Tuesday, 19 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 19 (Vienna City Tour)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(AUSTRIA: Vienna & Salzburg)

Bahagian 19: Austria (2)
VIENNA (Vienna City Tour, Maria-Theresien-Platz & Hofburg Palace)

HARI KETUJUH (2)

Part 81: Vienna City Tour

Selepas meninggalkan Schönbrunn Palace, Katarina membawa kami membuat Vienna City Tour. Banyak landmark menarik yang ditunjukkan kepada kami dalam City Tour ini.

Vienna City Tour
Kami dibawa mengelilingi sebahagian kota Vienna melalui sebatang jalan yang dinamakan Ringstrasse (ditulis sebagai Ringstraße dalam Bahasa Jerman dan disebut: Ring-Stras-Ser). Satu ketika dulu, kota pertahanan Vienna berdiri di sepanjang Ringstrasse. Namun kota ini telah diruntuhkan oleh Emperor Franz Joseph dan sebatang jalan dibina untuk menggantikannya.

Pemandangan dari Ringstrasse
Restoran makanan Vietnam
Tindakan Emperor Franz Joseph menggantikan tembok kota dengan Ringstrasse tidak sia-sia kerana kota Vienna mula berkembang sehingga menjadi kota yang kelima terbesar di dunia dan banyak bangunan yang cantik mula didirikan di sepanjang jalan ini.

Pemandangan umum kota Vienna
Bangunan-bangunan yang cantik berdekatan pusat bandar

NASCHMARKT

Naschmarkt adalah sebuah pasar terbuka yang mula didirikan pada kurun ke-16. Pada ketika itu, di sinilah para peladang berkumpul untuk menjual hasil tuaian ladang. Menurut ceritanya, nama "Naschmarkt" berasal dari perkataan "Naschen" (bermaksud "manisan" dalam Bahasa Jerman) kerana banyak manisan dijual di sini.

Bangunan apartment yang cantik berdekatan Naschmarkt
Naschmarkt
Macam suasana Pasar Minggu di Malaysia
Naschmarkt masih terkenal sebagai pasar menjual barang-barang segar. Menurut ceritanya, masih terdapat 100 gerai asal sewaktu pasar ini bermula pada tahun 1780 yang masih beroperasi sehingga sekarang.

Salah sebuah pintu masuk ke Naschmarkt
Kedai Cina pun ada di Naschmarkt ni...
Naschmarkt kini telah menjadi sebuah pasar antarabangsa. Pelbagai barangan dari seluruh dunia boleh didapati di sini. Makanan Turki juga banyak dijual di pasar ini di samping barang-barang lain dari benua Asia yang kebanyakannya datang dari China, Jepun, Korea dan Vietnam. 

Sebuah lagi bangunan cantik berdekatan Naschmarkt.
Betul-betul macam suasana Pasar Minggu di Malaysia
City Fish

SECESSION BUILDING

Jugendstil (bermaksud "Youth Style" dalam Bahasa Jerman) adalah satu bentuk kesenian moden yang berkembang di Jerman pada pertengahan tahun 1890-an sehingga Perang Dunia Pertama. Pelukis-pelukis aliran Jugendstil di Vienna telah menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Vienna Secession pada tahun 1897.

Contoh lukisan Jugendstil (Ihsan Wikipedia)
Untuk mempamerkan karya seni mereka yang ketika itu enggan diterima oleh galeri-galeri lukisan konservatif, persatuan ini telah membina sebuah bangunan yang dinamakan Secession Building di kota Vienna.

Secession Building
Bangunan Secession ini terkenal kerana ia mempunyai rekabentuk yang unik sebuah kubah emas di bumbungnya. Dinding bangunannya turut dihiasi dengan motif bunga-bungaan dan ukiran-ukiran kecil.

Secession Building terkenal dengan kubah emas berukiran daun pada bumbungnya.
Pemandangan berhampiran Bangunan Secession
Sebahagian dari jalan Ringstrasse yang mengelilingi kota Vienna
Pemandangan bumbung St Stephen's Cathedral dari Ringstrasse

OPERA HOUSE

Bangunan Opera House menjadi lambang kota muzik bagi Vienna. Di sinilah sebahagian besar persembahan muzik dan teater diadakan di Vienna sehingga sekarang. Di sini jugalah tempat kelahiran muzik Waltz dan di mana Mozart menghasilkan karya operanya yang terkemuka The Marriage of Figaro.

Vienna Opera House
Pancutan air di tepi Opera House
Vienna Opera House menganjurkan lebih 300 persembahan setiap tahun
Bangunan Opera House ini dibuka pada 25 Mei 1869.
Bangunan Opera House mempunyai senibina yang cantik. Namun demikian, penduduk Vienna tidak berfikiran begitu waktu itu. Arkitek yang membina bangunan ini merasa sedih dan kecewa dengan kritikan yang diterima lalu membunuh diri.

Senibina Opera House sangat mengkagumkan
Satu lagi pemandangan dekat senibina Opera House
Ukiran di bumbung Opera House
Casino Wien yang terletak berdekatan dengan Opera House

SACHER CAFE

Tidak jauh dari Opera House, kami ditunjukkan sebuah kafetaria terkenal di Vienna yang bernama Sacher Cafe (disebut: Sa-ker Cafe). Di sinilah tempat asal kek terkenal yang bernama Sacher-Torte (disebut: Sa-ker Tort). Sacher-Torte dicipta oleh Chef Franz Sacher pada tahun 1832 untuk dijadikan dessert dalam sebuah parti diraja sewaktu dia hanya berusia 16 tahun. Kesedapan kek yang dicipta oleh Franz Sacher menjadi buah mulut ramai sehingga menjadikan beliau seorang yang terkenal.

Pemandangan sebuah pedestrian street berhampiran Opera House
Cafe Sacher
Kafe ini kini telah menjadi sebahagian dari Hotel Sacher yang mewah di tengah kota Vienna. Ramai orang terkemuka di dunia pernah berkunjung ke sini untuk menikmati kesedapan kek Sacher-Torte di situ. Antara mereka termasuklah Gandhi, Queen Elizabeth II dan John F. Kennedy. Kami diberitahu yang kek ini jual pada harga 8 Euro (RM 32) sekeping.

Cafe Sacher dikunjungi ramai orang terkenal yang ingin menikmati kesedapan keknya.

ALBERTINA MUSEUM

Vienna adalah juga sebuah kota muzium. Banyak muzium terkemuka dunia ada di sini. Salah sebuah di antaranya ialah Albertina Museum yang mempunyai pelbagai koleksi aquarels, illustrasi, ukiran, lukisan dan fotografi. Koleksi seni asal di muzium adalah milik Duke Albert of Saxony-Teschen, suami kepada anak kesayangan Empress Maria Theresa yang bernama Maria Christina.

Muzium Albertina
Patung Franz Joseph I di Muzium Albertina
Mengikut kata Katarina, Albertina adalah sebenarnya sebahagian dari Hofburg Palace, istana kediaman raja-raja Habsburg sebelum mereka berpindah ke Istana Schönbrunn. Seluruh Hofburg Palace mempuyai 17 sayap bangunan dan Albertina yang besar ini adalah sebuah di antaranya. Sayap ini dinamakan Albertina kerana ia dibina untuk Duke Albert of Saxony-Teschen dan isterinya, Maria Christina.

Bangunan Muzium Albertina adalah salah sebuah dari 17 sayap bangunan Hofburg Palace.
Pintu masuk utama ke Muzium Albertina
Pemandangan keseluruhan bangunan Muzium Albertina
Menara yang kelihatan di sana adalah sebahagian dari Augustinian Church yang terletak berhampiran.
Muzium Albertina menganjurkan pameran-pameran lukisan yang silih berganti. Iklan lukisan yang sedang dipamerkan selalunya akan diletakkan di tangga naik ke bangunan muzium. Umpamanya sewaktu kami di sana, ada iklan lukisan Monet dan Picasso di tangga ini kerana Muzium Albertina sedang mengadakan pameran kedua-dua pelukis tersebut.

Tangga naik ke bangunan Muzium Albertina
Iklan pameran lukisan Monet dan Picasso pada tangga Muzium Albertina
Pintu masuk ke tingkat atas bangunan Muzium Albertina
Iklan pameran lukisan di depan Muzium Albertina
Kafetaria di bawah tangga Muzium Albertina
Escalator untuk masuk ke Muzium Albertina
Pancutan air di depan Muzium Albertina sedang ditutup untuk pembaikan
Pemandangan berhampiran Muzium Albertina
Kereta kuda yang boleh disewa untuk bersiar-siar dekat Muzium Albertina
Bangunan-bangunan berhampiran Muzium Albertina
Opernring yang juga sebenarnya adalah sebahagian dari Ringstrasse

PARLIAMENT

Bangunan Parlimen Austria juga terletak di Ringstrasse yang mengelilingi kota Vienna. Bangunannya dibina menyerupai sebuah bangunan Roman Temple. 

Bangunan ini pada asalnya dibina sebagai Reichsrat, Imperial Parliament yang mewakili bahagian Austria dalam Empayar Austro-Hungary di antara tahun 1874 - 1884. Ia terdiri dari dua buah dewan: Herrenhaus (Upper House) dan Abgeordnetenhaus (Lower House).

Bangunan Parlimen Austria
Bila Empayar Habsburg tumbang dalam tahun 1918, ahli-ahli parlimen mengisytiharkan penubuhan Republic of Austria di sini. Nama dewan parlimen juga ditukar kepada Nationalrat (National Council) dan Bundesrat (Federal Council).

Pemandangan di depan Parlimen

MUSEUM OF NATURAL HISTORY

Sebuah lagi muzium yang terkenal di Vienna adalah Museum of Natural History (dipanggil Kunsthistorisches dalam Bahasa Jerman). Ia menempatkan koleksi pelbagai lukisan, artifak arkeologi dan kesenian dekoratif yang dimiliki oleh keluarga Habsburg sejak berkurun-kurun lamanya. Muzium ini terletak berdekatan Maria-Theresien-Platz di Vienna.

Museum of Natural History
Satu lagi pemandangan Museum of Natural History
Pemandangan Museum of Natural History dari Maria-Theresien-Platz.
Salah sebuah pintu masuk ke muzium

Part 82: Maria-Theresien-Platz

Lepas dah puas melihat pelbagai landmark menarik di kota Vienna dari atas bas, Katarina membawa kami melawat ke sebuah dataran yang bernama Maria-Theresien-Platz. Seperti yang tertera pada namanya, ada sebuah tugu Empress Maria Theresa di sini.

Maria-Theresien-Platz
Bangunan Museum of Natural History di tepi Maria-Theresien-Platz
Sebaik melangkah ke Maria-Theresien-Platz, Myself disapa oleh seorang gadis Gipsi yang nak memberi bunga ros kepada kita. Dia siap mengucapkan "Assalamualaikum" bila melihat Myself memakai tudung kepala. Teringat kepada pesanan Katarina sebelum kami turun dari bas tadi supaya berhati-hati dengan orang Gipsi yang mempunyai pelbagai helah untuk menyeluk saku di sini, Myself terus bergegas mendapatkan Husband. Bila kita berpaling, gadis Gipsi tadi dah tak ada lagi di situ. Cepat sungguh dia menghilangkan diri.

Tugu Maria Theresa
Tugu Maria Theresa di sini dibina memegang sehelai kertas yang dinamakan Pragmatic Sanction of 1713. Pragmatic Sanction of 1713 adalah undang-undang yang diperkenalkan oleh bapa Maria Theresa, Emperor Charles VI yang membolehkan seorang wanita dilantik menaiki takhta.

Patung Maria Theresa dikelilingi oleh patung para pembantunya.
Patung Maria Theresa dibina dikelilingi oleh patung-patung orang kepercayaannya. Di antara mereka adalah empat orang jeneral (von Daun, von Khevenhüller, Traun dan Laudon) yang menunggang kuda. Patung yang hanya berdiri sahaja terdiri dari von Kaunitz (menteri negara), Van Swieten (doktor peribadi), Liechtenstein (panglima angkatan tentera) dan Count von Haugwitz (penasihat ekonomi dan pentadbiran).

Patung seorang pembantu Maria Theresa yang sedang menunggang kuda.
Gambar yang diambil di Maria-Theresien Platz ini memang tak cantik kerana matahari memancar sangat terang ketika itu menyebabkan gambar yang kita ambil nampak gelap.

Maria Theresa sangat berjaya sebagai seorang pemerintah kerana dia mempunyai ramai pembantu yang boleh dipercayai.
Meninggalkan Maria-Theresien-Platz.

Part 83: Hofburg Palace

Dari Maria-Theresien-Platz, Katarina membawa kami menyeberang jalan menuju ke Hofburg Palace yang terletak di tengah-tengah kota Vienna. Hofburg Palace adalah kediaman raja-raja Habsburg yang sangat berkuasa di Eropah selama lebih 600 tahun. Ia adalah sebuah istana yang sangat besar yang terdiri dari 17 sayap bangunan.

Outer Gate di Istana Hofburg seperti yang dilihat dari Maria-Theresien-Platz. Pada pintu gerbang ini tertulis nama pembinanya, Francis I dalam Bahasa Latin.
Sebahagian bangunan Hofburg Palace kini digunakan sebagai Welt Museum Wien (Vienna Museum of Ethnology)

NEUE BURG

Selepas masuk dari Outer Gate, kita akan sampai ke sebuah kawasan lapang yang dinamakan Heldenplatz. Bangunan melengkung yang terletak di sebelah kanan adalah sayap paling baru di Hofburg Palace yang dinamakan sebagai Neue Burg.


Heldenplatz
Neue Burg dirancang oleh Emperor Franz Joseph untuk dibina sebagai dua bangunan berkembar yang berdepan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, hasrat Emperor Franz Joseph tidak kesampaian bila Perang Dunia Pertama meletus  dan pembinaannya terpaksa dihentikan.

Neue Burg
Istana Hofburg
Istana Hofburg mula dibina seawal tahun 1273 dan pembinaannya terhenti sewaktu meletus Perang Dunia Pertama. Walaupun banyak wang dihabiskan untuk pembinaannya, pemerintah Habsburg sangat jarang tinggal di sini, lebih-lebih lagi setelah Schönbrunn Palace siap dibina pada kurun ke-18. Istana ini sebaliknya lebih banyak digunakan bagi upacara rasmi dan pertemuan-pertemuan dengan duta asing. Pada masa sekarang, sebahagian besar istana ini telah dijadikan muzium dan bilik bacaan National Library of Austria.

Bangunan Neue Burg kini digunakan sebagai muzium dan bilik bacaan utama National Library of Austria. Patung di hadapan Neue Burg adalah Prince Eugene of Savoy
Patung yang dibina di depan Neue Burg adalah Prince Eugene of Savoy yang menjadi lambang kebanggaan Austria. Prince Eugene of Savoy sebenarnya berasal dari Perancis dan membawa diri ke Austria setelah penyertaannya dalam tentera Perancis ditolak. Eugene menyertai tentera Austria dan berjaya mengetuai 3 kempen Perang Salib di dalam tempoh 60 tahun di bawah panji Holy Roman Emperor.

Prince Eugene of Savoy
Bendera Austria berkibar megah di atas Neue Burg
Neue Burg juga mempunyai satu sejarah lain yang tidak berkait dengan pemerintah Habsburg. Pada 15 Mac 1938, Adolf Hitler yang baru memegang tampuk kuasa telah berucap di balkoni Nueu Burg di hadapan beribu-ribu penyokongnya tentang gagasan penyatuan negara-negara Jerman. Oleh kerana mereka tidak mengenali siapa Hitler sebenarnya ketika itu, ucapan beliau disambut baik oleh rakyat Austria.

Balkoni bersejarah di mana Hitler membuat ucapan yang kini dikenali sebagai Anschluss of Austria.
Kawasan lapang di hadapan Nueu Burg yang dulunya hendak dibangunkan bangunan kembarnya kini hanya dihiasi oleh sebuah patung Archduke Charles of Austria yang menunggang kuda sambil memegang bendera. Patung ini didirikan pada tahun 1860 untuk menunjukkan Dinasti Habsburg sebagai pemimpin-pemimpin perang yang tiada tandingan.

Kawasan ini dulu dicadang untuk didirikan sebuah bangunan kembar Nueu Burg.
Archduke Charles of Austria
Bangunan di belakang patung Archduke Charles of Austria ini adalah bangunan sementara yang menempatkan pejabat ahli-ahli Parlimen Austria kerana bangunan pejabat mereka yang sebenar sedang diubahsuai.
Pemandangan bangunan ahli-ahli parlimen yang sedang diubahsuai dari Neue Burg

LEOPOLDINE WING

Sebuah lagi sayap bangunan Hofburg Palace yang dinamakan Leopoldine Wing digunakan sebagai pejabat Presiden dan Perdana Menteri Austria kini. Seperti juga pejabat presiden Republik Czech di Prague dulu, bendera akan dipasang di atas pejabat mereka untuk menandakan yang Presiden dan Perdana Menteri berada di dalam negara.

Bangunan Leopoldine Wing di Hofburg Palace yang digunakan sebagai pejabat Presiden dan Perdana Menteri Austria
Pejabat Presiden terletak di bangunan yang dekat ini dan pejabat Perdana Menteri pula terletak di bangunan yang sebuah lagi.
Melepak di depan bangunan Pejabat Presiden
Bendera di Leopoldine Wing

INTERNAL CASTLE SQUARE

Kemudian kita masuk pula ke Internal Castle Square. Pada masa dahulu, kawasan lapang ini digunakan untuk perarakan tentera. 

Internal Castle Square. Bangunan yang kelihatan di depan sana adalah Imperial Chancellery Wing dan kubah hijau di belakangnya dinamakan St Michael's Wing.
Mercu tanda di sini adalah patung Emperor Francis I of Austria yang juga dikenali sebagai Holy Roman Emperor Francis II. Patung ini dibina oleh seorang pengukir Itali yang bernama Pompeo Marchesi pada tahun 1824-1846. Sebagai penghormatan kepada gelaran Holy Roman Emperor yang diterima oleh Francis I dari gereja Katholik, baginda digambarkan pada patung ini memakai pakaian Roman klasik.

Patung Emperor Francis I di Internal Castle Square. Bangunan di belakang patung Francis adalah Amalienburg dan yang di sebelah kanan dinamakan Alte Burg yang merupakan sayap paling tua di Hofburg Palace
Emperor Francis I diukir memakai pakaian Roman klasik sebagai penghormatan kepada gelaran Holy Roman Emperor Francis II yang diterima dari Gereja Katholik.
Kereta kuda di Internal Castle Square
Kesibukan kereta kuda keluar masuk ke Internal Castle Square ini secara tidak langsung memberikan gambaran kepada kita tentang keadaan di Istana Hofburg pada masa dahulu.

SWISS COURT

Patung Emperor Francis I dibina menghadap ke Swiss Court. Ia digunakan sebagai kediaman Swiss Guards yang diupah sebagai pengawal peribadi raja pada kurun ke-18.

Selain di sini, Swiss Guards juga turut diupah sebagai pengawal peribadi King Louis XVI di Perancis. Mereka terkenal sebagai tentera yang taat berkhidmat kepada majikan. Peranan mereka mungkin boleh disamakan dengan tentera Gurkha dari Nepal yang dibawa British ke jajahan takluk mereka seperti Malaysia dan Hong Kong dulu.

Pintu masuk ke Swiss Court
Bangunan Swiss Court kini menempatkan Imperial Treasury Museum.
Imperial Crown, Orb dan Sceptre of Austria yang disimpan di Imperial Treasury Museum (Ihsan dari Wikipedia).
Pintu masuk ke Internal Castle Courtyard dari Nueue Burg tadi

IMPERIAL CHANCELLERY WING

Dari Internal Castle Courtyard kita bergerak masuk ke dalam sayap paling hebat di Hofburg Palace yang dinamakan Imperial Chancellery Wing. Di sayap inilah letaknya Imperial Apartments yang menjadi kediaman sebenar raja-raja Habsburg dan muzium paling popular di Hofburg Palace yang dinamakan Sissi Museum.

Ukiran di bumbung Imperial Chancellery Wing
Kubah bumbung St Michael's Wing yang terletak di belakang Imperial Chancellery Wing.
Pintu menuju ke Imperial Apartments dan Sissi Museum.
Ukiran di tepi pintu Imperial Chancellery Wing ini dinamakan Labours of Hercules.
Pandangan dekat ukiran-ukiran Labours of Hercules.
Lorong menuju ke Imperial Apartments dan Sissi Museum
Pemandangan di bawah kubah St Michael's Wing
Kereta kuda yang lalu di bawah St Michael's Wing
Kubah St Michael's Wing
Di sinilah letaknya pintu masuk ke Imperial Apartments dan Sissi Museum
Sebelum kita bercerita lebih jauh, eloklah kita berkenalan dengan Sissi yang namanya sering kita dengar. Sissi adalah sebenarnya Empress Elisabeth yang berkahwin dengan Emperor Franz Joseph yang membina sayap Neue Wing yang telah kita lawat tadi.

Sissi Museum
Sissi terkenal sebagai seorang permaisuri yang cantik dan sangat mengambil berat tentang kecantikan. Untuk menjaga kecantikan dirinya, Sissi akan berlatih menunggang kuda selama 3 jam sehari. Dua jam pula diperuntukkan setiap hari oleh Sissi untuk mendandan rambutnya. Sissi juga dikatakan mempunyai beribu-ribu pakaian yang tak pernah diulang memakainya.

Empress Elisabeth yang lebih dikenali sebagai Sissi
Ada banyak potret Sissi yang dilukis oleh pelukis-pelukis istana pada masa dahulu. Namun tak ada satu pun lukisan yang menunjukkan Sissi pada usia selepas 35 tahun. Ini adalah kerana Sissi tak lagi membenarkan dirinya dipotret selepas dia berusia 35 tahun.

Walaupun hidup dalam serba kemewahan, perkahwinan Sissi dengan Emperor Franz Joseph dikatakan tidak bahagia. Sissi hidup berasingan dengan suaminya di akhir hayatnya dengan mengembara bersendirian bersama pembantunya ke seluruh Eropah. Dia mati dibunuh oleh seorang pembenci keluarga diraja yang berbangsa Itali sewaktu mengembara ke Geneva di Switzerland pada tahun 1898.

Walaupun Sissi mempunyai beribu-ribu pakaian, hanya 3 helai sahaja yang dipamerkan di muzium ini kerana Sissi dikatakan sering menderma pakaian yang telah dipakai kepada pembantu dan rakan-rakannya.
Pintu masuk ke Spanish Riding School

Part 84: Michael's Gate

Kami keluar dari Hofburg Palace melalui Michael's Gate (dipanggil Michaelertor dalam Bahasa Jerman). Di sini ada sebuah dataran yang dinamakan Michael's Square. Bangunan Hofburg Palace yang mengelilingi dataran ini adalah bangunan istana yang terawal didirikan.

Bangunan asal Hofburg Palace dibina di sekitar Michael's Square.
Pintu masuk ke Hofburg Palace dari Michael's Square
Pintu ini dibina oleh Emperor Franz Joseph I.
Huruf FJ pada pintu ini adalah singkatan untuk Franz Joseph.
Gereja St Michael di MIchael's Square
Penjual-penjual tiket Opera di Michael's Square

SPANISH RIDING SCHOOL

Sebuah bangunan Hofburg Palace yang terletak berdekatan dengan Michael's Square adalah Spanish Riding School. Sekolah ini yang didirikan pada tahun 1565 adalah sekolah menunggang kuda yang tertua di dunia. Sekolah ini melatih para aristokrat muda pada zaman itu untuk membuat persembahan berkuda dan juga berperang dengan menggunakan kuda. Persaingan untuk diterima masuk ke sekolah ini pada masa dahulu samalah seperti persaingan untuk masuk ke universiti pada zaman sekarang.

Spanish Riding School
Nama Spanish Riding School yang digunakan berasal dari kuda putih baka Lipizzaner yang diimport dari Spain di sekolah ini. Persembahan berkuda masih diadakan di sekolah ini pada masa sekarang. Tidak seperti zaman dahulu di mana pertunjukan berkuda hanya disaksikan oleh keluarga diraja, pertunjukan kuda ini dibuka kepada orang awam.

Inilah kot kuda baka Lipizzaner tu.
Bangunan di seberang Spanish Riding School pada asalnya dibina sebagai Royal Horse Stables. Ia kemudiannya diubahsuai menjadi kediaman Putera Mahkota Maximillian II di atas arahan ayahandanya Emperor Ferdinand I. Menurut ceritanya, Emperor Ferdinand memberi arahan tersebut kerana dia tak mahu tinggal sebumbung dengan anaknya yang berlainan fahaman agama. Bangunan ini kini juga digunakan sebagai muzium.

Bangunan Royal Horse Stables di seberang Spanish Riding School
Di Michael's Square ini juga kita dapat melihat kesan sejarah peninggalan orang Rom pada masa dahulu. Kota Vienna dikenali sebagai Vindobona pada zaman pemerintahan Rom. Runtuhan peninggalan Roman ini ditemui pada tahun 1990.

Kesan peninggalan Rom di Michael's Square
Mungkin inilah kesan runtuhan penempatan Roman yang bernama Vindobona pada masa dahulu.
Pemandangan runtuhan peninggalan Roman di tengah-tengah Michael's Square
Pameran lukisan karya Rubens di Vienna
Berjalan menuju ke Kohlmarkt


Bersambung ke Bhg.20...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):