Thursday, 28 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 28 (Dachau Camp)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(GERMANY: Schwangau, Munich & Dachau)

Bahagian 28: Germany (5)
DACHAU (Dachau Concentration Camp)

HARI KESEPULUH (1)

Part 125: Hari Terakhir Di Munich

Dalam tak sedar, Hari Kesepuluh yang merupakan hari terakhir dalam pengembaraan kami ke Eastern Europe telah tiba. Pada malam ini, kami akan terbang meninggalkan bumi Eropah untuk kembali ke Malaysia.

Sarapan Pagi terakhir di Hotel Azimut, Munich.
Treppenhaus bermaksud Tangga dalam Bahasa Jerman
Pintu ke bilik penginapan kami di Hotel Azimut
Masih ada program lawatan yang diatur pada hari terakhir ini sebelum kami pulang ke Malaysia. Jika selama ini kita dibawa melawat ke tempat-tempat yang mempunyai perkaitan dengan sejarah Empayar Habsburg, lawatan hari ini pula agak istimewa kerana kami akan dibawa melawat ke tempat bersejarah yang mempunyai perkaitan dengan Nazi Germany.

Menunggu bas untuk ke Dachau
Destinasi kami pada pagi ini adalah kota Dachau (disebut: Dakau) yang terletak kira-kira 16 km dari Munich. Di sana nanti, kami akan dibawa melawat ke sebuah kem tahanan Nazi yang dinamakan Dachau Concentration Camp yang digunakan untuk menahan dan menyiksa tahanan.

Dalam bas menuju ke Dachau
Hujan turun agak lebat pada pagi ini sewaktu kami meninggalkan Hotel Azimut
Perjalanan ke Dachau memakan masa kira-kira 20 minit dari Munich. Dalam perjalanan ke sana kami melintasi Stadium Allianz Arena yang merupakan stadium bagi pasukan bolasepak terkenal dari Germany, Bayern Munich.

Stadium Allianz Arena
Allianz Arena adalah stadium bagi pasukan bolasepak Bayern Munich
Tiba di Dachau
Tapak karnival di Dachau

Part 126: Nazi Germany

Sejarah negara Germany tak dapat dipisahkan dengan sejarah Nazi di bawah pimpinan Adolf Hitler pada Perang Dunia Kedua. Hitler terkenal sebagai seorang yang berjaya menyatukan penduduk berbahasa Jerman menjadi sebuah kuasa yang hebat dan ditakuti. Beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai seorang yang kejam, bengis dan diktator yang gila kuasa.

Hitler mula mendapat kuasa selepas ideanya yang mengatakan Bangsa Aryan (Bangsa Jerman) adalah bangsa yang terbaik di dunia diterima oleh seluruh penduduk berketurunan Jerman. Ketika ekonomi Jerman jatuh dan lemah dalam peristiwa yang dinamakan sebagai Great Depression, Hitler dengan pantas menyalahkan kapitalis Yahudi dan Komunis sebagai punca permasalahan. Ucapan-ucapan Hitler berjaya membangkitkan perasaan bangsa Jerman bahawa mereka adalah mangsa yang tertindas dan perlu menuntut balas atas segala yang terjadi.

Waffen-SS yang lebih dikenali dengan singkatan SS adalah pertubuhan separa tentera di bawah pentadbiran Nazi Germany. Ia dipimpin oleh Heinrich Himmler dari tahun 1929 sehingga kekalahan tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. SS telah diberi kuasa oleh Nazi untuk mengambilalih pengawasan dan pentadbiran kem-kem tahanan yang menempatkan penentang-penentang mereka. Doktor yang dilantik oleh SS turut diberi kebenaran untuk melaksanakan eksperimen perubatan ke atas tahanan.

Part 127: Dachau Concentration Camp

Myself akui tak banyak yang Myself tahu mengenai Dachau Concentration Camp sebelum datang ke sini. Seperti juga kebanyakan orang lain, Myself juga beranggapan kem tahanan ini adalah tempat Nazi menyeksa dan membunuh orang Yahudi. Myself juga pernah membaca tulisan blog dari pengunjung yang berpandangan tempat ini hanyalah cara orang Yahudi cuba mendapat simpati dunia dari peristiwa Holocaust. 

Setelah berkunjung ke sini, Myself berpandangan ia bukan sekadar semua yang pernah dibaca. Kunjungan ke Dachau Concentration Camp memberi keinsafan bagaimana manusia boleh bersikap kejam dan di luar batas kemanusiaan demi untuk mencapai cita-cita. Bagi Myself, Dachau Concentration Camp tak jauh berbeza dengan Killing Field di Cambodia dan tempat-tempat lain seumpamanya di seluruh dunia. Jika melawat ke sini, janganlah kita bayangkan tempat ini sebagai tempat untuk menyiksa dan membunuh orang Yahudi semata-mata. Kekejaman yang disaksikan di sini juga sedang berlaku kepada tawanan-tawanan perang di seluruh dunia sehingga ke hari ini, tanpa mengira bangsa dan agama.

Tiba di Dachau Concentration Camp
Tempat parking bas di Dachau Concentration Camp
Lawatan kami ke Dachau Concentration Camp ditemani oleh seorang Local Tour Guide yang bernama Achim (disebut: Akim). Sebelum memulakan lawatan, Achim berpesan supaya kita menghormati tempat ini kerana ia adalah seperti sebuah kuburan yang besar kerana beribu-ribu nyawa terkorban di sini. 

Pesanan Achim mengingatkan Myself kepada sebuah hadis Nabi Muhammad SAW. Pada ketika itu, ada seorang Yahudi telah meninggal dunia dan ketika mayatnya dibawa lalu di hadapan Nabi dalam perjalanan untuk dikuburkan, baginda bangun dari tempat duduknya. Para sahabat kehairanan lalu bertanya mengapa baginda berbuat demikian sedangkan mayat itu adalah seorang Yahudi. Nabi menjawab, baginda bukan menghormati mayat itu, sebaliknya menghormati Yang Menciptakan Mayat itu.

Local Tour Guide kami di Dachau yang bernama Achim.
Dachau Concentration Camp adalah kem tahanan yang pertama dibina oleh Nazi Germany. Ia dibina untuk menempatkan 6,000 tahanan, namun di akhir Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 sewaktu tempat ini diserbu oleh tentera Amerika Syarikat, ia telah menempatkan 32,000 tahanan. Bayangkanlah keadaannya bila fasiliti yang dibina hanya untuk 6,000 tahanan akhirnya dimuatkan dengan 32,000 tahanan. Keadaannya dah pasti sesak, menyeksa dan kekurangan segala keperluan asas serta penuh dengan penderitaan.

Pintu masuk ke Dachau Concentration Camp Memorial Site
Keterangan mengenai Dachau Concentration Camp
Walaupun tak ada salji yang turun ketika itu, cuaca sangat sejuk (1'C) ketika kami tiba di Dachau Concentration Camp. Kesejukan yang mencengkam sehingga ke tulang menyebabkan hampir separuh ahli rombongan kami menarik diri dari menyertai lawatan ini di separuh jalan dan kembali ke dalam bas kerana tak tahan dengan kesejukan.

Suasana ketika berjalan di sini memang bagaikan berjalan di sebuah kawasan perkuburan kerana kita tahu ada beribu-ribu nyawa yang terkorban di sini.
Sungai kecil di luar perkarangan Dachau Concentration Camp
Mengikut Achim masuk ke dalam
"Dachau, the significance of this name will never be erased from German history. It stands for all concentration camps which the Nazis established in their territory"
Sebelum masuk ke perkarangan Dachau Concentration Camp yang sebenar, kami singgah terlebih dahulu di Visitor's Centre. Di sini ada kemudahan tandas dan pusat informasi. Bagi yang datang bersendirian, audio guide juga boleh disewa di sini.

Ada ramai pelajar sekolah kerana lawatan ke kem tahanan seperti ini adalah sebahagian dari silibus persekolahan di Germany.
Pemandangan di Visitor's Centre
Pusat Informasi
Satu lagi pemandangan di Visitor's Centre
Dachau Concentration Camp terletak di tapak sebuah kilang peluru lama berhampiran bandar Dachau. Berpandukan kepada kem tahanan ini sebagai prototype, Nazi telah membina beratus-ratus lagi kem tahanan yang serupa di Germany dan seluruh jajahan takluk mereka di negara lain sebelum tewas kepada tentera Amerika Syarikat pada 1 Mei 1945.

Dachau Concentration Camp dibina di tapak sebuah kilang peluru lama berhampiran bandar Dachau
Pemandangan dari luar pagar perkarangan Dachau Concentration Camp
Mengikut Achim ke Path of Remembrance
Achim membawa kami menyusuri Path of Remembrance di luar perkarangan kem tahanan. Inilah laluan yang digunakan oleh tahanan yang dipaksa berjalan kaki dari stesen keretapi masuk ke dalam kem. Di sini kita dapat membaca papan keterangan dan melihat gambar suasana sebenar yang berlaku kerana gambar-gambar ini sebenarnya diambil dari rekod simpanan tentera Nazi.

Beginilah suasana sewaktu tahanan Nazi dipaksa berjalan masuk ke kem.
Kisah mengenai ketibaan tahanan di Dachau
Masih ada kesan peninggalan landasan keretapi lama yang dapat dilihat di sini. Ketika tentera Amerika Syarikat menyerbu kem ini pada tahun 1945, mereka turut menemui gerabak-gerabak keretapi yang dipenuhi dengan mayat-mayat tahanan yang mati bergelimpangan di dalamnya.

Kesan landasan keretapi lama
Di sinilah tentera Amerika Syarikat menemui gerabak-gerabak keretapi yang penuh berisi dengan mayat-mayat tahanan sewaktu menyerbu tentera Nazi di sini.
Platform keretapi lama agaknya
Kemudian barulah kami dibawa melawat ke kem tahanan yang sebenar. Untuk masuk ke sana, kita perlu melalui sebuah pintu pagar yang tertulis di atasnya perkataan "Arbeit Macht Frei" yang bermaksud "Work Will Set You Free".

Pintu masuk ke kem tahanan
Ini adalah satu-satunya pintu untuk keluar masuk ke kem tahanan

Pemandangan ke dalam kem tahanan
Arbeit Macht Frei
"Arbeit Macht Frei (Work Will Set You Free)" adalah slogan yang digunakan di seluruh kem tahanan Nazi, bukan sahaja di sini. Bila tahanan melangkah masuk dan membaca slogan ini, ia bagaikan memberi harapan yang mereka akan dibebaskan selepas bekerja beberapa seketika dengan pihak Nazi. Jauh sekali di fikiran mereka ketika itu yang perjalanan hidup mereka hampir pasti berakhir di sini.

Pada mulanya tahanan di kem ini terdiri dari penentang-penentang politik Nazi. Lama kelamaan, ia turut meliputi orang Yahudi, homoseks, gipsi dan sesiapa saja yang dianggap memberi ancaman politik dan sosial kepada penduduk Germany termasuk penganut Jehovah's Witness dan paderi-paderi Katholik. Penganut Yahudi kemudiannya menjadi kumpulan tahanan terbesar kerana Nazi beranggapan mereka adalah punca terbesar masalah yang dihadapi.

Pemandangan di dalam kem tahanan
Inilah pemandangan pertama yang dilihat oleh para tahanan yang dibawa masuk ke sini. Bangunan yang dilihat di sini adalah Maintenance Building yang digunakan untuk memproses tahanan yang dibawa masuk.
Kawasan lapang di depan Maintenance Building ini digunakan untuk roll-call tahanan setiap hari
Kata Achim, cuaca di Dachau memang hampir sentiasa extreme. Ia sangat sejuk pada musim dingin seperti ketika kami di sana dan sangat panas pada musim panas. Roll-call pula dibuat di sini beberapa kali sehari tanpa mengira cuaca. 

Seluruh tahanan akan berdiri berkumpul di sini berjam-jam lamanya sambil SS memeriksa mereka tanpa diberi pakaian yang bersesuaian untuk menahan cuaca. Pemeriksaan ini memang memakan masa yang panjang kerana jumlah tahanan yang diperiksa mencapai beribu-ribu. Ramai yang lemah dan sakit akan jatuh mati sewaktu roll-call. Rekod menunjukkan tahanan pernah dipaksa berdiri selama 20 jam sehingga tahanan yang didapati hilang ditemui semula.

Di sinilah Roll-Call dibuat oleh SS beberapa kali dalam sehari untuk memeriksa tawanan.
Walaupun ia kelihatan lapang pada hari ini, ia sebenarnya akan penuh dengan beribu-ribu tahanan pada saat Roll-Call dibuat.
Tapak kem tahanan ini kelihatan sangat lapang sekarang tetapi ia tidak begitu pada masa dahulu. Pada ketika itu ada 30 buah berek di dalam kem ini untuk menempatkan para tahanan. Kebanyakan berek ini telah diruntuhkan sewaktu kem ini dijadikan Memorial Site. Hanya beberapa buah sahaja yang dikekalkan untuk dijadikan pusat pentadbiran dan muzium. Namun demikian, tapak-tapak berek yang diruntuhkan diberi tanda untuk membolehkan pelawat mendapat gambaran keadaan ketika itu.

Satu ketika dulu terdapat 30 buah berek yang menempatkan tahanan di sini tetapi sebahagian besarnya telah diruntuhkan
Tapak-tapak binaan berek ini ditandakan dengan binaan seperti ini sekarang
Dachau Concentration Camp sebenarnya terdiri dari dua bahagian: Kem Tahanan dan Krematorium. Sebelum melawat dengan lebih lanjut bahagian Kem Tahanan, Achim membawa kami terlebih dahulu ke kawasan Krematorium.

Berjalan menuju ke Krematorium
Dalam perjalanan ke Krematorium, kami ditunjukkan pagar elektrik yang dipasang di sekeliling Kem Tahanan. Bukan sekadar mengalami risiko renjatan elektrik, tahanan yang cuba melarikan diri juga mungkin ditembak oleh pengawal SS yang berkawal di menara kawalan berhampiran. 

Kami diberitahu, pengawal SS akan menembak sesiapa sahaja yang berjalan menuju ke pagar ini, atas alasan cuba melarikan diri. Namun begitu, terdapat juga beberapa kes di mana tahanan sengaja berlari ke arah pagar ini untuk membunuh diri kerana tak tahan dengan penderitaan yang ditanggung.

Pada pandangan pertama juga, pagar ini tak ubah seperti pagar yang dipasang di kandang haiwan ternakan. Bagi Myself, ia menggambarkan betapa tentera Nazi menganggap tahanan mereka sama seperti haiwan ternakan.

Pagar elektrik yang dipasang di sekeliling kem
Longkang besar yang perlu dilompat untuk tahanan melarikan diri
Tiang pagar elektrik
Menara kawalan
Pelan keratan rentas sistem parit dan pagar di sekeliling kem tahanan
Pejabat SS
Kawasan Krematorium dipagar berasingan dari Kem Tahanan supaya tahanan yang berada di sebelah sana tak tahu apa yang berlaku di sini.

Jambatan menuju ke kawasan Krematorium
Parit yang memisahkan Kem Tahanan dengan kawasan Krematorium
Gereja Russian Orthodox ini dibina untuk memperingati mangsa-mangsa dari Russia yang terbunuh di kem tahanan ini.
Pemandangan dekat Gereja Russian Orthodox
Kawasan Krematorium
“To honor the dead and warn the living.” Patung ini adalah seorang tahanan sebenar yang ditahan kerana dia mengamalkan homoseks.
Old Gallow Stand
Tempat pelaksanaan hukuman gantung
Kadar kematian di Dachau Concentration Camp amat tinggi pada ketika itu kerana ramai tahanan yang mati akibat penyakit dan dibunuh. Oleh kerana pengebumian sukar untuk dilaksanakan, mayat-mayat ini hanya dibakar di dalam Krematorium.

Bangunan Krematorium Lama
Pintu masuk ke Krematorium Lama
Bangunan Krematorium Lama di Dachau Concentration Camp dibina pada musim panas tahun 1940. Selepas Nazi mula menghantar tahanan-tahanan asing dari kawasan jajahan mereka di luar Germany ke Dachau, bilangan mayat bertambah dengan berkali-kali ganda sehingga tak mampu lagi dibakar oleh Krematorium Lama ini. Oleh yang demikian, sebuah Krematorium Baru terpaksa dibina. Operasi Krematorium Lama ini diberhentikan pada tahun 1943 selepas pembinaan Krematorium baru ini siap. Dalam tempoh tersebut 11,000 mayat telah dibakar di dalamnya.

Keterangan mengenai Bangunan Krematorium Lama di Dachau Concentration Camp
Pemandangan ke dalam Bangunan Krematorium Lama
Oven untuk pembakaran mayat
Pemandangan lebih dekat oven pembakaran mayat
Bangunan Krematorium Baru yang dibina oleh SS dinamakan Barrack X kerana ia bukan sahaja berfungsi untuk membakar mayat, tetapi juga tempat untuk membunuh tahanan. Di samping oven pembakaran mayat, bangunan ini juga dilengkapi dengan Gas Chamber untuk membunuh tahanan menggunakan gas beracun.

Bangunan Krematorium Baru yang juga dikenali sebagai Barrack X.
Oven pembakaran mayat di dalam Barrack X
Pekerja-pekerja di Krematorium ini adalah juga terdiri dari para tahanan sendiri. Bayangkanlah betapa sedih dan tertekan perasaan mereka bila kadang-kala terpaksa membakar mayat rakan-rakan dan keluarga mereka sendiri. Kami juga diberitahu, tahanan yang bertugas di Krematorium ini akan diasingkan dengan tahanan-tahanan lain di Dachau Concentration Camp untuk memastikan kerahsiaan aktiviti yang berlaku di sini.

Ada lebih banyak oven pembakaran mayat disediakan di Barrack X dan petugas-petugas di sini juga terdiri dari para tahanan.
Takal yang dipasang di depan oven digunakan untuk menggantung mayat sebelum dibakar.
Nampak tak ada takal yang dipasang di depan setiap oven di dalam krematorium ini? Takal-takal ini digunakan untuk menggantung mayat untuk meluruskan tubuh mereka bagi memudahkan pembakaran di dalam oven.

Pada dinding Krematorium juga tertera sebuah plak penghormatan kepada 4 orang anggota wanita British Special Operations Executive (British SOE) yang ditangkap dan dibunuh oleh tentera Nazi di sini. Sedih bila melihat yang salah seorang di antara mereka adalah seorang wanita Muslim yang bernama Noorunisa Inayat Khan.

Plak penghormatan kepada 4 anggota wanita British SOE yang dibunuh di Dachau Concentration Camp
Walaupun Krematorium Baru lebih besar berbanding Krematorium Lama, ia tetap under capacity untuk membakar mayat-mayat yang tiba. Sewaktu tentera Amerika tiba di sini pada tahun 1945, mereka cukup terperanjat melihat mayat yang masih tak sempat dibakar dan mereput dilonggokkan di luar bangunan.
 
Beginilah keadaan mayat-mayat yang dilonggokkan di luar Krematorium sewaktu tentera Amerika Syarikat tiba di sini pada tahun 1945.
Kami juga turut dibawa melawat ke Gas Chamber di bangunan Barrack X ini yang digunakan untuk membunuh tahanan menggunakan gas beracun Zyklon B. Tidak seperti di Auschwitz Concentration Camp di Poland, tak ada pembunuhan beramai-ramai menggunakan gas beracun dibuat di sini. Hanya beberapa tahanan dalam bilangan yang kecil sahaja dibunuh di sini dengan gas beracun.

Bilik Gas Beracun yang dinamakan sebagai Bilik Mandi (Brausebad).
Bilik gas beracun ini dinamakan Bilik Mandi (Brausebad). Ada ketikanya, tahanan di Dachau diberi peluang untuk mandi dan membersihkan badan. Peluang yang amat jarang didapati ini memang ditunggu-tunggu oleh mereka. Tahanan yang hendak dibunuh dengan gas beracun akan diberitahu yang mereka akan dibawa untuk mandi. Sebaik mereka masuk ke Bilik Mandi, shower akan dipasang. Namun begitu shower ini bukanlah berisi air, sebaliknya gas beracun Zyklon B yang akan membunuh mereka dalam tempoh 20 minit.

Shower di dalam Bilik Mandi yang sebenarnya mengeluarkan gas beracun.
Keterangan mengenai Bilik Gas Chamber
Disrobing Room di mana tahanan yang hendak dibunuh dengan gas beracun diminta untuk menanggalkan pakaian
Ada beberapa bilik lain di Barrack X ini yang digunakan sebagai Fumigation Cubicles. Bilik ini digunakan untuk membasmi kutu pada pakaian tahanan. Semua tahanan yang baru tiba akan diminta untuk menanggalkan pakaian mereka dan semua pakaian ini akan dibasmi kutu di sini, juga dengan menggunakan Gas Zyklon B.

Fumigation Cubicles
Bilik-bilik ini digunakan untuk membasmi kutu pada pakaian tahanan-tahanan yang baru tiba di Dachau Concentration Camp
Bilik Fumigation Cubicles mempunyai dua pintu. Kedua-dua pintu akan dibuka untuk dilalukan dengan udara selama 20 jam setiap kali aktiviti Fumigation dibuat.
Walaupun kedudukan kem ini sangat hampir dengan bandar Dachau, penduduk di bandar tersebut tidak tahu apa yang berlaku di dalam kem tahanan ini. Bila tentera Amerika merampas kem ini, mereka telah memaksa penduduk-penduduk bandar Dachau (yang merupakan orang-orang Jerman yang menyokong Hitler) untuk datang menyaksikan sendiri kekejaman yang berlaku. Ramai yang dikatakan terkejut melihat kekejaman yang sebenarnya cukup hampir dengan rumah kediaman mereka.

Sebuah peringatan untuk mangsa-mangsa kekejaman di Dachau Concentration Camp
Berjalan keluar dari kawasan Krematorium
Pelajar-pelajar sekolah yang datang melawat
Kawasan tahanan dan kawasan krematorium dipagar secara berasingan di Dachau Concentration Camp
Sejarah menunjukkan Dachau Concentration Camp adalah juga tempat latihan bagi pegawai-pegawai SS. Di sinilah mereka diajar untuk menyiksa dan membunuh sebelum dihantar bertugas ke kem-kem tahanan lain. Kem ini beroperasi selama 12 tahun dan 41,500 orang maut dalam tempoh tersebut.

Beberapa memorial keagamaan dibina di dalam perkarangan Dachau Concentration Camp bagi mengenang mangsa-mangsa dari pelbagai agama yang maut di sini. Ada sebuah gereja Katholik, Protestant, Russian Orthodox dan Yahudi di sini. Loceng Gereja Katholik di sini dibunyikan setiap hari pada pukul 2.55 petang, iaitu waktu tentera Amerika Syarikat menyerbu masuk untuk membebaskan tahanan di kem ini.

Gereja Katholik ini diberi nama The Mortal Agony of Jesus Christ Chapel
Gereja Katholik ini tidak dipasang dengan salib di atasnya seperti kebiasaan. Ia sebaliknya dipasangkan dengan Crown of Thorns seperti yang dikatakan dipakai oleh Jesus Christ sewaktu beliau disalib.
Loceng di luar Gereja Katholik ini dibunyikan pada pukul 2.55 petang setiap hari kerana itulah waktunya tahanan dari kem ini dibebaskan oleh Tentera Amerika yang menyerbu masuk ke sini.
Memberi penghormatan kepada mangsa di dalam gereja
Jewish Memorial
Pemandangan lebih dekat Jewish Memorial
Pokok-pokok di laluan utama kem ditanam oleh tahanan dalam satu usaha Nazi untuk mencantikkan kem ini untuk mengaburi sebuah lawatan hak asasi manusia.

Pokok-pokok yang ditanam oleh para tahanan
Pemandangan ke arah bangunan muzium
Bekas-bekas berek tahanan
Nombor berek-berek tahanan yang telah dirobohkan masih ditandakan di sini
Bekas Berek No.8
Ada sebuah berek tahanan yang masih dikekalkan untuk memberikan gambaran kepada pengunjung tentang keadaan di dalamnya pada masa itu. Di sini, kita diberi penerangan tentang cara hidup dan rutin seharian tahanan.

Pameran Berek Tahanan
Pemandangan Berek Tahanan dari sisi
Common Room bagi tahanan
Mendengar Achim bercerita tentang rutin hidup tahanan di Dachau Concentration Camp
Loker-loker tahanan
Peralatan yang disimpan di dalam loker perlu dibersihkan sehingga berkilat. Jika tidak, tahanan akan didenda digantung dengan tangan diikat ke atas sehingga putus urat tendon pada lengan.
Katil-katil kayu tempat tidur tahanan juga ditunjukkan di sini. Tak ada tilam disediakan untuk mereka dan kadang kala sebuah katil perlu dikongsi sehingga 3-4 orang.

Katil-katil tahanan. Bayangkanlah keadaan orang yang terpaksa bersesak tidur di tingkat paling atas yang dekat dengan siling itu.
Pemandangan dekat katil-katil tahanan
Menurut Achim, kesesakan yang dialami menyebabkan para tahanan akan melakukan apa sahaja termasuk memberi rasuah kepada pegawai SS yang berkawal untuk mendapatkan sedikit keselesaan. Bila ini terjadi, dah pasti ada yang menjadi mangsa. Contohnya, jika ada tahanan yang mendapat lebih roti untuk mengisi perut, dah pasti akan ada tahanan yang kebuluran kerana SS tak pernah menyediakan makanan yang lebih dari peruntukan.

Kisah survival tahanan di sini sangat menyentuh perasaan.
Selepas kem ini dibebaskan oleh tentera Amerika, ramai tahanan yang mengalami kesan psikologi kerana terlalu lama tersiksa. Tak kurang juga ramai yang membunuh diri kerana menganggap mereka hidup hasil dari penderitaan orang lain yang telah mereka tindas demi mendapatkan sedikit keselesaan sewaktu di dalam tahanan. 

Ramai rakyat Jerman yang dikelabui oleh tindakan kejam Nazi juga mengalami tekanan. Kerana itulah kem ini dibuka sebagai Memorial Site setelah agak lama ia dibebaskan, iaitu pada tahun 1965, setelah generasi Jerman yang mengalami peristiwa ini secara langsung digantikan dengan generasi baru.

Kekejaman Nazi memang di luar batas kemanusiaan
Tahanan di Dachau Concentration Camp juga dijadikan bahan eksperimen oleh doktor-doktor SS. Antara eksperimen yang dijalankan ke atas tahanan ialah kajian meminum air masin, kesan altitud tinggi dan tekanan rendah ke atas tubuh manusia dan juga kesan hypothermia. Di sebalik semua ini, terselit juga kisah mengenai solidariti di kalangan tahanan. Acapkali, tahanan yang mempunyai pengetahuan tentang perubatan akan membantu merawat tahanan yang sakit. Tak kurang yang berkongsi makanan dan menggendong rakan yang sakit ke roll call untuk mengelakkan mereka dari disiksa.

Washroom yang dikongsi sehingga beratus-ratus orang dalam jangka masa yang singkat.
Tandas untuk tahanan
Sebelum meninggalkan Dachau Concentration Camp ini, Myself dan Husband berjalan melihat memorial-memorial yang banyak didirikan di sini.

Kalau nak melihat dengan lebih dekat sejarah Dachau Concentration Camp, ada muzium di dalam bangunan ini yang menceritakan segala-galanya.
Pemandangan keseluruhan bangunan muzium
"Never Again"
Kotak batu di depan memorial ini diisi dengan abu mayat yang dikutip dari krematorium pembakaran mayat di kem ini.
Memorial Triangle di depan muzium ini pula menunjukkan badge berbentuk segitiga yang perlu dipakai oleh setiap tahanan. Triangle merah menunjukkan mereka adalah tahanan politik manakala triangle biru pula menandakan tahanan yang dibawa dari negara lain seperti Poland dan Yugoslavia. Tahanan Yahudi diwajibkan memakai 2 triangle: satu berwarna kuning dan satu lagi berwarna merah ataupun biru.

Monumen Triangle
Badge-badge kod warna yang dipakai oleh tahanan.
Berjalan ke monumen utama
Monumen Utama
Monumen utama di Dachau Concentration Camp direka oleh seorang bekas tahanan di sini yang bernama Nandor Glid yang berasal dari Yugoslavia. Ia direka seperti lelaki yang ditusuk kawat berduri untuk menggambarkan penderitaan yang dialami.

Pelawat-pelawat ke Dachau Concentration Camp
Pesanan untuk pengunjung
Pemandangan menghala ke pintu keluar
Jujur Myself katakan, lawatan ke Dachau Concentration Camp sangat memberikan kesan selepas kita tahu apa yang berlaku di sini. Seperti kata Achim kepada kami, apa yang berlaku di sini juga sedang berlaku di tempat lain di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Selain dari menimpa Orang Yahudi dalam peristiwa Holocaust, genocide juga pernah berlaku di Bosnia-Herzegovina, Afrika, Cambodia dan yang terkini di Rohingya. Ia akan terus berlaku selagi ada manusia yang kejam dan bertindak di luar kemanusiaan. Cuma mungkin di situ, ia tidak direkodkan sepertimana tentera Nazi membuat rekod kekejaman yang dibuat menyebabkan ia tidak diketahui umum.

Dalam agama Islam sendiri, ada garis panduan yang ditetapkan tentang layanan kepada tahanan. Myself percaya, agama-agama samawi yang lain juga sedikit sebanyak ada panduan begitu. Nazi walau bagaimanapun, menganggap agama sebagai musuh mereka.  Hitler amat membenci agama. Rekod rasmi menunjukkan 2,720 tahanan di sini adalah paderi-paderi Kristian, khususnya dari mazhab Katholik. Bila agama tak jadi pegangan, memang mudahlah mereka bertindak di luar batas kemanusiaan. Myself juga kagum dengan ketulusan Kerajaan Jerman kerana membuka Memorial Camp ini walaupun ia dengan jelas menunjukkan kekejaman mereka sendiri pada masa dahulu ke seluruh dunia.

Meninggalkan Dachau Concentration Camp
Plak penghargaan kepada pasukan tentera Amerika Syarikat, Rainbow Division yang telah membebaskan kem ini dari kekejaman Nazi
Jauh kena berjalan balik ke bas
Tarikan-tarikan lain berdekatan Dachau Concentration Camp


 Bersambung ke Bhg. 29...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):