Mei 2021
Travel Review 16: Asia Timur
SOUTH KOREA (Seoul & Gangwon)
South Korea adalah juga antara negara oversea terawal yang Myself kunjungi (dalam tahun 2010) selepas memulakan hobi traveling. Myself berkunjung ke Korea Selatan bersama keluarga Abang. Husband tak dapat nak ikut bersama sebab tak boleh nak bercuti ketika itu.
|
Peta South Korea |
Kami mengikut Group Tour ketika melancong ke Korea Selatan. Pada tahun 2010, Korea Selatan baru sangat diperkenalkan sebagai destinasi percutian di kalangan rakyat Malaysia. Ketika itu jugalah K-Pop baru pertama kali diperkenalkan di Malaysia. Oleh yang demikian, pakej-pakej percutian ke Korea Selatan pada masa itu tidaklah sehebat pakej percutian ke Korea Selatan sekarang. Hanya Seoul sahaja yang popular sebagai destinasi percutian di Korea. Destinasi-destinasi lain seperti Jeju dan Busan masih belum diperkenalkan kepada pelancong Malaysia lagi.
|
Drama Winter Sonata lakonan Bae Yong-jun dan Choi Ji-woo |
Malu nak mengaku, tetapi Myself adalah di antara rakyat Malaysia yang terawal terjebak dengan Drama Korea. Drama paling popular ketika itu adalah Winter Sonata dan hero/heroin Korea yang paling popular adalah Bae Yong-jun dan Choi Ji-woo. Sedih banget drama Winter Sonata ini. Mula-mula kita seorang saja yang tengok Winter Sonata, lepas itu Husband pun terjebak sama. Tapi Husband tak mahu tengok Winter Sonata bersama kita sebab malu takut kita ternampak air mata dia tengah meleleh sedih. Hahaha!!
Masa berlalu, hero-hero yang kita minat semua dipanggil masuk Askar di Korea. Perlahan-lahan kita pun mula mengundur diri dari menjadi peminat drama Korea sebab semua hero-hero Korea kita dah tak berlakon lagi. Adalah juga kita cuba nak tengok balik drama-drama Korea production sekarang, tetapi Myself rasa drama-drama ini dah tidak sehebat dulu. Lagi pun plot drama-drama sekarang cuma macam recycle drama-drama yang pernah kita tengok masa dulu. Mungkin juga Myself rasa begitu sebab dah tak sealiran lagi dengan drama generasi baru sekarang.
Pakej lawatan ke Korea Selatan ketika itu semua bertemakan Drama Korea. Maka sampai saja di negara ini kami terus dibawa ke lokasi perfileman Winter Sonata yang terletak di Nami Island. Rasa macam di awang-awangan dapat berjalan menyusuri jejak Jun-sang dan Yu-jin bercinta dalam drama Winter Sonata di sini.... Hahaha!
|
Feri ke Nami Island |
|
Lokasi perfileman Winter Sonata di Nami Island |
|
Restoran Halal di Nami Island |
Sebelum ke Nami Island, kami dibawa terlebih dulu singgah sebentar di Wolmido Island. Tarikan di sini adalah memberi makan Seagulls yang terbang di tengah laut.
|
Feri ke Wolmido Island |
|
Memberi makan Seagulls di Wolmido Island |
Dalam drama Winter Sonata, Jun-sang hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ingatan Jun-sang hanya kembali pulih 10 tahun kemudian, bila dia melihat salji turun di sebatang jalan di mana dia sering dating dengan Yu-jin sewaktu mereka masih remaja. Maka, kami dibawa melawat ke Myeongdong Fashion Street di bandar Chuncheon di mana penggambaran adegan ini dibuat.
|
Myeongdong Fashion Street di Chuncheon |
Oleh kerana tema lawatan kami adalah Winter Sonata dan kami berkunjung ke Korea dalam musim winter, maka kami dibawa menginap di sebuah winter resort yang bernama Phoenix Ski Resort. Myself tak lupakan resort ini kerana di sinilah Myself melihat salji yang turun dari langit buat pertama kali dalam hidup. Selepas itu barulah kita tengok salji yang turun di Gulmarg, India.
|
Phoenix Ski Resort |
|
Penginapan tradisional di Phoenix Ski Resort |
|
Bermain salji di Phoenix Ski Resort |
Kami sebenarnya tiba di Korea di penghujung musim dingin. Salji di Phoenix Ski Resort banyak dah bertukar menjadi ais ketika itu menyebabkan laluan menjadi sangat licin di sesetengah tempat. Ramai ahli rombongan yang terjatuh ketika melalui laluan yang licin ini termasuklah Myself. Enam bulan selepas pulang ke Malaysia dari Korea, Myself terpaksa membuat operation di lutut untuk merawat penyakit bursitis suprapatellar yang berpunca dari kejadian terjatuh di atas ais di sini. Disebabkan pengalaman ini jugalah Myself nak nasihatkan kepada sesiapa yang merancang nak bermain salji di oversea sana, pakailah kasut winter yang proper untuk mengelakkan kejadian serupa dari menimpa anda. Itu pun bersyukurlah cuma terkena bursitis suprapatellar dan bukan patah-riuk tulang sewaktu terjatuh dulu. Kalau tidak, dapatlah merasa pengalaman duduk hospital di Korea sebab pasang besi dalam kaki dan bukan buat plastic surgery untuk jadi cantik macam orang lain.
|
Laluan licin di Phoenix Ski Resort. Di sinilah Myself terjatuh sehingga menyebabkan kita mendapat bursitis suprapatellar di lutut. |
Selepas dah puas melawat ke kawasan sekitar, barulah kami dibawa melawat ke Seoul. Tema lawatan di Seoul pula adalah memperkenalkan kami kepada budaya orang Korea.
|
Pemandangan Sungai Han yang mengalir di tengah kota Seoul |
|
Belajar membuat Kimchi yang merupakan makanan tradisional Korea |
|
Kediaman rasmi Presiden Korea Selatan yang dinamakan Blue House disebabkan atapnya yang berwarna biru |
|
Korean Folk Museum |
|
Diorama perkahwinan tradisional Korea di Korean Folk Museum |
|
Gyeongbokgung Palace yang merupakan istana kediaman Raja Korea di zaman dulu-dulu. |
|
Ruang Singgahsana di Gyeongbokgung Palace |
Seoul juga mempunyai sebuah taman tema terkenal yang bernama Lotte World. Ia terdiri dari 2 bahagian: Indoor Theme Park dan Outdoor Theme Park. Outdoor Theme Park di Lotte World ini mempunyai sebuah istana yang sebiji macam Sleeping Beauty Castle di Disneyland.
|
Itaewon |
|
International Masjid di Itaewon, Seoul |
Sebahagian besar itinerari lawatan juga adalah shopping di dua buah kawasan membeli-belah yang utama di Seoul: Namdaemun dan Dongdaemun.
|
Namdaemun |
|
Dongdaemun |
Sewaktu di Seoul juga, kami berkesempatan menonton sebuah persembahan Taekwondo-Komedi yang dinamakan Jump. Persembahan ini memang menarik dan menghiburkan.
|
Snowfall di waktu malam di Seoul |
|
Persembahan Jump |
Myself dan Husband sebenarnya memang mempunyai perancangan nak melawat ke Korea tahun lepas. Maklumlah, lawatan Myself yang dulu itu dah lebih 10 tahun. Pasti Seoul dah semakin interesting sekarang. Husband pulak belum berpeluang menjejak kaki ke Korea. Tiap kali Husband tekan-tekan button kat remote TV dan ternampak budak-budak K-pop menari kat TV, mesti dia ajak kita pergi ke Korea. Tapi tengah seronok-seronok membuat planning, datang pulak Covid-19 yang merosakkan segalanya... Terpaksalah bersabar dulu sehingga sampai masa yang sesuai.
Kisah penuh perjalanan Myself ke South Korea boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):