Wednesday, 29 July 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 29 (Cape Town City)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)

Bahagian 29: South Africa
CAPE TOWN [Cape Town City]

HARI KELAPAN (4)

Part 64: Cape Town City

Dari Bo-Kaap bas membawa kami melawat sekitar Cape Town City di mana kami ditunjukkan beberapa bangunan dan jalan bersejarah yang terdapat di situ.
 
Cape Town Lodge
Jeremy bercerita tentang sejarah Cape Town
Bangunan 35 on Wale
Kami ditunjukkan sebatang jalan hipster di Cape Town yang bernama Bree Street. Bangunan-bangunan di sini masih banyak yang mengekalkan senibina Dutch dan Georgian yang dibina di zaman kolonial. Pada masa sekarang, banyak di antara bangunan ini telah diubahsuai menjadi kafe dan restoran. Tetapi di zaman tahun 1700-an dulu, kedai-kedai di sini banyak terdiri dari kedai-kedai logam dan bakeri. Kalau rasa nak keluar shopping pada masa itu, ke sinilah penduduk Cape Town akan pergi kerana shopping mall belum wujud di zaman itu.

Bree Street
Kafe-kafe moden yang membarisi Bree Street
Bangunan-bangunan kolonial di Bree Street
Kami ditunjukkan pula Strand Street selepas itu. Strand bermaksud Pantai dalam Bahasa Belanda. Jalan ini dinamakan Strand Street kerana pada satu masa dahulu ia terletak betul-betul di tepi pantai sebelum projek reklamasi dilaksanakan sekitar tahun 1930-1940an dulu. 

Strand Street yang menandakan lokasi asal pantai di Cape Town sebelum projek reklamasi besar-besaran dibuat pada tahun 1930-1940an dulu.
Salah sebuah bangunan yang terkenal di Strand Street adalah Evangelical Lutheran Church yang dibina pada tahun 1792. Ia adalah bangunan gereja yang tertua dan masih digunakan di Afrika Selatan. Bangunan ini telah diisytiharkan sebagai National Monument pada tahun 1949.

Evangelical Lutheran Church 
Evangelical Lutheran Church yang dibina pada tahun 1792 ini adalah gereja yang tertua di South Africa.
Cape Town CBD bukan sahaja memiliki bangunan-bangunan bersejarah. Ia juga mempunyai bangunan-bangunan pencakar langit yang moden. Salah sebuah bangunan moden yang terkenal adalah Portside Tower.  Bangunan setinggi 32 tingkat ini adalah bangunan yang tertinggi di Cape Town.

Portside Building
Portside Building adalah bangunan yang tertinggi di Cape Town
Cape Town juga terkenal kerana memiliki sebuah jambatan lebuhraya yang tidak siap di tengah-tengah bandar. Nama rasminya adalah Foreshore Freeway Bridge tetapi ia lebih dikenali sebagai Highway To Nowhere. Lebuhraya ini dibina pada tahun 1960-an tetapi gagal disiapkan dan pembinaannya diberhentikan secara tiba-tiba pada tahun 1977 kerana kekangan peruntukan.

Jambatan ini walau bagaimanapun tidaklah ditinggalkan begitu sahaja. South Africa sering menjadi lokasi penggambaran filem dan salah sebuah lokasi perfileman yang terkenal adalah Highway To Nowhere ini. Banyak syarikat filem yang membuat penggambaran di sini termasuklah filem-filem Hollywood.

Highway To Nowhere
Highway yang tidak siap ini kini menjadi sebuah mercu tanda di kota Cape Town
Penghujung Highway To Nowhere yang ditutup kepada kenderaan
Tidak jauh dari situ, kami juga ditunjukkan Cape Town Stadium yang pernah digunakan sewaktu 2010 FIFA World Cup di South Africa. Pada ketika itu ia dikenali sebagai Green Point Stadium.

Cape Town Stadium
Helen Suzman Boulevard
Bas kami seterusnya menyusuri persisiran pantai Laut Atlantik di Sea Point. Laut Atlantik di Cape Town luas tanpa sebarang halangan. Tidak hairanlah ombaknya yang menghempas pantai sangat ganas.

Persisiran pantai di Sea Point
Ombak Laut Atlantik yang menghempas ganas
Pemandangan dekat ombak di Laut Atlantik
Kalau cuaca baik, kita dapat melihat Robben Island dari sini. Robben Island memiliki sebuah maximum-security prison yang menjadi penjara bagi tahanan-tahanan politik di masa dahulu. Antara yang pernah ditahan di Robben Island termasuklah Tuan Guru yang pernah menjadi Imam di Masjid Auwal di Bo-Kaap dan Presiden Nelson Mandela.

Di persisiran pantai yang menghadap ke Robben Island, ada dibina sebuah ukiran cermin mata yang dinamakan Mandela Glasses. Ia diukir sebagai memperingati penantian rakyat South Africa di suatu masa dahulu bagi pembebasan Nelson Mandela dari penjara di Robben Island.

Mandela's Glasses
Mandela's Glasses dibina sebagai memorial peringatan penantian rakyat South Africa untuk pembebasan Nelson Mandela dari penjara di Robben Island.
Promenade di Sea Point ini adalah lokasi popular untuk penduduk dan pengunjung ke Cape Town berehat dan beriadah. Ada ketikanya kita akan dapat melihat pemandangan dolphin yang melompat-lompat di Laut Atlantik di sini.

Sea Point Pavilion

Part 65: The Greek Fisherman Restaurant

Kami dibawa makan tengahari di sebuah restoran yang bernama The Greek Fisherman. Ia terletak di kawasan Sea Point di Cape Town.

Berjalan ke restoran dari tempat bas menurunkan kami
Pemandangan Gunung Lion's Head
The Greek Fisherman
Tiba di pintu masuk ke Greek Fisherman
Oleh kerana restoran ini adalah sebuah restoran Greek, perhiasan di restoran ini juga berkonsepkan Greece. Suasana di luarnya bagaikan sebuah restoran yang terletak di tepi laut di Greece.
 
The Greek Fisherman
Suasana di luar The Greek Fisherman
Pancutan air yang cantik di hadapan restoran
Jom kita masuk ke dalam...
Kumpulan kami diberikan sebuah meja yang panjang di tingkat atas restoran. Hiasan dalaman di restoran ini juga sangat menarik.

Pilihan hidangan utama di Greek Fisherman adalah ikan ataupun beef. Turut termasuk di dalam hidangan adalah scallop dan salad. Terpaksalah Myself dan Husband memilih hidangan ikan. Namun demikian, hidangan ikan yang disediakan sangat sedap serta dimasak dengan cheese.

Beef
Fish
Scallop, Salad dan Roti
Roti dan Salad
Olive Oil
Tabasco Sauce
Dessert
Meninggalkan Greek Fisherman selepas selesai makan

Part 66: Perjalanan Ke Kirstenbosch
 
Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke Kirstenbosch National Botanical Garden yang terletak di kaki sebelah timur Table Mountain.

Helen Suzman Boulevard
Pemandangan di Cape Town CBD
Kawasan berhampiran Pelabuhan Cape Town
Kami dapat melihat Table Mountain dalam perjalanan ke Kirstenbosch. Pemandangan Table Mountain ini sangat istimewa kerana ia sedang diliputi oleh awan Table Cloth.
 
 Table Mountain yang diseliputi awan Table Cloth
Pemandangan di Cape Town
Homeless di Cape Town
Kami juga melalui sebahagian lagi Cape Town CBD dalam perjalanan ke Kirstenbosch. Ada beberapa lagi mercu tanda menarik yang ditunjukkan kepada kami di sini.

Portside Building
Southern Sun The Cullinan Hotel
North Wharf Square
Hotel Sky Cape Town di sebelah North Wharf Square
Jalan utama di Cape Town CBD adalah Adderley Street yang pada satu masa dahulu dikenali sebagai Heerengracht sempena sebuah terusan (gracht dalam Bahasa Belanda) yang pernah dibina di sini. Namanya ditukar kepada Adderley Street pada tahun 1850 sebagai penghormatan kepada seorang ahli Parlimen British bernama Charles Bowyer Adderley yang begitu lantang menentang cadangan Kerajaan British untuk menjadikan Cape Town sebagai penal colony (penempatan banduan) seperti di Australia.

Adderley Street
Ada beberapa mercu tanda yang kami lihat di Adderley Street. Salah sebuah di antaranya ialah patung Bartholomeu Dias yang merupakan pelayar Portugis dan orang Eropah yang pertama tiba ke penjuru bawah benua Afrika.

Batholomeu Dias Statue
Pandangan lebih dekat patung Bartholomeu Dias
Pandangan patung Bartolomeu Dias dari hadapan
[Gambar dari internet]
Bangunan Media di Adderley Street
Sebuah lagi monumen yang dapat dilihat adalah The Cenotaph War Memorial Statue yang memperingati tentera yang terbunuh di dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Korean War. Upacara Remembrance Day diadakan di sini pada 11 November setiap tahun, tepat pada pukul 11 pagi.


The Cenotaph War Memorial Statue
Pemandangan The Cenotaph War Memorial Statue dari sisi
Berdekatan Cenotaph, ada pula Maria van Riebeeck Statue. Dia adalah isteri kepada Jan van Riebeeck yang membuka penempatan Belanda di Cape Town. Patung ini dihadiahkan oleh Kerajaan Belanda kepada Kerajaan South Africa bagi meraikan ulangtahun penempatan Belanda di Cape of Good Hope pada tahun 1954.

Maria van Riebeeck Statue
Sebenarnya ada patung suami Maria, Jan van Riebeeck berdekatan tetapi kami tak nampak pulak dari atas bas. Jadi kita ambil saja gambar dari internet untuk menunjukkan patung Jan van Riebeeck ini.
 
Patung Jan van Riebeeck berdekatan patung Maria van Riebeeck
[Gambar dari internet]
Jan van Ribeeck dan isterinya Maria van Riebeeck pernah datang ke Melaka sewaktu di zaman penjajahan Belanda dahulu. Malah Maria telah meninggal dunia dan dikebumikan di Melaka pada tahun 1664. Tapak kubur Maria masih dapat dilihat di dalam Gereja St. Paul di Melaka. Jan van Riebeeck sendiri pula telah meninggal dunia pada tahun 1677 dan dikebumikan di Jakarta, Indonesia yang ketika itu dikenali sebagai Batavia di bawah Hindia Timur Belanda (Dutch East Indies).
 
Plak peringatan tapak perkuburan Maria van Riebeeck di Gereja St. Paul di Melaka. Batu nisan asalnya telah dipindahkan ke Cape Town pada tahun 1915.
Jan van Riebeeck telah meninggal dunia di Jakarta dan jasadnya dikebumikan di Groote Kerk (Great Church) di Taman Fatahillah, Jakarta. Tapak Groote Kerk itu kini telah didirikan Museum Wayang.
Sesuatu yang menarik perhatian Myself sewaktu di Cape Town adalah bus stop awamnya yang dibina seperti Halte Bus di Jakarta, Indonesia. Namun demikian, bus stop di Cape Town lebih cantik dan sekali imbas kelihatan macam stesen LRT. Cape Town walau bagaimanapun, tidak memiliki perkhidmatan LRT atau MRT seperti di KL dan Jakarta.

Bus stop awam di Adderley Street
Woolworth Building
Cape Town International Convention Centre
Jambatan pejalan kaki di Cape Town International Convention Centre
Cape Town International Convention Center
Masih pemandangan di Cape Town CBD
Kami turut melalui sebuah kota pertahanan lama yang dinamakan Castle of Good Hope. Kota ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda pada tahun 1666 - 1679.
 
Castle of Good Hope
Tembok Castle of Good Hope
Kita tak berkesempatan nak melawat ke Castle of Good Hope ini. Ia sebenarnya masih mempunyai moat di sekelilingnya. Tengok gambar yang Myself jumpa di internet...
 
Moat yang masih mengelilingi Castle of Good Hope [Gambar dari internet]
Pintu masuk ke Castle of Good Hope [Gambar dari internet]
Good Hope Centre, a heritage landmark exhibition hall
Perjalanan kami menuju ke Kirstenbosch National Botanical Garden adalah perjalanan ke bahagian timur Cape Town dengan menggunakan N1 Highway. Lebuhraya ini dibina dari Cape Town sehingga ke sempadan negara Zimbabwe.

Pemandangan Table Mountain dari N1 Highway
N1 Highway
N1 Highway berhampiran Cape Town mengelilingi sebahagian Table Mountain. Pemandangan Table Mountain dari lebuhraya ini memang sangat majestic.

Table Mountain
Pemandangan penghujung Table Mountain dari N1 Highway
Penghujung Table Mountain
Table Mountain
Table Mountain
Satu pemandangan menarik lain yang dapat kami lihat adalah kampus University of Cape Town. Universiti ini bermula sebagai South African College pada tahun 1829 dan dinaiktaf menjadi sebuah universiti pada tahun 1918. Ia juga terkenal dengan pendirian anti-apartheid sewaktu di zaman pemerintahan Kerajaan Apartheid di South Africa dulu.
  
University of Cape Town
Pemandangan Table Mountain di belakangnya menjadikan kampus University of Cape Town sangat menarik
South Africa sedang mengalami Muslim Luruh (Autumn) sewaktu kami berada di sana pada bulan Mei. Namun begitu, suasana autumn ini tidak begitu terasa kerana kebanyakan pokok di Cape Town adalah evergreen yang tidak bertukar warna dan tidak meluruhkan daun seperti di kebanyakan negara 4 musim yang lain. Hanya semasa dalam perjalanan ke Kirstenbosch ini sahajalah kami dapat melihat pokok-pokok yang daunnya bertukar warna disebabkan Musim Luruh.

Sedikit pemandangan autumn yang diperhatikan dalam perjalanan ke Kirstenbosch
Sedikit daun yang bertukar warna dalam Musim Luruh
Kita akhirnya tiba di Kirstenbosch National Botanical Garden yang merupakan salah sebuah sebuah taman botani yang terbaik di dunia.
 
Tiba di Kirstenbosch National Botanical Garden
Laluan masuk kenderaan ke Kirstenbosch National Botanical Garden
Staff entrance ke Kirstenbosch National Botanical Garden


 Bersambung ke Bahagian 30...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):

No comments: