Monday 25 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 25 (Neuschwanstein 1)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(GERMANY: Schwangau, Munich & Dachau)

Bahagian 25: Germany (2)
SCHWANGAU (Perjalanan Ke Neuschwanstein Castle)

HARI KESEMBILAN (1)

Part 111: Hotel Azimut

Hotel penginapan kami di Munich yang bernama Hotel Azimut terletak di pinggir bandar Munich. Bilik hotel ini sangat selesa dan di sanalah kami menginap selama 2 malam di penghujung lawatan kami ke Eropah Timur.

Program perjalanan kami pada Hari Kesembilan adalah berkunjung ke Neuschwanstein Castle yang terletak di Schwangau. Seperti biasa, sebelum memulakan lawatan, kita bersarapan pagi dulu di hotel.

Sarapan pagi di Hotel Azimut
Restoran sarapan pagi di Hotel Azimut
Hidangan sarapan pagi
Terkejut tengok betapa merahnya warna teh ini setelah dibancuh.
Selepas bersarapan pagi, kami berjalan-jalan dulu di luar hotel untuk menikmati pemandangan sambil nak test suhu di luar. Tapi tak ada apa sangatlah pemandangan yang menarik dekat hotel ini. Cuaca pulak agak sejuk kerana hujan turun renyai-renyai pagi ini.

Pemandangan awal pagi di lobi hotel
Basikal untuk disewa
Pemandangan courtyard di depan Hotel Azimut
Pemandangan restoran sarapan pagi dari luar
Pemandangan keseluruhan Hotel Azimut dari pintu masuk
Cuaca agak sejuk kerana hujan turun renyai-renyai pagi ini
Pemandangan menghala ke jalan besar dari courtyard hotel
Hotel-hotel lain yang berjiran dengan Hotel Azimut

Part 112: Perjalanan Ke Schwangau

Perjalanan kami pagi ini bermula agak awal kerana Schwangau (disebut: Shwang-gau) di mana letaknya Neuschwanstein Castle (disebut: Noy-shwan-styne Castle) yang ingin kami lawati terletak 127 km dari Munich. Perjalanan ke sana juga dijangka memakan masa kira-kira 2 jam.

Bertolak ke Schwangau di dalam hujan renyai
Perjalanan kami walau bagaimanapun tersekat dengan traffic jam yang teruk sebaik masuk ke lebuhraya. Menurut pemandu bas kami yang bernama Peter, ada kemalangan jalan raya yang teruk di depan sana sehingga menyebabkan traffic jam sepanjang 15 km.

Traffic jam di lebuhraya
Pemandangan tasik dekat lebuhraya
Tersekat di dalam traffic jam
Peter kemudian membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan menggunakan laluan alternatif untuk menuju ke Schwangau. Sedang kami membelok keluar dari lebuhraya, kami dapat melihat pekerja-pekerja lebuhraya mula menutup lebuhraya dan mengarahkan semua kenderaan keluar dari situ. Memang betul agaknya ada kemalangan besar di depan sana sehingga menyebabkan semua lalulintas tersekat.

Membelok keluar dari lebuhraya
Semua kenderaan membelok keluar kerana lebuhraya telah ditutup disebabkan kemalangan besar.
Tersekat juga waktu nak keluar dari lebuhraya kerana semua kenderaan sedang berbuat begitu
Pemandangan yang mengingatkan kami kepada Black Forest dulu
Rumah-rumah yang dipasang dengan panel solar di bumbung
Ke mana arah kita yang sebenarnya?
Pemandangan di sebuah bandar kecil yang dilalui
Masih hujan lagi...
Kedai runcit kampung di Germany
Pekan kecil di Germany
Sungai
Pemandangan musim luruh
Bas membuat toilet stop di sebuah perhentian kecil. Tempat ini bernama

Toilet stop di sebuah perhentian kecil.
Perhentian ini terletak di Murnau am Staffelsee.
Pemandangan di dalam perhentian rehat
Meneruskan perjalanan
Meninggalkan Murnau am Staffelsee
Ada 16 buah negeri di Germany dan kami kini sedang berada di Bavaria. Ibukota negeri Bavaria adalah Munich. Bandar Frankfurt dulu terletak di negeri Hesse, tapi ia bukanlah ibukota bagi Hesse. Ibukota Hesse sebaliknya adalah Weisbaden.

Perjalanan kami banyak melalui pekan-pekan kecil dan padang-padang ragut. Memang nampak damai suasana perkampungan di sini.


Part 113: Salji Di Germany

Ada hikmah rupanya di sebalik traffic jam di lebuhraya tadi. Ini menyebabkan kami terpaksa menggunakan laluan alternatif yang mendaki kawasan gunung dan pemandangan istimewa di sini adalah salji. Pemandangan bersalji ini mula kami lihat ketika melalui sebuah tempat yang bernama Bad Kohlgrub.

Salji semakin lebat bila kami tiba di Rottenbuch. Salji yang kami lihat adalah fresh snow yang baru turun dari langit. Mengikut ramalan cuaca, salji sepatutnya turun dua minggu lagi, selepas kami pulang ke Malaysia. Memang rezeki kami dapat melihat salji dalam trip ini kerana salji yang turun pada hari ini memang benar-benar di luar jangkaan

Memang excited kami melihat salji dari dalam bas. Iyalah, kat Malaysia manalah ada salji begini. Bagi Myself dan Husband, memang kami punya jodoh dengan salji setiap kali berkunjung ke Germany. Dua tahun dulu, sewaktu kami mengikut trip ke Western Europe, kami juga bertemu dengan salji buat pertama kali di Germany.

Walau ramai yang meminta Peter berhenti sebentar kerana nak memegang salji, kami tak boleh berbuat begitu. Ini adalah kerana kami perlu mengejar masa mengikut waktu tiket masuk kami ke Neuschwanstein Castle. Disebabkan traffic jam luar jangkaan tadi, travel agent di Europe ni dah membantu menukar tempahan waktu masuk kami ke waktu yang lebih lewat. Takkanlah nak kena buat pertukaran waktu lagi nak masuk ke Neuschwanstein Castle.

Salji di kawasan puncak gunung di kawasan ini memang tebal. Teringat kenangan bermain salji di Black Forest dan Mount Titlis dulu. Sungguh, Myself tak sangka kenangan itu boleh berulang lagi kali ini kerana kami sengaja memilih trip di tengah Musim Luruh kerana kononnya nak mengelak salji dan dapat waktu siang yang lebih panjang dari trip yang dulu tu.

Salji mula berkurangan sewaktu kami menuruni gunung di kawasan yang bernama Steingaden. Kehijauan yang hilang ditelan salji tadi mula kembali dalam pandangan.

Waktu itu, kami semua menyangka yang itu sajalah jodoh kami dengan salji di Germany ini... cuma melihat salji dari atas bas. Memang kami tak sangka yang kami dapat juga memegang salji bila tiba di Neuschwanstein Castle. Pengalaman ini Myself akan ceritakan dalam entry yang seterusnya.

Salji terus hilang dari pandangan bila kami tiba di Halblech.

Ada banyak tasik yang terdapat di kawasan Bavaria di sebelah sini. Salah sebuah di antaranya yang dapat kami lihat dalam perjalanan ke Schwangau adalah Forggensee.

Forggensee
Selepas mengharungi perjalanan yang sangat panjang selama 4 jam, barulah kami tiba di Schwangau. Memang jauh perjalanan kami nak tiba ke sini... Kami dimaklumkan sepatutnya perjalanan dari Munich ke Schwangau ini hanya memakan masa kira-kira 2 jam.



  Bersambung ke Bhg. 26...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):