Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)
Bahagian 30: South Africa
CAPE TOWN [Kirstenbosch National Botanical Garden]
HARI KELAPAN (5)
Part 67: Kirstenbosch National Botanical Garden
Kirsternbosch National Botanical Garden yang dibuka pada tahun 1913 terletak di kaki Table Mountain di Cape Town. Ia telah menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site bersama Table Mountain pada tahun 2004. Kedua-duanya dimasukkan ke dalam senarai UNESCO World Heritage Site sebagai Cape Floristic Region.
![]() |
| Tiba di Kirstenbosch National Botanical Garden |
![]() |
| Tempat letak kereta di Kirstenbosch |
![]() |
| Gate 1 di Kirstenbosch National Botanical Garden |
Kirstenbosch National Botanical Garden mempunyai 3 pintu masuk dan kami masuk menerusi Visitor Centre di Gate 1.
![]() |
| Tour Guide kami yang bernama Jeremy |
![]() |
| Keterangan mengenai Cape Floristic Region sebagai UNESCO World Heritage Site |
Ada sebuah pameran mengenai bunga Protea di Visitor Centre ini. Sejenis Protea yang dinamakan King Protea adalah bunga kebangsaan South Africa. Protea adalah bunga yang banyak tumbuh di celah-celah Fynbos, sejenis semak samun yang tumbuh melata di sekitar kawasan Cape. Spesies Protea yang dipamerkan pada hari ini walau bagaimanapun, adalah Blyde Protea.
![]() |
| Pameran bunga Protea |
![]() |
| Spesies yang dipamerkan pada hari ini adalah Blyde Protea |
![]() |
| Blyde Protea |
Bunga Protea mendapat nama sempena Proteus, seorang dewa Greek yang boleh bertukar-tukar bentuk. Nama ini sangat kena dengan bunga Protea kerana ia mempunyai lebih 1,500 jenis yang terdiri dari berbagai bentuk dan saiz. Walaupun bunga Protea cantik, bunga ini bersama benih dan manisannya beracun kepada manusia dan kebanyakan haiwan. Oleh itu, bunga Protea hanya boleh dilihat-lihat sahaja dan bukan untuk disentuh atau dihidu.
![]() |
| Bunga Blyde Protea yang mekar berkembang |
![]() |
| Bunga Protea yang cantik |
![]() |
| Dipandang boleh, dipegang jangan kerana Protea adalah tumbuhan beracun |
Kami tak nampak pulak bunga King Protea yang menjadi bunga kebangsaan South Africa sewaktu melawat ke Kirstenbosch National Botanical Garden. Oleh itu, kita gunakan gambar dari internet untuk menunjukkan King Protea ini.
![]() |
| King Protea yang merupakan bunga kebangsaan South Africa [Gambar dari internet] |
Selepas dah puas melihat bunga Protea, kita berjalan masuk ke dalam...
![]() |
| Berkumpul sebelum masuk ke taman |
![]() |
| Mengikut Jeremy masuk ke taman |
![]() |
| Courtyard di Gate 1 |
![]() |
| Berjalan menuju ke arah taman |
![]() |
| Kena scan tiket di sini untuk masuk ke dalam taman |
![]() |
| Jeremy menunjukkan tiket kami yang disimpan di dalam handphone kepada petugas di pintu masuk |
![]() |
| Welcome to Kirstenbosch |
![]() |
| Dah nampak taman di depan sana |
Tapak Kirstenbosch pada asalnya dimiliki oleh seorang Perdana Menteri Cape Colony yang bernama Cecil Rhodes. Dia telah menyerahkan tapak ini kepada kerajaan South Africa yang memerintah pada tahun 1902. Rhodes adalah seorang tokoh yang disanjung dalam sejarah British, tetapi bukanlah seorang yang disenangi dalam sejarah Afrika. Ini adalah kerana Rhodes telah menumpuk kekayaan dari monopoli perlombongan berlian De Beers dan pertanian buah-buahan. Dia juga adalah ahli politik yang bertanggungjawab memperkenalkan akta untuk mengusir penduduk kulit hitam dari tanah yang mereka miliki.
Rhodes dikatakan bersifat sombong dan seperti ahli-ahli politik British Imperial lain yang seangkatan dengannya, dia percaya bahawa bangsa Anglo-Saxon memang ditakdirkan untuk memerintah dunia. Di sebalik itu semua, Rhodes tetap berjasa kepada Kirstenbosch National Botanical Garden dengan menyumbang penanaman pokok kayu barus (camphor) yang diimport dari Hong Kong. Pokok-pokok ini ditanam di laluan yang sering digunakan beliau untuk menunggang kuda.
![]() |
| Pokok-pokok Camphor di sini dibawa dari Hong Kong oleh Cecil Rhodes |
![]() |
| Pemandangan Main Lawn di Kirstenbosch |
Kirstenbosch berbeza dengan kebanyakan Botanical Garden utama yang lain di dunia seperti Kew Gardens di England kerana ia tidak menanam pelbagai tumbuhan yang dikumpul dari serata dunia. Kirstenbosch National Botanical Gardens sebaliknya hanya menanam tanaman yang indigenous kepada South Africa.
Kirstenbosch boleh berbuat begitu kerana Fynbos Biome (Cape Floral Kingdom) sangat kaya dengan berbagai tumbuhan. Hampir 70% daripada 8,000 spesies tumbuhan yang hidup di Western Cape tidak ditemui di tempat-tempat lain di dunia. Bayangkan kalau Kew Gardens di England cuma menanam spesies tumbuhan yang indigenous kepada England semata-mata tanpa tumbuhan lain yang dibawa dari serata dunia, memang nampak kosonglah pemandangan di dalam Kew Gardens kerana bilangan spesies tumbuhan tempatan di England tidaklah sebanyak spesies tumbuhan di South Africa. 😂
![]() |
| Pemandangan Kirstenbosch National Botanical Gardens dengan berlatar belakangkan pemandangan Table Mountain. |
![]() |
| Pemandangan Table Mountain di belakang Kirstenbosch |
![]() |
| Mengikut Jeremy ke Main Lawn |
![]() |
| Penunjuk arah |
![]() |
| Semua tumbuhan yang ditanam di Kirstenbosch adalah tanaman indigenous kepada Wilayah Western Cape di South Africa |
![]() |
| Suasana indah di Kirstenbosch |
Sebelum memberikan kami free time, Jeremy menunjukkan kepada kami Nelson Mandela Flower. Bunga ini adalah sejenis spesies bunga Bird of Paradise berwarna kuning yang dikacuk secara saintifik selama 20 tahun oleh pasukan penyelidik di Kirstenbosch. Ia dinamakan Nelson Mandela Flower sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri Berkulit Hitam South Africa yang lantang menentang Apartheid ini.
Nelson Mandela adalah juga seorang yang minat berkebun. Selepas bersara dari politik, dia menghabiskan masa berkebun di sekitar rumah kediamannya. Malah sewaktu menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri South Africa, Mandela pasti akan meluangkan masa melawat ke Kirstenbosch jika berada di Cape Town kerana taman ini mengingatkannya kepada kebun kecil yang pernah diusahakan beliau sewaktu menjalani hukuman penjara di Robben Island.
![]() |
| Pandangan Nelson Mandela Flower dengan lebih dekat |
![]() |
| Plak peringatan lawatan Nelson Mandela ke Kirstenbosch |
Kirstenbosch National Botanical Garden mempunyai keluasan yang sangat besar. Memang kita tidak dapat melawat keseluruhan taman dalam jangka masa sejam yang diberikan kepada kami. Oleh itu, Myself akan bercerita tentang apa yang kami sempat lihat dalam tempoh tersebut sahaja.
![]() |
| Mentari memancar terik pada petang ini di Kirstenbosch |
![]() |
| Laluan menuju ke kaki Table Mountain |
Ada sebuah kolam kecil yang dinamakan Lily Pond di tengah-tengah Main Lawn di Kirstenbosch. Pemandangan kolam ini mengingatkan Myself dan Husband kepada kolam di Royal Botanical Garden yang pernah kami lawati di Melbourne, Australia dulu.
![]() |
| Lily Pond di tengah Main Lawn |
![]() |
| Pandangan lebih dekat Lily Pond |
Ada pemandangan beberapa ekor itik yang sedang berehat dan berenang di dalam kolam ketika itu.
| Itik di tepi kolam |
| Berenang di dalam kolam |
| Bermain air di dalam kolam |
![]() |
| Pemandangan Visitor Centre di Gate 1 dari Main Lawn |
Kita singgah sebentar melawat ke Fynbos Walk di Kirstenbosch ini. Seperti namanya, ada banyak tumbuhan Fynbos yang ditanam di sini. Fynbos adalah tumbuhan seperti semak-samun yang hanya ditemui di kawasan Western Cape di sekitar Cape Town.
![]() |
| Jom kita berjalan di sini... |
![]() |
| Keterangan mengenai bunga Vygies yang sepatutnya menghiasi Fynbos di sini. Namun disebabkan sekarang musim Autumn, tak ada bunga Vygies yang berkembang ketika itu. |
![]() |
| Sebahagian spesies bunga Fynbos yang berkembang di musim Autumn |
![]() |
| Pelawat-pelawat ke Kirstenbosch |
Kemudian kita dapat melihat tumbuhan Krantz Aloe. Tumbuhan ini sering ditanam sebagai pagar hidup di sekitar kraal (kandang lembu tradisional Afrika). Bunga Krantz Aloe ini sangat cantik. Seperti pokok Aloe yang lain, Krantz Aloe juga memiliki banyak nilai perubatan. Gel pada daunnya misalnya, boleh digunakan untuk merawat luka dan kelecuran kulit dari kebakaran.
![]() |
| Bunga Krantz Aloe |
![]() |
| Keterangan tentang Krantz Aloe |
![]() |
| Krantz Aloe banyak memiliki nilai perubatan |
![]() |
| Pokok Krantz Aloe juga banyak ditanam sebagai pagar hidup di sekitar kandang lembu tradisional di Afrika |
![]() |
| Kawasan lapang di tepi Fynbos Walk ini sering digunakan untuk persembahan konsert pada musim panas |
![]() |
| Pemandangan Krantz Aloe dengan berlatar belakangkan Table Mountain |
![]() |
| Pemandangan menghala ke Gate 1 |
Kita berjalan lagi sehingga tiba di Otter Pond. Di tepi kolam ini ada ukiran hiasan Cape Clawless Otter. Menurut keterangan yang diberi, satu ketika dulu ada banyak otter yang menghuni anak-anak sungai di sekitar Table Mountain termasuk di dalam Kirstenbosch sendiri. Walau bagaimanapun, mereka dah jarang sangat dapat dilihat sekarang.
![]() |
| Otter Pond |
![]() |
| Pandangan lebih dekat Otter Pond |
![]() |
| Ukiran Cape Clawless Otter di dalam Otter Pond |
![]() |
| Sinaran mentari petang di Kirstenbosch |
![]() |
| Suasana petang di Kirstenbosch |
![]() |
| Suasana yang tenang dan damai |
Satu pemandangan menarik yang dapat kita lihat dari Kirstenbosch National Botanical Gardens adalah bahagian belakang Table Mountain yang dinamakan sebagai Lion's Rump. Bentuk gunung ini betul-betul kelihatan macam bahagian belakang seekor singa yang sedang menghendap nak menerkam mangsa. 'Kepala singa' ini cukup mudah dikenali kerana mempunyai sepasang telinga yang seperti Mickey Mouse.
![]() |
| Pemandangan Lion's Rump dari Kirstenbosch. Ada sebuah laluan pendakian ke Table Mountain dari sini. |
![]() |
| Pemandangan gunung ini seakan-akan pemandangan dari belakang seekor singa yang sedang menghendap nak menerkam mangsa |
Useful Plants Garden di Kirstenbosch National Botanical Garden mempamerkan pelbagai tumbuhan African yang digunakan bagi tujuan perubatan, makanan, kraf dan mencelup warna. Antara tumbuhan yang dipamerkan adalah African Wormwood yang digunakan untuk mengubati batuk, selsema, kembung perut, senak perut dan juga mengubati penyakit cacing. Sour Fig digunakan untuk mengubat sakit tekak, ulcer mulut, luka terbakar dan melecur dan juga mengubat sengatan serangga. Cape Honeysuckle pula digunakan untuk menahan sakit, mengubat demam dan menghilangkan imsonia.
![]() |
| Useful Plants Garden |
![]() |
| Daun Imphepho yang digunakan untuk merawat luka dan mencegah jangkitan |
![]() |
| Pokok Star Flower |
![]() |
| Mengikut kepercayaan orang Basutho, cara untuk menghilangkan sakit kepala adalah dengan menitiskan darah kepada ubi pokok ini dan menanamnya di dalam tanah. |
| Lagi pemandangan Nursery Stream |
![]() |
| Gate 2 Kirstenbosch National Botanical Garden |
Kita singgah sekejap di Gate 2 Kirstenbosch Botanical Garden ini untuk menumpang menggunakan toilet. Toilet di sini bersih dan tidak mengenakan sebarang bayaran.
![]() |
| Pemandangan di Gate 2 Kirstenbosch National Botanical Garden |
![]() |
| Ukiran yang menarik di Gate 2 |
Di Gate 2 ini juga ada sebuah pameran kecil mengenai Fynbos. Ada banyak bunga Protea yang dipamerkan di sini.
![]() |
| Pameran mengenai Fynbos di Gate 2 |
![]() |
| Mari kita pergi tengok dekat-dekat sikit... |
![]() |
| Bunga-bunga Fynbos yang cantik |
![]() |
| Penunjuk arah |
Ingat lagi tak kisah yang Myself ceritakan dalam entry mengenai Bo-Kaap bagaimana ketua VOC Belanda yang bernama Jan van Riebeeck menanam pokok Bitter Almond Hedge untuk memisahkan kawasan penduduk berkulit putih dengan kawasan penduduk berkulit hitam di Cape Town? Sebahagian pokok ini masih lagi wujud di kawasan Kirstenbosch ini. Ia dipelihara sebagai bahan tinggalan sejarah dan dinamakan sebagai Van Rieebeck's Hedge.
![]() |
| Pokok-pokok Bitter Almond Hedge yang ditanam oleh Jan van Riebeeck untuk mengasingkan penempatan kulit putih dan kulit hitam di Cape Town |
![]() |
| Kerusi rehat dekat Van Riebeeck's Hedge |
| Guinea Fowl |
| Kehadiran Guinea Fowl ini membantu pihak taman dengan memakan serangga yang boleh memusnahkan tanaman |
| Pandangan dekat Guinea Fowl |
Garden of Extinction memaparkan 1,500 tumbuhan South African yang sedang berdepan dengan ancaman kepupusan dan usaha yang sedang dibuat untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi.
![]() |
| Garden of Extinction |
![]() |
| Pokok Erica ini adalah salah satu spesies tanaman yang berdepan dengan kepupusan |
![]() |
| Usaha yang sedang dibuat untuk memastikan tumbuhan Erica tidak pupus |
![]() |
| Bunga Erica |
![]() |
| Berjalan lagi di Kirstenbosch |
Water-wise Garden mengajar kita cara untuk menjimatkan penggunaan air menggunakan tumbuhan yang tertentu. Di South Africa, hujan turun dengan lebat di musim dingin dan musim panasnya pula sangat kering. Oleh yang demikian, bekalan air tanah yang terhad perlu digunakan dengan sebaiknya. Disebabkan perkara inilah Water-wise Garden ditanam di Kirstenbosch.
![]() |
| Water-wise Garden |
![]() |
| Tanaman berhampiran Water-wise Garden |
![]() |
| Tak pasti sama ada tumbuhan ini juga dkategorikan sebagai water-wise |
Sculpture Garden memaparkan ukiran tradisional kaum Shona dari Zimbabwe. Menurut keterangan yang diberi, ukiran ini diperkenalkan pada tahun 1997 sebahagian dari pameran sementara di Kirstenbosch. Namun ia kemudiannya dikekalkan di taman ini disebabkan popularitinya.
![]() |
| Ukiran tradisi kaum Shona dari Zimbabwe |
![]() |
| Berjalan mengelilingi taman |
![]() |
| Pokok-pokok yang tumbuh subur |
![]() |
| Bunga-bunga cantik di Kirstenbosch |
Kita juga dapat melihat pohon seperti pokok palma yang dinamakan Cycads di Kirstenbosch Garden. Ada cerita yang mengatakan beberapa ketika dahulu, terdapat percubaan untuk mencuri benih pokok ini dari Kirstenbosch Garden untuk dijual di pasar gelap. Pokok ini juga pernah hampir pupus di suatu ketika dahulu. Namun demikian, ia dapat diselamatkan dengan usaha berterusan dari Kirstenbosch National Botanical Gardens.
![]() |
| Pokok Cycads |
![]() |
| Ada Taman Cycads yang lebih besar di kaki Table Mountain di belakang sana tetapi kami tidak pergi ke situ |
Tiba masa yang ditetapkan, kami menamatkan lawatan ke Kirstenbosch National Botanical Garden dan kembali ke tempat berkumpul yang ditetapkan di Gate 1.
![]() |
| Ada ukiran petai yang dibuat dari batu di sana |
![]() |
| Menuju ke tempat berkumpul yang ditetapkan |
![]() |
| Pokok-pokok Bonsai |
![]() |
| Bas Hop-On Hop-Off yang membuat persinggahan di Kirstenbosch National Botanical Garden |
Bersambung ke Bahagian 31...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 01) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 02) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 02) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
- Bhg. 05 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
- Bhg. 06 (Hari 03) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
- Bhg. 07 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 08 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 09 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 10 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
- Bhg. 11 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
- Bhg. 12 (Hari 04) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
- Bhg. 13 (Hari 04) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 14 (Hari 04) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 15 (Hari 05) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 16 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 1)
- Bhg. 17 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 2)
- Bhg. 18 (Hari 05) - Zimbabwe (Flight of Angels)
- Bhg. 19 (Hari 05) - Zimbabwe (Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 20 (Hari 06) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 21 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 22 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg - Sun City)
- Bhg. 23 (Hari 07) - South Africa (Sun City: Palace of the Lost City)
- Bhg. 24 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lion Park)
- Bhg. 25 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 26 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 1)
- Bhg. 27 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 2)
- Bhg. 28 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap)
- Bhg. 29 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Cape Town City)
- Bhg. 30 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 31 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 32 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Hout Bay)
- Bhg. 33 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Fish Hoek)
- Bhg. 34 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 35 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
- Bhg. 36 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Cape Town Ostrich Ranch)
- Bhg. 37 (Hari 10) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlingshof Estate)
- Bhg. 38 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Jewel Africa)
- Bhg. 39 (Hari 11) - South Africa (Cape Town) -->> Mauritius (Curepipe: Dormant Volcano)
- Bhg. 40 (Hari 11) - Mauritius (Grand Bassin Lake : Shiva Statue & Ganga Talao)
- Bhg. 41 (Hari 11) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Chamarel Waterfall & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 42 (Hari 11) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)

































































































No comments:
New comments are not allowed.