Wednesday, 16 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 14 (Cologne)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(GERMANY: Cologne, Frankfurt & Black Forest)

Bahagian 14: Germany (1)
PERJALANAN KE COLOGNE

HARI KEENAM (1)

Part 46: Menuju Ke Germany

Hari Keenam muncul tiba. Hari ini kami akan meneruskan perjalanan Kembara Eropah kami ke negara yang kelima dalam siri lawatan ini, Germany.

Suasana Sarapan Pagi di Restoran Ibis Kitchen Buffet di Hotel Ibis Airport Amsterdam.
Mengemaskan meja dan membuang sisa makanan sendiri ke tempat yang disediakan.
Kami diminta berkumpul di lobi hotel pada pukul 8.45 pagi untuk meneruskan perjalanan ke Germany.

Kaunter Take Away di Hotel Ibis Airport Amsterdam sibuk dan kecoh pada pagi ini kerana ada sekumpulan pelancong dari China juga sedang berkumpul di sini untuk meneruskan perjalanan mereka.
Membeli air mineral sebagai bekalan dalam perjalanan ke Germany.
Petugas di Kaunter Take-Away yang sangat peramah.
Alhamdulillah. Tidak seperti semalam di mana hujan turun sepanjang hari, cuaca di luar pada pagi ini amat baik sekali. Pada pagi ini juga, barulah kami dapat melihat dengan jelas betapa dekatnya hotel ini dengan Schipol Airport yang merupakan salah sebuah pintu masuk utama pengunjung ke Eropah.

Walaupun sejuk 5'C, cuaca sangat baik pada pagi ini.
Kumpulan pelancong China meninggalkan hotel. Jauh mereka mengembara... dari China sampai ke Belanda.
Membersihkan kolam di depan hotel.
Airport Schipol terletak hanya seberang jalan dari Hotel Ibis Airport Amsterdam.
Stesen mengecas kenderaan elektrik di tempat letak kereta Hotel Ibis Airport Amsterdam.
Perjalanan bas dari Amsterdam di Belanda menuju ke Cologne yang terletak di Germany dijangka memakan masa 4 jam. Bumi Belanda dalam perjalanan dilihat dengan sepuas hati kerana entah bila lagi kami akan sampai ke sini.

Pemandangan ladang dalam perjalanan meninggalkan Netherlands.
Kambing biri-biri.
Melintasi sebatang sungai.
Pemandangan rupabumi yang pamah seperti ini semakin kami tinggalkan dalam perjalanan menuju ke Germany.
Lembu-lembu ternakan.
Pokok buah-buahan yang gondol dalam penghujung musim luruh begini.
Lebuhraya menuju ke Germany.
Rumah ladang Belanda yang cantik.
Pemandangan seperti ini juga tidak lagi kami temui selepas meninggalkan negara Belanda.
Teknik pertanian di Belanda sangat maju. Banyak tanaman seperti bunga dan sayuran ditanam di dalam Rumah Hijau (Greenhouse) seperti ini.
Lagi lembu-lembu ternakan.
Pemandangan sebuah bandar kecil di Belanda.
Menuju ke Germany.
Angsa.
Seronok mengambil gambar lembu di Belanda sebab lembu-lembunya gemuk dan cantik.
Terlelap seketika....
Ladang kuda.
Pemilik ladang kuda.
Jika kebanyakan rumah ladang umumnya berbentuk bulat di Belanda, semakin mendekati negara Germany, bentuk-bentuk rumah ladang menjadi semakin tirus mengikut ciri senibina Jerman.
Apa pulak bendanya ini?
Rumput kering rupanya...
Sekawan burung terbang menuju ke selatan...
Ladang anggur
Gelanggang Motocross.
Pemandangan ketika melintasi sebatang sungai lagi.
Vaarwel, Nederland! (Goodbye, Netherlands!)

Part 47: Willkommen in Deutschland 
(Selamat Datang Ke Germany)

Seperti France, Belgium dan Netherlands, Germany juga adalah sebuah negara yang menganggotai Pakatan Schengen yang tidak mengenakan pemeriksaan sempadan kepada perjalanan di antara negara-negara anggota. Namun jika di ketiga-tiga negara terdahulu kami sukar memastikan kedudukan sempadan negara dengan jelas, ada papan tanda yang dipasang di sempadan Netherlands-Germany. Dalam Bahasa Jerman, negara Germany dipanggil Deutschland (disebut macam Dotchland).

Sempadan Netherlands dan Germany.
Seperti di Belanda, pertanian Greenhouse juga dilaksanakan dengan meluas di Germany.
Pemandangan di sini ada sedikit iras-iras macam Belanda sebab kawasan ini berada di sempadan Germany-Netherlands.
Pemandangan kawasan perkampungan di Germany.
Kerja-kerja pertanian nampaknya masih dijalankan di sini.
Air di sungai-sungai di Eropah memang sangat cantik dan bersih.
Mengumpul rumput kering untuk ternakan haiwan.
Ladang kuda.
Rumah ladang di Germany.
Hutan dan Ladang.
Perjalanan sehingga kini adalah menuju ke arah Düsseldorf.
Lebuhraya di Germany.
Dalam Perang Dunia Kedua dahulu, Jerman dianggap sebagai sebuah negara musuh kerana menentang Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Jerman juga berpakat dengan Jepun pada ketika itu.

Kedua-dua Jerman dan Jepun tewas dalam Perang Dunia Kedua dan kedua-dua negara ini mengalami kemusnahan teruk dari kesan peperangan. Disebabkan mereka ditekan oleh negara-negara yang besar kesan dari kekalahan ini, kedua-dua Jerman dan Jepun terpaksa berdikari untuk bangun kembali.

Sepertimana Jepun bangun menjadi negara perindustrian termaju di Asia, Jerman juga bangun menjadi negara perindustrian termaju di Eropah. Sebagai seorang yang pernah berkunjung ke kedua-dua negara, Myself dapat memerhatikan banyak ciri persamaan di antara keduanya.

Singgah sebentar di R&R.
Dalam perjalanan ke Cologne, kami singgah di sebuah persinggahan lebuhraya yang dinamakan Raststätte Cloerbrucke Süd (Cloerbrucke South Rest Area).

Raststätte Cloerbrucke Süd
Restoran di kawasan rehat.
Tempat rehat di R&R.
Pemandangan indah musim luruh di Germany.
Stesen minyak di R&R.
Besarnya anjing dia!
Macam saiz anak kambing.
Bersiar-siar dengan anjing besar.
Pemandu bas kami yang bernama Ulrich. Dia adalah seorang rakyat Belgium.
Meneruskan perjalanan ke Cologne. Kat signboard ni pun dia orang nak buat graffiti.
Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke Cologne. Sebahagian besar pemandangan di kiri kanan jalan masih melalui kawasan pertanian.

Kuda yang memakai baju sebab cuaca sejuk.
Penggunaan Renewable Energy sangat meluas di Eropah. Rumah-rumah ladang ini mempunyai panel solar pada bumbung untuk membekalkan tenaga.
Kuda, Gereja dan Kincir Angin.
Pemandangan yang biasa ditemui di ladang-ladang Eropah pada masa ini.
Arah ke Wolfskull.
Binaan Ski Jump rasanya...
Arah ke bandar Cologne.
Jentera pertanian moden.
Keretapi laju Jerman yang dinamakan ICE (Inter City Express).
Aktiviti pertanian masih dilaksanakan di banyak tempat yang kami lalui di Germany. Mungkin cuaca di sini masih belum sesejuk di England, France, Belgium & Netherlands.
Kenderaan ladang.
Lebuhraya di Germany juga lebih banyak digunakan oleh lori berbanding kenderaan persendirian.
Terowong menuju ke Bandar Cologne

Part 48: Cologne

Cologne yang terletak di selatan Germany adalah juga bandaraya keempat terbesar di negara tersebut. Dalam Bahasa Jerman, bandar ini ditulis sebagai Köln (disebut macam Kerln).

Menara Colonius ini adalah pemandangan pertama yang kami lihat sebaik tiba di Cologne.
Pemandangan pertama yang dilihat sebaik tiba di kota Cologne adalah Menara Colonius. Ia adalah sebuah menara telekomunikasi yang dibina pada tahun 1981. Menara ini walau bagaimanapun, tidak dibuka kepada orang awam.

Tidak banyak kelihatan bangunan lama di Cologne kerana sebahagian besar bandaraya ini musnah dalam Perang Dunia Kedua.
Pemandangan ketika menghampiri pusat bandar Cologne.
Sebuah taman di kota Cologne.
Kompleks bangunan moden ini dinamakan Media Park.
Sebuah bangunan di Media Park.
Cologne Tower (KölnTurm) setinggi 44 tingkat ini adalah bangunan kedua tertinggi di Cologne selepas Cologne Cathedral.
Cologne juga pernah didiami oleh Orang Rom pada masa dahulu. Kota pertahanan lama yang didirikan mereka masih dapat dilihat di Cologne. Namun begitu, tak banyak runtuhan kota lama ini yang masih tinggal.

Runtuhan kota Roman lama di Cologne.
Sewaktu Perang Dunia Kedua, Cologne adalah juga kota yang paling teruk menerima serangan udara dari Tentera Bersekutu. Kota ini menerima lebih 34,000 serangan bom dari udara dalam Perang Dunia Kedua sehingga bilangan penduduknya hanya tinggal 5% sahaja selepas perang berakhir.

Disebabkan Cologne lumpuh dan musnah dari serangan udara yang bertubi-tubi, tak banyak bangunan lama tinggal di sini. Cologne dibangunkan semula selepas perang tamat dan sebahagian besar bangunan yang dilihat di sini pada hari kini adalah bangunan-bangunan moden.

Hampir seluruh kota Cologne musnah dalam Perang Dunia Kedua. Kerana itulah bangunan-bangunan di kota ini banyak terdiri dari bangunan-bangunan baru.
Pemandangan di pusat bandar Cologne.
Gereja St. Maria Himmelfahrt
Restoran McDonald's di Cologne.
Mercu tanda bandar Cologne ~ Cologne Cathedral.


Bersambung ke Bhg. 15...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):