September 2021
Travel Review 33 : Afrika Utara
EGYPT (Cairo)
Sehingga kini, Egypt adalah satu-satunya negara di benua Afrika yang pernah kami jejaki. Negara ini pernah Myself jejaki sebanyak 2 kali. Kali pertama adalah sewaktu dihantar berkursus ke Cairo pada tahun 2010 dan kali kedua adalah sewaktu mengikut sebuah Group Tour yang bertemakan Jejak Rasul pada tahun 2018.
|
Kedudukan Egypt di dalam peta dunia |
Mesir membentuk sebahagian dari Timur Tengah. Tak ramai orang tahu yang Egypt sebenarnya terletak di benua Afrika. Nama rasmi negara ini adalah United Arab Republic. Mesir pula adalah panggilan Orang Arab kepada negara ini. Nama Egypt sebaliknya berasal dari perkataan Aegyptae yang merupakan nama yang diberi oleh orang Greek Purba kepada negara ini.
Cairo
Cairo adalah ibukota negara Mesir. Panggilannya dalam Bahasa Arab adalah Kaherah. Ia juga adalah kota yang terbesar di benua Afrika.
|
Peta yang menunjukkan kedudukan Cairo di negara Egypt |
Impression pertama kami sewaktu tiba di Cairo adalah betapa sesak dan kotornya kota ini. Penduduk kota Cairo berjumlah kira-kira 20 juta orang. Ini seolah-olah bagaikan 2/3 penduduk Malaysia disumbat masuk ke dalam kota ini. Majoriti penduduk Mesir beragama Islam. Jadi memang menyedihkan bila melihat sampah dibuang di merata-rata tempat sedangkan Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan. Pemandangan sampah yang bertaburan di sana-sini di Cairo boleh dikatakan setanding dengan pemandangan di negara India.
|
Traffic jam yang melampau adalah suasana biasa di kota Cairo |
|
Kebersihan tidak diambil berat oleh sebahagian besar penduduk Cairo |
|
Pemandangan kesesakan kota Cairo dari Bukit Mokattam |
Sungai Nil yang bersejarah mengalir membelah kota Cairo. Di sungai inilah Nabi Musa AS yang masih bayi dihanyutkan oleh ibunya untuk menyelamatkan beliau dari dibunuh oleh Firaun. Ada Hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebut bahawa Sungai Nil adalah sebatang sungai syurga bersama 3 sungai yang lain: Seihan, Jeihan dan Eufrat (Euphrates).
|
Sungai Nil yang mengalir membelah kota Cairo |
|
Pemandangan malam dari Nile River Cruise |
Kota moden Cairo terletak di pinggir Sungai Nil. Sebuah tempat yang menarik untuk menikmati pemandangan kota Cairo adalah dari atas Cairo Tower.
|
Pemandangan kesesakan Cairo dari Cairo Tower |
|
Cairo Tower |
|
Bergambar dengan petugas Cairo Tower yang memakai pakaian tradisional Mesir sambil memegang sijil yang diperbuat dari kertas Papyrus |
Satu ciptaan orang Mesir Purba yang sangat bermanfaat kepada manusia ialah kertas. Kertas pertama di dunia dibuat dari batang pokok Papyrus yang banyak tumbuh liar di delta Sungai Nil. Salah sebuah aktiviti menarik jika berkunjung ke Cairo adalah melawat ke tempat penghasilan Kertas Papyrus ini.
|
Lukisan-lukisan Papyrus |
|
Pokok Papyrus yang banyak tumbuh liar di delta Sungai Nil |
|
Proses penghasilan Kertas Papyrus |
Sebelum tiba di Mesir, Myself sering membayangkan Cairo sama seperti kebanyakan negara Arab lain. Terkejut juga bila melihat ada tempat-tempatnya di Cairo yang pemandangannya sangat mirip dengan Eropah. Tak seperti di negara Arab yang lain juga, ramai wanita di Mesir yang mengenakan pakaian moden dalam kehidupan sehari-hari.
|
Talaat Harb Street adalah salah sebuah tempat di Cairo yang membuatkan kita merasa seolah-olah sedang berada di Eropah. |
Citadel of Saladin (Cairo Citadel)
Kalau melancong ke Cairo, sebuah tempat yang pasti akan kita kunjungi adalah Citadel of Saladin yang dibina oleh seorang pahlawan Islam dalam Perang Salib pada zaman dahulu yang bernama Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Ia juga dikenali sebagai Cairo Citadel.
|
Citadel of Saladin |
|
Pemandangan di dalam Citadel of Saladin |
Kota pertahanan yang sangat besar ini dibina di atas Bukit Mokattam dan mempunyai pelbagai bangunan serta beberapa buah masjid di dalamnya. Bangunan yang paling menarik adalah Masjid Mohammed Ali Pasha yang juga dikenali sebagai Masjid Alabaster. Senibinanya menyerupai Masjid Biru di Istanbul kerana kedua-duanya dibina oleh arkitek yang sama.
|
Masjid Mohammed Ali Pasha di dalam Citadel of Saladin |
Islamic Cairo
Cairo juga terkenal dengan gelaran Kota 1,000 Menara kerana terdapat banyak masjid di dalamnya. Sewaktu kali pertama tiba di Cairo, Myself cukup hairan mengapa masjid-masjid ini dibina sangat berdekatan antara satu sama lain. Dalam lawatan kedua, barulah Myself mengerti yang penduduk di Cairo sangat ramai dan sangat taat beribadat di masjid sehingga memerlukan sesebuah kawasan dibina beberapa buah masjid untuk menampung jemaah yang sangat ramai ini.
Di sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Islamic Cairo misalnya, kita dapat melihat dua buah masjid yang sangat besar dibina bersebelahan satu sama lain. Kedua-dua masjid ini adalah Masjid Sultan Hasan dan Masjid Al-Rifaie.
|
Masjid Sultan Hasan dan Masjid Rifaie yang dibina bersebelahan di Islamic Cairo |
Masjid Sultan Hasan sangat istimewa kerana selain menjadi tempat ibadah, ia juga pernah berfungsi sebagai sebuah hospital pada masa dahulu. Di dalam masjid ini kita dapat melihat ruang-ruang pengajian yang disediakan untuk setiap 4 buah mazhab Sunnah Wal Jamaah yang terdiri dari Mazhab Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafie. Seperti kebanyakan masjid hebat yang lain yang dibina pada zaman yang sama, dinding Masjid Sultan Hasan dibina untuk membalikkan bunyi supaya khutbah dan bacaan dalam solat oleh Imam dapat didengari oleh makmum tanpa bantuan alat pembesar suara moden.
|
Ruang solat yang terbuka di Masjid Sultan Hasan |
|
Demonstrasi lantunan bunyi azan yang dilaungkan di dalam Masjid Sultan Hasan |
Masjid Al-Rifaie di sebelah Masjid Sultan Hasan juga mempunyai senibina yang mengkagumkan. Ia turut menempatkan makam Shah Iran yang terakhir, Mohammad Reza Pahlavi yang melarikan diri ke Mesir dari negaranya sewaktu Revolusi Iran. Makam beliau dibina dari batu marmar yang berwarna hijau.
|
Siling yang sangat tinggi di pintu masuk ke Masjid Al-Rifaie |
|
Suasana di dalam Masjid Al-Rifaie
|
|
Makam Shah Iran yang terakhir Mohammed Reza Pahlavi di dalam Masjid Al-Rifaie |
Kami juga berpeluang melawat ke beberapa buah masjid bersejarah yang lain sewaktu berada di Cairo. Antaranya termasuklah Masjid Amru Al-As yang dikatakan sebagai masjid yang pertama dibina di Mesir dan Masjid Ibnu Tulun yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem James Bond yang bertajuk The Spy Who Loves Me.
|
Masjid Amru Al-As |
|
Masjid Ibnu Tulun |
|
Menara Spiral di dalam Masjid Ibnu Tulun yang diilhamkan dari Masjid Sakkara di Iraq |
Malaysia Hall Cairo
Mesir adalah juga sebuah negara yang menjadi pilihan ramai penuntut Malaysia untuk melanjutkan pelajaran terutama di dalam bidang agama dan perubatan. Jadi tidak hairanlah jika di Cairo terdapat juga sebuah Malaysia Hall seperti di London dan Sydney.
|
Malaysia Hall di Abbasiah, Kaherah |
Kantin di Malaysia Hall menyajikan masakan Malaysia yang enak. Rombongan kami juga turut dibawa makan di sini beberapa kali sewaktu berada di Cairo.
|
Sajian makanan Malaysia di Malaysia Hall |
|
Suasana di kantin Malaysia Hall di Cairo |
|
Kenangan di Malaysia Hall Cairo
|
Makam Para Wali
Selain menjadi Bumi Para Anbiya', Mesir juga menjadi pilihan ramai para wali untuk tinggal menetap di sana. Maka tidak hairanlah jika di seluruh negara Mesir terdapat banyak makam mereka, termasuk di kota Cairo. Kebanyakan makam para wali di kota Cairo terletak berhampiran kawasan perkuburan besar di kaki Bukit Mokattam.
|
Tanah perkuburan yang besar di kaki Bukit Mokattam. Bangunan-bangunan yang kelihatan kesemuanya menempatkan perkuburan di dalamnya. |
Tidak seperti di Malaysia, menjadi kelaziman di Mesir untuk membina bangunan bagi menempatkan kubur-kubur dari ahli keluarga. Disebabkan kemiskinan, banyak juga bangunan perkuburan ini yang kini digunakan sebagai rumah-rumah kediaman.
|
Perkuburan terbuka seperti ini selalunya adalah terdiri dari orang biasa yang berwasiat untuk dikebumikan berhampiran makam para wali untuk menumpang keberkatan mereka. |
|
Disebabkan kemiskinan, ramai penduduk Cairo yang memilih untuk menjadikan bangunan perkuburan seperti ini sebagai tempat kediaman. |
Masjid Imam Besar kita, Imam As-Syafie turut terletak di kawasan ini. Di masjid inilah Imam Syafie mengajar ilmu agama sewaktu hayatnya. Malangnya kami cuma dapat melawat Masjid As-Syafie dari luar sahaja kerana bangunan masjid sedang ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.
|
Masjid As-Syafie |
Sewaktu hayatnya juga, Imam As-Syafie sering dikelilingi fakir-fakir miskin disebabkan sikapnya yang gemar bersedekah. Sehingga ke hari ini, ada ramai pengemis yang tinggal di sekitar kawasan Masjid As-Syafie. Memang menyedihkan kerana kebanyakan mereka memilih jalan mudah untuk meneruskan kehidupan sebagai pengemis seumur hidup sejak dari kecil sehingga menjadi dewasa.
Kami juga turut dibawa melawat ke beberapa makam wali yang terletak berhampiran yang sering dikunjungi oleh umat Islam untuk menumpang berdoa. Sebagai orang Islam, kita berdoa hanya kepada Allah SWT dan bukan kepada wali-wali ini. Amalan berdoa di sini sebenarnya dibuat hanya untuk menumpang keberkatan wali-wali ini dengan harapan doa kita akan lebih dimakbulkan bila berada dekat dengan mereka.
|
Makam seorang wali bernama Abdullah bin Abi Jamrah yang pernah dirujuk oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Raja Barat dan Timur |
|
Makam Ibnu Athoilah Al-Sakandari yang mengarang kitab Syarah Hikam |
|
Makam Syeikh Kamal bin Hammam |
Masjid Al Azhar
Lawatan kami yang seterusnya adalah ke Masjid Al Azhar yang merupakan tapak asal pusat pengajian agama Islam yang terkenal, Universiti Al Azhar. Di sinilah kami diberi penerangan tentang universiti ini. Memang tak disangka bila diberitahu yang Universiti Al Azhar bermula sebagai sebuah pusat pengajian Syiah. Setelah pemerintahan Syiah di Mesir dihapuskan oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi, universiti ini menjadi pusat pengajian Islam mengikut fahaman Sunnah Wal Jamaah dan pengajian Syiah tidak lagi dibenarkan sehingga sekarang.
|
Menara bercabang di Masjid Al Azhar ini menjadi simbol Universiti Al Azhar sehingga ke hari ini. |
|
Suasana pengajian Halaqah di Masjid Al Azhar |
Khan Al Khalili
Khan Al Khalili adalah sebuah pasar yang sangat terkenal di Cairo. Pasar ini turut terkenal dengan Masjid Al Hussein yang berdiri di pintu masuknya. Di masjid inilah letaknya makam cucunda Nabi Muhammad SAW yang bernama Sheikh Hussein. Dia mati dibunuh dalam Perang Karbala di Iraq dan uniknya, hanya kepala Sheikh Hussain sahaja yang dikebumikan di sini. Sheikh Hussain bin Ali bin Abi Talib serta pengikutnya telah dibunuh dengan kejam dalam Perang Karbala di mana kepala mereka telah dipancung dari badan. Oleh kerana hanya kepala Sheikh Hussain sahaja yang dikenali, ia telah dibawa oleh adik perempuannya yang terselamat untuk dikebumikan di Mesir. Badan Sheikh Hussain yang tidak dapat dibezakan dari jasad-jasad lain yang turut terkorban telah dikebumikan di Karbala.
|
Masjid Al Hussein di depan Khan Al Khalili |
Khan Al Khalili adalah sebuah pasar tradisional yang menarik. Pelbagai jenis barang jualan ada di sini termasuk makanan, barangan keperluan harian dan cenderamata. Suasana di pasar ini saling tak tumpah seperti suasana di dalam kisah Arabian Nights. Sambil membeli-belah dan menikmati suasana di Khan Al Khalili, kita juga akan dihidangkan dengan muzik nyanyian merdu biduanita klasik Mesir bernama Umi Kalsum yang dimainkan dari corong-corong speaker di merata tempat. Walaupun kita tak faham Bahasa Arab, nyanyian Umi Kalsum memang mengkagumkan seperti ketika kita mendengar nyanyian biduanita Malaysia Sharifah Aini.
|
Kafe seperti ini banyak terdapat di Khan Al Khalili kerana Orang Mesir sangat gemar minum kopi. |
|
Suasana di dalam Khan Al Khalili |
|
Penjual roti tradisional. Gambar penyanyi wanita di belakang sana adalah Umi Kalsum. |
Egyptian Museum
Sewaktu sebahagian besar ahli rombongan kami membeli-belah, Myself dan Husband memilih untuk melawat ke Egyptian Museum.
|
Egyptian Museum |
|
Persembahan Pancaragam Tentera Mesir di depan Egyptian Museum |
Egyptian Museum dipenuhi dengan pameran patung-patung, mumia dan pelbagai barangan peninggalan Firaun yang pernah memerintah Mesir Purba. Myself akui, memang seram melihat kesemua peninggalan Firaun ini. Kita juga disarankan untuk membaca ayat-ayat pendinding bila melawat ke muzium ini kerana Firaun yang terkenal dengan kesombongan melawan perintah Allah SWT ini sangat disukai oleh Syaitan. Walaupun Firaun-Firaun ini telah tiada, peninggalan mereka seperti patung dan bahan-bahan sembahan lain ini memang diketahui sangat digemari menjadi tempat para Jin dan Syaitan berlindung.
|
Koleksi peninggalan para Firaun |
|
Memang seram melihat mumia-mumia yang dipamerkan dalam Egyptian Museum |
Ada sebuah bilik khas di dalam Egyptian Museum ini yang dinamakan Royal Mummies Room di mana mumia Firaun-Firaun yang ternama dipamerkan di sana. Ada bayaran tambahan yang dikenakan kepada pengunjung untuk masuk ke bilik ini. Tetapi sedihnya fotografi tidak dibenarkan di dalam bilik ini untuk memelihara mumia-mumia yang dipamerkan di situ. Keistimewaan bilik ini juga ialah di sinilah kita boleh melihat mumia Firaun Ramses II yang merupakan Firaun yang menentang Nabi Musa AS dulu.
|
Royal Mummies Room di Egyptian Museum (Gambar dari internet). Tempat di mana ramai orang berkumpul itu adalah mumia Ramses II. |
Ramses II mati selepas tenggelam di dalam Laut Merah sewaktu mengejar Nabi Musa dan pengikut baginda yang terdiri dari Bani Israel. Ayat Al Quran ada menceritakan yang mayat Ramses akan dikekalkan sebagai peringatan kepada umat manusia. Sesuai dengan janji Allah SWT, mayat Ramses memang kekal utuh disimpan di Egyptian Museum sehingga kini. Myself bertuah kerana telah Allah berikan kesempatan untuk melihat sendiri mumia Ramses di Royal Mummies Room ini. Walau mumia Firaun yang lain masih mengalami kerosakan selepas dirawat, mumia Ramses tetap kelihatan utuh dengan izin Allah.
|
Mumia Firaun Ramses II (Gambar dari internet) |
Great Pyramids & Sphinx
Peninggalan Firaun yang kini menjadi kebanggaan Mesir yang pasti tidak akan dilepaskan oleh semua pengunjung ke negara ini adalah piramid. Piramid dibina sebagai tempat persemadian Firaun yang telah meninggal dunia. Ada beratus-ratus piramid di seluruh negara Mesir dan 3 piramid yang terbesar yang kini dikenali sebagai The Great Pyramids terletak di bandar Giza yang berkembar dengan bandar Cairo.
|
The Great Pyramids |
|
Piramid Khufu adalah piramid yang terbesar di negara Mesir. Sebelum Menara Eiffel dibina di Paris pada tahun 1887, ia adalah binaan manusia yang tertinggi di dunia. |
Kalau dah sampai ke Great Pyramids, pastikan kita juga tidak melepaskan peluang untuk melihat The Great Sphinx. Walau tujuan pembinaan Sphinx tidak diketahui sehingga kini, ia dipercayai dibina sebagai penjaga piramid. Konon ceritanya sambil-sambil menjaga Piramid, Sphinx gemar menahan dan memberi teka-teki kepada pengembara di padang pasir. Mana-mana pengembara yang gagal menjawab teka-teki dengan betul akan dicekik mati oleh Sphinx.
|
The Great Sphinx |
|
Pemandangan Sphinx dari sisi |
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):