November 2021
Travel Review 40 : Eropah Barat
GERMANY (Cologne, Frankfurt & Black Forest)
Sewaktu kecil-kecil dulu, Myself cukup teringin nak melawat ke Germany. Alhamdulillah, tak pernah terlintas di fikiran yang diri ini akan menjejak juga ke Germany sebanyak 2 kali sehingga kini. Bila difikir-fikir, banyak juga sebenarnya tempat yang telah kami jejaki dalam 2 lawatan ini.
|
Germany |
Cologne
Kota pertama yang kami jejaki di Germany adalah Cologne. Sewaktu Perang Dunia Kedua dulu, Germany dianggap negara musuh. Ia sering menjadi sasaran serangan Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Salah sebuah sasaran serangan ini adalah kota Cologne di mana serangan demi serangan telah dilancar sehingga menyebabkan kota ini hancur musnah. Satu-satunya bangunan di Cologne yang tinggal adalah Cologne Cathedral. Ia dikatakan sengaja dibiarkan oleh Tentera Bersekutu untuk kekal berdiri supaya menjadi satu mercu tanda yang jelas kelihatan dari udara. Maklum sajalah mercu tanda sebegitu memang diperlukan kerana radar penerbangan di zaman itu tidak secanggih zaman sekarang.
|
Cologne |
|
Cologne Cathedral |
Cologne Cathedral mula dibina pada tahun 1248 dan pembinaannya hanya selesai 600 tahun kemudian pada tahun 1880. Pernah menjadi bangunan yang tertinggi di dunia di suatu ketika dahulu, gereja tua ini telah mendapat pengiktirafan sebagai World Heritage Site pada tahun 1996.
|
Pintu masuk ke Cologne Cathedral |
Cologne terletak di kawasan perindustrian Rhine-Ruhr yang kaya dengan arang batu di Germany. Sewaktu di zaman Revolusi Industri dulu, ada banyak kilang perusahaan menggunakan arang batu yang dibina di sekitar gereja. Asap dari pembakaran arang batu inilah yang dikatakan telah menyebabkan bangunan gereja ini berwarna hitam di luar.
|
Pemandangan di dalam gereja |
|
Lilin yang dinyalakan oleh penganut-penganut gereja untuk berdoa |
Binaan gereja ini memang tinggi sampai boleh terkehel leher kalau kita mendongak nak memandang ke siling. Seperti juga di gereja-gereja lama yang lain di Eropah, tingkap gereja ini juga dihiasi dengan stained glass yang berwarna-warni.
|
Siling yang sangat tinggi di dalam gereja |
|
Stained glass yang berwarna-warni |
|
Main Altar |
|
Lelaki-lelaki yang berjubah merah ini adalah Tour Guide Dalaman gereja. |
Selain menjadi tempat ibadat Kristian Roman Katholik, gereja ini juga menjadi tempat persemadian ketua-ketua gereja pada masa dahulu yang disemadikan di dalam keranda-keranda batu. Myself akui, memang seram melihat keranda-keranda batu ini yang diletakkan di serata tempat di dalam bangunan gereja.
|
Keranda batu tempat persemadian seorang ketua gereja yang bernama St. Engelbert |
|
Suasana di sekitar salah sebuah tempat persemadian keranda-keranda batu di dalam Cologne Cathedral |
Frankfurt
Dari Cologne, kami bergerak menuju ke Frankfurt yang merupakan kota kelima terbesar di Germany dan pusat kewangan Eropah kerana di sinilah letaknya European Central Bank yang mengeluarkan matawang Euro. Sewaktu pertama kali tiba di Frankfurt, kami tak dapat melihat sangat keindahan kota ini kerana kami tiba di tengah kepekatan malam. Suasana sebenar Frankfurt sebaliknya hanya dapat kami nikmati pada kunjungan kami yang kedua, sebaik tiba ke sini dengan penerbangan dari Istanbul.
|
Frankfurt |
Suatu destinasi yang tidak sewajarnya dilepaskan sekiranya anda berkunjung ke Frankfurt adalah pusat kota lamanya yang bernama Romerberg. Di sini kita dapat melihat bangunan-bangunan lama yang cantik yang sebenarnya telah dibina semula selepas hancur dibom dalam Perang Dunia Kedua dulu.
|
Romerberg |
|
Bangunan Zum Romer di Romerberg ini pernah berfungsi sebagai pusat perdagangan dan pentadbiran kota Frankfurt di satu ketika dahulu |
|
Old St Nicholas Church di Romerberg |
|
Bridge of Sighs di Romerberg ini dibina sama seperti binaan Bridge of Sighs yang sebenar di Venice, Italy. |
Jika di London dulu kami berkunjung ke Bicester Village, di Frankfurt pula kami berkunjung ke Wertheim Village. Konsep kedua-dua factory outlet ini sama saja, walaupun terletak di dua buah negara yang berbeza.
|
Pintu masuk ke Wertheim Village |
|
Suasana di Wertheim Village |
|
Kenangan di Wertheim Village |
Black Forest
Pernah tak anda mendengar kisah Hansel & Gretel dan Little Red Riding Hood sewaktu kecil-kecil dulu? Kedua-dua kisah ini adalah sebenarnya cerita rakyat Jerman yang berasal dari kawasan Black Forest di selatan Germany. Dalam lawatan pertama ke Germany dulu, kami telah berkesempatan dibawa melawat ke daerah Black Forest ini. Pemandangan salji yang memutih sepanjang perjalanan ke sana ketika itu amat memukau pandangan.
Persinggahan kami di Black Forest adalah di sebuah perkampungan yang bernama Titisee-Neustadt. Tarikan utama di Titisee-Neustadt ini adalah sebuah tasik glasier yang bernama Titisee. Menurut ceritanya seorang Maharaja Rom yang bernama Titus sangat terpesona dengan keindahan tasik ini lalu menamakannya sebagai Titisee, sempena namanya sendiri dalam Bahasa Jerman.
|
Tasik Titisee |
|
Keindahan tasik ini memang sangat memukau |
|
Pemandangan Tasik Titisee dari pekan Titisee-Neustadt |
Di Titisee-Neustadt juga kami telah melawat ke sebuah pusat perusahaan pembuatan Cuckoo Clock yang terkenal di seluruh dunia. Jam dinding Cuckoo Clock ini memang menarik untuk dijadikan cenderamata dari Germany, cuma masalahnya bagi kami adalah harganya yang terlalu mahal.
|
Cuckoo Clock |
|
Mendengar penerangan mengenai Cuckoo Clock dari petugas di Syarikat Drubba yang berasal dari Indonesia. |
|
Pemandangan bandar Freiburg dari Titisee-Neustadt |
Kisah penuh lawatan pertama dan sebahagian lawatan kedua kami ke Germany boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):