Friday, 6 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 17 (Songeup Folk Village 1)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 17: Jeju Tour
EAST JEJU (Songeup Folk Village 1)

HARI KELIMA (2)

Part 48: Songeup Folk Village (1)

Songeup Folk Village terletak kira-kira sejam pemanduan dari Gueom Stone Salt Flats. Ia adalah sebuah perkampungan tradisi di Jeju yang dibuka untuk kunjungan pelancong di samping masih dihuni oleh penduduk tempatan.

Tiba di Songeup Folk Village
Keterangan mengenai Songeup Folk Village
Suasana di Songeup Folk Village
Kedai ais kerim
Restoran di Songeup Folk Village
Bangunan-bangunan tradisional di Songeup Folk Village
Tembok tradisional yang dibina menggunakan batuan lava gunung berapi
Suasana di tempat parking kenderaan
Ladang tradisional
Satu lagi suasana di Songeup Folk Village
Bangunan yang telah diubahsuai menjadi restoran
Sebaik tiba di Songeup Folk Village, Lucas terus membawa kami ke tandas terlebih dahulu. Maklum sajalah, cuaca agak sejuk hari ini yang disebabkan cuaca hujan renyai-renyai.

Tandas awam di Songeup Folk Village
Elemen Feng Shui turut digunakan dalam pembangunan Songeup Village pada masa dahulu, termasuk penanaman pokok-pokok Zelkova dan Hackberry di sekitar kampung. Pokok Zelkova dianggap sebagai pokok pelindung manakala pokok Hackberry pula dianggap boleh meninggikan tenaga di kawasan-kawasan yang dianggap lemah. Pokok-pokok ini kini telah pun berusia sekitar 600 - 1000 tahun.

Tempat parking kereta di Songeup Folk Village
Bangunan-bangunan yang telah ditukar fungsi berhampiran tempat letak kereta.
Selepas menggunakan tandas, Lucas meminta kami naik kembali ke kereta. Ingatkan dia nak membawa kami ke mana, rupa-rupanya hanya sekadar nak memindahkan kereta supaya lebih dekat dengan pintu masuk sebenar ke Songeup Folk Village. "Anywhere more than 3 steps, we take the car," kata Lucas.

Lucas memindahkan kereta supaya lebih dekat dengan pintu masuk
Bangunan restoran berhampiran pintu masuk
Restoran ini adalah sebenarnya sebuah Tea House tradisional
Lucas memberi penerangan tentang kedudukan Songeup Folk Village di Pulau Jeju
Lucas kemudian membawa kami melawat sebuah kandang haiwan tradisional berhampiran.

Kandang haiwan tradisional
Mengikut Lucas melawat ke kandang haiwan
Rumah Anjing
Reban ayam
Bermain dengan arnab
Seekor lagi anjing yang dibela
Selepas melawat kandang haiwan, barulah kami bergerak menuju ke pintu masuk Songeup Folk Village.

Pintu masuk terletak di sana
Berjalan menuju ke pintu masuk
Satu ketika dulu, Songeup Village pernah menjadi ibu kota Jeju bagi menggantikan Seongsan Village. Seongsan Village adalah ibu kota asal yang dipilih oleh Dinasti Joseon. Walau bagaimanapun, disebabkan Seongsan sering diserang taufan dan lanun dari Jepun, terdapat keperluan untuk memindahkan ibukota Jeju ke Seongsan Village yang terletak lebih jauh ke pedalaman. 

Papan keterangan di pintu masuk
Maklumat mengenai Songeup Folk Village
Peta Songeup Folk Village
Sebuah tembok kota setinggi 3 meter dan sepanjang 1.2 km didirikan di sekeliling Songeup Village bagi tujuan keselamatan. Ia memiliki 3 pintu masuk ~ setiap satu di selatan, timur dan barat ~ serta sebuah bastion berbentuk L yang dinamakan ongseong. Pintu masuk utamanya adalah menerusi South Gate.

Tembok yang mengelilingi Songeup Folk Village
Tembok kota ini dibina menggunakan batu lava
South Gate
Pintu masuk ke Songeup Folk Village turut dijaga oleh 4 buah patung Stone Grandpa (Dolhareubang). Selain berfungsi sebagai penanda sempadan, Stone Grandpa juga dianggap sebagai penjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir jahat. 

Patung Stone Grandpa di pintu masuk ke Songeup Village
Stone Grandpa (Dolhareubang)
Keterangan mengenai Stone Grandpa
Stone Grandpa juga dianggap sebagai dewa kesihatan dan kesuburan. Jika seseorang inginkan anak lelaki, dia perlu menggosok hidung Stone Grandpa. Kalau inginkan anak perempuan pula, seseorang perlu menggosok telinganya.

Pandangan Stone Grandpa dari sisi
Mendengar penerangan dari Lucas mengenai Stone Grandpa
Bergambar kenangan dengan Stone Grandpa
Tentera dan guru adalah dua profesion yang sangat dihormati oleh masyarakat tradisional Korea. Oleh itu. Stone Grandpa sering dibina dengan menggambarkan kedua-dua profesion ini. Jika tangan kanan Stone Grandpa berada di atas tangan kiri ia bermakna Stone Grandpa ini melambangkan seorang tentera. Ini adalah kerana tangan kanan ini melambangkan beliau sedang mengeluarkan pedang yang sering dipegang dengan tangan kanan. Sebaliknya pula jika tangan kiri yang terletak di atas tangan kanan, ia melambangkan seorang guru kerana guru sering memegang buku dengan tangan kiri sambil menulis dengan menggunakan tangan kanan.

Stone Grandpa di sebelah kiri melambangkan seorang tentera manakala Stone Grandpa di sebelah kanan pula melambangkan seorang guru.
Membaca keterangan tentang Stone Grandpa
Selepas melihat dan diberi penerangan mengenai Stone Grandpa, kita berjalan masuk ke Songeup Folk Village menerusi South Gate.

Bastion berbentuk L yang dinamakan ongseong berdekatan South Gate
Pemandangan South Gate di sebalik onseong.
Masuk menerusi South Gate
Bumbung South Gate
Pengetuk pintu yang dibuat dari logam
Pemandangan di dalam South Gate
Berjalan di dalam South Gate
Mengintai pemandangan ke dalam kampung dari South Gate
Posing dulu di South Gate
Songeup Folk Village yang kita lawati ini dibina di zaman pemerintahan Dinasti Joseon. Bangunan-bangunan di perkampungan ini masih dibina menggunakan kaedah dan senibina tradisional. Ia juga bukanlah show village semata-mata. Ia masih dihuni beberapa keluarga sehingga ke hari ini.

Suasana di Songeup Village
 Sebahagian bangunan di Songeup Village masih didiami sehingga sekarang
Oleh kerana Songeup Village masih menjadi kediaman beberapa keluarga, tak semua bangunan di perkampungan ini boleh dimasuki. Hanya beberapa bangunan yang tidak lagi didiami sahaja dibuka kepada umum. Salah sebuah di antaranya ialah sebuah Grain Mill House.

Grain Mill House
Grain Mill House adalah tempat mengisar bijirin menjadi tepung. Di dalamnya masih terdapat peralatan mengisar tradisional yang dinamakan Malhanga. 

Malhanga
Keterangan mengenai Malhanga
Pengisar bijirin yang dinamakan Malhanga ini sama seperti yang biasa ditemui di Semenanjung Korea, cuma keistimewaannya ia dioperasi menggunakan kuda. Mengikut keterangan yang diberi, peralatan ini dikongsi bersama kegunaannya oleh 30 rumah.

Pandangan Malhanga dari sudut lain
Peralatan batu yang turut disimpan di dalam Grain Mill House
Bumbung Grain Mill House
Dinding Grain Mill House yang dibina dari batu lava dan tanah liat
Jerami turut digunakan dalam campuran tanah liat untuk membina rumah ini
Pemandangan dari luar Grain Mill House
Lucas membawa kami melawat ke sebuah rumah yang dinamakan Go Pyeong-o Historic House yang dibina pada akhir kurun ke-18 Masehi. Ia pernah berfungsi sebagai kediaman pegawai-pegawai kerajaan yang datang melawat ke Jeju pada masa dahulu.

Go Pyeong-o House adalah rumah tradisional Korea yang dinamakan Hanok. Seperti rumah kediaman lain di Songeup Folk Village, ia juga dibina menggunakan batuan lava dan campuran tanah liat dan jerami.

Go Pyeong-o Historic House
 Tembok yang dibina daripada batuan lava
Keterangan mengenai Go Pyeong-o Historic House
Masuk ke dalam Go Pyeong-o Historic House
Go Pyeong-o House adalah contoh sebuah rumah kediaman keluarga kaya di Jeju pada masa dahulu. Kompleks perumahan ini terdiri dari beberapa bangunan berasingan yang digunakan sebagai ruang kediaman, ruang tidur dan dapur.

Kompleks Go Pyeong-o House terdiri dari beberapa bangunan yang setiap satunya mempunyai kegunaan yang tersendiri.
Melawat Go Pyeong-o House
Seperti rumah-rumah lain di Songeup Village, Go Pyeong-o House dibina dari batuan lava dan campuran tanah liat. Bumbungnya juga dibuat dari jerami. Binaan ini dapat menahan angin kencang dan hujan lebat yang kerap melanda Jeju. Rumah-rumah tradisional sebegini yang dinamakan Jeju Choga turut dibina rendah untuk mengekalkan suhu dan menjadi perlindungan dari elemen cuaca. Penggunaan bahan-bahan semulajadi pada bangunan turut menggambarkan cara hidup masyarakat Jeju yang begitu menghormati alam sekitar.

Bentuk rumah tradisional begini dinamakan Jeju Choga
Binaan tradisional Jeju Choga ternyata dapat menahan elemen cuaca yang agak ekstrim di Pulau Jeju
Bumbung rumah tradisional Jeju yang dibuat dari jerami
Penggunaan bahan-bahan semulajadi dalam binaan menggambarkan keharmonian di antara penduduk Jeju dengan alam sekitar
 Melihat dengan lebih dekat bagaimana bumbung dipasang di rumah tradisional Jeju
Kemahiran memang diperlukan untuk membuat ikatan jerami sebegini
Lucas membawa kami melawat ke bangunan dapur. Beberapa peralatan seperti periuk belanga dan almari simpanan masih dapat dilihat di sini.

Bangunan dapur
Suasana di bahagian dapur
Ruang memasak di dapur disediakan atas tanah untuk keselamatan dari kebakaran.
Almari simpanan barang dapur
Stor perkakasan
Pemandangan tipikal di rumah-rumah tradisional Korea juga adalah tempayan-tempayan yang digunakan untuk menjeruk makanan. Ini adalah kerana makanan yang dijeruk dapat bertahan untuk kegunaan pada musim panas dan dingin di Korea. Antara makanan yang dijeruk di dalam tempayan ini adalah chongkukjang, doenjang dan ganjang yang diperbuat dari kacang soya, gochujang (sejenis sambal) dan kimchi (jeruk sayur).

Ruang simpanan tempayan untuk menjeruk makanan ini dinamakan Janggokdae.
Tempayan porselin untuk menjeruk makanan ini dinamakan Janggok atau Onggi
Orang zaman dulu memang self-sufficient dan sering menanam tanaman sendiri untuk dimakan. Oleh itu, sering ada kebun sayur yang ditempatkan di bahagian belakang rumah kediaman, berdekatan dengan dapur rumah. Kebun-kebun sayur yang dikelilingi tembok batuan lava dapat dilihat di serata tempat di Songeup Village. 

Kebun sayur yang ditanam di kawasan rumah
Herba dan sayuran yang ditanam
Haiwan terkenal di Pulau Jeju juga adalah Black Pig. Babi berbulu hitam ini dibela untuk 2 kegunaan asas: untuk menghalau ular dan juga memakan najis manusia. Kalau tandas di tempat lain sering dibina di atas sungai, di Jeju pula ia dibina di atas kandang babi ini.

Beginilah gambaran tandas tradisional di Pulau Jeju
Babi hitam menunggu di bawah untuk mendapatkan habuan. Hahaha!!
Husband sedang mengambil gambar tandas tradisional Jeju
Melihat gambaran tradisional ini, Myself teringat kepada sebuah kisah yang pernah Myself baca mengenai asal usul kejadian babi. Sewaktu kejadian banjir besar di zaman Nabi Nuh, semua haiwan dan manusia berlindung di dalam bahtera besar. Setelah banjir surut dan bahtera terdampar di daratan, Nabi Nuh kebingungan melihat betapa kotornya bahteranya dengan najis manusia dan haiwan. Dia tidak tahu bagaimana untuk membersihkannya. Ketika inilah Allah SWT mencipta babi yang akan memakan semua kotoran dan membersihkan kembali bahtera Nabi Nuh. Kerana itulah sebenarnya Umat Islam dilarang dari memakan babi, kerana asal kejadiannya adalah untuk memakan kekotoran.

Black Pig
Walaupun jelas tugas dan fungsinya pada masa dahulu, Babi Hitam ini tetap menjadi makanan istimewa di Pulau Jeju sehingga sekarang. Kata Lucas, pada zaman dahulu memang ramai orang yang jatuh sakit selepas memakan Babi Hitam ini. Namun sekarang, dengan adanya vaksin dan tandas moden, Babi Hitam ini dipelihara dengan memberi makanan yang sama seperti ternakan lain dan tidak lagi memakan kotoran. Oleh itu, daging babi ini dikatakan telah selamat untuk dimakan dan menjadi hidangan istimewa kepada orang Bukan Islam yang datang berkunjung ke pulau ini.

Kandang kuda di sebelah Janggokdae
Kuda adalah haiwan pengangkutan utama di Pulau Jeju pada masa dahulu. Oleh yang demikian, kandang-kandang kuda turut menjadi sebahagian binaan yang penting di Go Pyeong-o House. Maklum sajalah, rumah ini menjadi rumah persinggahan pegawai-pegawai Kerajaan pada masa dahulu. Mereka semua memiliki kuda masing-masing sebagaimana pegawai-pegawai kerajaan pada masa sekarang mempunyai kereta dan memerlukan tempat parking.

Menjenguk ke dalam kandang kuda
Pemandangan di dalam kandang kuda
Siling di dalam kandang kuda
Meninggalkan Go Pyeong-o House
Kita terus berjalan lagi menikmati suasana di Songeup Village. Walaupun sebahagian bangunan masih menjadi kediaman persendirian, banyak juga bangunan yang telah ditukar fungsi menjadi kedai jualan, restoran dan homestay.

Suasana di Songeup Village
Sebahagian rumah kediaman telah ditukar menjadi homestay
Kami juga bertemu dengan sebuah telaga lama yang dinamakan Nammun Well kerana ia terletak berhampiran South Gate. Namun disebabkan air telaga ini adalah air tadahan hujan dan bukan berasal dari sumber semulajadi, ia hanya dikhususkan untuk kegunaan pegawai-pegawai kerajaan sahaja pada masa dahulu dan tidak untuk kegunaan rakyat biasa. Disebabkan fakta ini, ia turut dinamakan sebagai County Magistrate's Water.

Telaga lama yang dinamakan Nammun Well
Air dari Nammun Well ini juga dinamakan sebagai County Magistrate Water kerana ia hanya boleh digunakan oleh pegawai-pegawai Kerajaan
Nodari Bangjuk Pond yang berhampiran adalah tempat pertemuan rakyat yang ingin membuat aduan mengenai salah laku pegawai kerajaan dengan orang perantara yang dilantik. Kolam ini turut menjadi tempat rehat pegawai-pegawai kerajaan. Jika Jepun terkenal dengan wanita-wanita geisha yang bekerja melayan pegawai-pegawai tinggi kerajaan secara profesional, Korea juga mempunyai geisha yang dinamakan sebagai gisaeng. Tumbuhan air di dalam kolam ini sering digunakan oleh gisaeng untuk merawat rambut mereka.

Nodari Bangjuk Pond
Keterangan mengenai Nodari Bangjuk Pond
Kolam ini adalah tempat di mana rakyat akan menyampaikan bantahan dan petisyen mengenai salah laku pegawai kerajaan pada masa dahulu
Tumbuhan air di dalam kolam pula digunakan oleh para gisaeng untuk merawat rambut mereka


 Bersambung ke Bahagian 18...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024: