
Satu lagi pemandangan cantik di Ramsau
Stesen minyak
Tempat permainan kanak-kanak
Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Salzburg. Mungkin disebabkan cuaca yang sejuk di kawasan pergunungan, kabus masih lagi kelihatan.

Kembali ke lebuhraya
Kawasan perindustrian
Sungai
Pemandangan sewaktu menyeberang sungai
Keretapi
Pemandangan di lebuhraya
Kawasan pertanian
Masih menuju ke Salzburg
Ada sebuah bandar di sana
Satu lagi pemandangan bandar
Lebuhraya menuju ke Salzburg tidak sibuk hari ini
Pemandangan kawasan ladang
Kabus

Part 96: Mondsee

Menjelang tengahari, kami tiba di sebuah lagi perhentian rehat di Mondsee. Perhentian kali ini agak lama untuk membolehkan kami bersolat dan makan tengahari.

Perhentian Rehat Mondsee
Ladang penternakan berhampiran Perhentian Rehat Mondsee
Landzeit Hotel di Perhentian Rehat Mondsee
Pemandangan di sekitar perhentian rehat
Stesen minyak
Perhentian Rehat Mondsee istimewa kerana ia terletak berhampiran sebuah tasik besar yang bernama Mondsee.

Restoran di Perhentian Rehat Mondsee
Pintu masuk ke restoran
Tak ada Prayer Room disediakan di perhentian rehat Mondsee. Setelah Tour Leader kami berbincang dengan pengurus restoran, kami dibenarkan bersolat di satu bahagian restoran yang tidak dibuka pada hari itu. Namun kami diminta untuk tidak mengalihkan kerusi meja yang ada di situ dan tidak meletakkan barang-barang di atas kerusi meja itu. Tak kisahlah walau banyak peraturan yang dikenakan asal dapat bersolat dengan selesa.

Kami dibenarkan oleh Pengurus Restoran untuk bersolat di bahagian restoran sebelah sana yang tidak dibuka kepada umum hari itu.
Pemandangan dari ruang solat
Menunaikan kewajipan kepada Allah di Mondsee
Kedai cenderamata di sebelah restoran
Antara cenderamata yang dijual
Ada sebahagian ahli rombongan kami yang mengambil kesempatan untuk makan tengahari di Mondsee. Tapi bagi Myself dan Husband, kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar menikmati pemandangan indah Tasik Mondsee di situ. Dalam bas sajalah kita makan tengahari nanti, kerana kami ada membawa bekalan roti dan serunding.

Tasik Mondsee
Bergambar dengan Tasik Mondsee
Perkampungan di seberang tasik
Pokok-pokok hiasan yang ditanam di Perhentian Rehat Mondsee
Kemudian kami pergi ke sebelah sana untuk melihat pemandangan ladang penternakan pula.

Satu lagi kenangan di Mondsee
Pemandangan ladang ternak dari Perhentian Rehat Mondsee
Lembu-lembu di ladang ternak
Close-up sikit pemandangan lembu di ladang ternak
Masih ada masa lagi... jadi kita pergi melihat Tasik Mondsee dari sebelah sana pulak.

Satu lagi pemandangan Tasik Mondsee
Close-up sikit
Bot cruise di Tasik Mondsee
Pergunungan yang cantik di belakang Tasik Mondsee
Perkampungan di kaki gunung
Kenangan bersama teman-teman di Mondsee
Tiba masa yang ditetapkan, bas bergerak kembali ke Salzburg. Perjalanan kini menyusuri sebahagian Tasik Mondsee yang indah. Kalau tak berkabus ketika itu, pasti pemandangan akan lebih indah lagi.

Menyusuri Tasik Mondsee menuju ke Salzburg
Pemandangan dekat perkampungan di pinggir Tasik Mondsee
Lebuhraya
Macam ada kuari di sana
Pemandangan yang cantik setelah kabus menghilang
Warna-warna musim luruh yang makin terserlah
Ladang ternak
Lembu dan kawasan perkampungan
Pergunungan
Warna-warna indah
Susur keluar lebuhraya ke Salzburg

Part 97: Salzburg

Salzburg adalah bandaraya yang keempat terbesar di Austria selepas Vienna, Graz dan Linz. Namun ia lebih terkenal sebagai bandar kelahiran komposer muzik terkenal, Wolfgang Amadeus Mozart.

Tiba di Salzburg
Salzburg adalah bandaraya keempat terbesar di Austria
Sebuah bangunan yang moden di Salzburg
Pemandangan di bandar Salzburg
Bas elektrik di Salzburg
Pangsapuri lama di Salzburg
Taman awam di Salzburg
Pengunjung-pengunjung ke kota Salzburg


Bersambung ke Bhg. 23...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):