Thursday 7 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 07 (Charles Bridge)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(CZECH REPUBLIC: Karlovy Vary & Prague)

Bahagian 7: Czech Republic (5)
PRAGUE (Charles Bridge)

HARI KETIGA (5)

Part 29: Charles Bridge

Charles Bridge dibina merentangi Sungai Vltava, menghubungkan Prague Old Town dengan Prague Lesser Town. Pemandangan pertama Charles Bridge dari Prague Old Town adalah sebuah menara yang dinamakan Old Town Bridge Tower. Ia adalah sebahagian dari kota pertahanan Prague pada masa dahulu. Kepala-kepala ketua agama Protestant yang mati dibunuh turut digantung di menara ini pada masa dahulu.

Menunggu nak melintas jalan menuju ke Charles Bridge

KNIGHTS OF THE CROSS SQUARE

Sebelum naik ke Charles Bridge, kami singgah terlebih dahulu di sebuah dataran kecil berdekatan Old Town Bridge Tower yang dinamakan Knights of the Cross Square. Mercu tanda di sini ialah patung gangsa Emperor Charles IV.

Emperor Charles IV
Pandangan sisi patung Emperor Charles IV.
Seperti juga di banyak kota Eropah lain, railings di sini ada banyak Love Locks. Percaya betul dia orang ni yang cinta boleh dikunci mati begini...

Pemandangan menghala ke Charles Bridge dan Prague Lesser Town di seberang Sungai Vltava dari Knights Of The Cross Square.
Kunci-kunci cinta...
Berbagai kunci ada di sini.
Pemuzik jalanan di Knights Of The Cross Square
Charles Bridge selesai dibina pada tahun 1357 untuk menggantikan sebuah jambatan batu lama di sini yang dinamakan Judith Bridge yang hanyut dalam satu kejadian banjir pada tahun 1342. 

Charles Bridge
Pemandangan Prague Lesser Town di seberang Sungai Vltava
Pemandangan Prague Castle dari Knights Of The Cross Square. Kita akan melawat ke sana pada pagi esok...
Charles Bridge kini hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki. Namun demikian pada masa dahulu, ia sangat sibuk dengan kenderaan yang keluar-masuk ke Prague Old Town. Ia dinamakan sempena Emperor Charles IV, pemerintah Bohemia pada pertengahan tahun 1300-an yang kemudiannya dilantik sebagai Holy Roman Emperor.

Pemandangan Old Town Bridge Tower dari atas Charles Bridge
Charles Bridge sentiasa sesak dengan pengunjung
Charles Bridge terkenal dengan patung Christian Saints yang dibina di atasnya. Ada 30 buah patung semuanya di atas jambatan ini dan sesetengahnya mempunyai kisah yang menarik.

Antara patung terawal yang ditemui di Charles Bridge sewaktu menyeberang jambatan dari Prague Old Town
St Barbara, St Margaret & St Elizabeth
Mengambil gambar di atas Charles Bridge
Sungai Vltava
Pemandangan lewat petang di Charles Bridge
Pengunjung-pengunjung ke Charles Bridge
Bot persiaran di Sungai Vltava
Lukisan potret di atas Charles Bridge
The Pieta
Selama 200 tahun, patung Crucifix adalah satu-satunya patung yang terdapat di Charles Bridge. Ia dibina pada tahun 1629. Pada patung ini terdapat perkataan dalam Bahasa Hebrew yang bermaksud "Holy, Holy, Holy Lord" yang dibiayai oleh seorang Yahudi yang didenda kerana menghina agama Katholik.

Crucifix
St Christopher
Patung yang paling popular di Charles Bridge adalah patung St John of Nepomuk yang dibina pada tahun 1683. Dia adalah seorang paderi Katholik pada zaman pemerintahan King Wenceslas IV of Bohemia. Orang Katholik mempunyai amalan "Confession" di mana mereka akan membuat pengakuan kepada paderi untuk menghapuskan dosa. Bila King Wenceslas mendapat tahu yang isteri baginda, Queen Johanna membuat "Confession" kepada St John of Nepomuk, baginda terus membuat anggapan yang isteri baginda telah berlaku curang. King Wenceslas memaksa St John of Nepomuk untuk mendedahkan pengakuan Queen Johanna kepada baginda, namun St John of Nepomuk enggan berbuat demikian. Disebabkan marah, King Wenceslas telah mengarahkan supaya St John of Nepomuk dihukum dengan dibenam sehingga lemas di Sungai Vltava.

Terdapat 5 butir bintang yang diukir pada kepala patung St John of Nepomuk kerana mengikut lagenda tempatan, 5 butir bintang Tacet ('Tacet' dalam Bahasa Latin bermaksud 'Senyap') muncul di kepala St John of Nepomuk sewaktu dia mati lemas. Di kaki patung St John of Nepomuk terdapat sebuah plak ukiran yang menunjukkan saat beliau dicampak ke Sungai Vltava dan juga plak ukiran seekor anjing. Orang Kristian percaya yang kita akan mendapat tuah jika menyentuh kedua-dua plak ini.

St John of Nepomuk
Dua ukiran yang terdapat di kaki patung St John of Nepomuk
Mengikut legenda, sesiapa yang mengusap ukiran St John ketika beliau dihumban ke Sg Vltava akan mendapat tuah. Kerana itulah ukiran St John ini sangat berkilat kerana sering diusap oleh pengunjung.
Mengusap ukiran St John of Nepomuk untuk mendapatkan tuah.
Ukiran anjing ini pula melambangkan kesetiaan. Legenda tempatan mengatakan jika kita mengusap ukiran anjing ini, kita pasti akan kembali ke Prague.
Tempat di mana St John of Nepomuk dihumban ke dalam sungai juga ditandakan di atas Charles Bridge dan tempat ini dianggap suci oleh penganut Katholik.

Plak ini menandakan tempat di mana St John of Nepomuk dihumban ke dalam sungai.
Pemandangan dekat
Penganut Katholik menyentuh salib untuk mendapatkan berkat.
Di sepanjang Charles Bridge, terdapat pelukis, pemuzik dan penjual cenderamata yang mencari rezeki dengan cara masing-masing. Myself paling suka melihat lukisan yang dijual. 

Antara hasil seni untuk jualan di Charles Bridge
Burung-burung di Charles Bridge
Pemandangan Kampa Island dari Charles Bridge
Kampa Island adalah sebuah pulau buatan manusia di Sungai Vltava.
Pemandangan di atas Charles Bridge sewaktu berjalan kembali ke Prague Old Town.
Old Town Bridge Tower

Part 30: Dinner di Indian Jewel

Selepas melawat Charles Bridge, kami berjalan kembali ke tempat pertemuan yang ditetapkan di depan Jan Hus Memorial di Old Town Square.

Berjalan kembali ke Old Town Square
Penutup manhole yang cantik di Prague Old Town
Museum of Medieval Torture Instruments.
Kedai-kedai di Prague Old Town
Astronomical Clock
Tiba kembali di Old Town Square
Týn Church
Pemandangan malam di Old Town Square
Cuaca malam itu sangat sejuk. Bila angin bertiup, lagilah sejuk. Bila dah sejuk begitu, mulalah kita nak mencari tandas. Tandas terdekat dengan Jan Hus Memorial adalah di dalam bangunan muzium National Gallery yang bersebelahan. Tandas ini berbayar dan kedua-dua matawang Koruna dan Euro diterima di sini.

Bangunan National Gallery berhampiran Jan Hus Memorial
Pemandangan di dalam bangunan National Gallery. Tandas awam yang sangat bersih terletak di belakang sana.
Kemudian, kita kembali ke Jan Hus Memorial sambil menunggu masa berkumpul yang ditetapkan. Ingatkan cuma kami berdua saja yang dah surrender awal nak berjalan-jalan di sekitar Prague Old Town, rupa-rupanya dah ramai juga ahli kumpulan yang lebih dulu duduk di sini. Cuma yang muda-muda dan yang kaki shopping saja yang sangat gagah meneroka Prague Old Town sehingga ke akhir waktu.

Ada persembahan dari sekumpulan lelaki yang bermain dengan api di Old Town Square pada malam itu. Ada juga beberapa ahli kumpulan yang berulang-alik melihatnya dengan satu tujuan ~ nak menumpang api persembahan untuk memanaskan badan!

Pemandangan malam di Jan Hus Memorial
St Nicholas Church
Pemandangan menghala ke Týn Church
Best juga kalau dapat naik kereta kuda ni pusing-pusing Prague Old Town...
Akhirnya tibalah masa yang ditunggu... masa untuk makan malam. Dinner kami disediakan di sebuah restoran India yang bernama Indian Jewel di Old Town Square ini juga. Disebabkan ia tak jauh dari Jan Hus Memorial di mana kami berkumpul, kami hanya berjalan kaki ke sana.

Berjalan menuju ke restoran.
Inilah restorannya ~ Indian Jewel
Pintu masuk ke restoran
Pemandangan di dalam restoran
Hidangan makan malam yang lazat.
Selepas makan, kami berjalan lagi dengan dipandu oleh Tour Leader menuju ke tempat bas kami menanti.

Berjalan mendapatkan bas

Part 31: Hotel Duo, Prague

Hotel penginapan kami pada malam ini, Hotel Duo adalah sebuah hotel 4 bintang yang terletak di pinggir kota Prague. Disebabkan kita tiba ketika hari dah gelap, memang tak nampak rupa hotel ini yang sebenarnya. Disebabkan dah kepenatan dengan hari yang panjang dan penuh aktiviti hari ini, memang tak sabar nak masuk ke bilik nak tidur...

Lobi Hotel Duo
Kaunter pendaftaran di Hotel Duo
Menunggu check-in ke bilik hotel.
Pelancong dari China yang tiba bersama kami.
Bilik penginapan kami


 Bersambung ke Bhg.8 ...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):