April 2020
Travel Review 13: Asia Timur
CHINA (Shanghai, Suzhou & Hangzhou)
China adalah negara kedua di luar Asia Tenggara yang pernah kami kunjungi. Myself sendiri telah berpeluang menjejak kaki di Tanah Besar China sebanyak 3 kali. Kali pertama adalah membuat Family Trip bersama keluarga Kakak mengikut Group Tour ke Shanghai pada tahun 2009. Peluang kedua adalah sewaktu transit secara tidak dirancang di Guangzhou dalam perjalanan menuju ke Jepun pada tahun 2006 manakala peluang ketiga adalah sewaktu mengikut satu Group Tour lagi ke Guilin pada tahun 2016.
|
Peta yang menunjukkan wilayah-wilayah dalam Negara China. |
Walaupun China adalah sebuah negara yang besar, ia monotonous bagi Myself. Walau ke mana kita pergi di negara China, kita akan bertemu dengan benda yang sama dan pengalaman yang diperolehi pun seakan-akan sama. Kalau nak kelainan, mungkin kena melawat ke tempat-tempat yang extreme seperti Harbin, Tibet dan Xinjiang. Tapi ini cuma pandangan personal bagi Myself.
Shanghai
Shanghai adalah tempat yang pertama Myself jejak di Tanah Besar China. Myself datang ke sini bersama Husband dan keluarga Kakak pada tahun 2009. Selain Shanghai, kami turut melawat ke 2 buah bandar yang berhampiran: Suzhou dan Hangzhou.
Shanghai adalah bandar yang terbesar di negara China dan ketiga terbesar di dunia selepas Tokyo dan New York City. Sewaktu pertama kali tiba di sini, pemandangan yang sangat mengkagumkan bagi kami adalah ketinggian jambatan lebuhrayanya yang jauh lebih tinggi dari yang pernah kami lihat di Tokyo.
|
Shanghai |
|
Seperti bandar-bandar besar lain di dunia, Shanghai juga tidak terlepas dari mengalami traffic jam di waktu puncak. |
Walaupun Shanghai adalah sebuah bandaraya yang sangat moden, penggunaan elemen-elemen tradisional seperti buluh masih sangat ketara dilihat di sana-sini.
|
Penyapu buluh yang digunakan dalam kerja-kerja pembersihan bandar |
|
Batang-batang buluh banyak digunakan sebagai scaffolding di dalam kerja-kerja pembinaan. |
Sewaktu di Shanghai juga kami berkesempatan singgah di sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah bandaraya Shanghai yang bernama Masjid Fuyou.
|
Masjid Fuyou |
|
Pemandangan di dalam Masjid Fuyou |
Kemodenan bandaraya Shanghai sangat terserlah sewaktu kami melawat ke sebuah kawasan di pusat bandarnya yang bernama Pudong. Di sini ada banyak pencakar-pencakar langit dengan rekabentuk yang ultra-moden.
|
Pudong |
Kami juga berkesempatan naik ke Observatory Platform yang terletak di Tingkat 94 bangunan Shanghai World Financial Centre (SWFC). Sewaktu lawatan kami, ia adalah bangunan yang kedua tertinggi di dunia selepas Taipei 101 di Taiwan. Disebabkan ketinggiannya, kita seolah-olah berada di kayangan di atas awan bila memandang ke luar tingkapnya. Pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit ultra-moden di sekitarnya juga mengkagumkan.
Walaupun kami berkesempatan naik ke bangunan Burj Khalifa di Dubai yang jauh lebih tinggi dari bangunan SWFC ini hampir 10 tahun kemudian, Myself rasa pemandangan dari SWFC ini jauh lebih mengkagumkan.
|
Pintu masuk ke Shanghai World Financial Centre |
|
Pemandangan dari Tingkat 94, Shanghai World Financial Centre |
|
Bagai berada di atas kayangan |
Selain melihat pemandangan Shanghai dari atas, kami juga berpeluang menikmati pemandangan malam Shanghai dari Sungai Huangpu yang membelah kota ini. Apa yang dapat Myself katakan ialah pemandangan malam kota Shanghai memang sangat wow!
|
Huangpu River Cruise |
|
Pemandangan malam The Bund, kawasan kolonial yang bangunannya banyak didirikan oleh kuasa-kuasa asing pada masa dahulu |
|
Oriental Pearl Tower |
Kalau dah datang ke bandar besar, mestilah ada tempat shopping. Kami dibawa ke Cheng Huang Miao Bazaar yang juga dikenali sebagai Yuyuan Garden. Kedai-kedai di sini dibina menggunakan senibina China klasik tetapi banyak kedai-kedainya menjual barangan moden. Starbucks Coffee pun ada di sini. Kalau tak bershopping sekali pun, boleh cuci-cuci mata melihat pemandangan sekeliling. Tapi kena berhati-hati kerana di sini ada ramai scammers yang mensasarkan pelancong-pelancong asing.
|
Cheng Huang Miao Bazaar |
Nanjing Street adalah sebuah lagi tempat shopping yang kami lawati. Ia adalah sebuah pedestrian street yang panjang dan dibarisi kedai-kedai moden. Nanjing Street lebih sibuk dari Cheng Huang Miao Bazaar kerana ada ramai pengunjung tempatan di sini. Ini mungkin disebabkan terdapat sebuah kedai milik Kerajaan China yang menjual makanan mentah pada harga yang murah di sini.
|
Nanjing Street |
|
Shanghai First Food Store ~ kedai makanan milik Kerajaan di Nanjing Street |
Suzhou
Selain Shanghai, kami juga dibawa berkunjung ke bandar Suzhou yang berhampiran. Suzhou terkenal sebagai bandar persinggahan Marco Polo dalam ekspedisinya ke Timur dari Eropah dengan menggunakan Laluan Sutera.
|
Suzhou |
|
Marco Polo dikatakan seronok tinggal di Suzhou kerana di kota ini ada banyak terusan seperti kampung halamannya di Venice, Itali.
|
Kalau dah kedudukannya di penghujung Laluan Sutera di zaman Marco Polo, mestilah ada Kilang Sutera di sini. Malah wilayah-wilayah di sebelah timur seperti di Suzhou ini adalah penghasil benang sutera yang terbesar di China. Jadi kami dibawa melawat ke sebuah kilang sutera milik Kerajaan yang bernama Silk Factory No. 1 di sini.
|
Silk Factory No. 1 di Suzhou |
Seronok juga melawat ke Kilang Sutera ini kerana banyak pengetahuan tentang penghasilan benang sutera diperolehi di sini. Satu pengalaman yang menyeronokkan adalah bila memegang tangan pekerja-pekerja di kilang ini yang kulit mereka sangat lembut macam kulit baby. Memang jauh kalah tangan kita yang disapu losyen bertepek-tepek setiap hari. Maklumlah tangan mereka sentiasa berendam dengan protein semulajadi sewaktu memproses ulat-ulat sutera untuk dijadikan benang. Mana tak lembut begitu.
|
Pemandangan di dalam Kilang Sutera |
|
Tangan pekerja-pekerja di Kilang Sutera memang lembut kerana berendam dalam protein semulajadi sewaktu memproses ulat sutera |
Di sini jugalah kami mempelajari tentang kekuatan benang sutera. Ia adalah sebenarnya bahan yang kedua terkuat di dunia selepas berlian. Disebabkan faktor inilah benang sutera digunakan sebagai lapisan dalam jaket kalis peluru kerana peluru tak dapat nak menembusinya. Malah sewaktu melawat ke Turkey pada tahun 2014, kami juga mendapat tahu yang benang sutera digunakan untuk memotong batu-batu marmar dalam pembinaan istana di sana.
|
Demonstrasi penggunaan benang sutera sebagai lapisan jaket kalis peluru |
Satu lagi kelebihan kain sutera yang menyebabkan penggunaannya sangat popular di negara China ialah ia boleh memanaskan badan sewaktu di musim sejuk dan menyejukkan badan di musim panas. Kerana itulah cadar sutera sering digunakan sebagai alas tempat tidur.
|
Cadar sutera yang boleh memanas dan menyejukkan badan mengikut musim |
Satu kegunaan lain kain sutera yang Myself tak pernah terfikir sebelum melihatnya sendiri di China ialah ia digunakan sebagai bendera amaran dalam pembinaan jalan. Warna kain sutera terang dan habuk sukar nak melekat kepada kain ini. Jadi penggunaannya sangat efektif seperti lampu amaran yang dipasang di construction site di Malaysia. Penggunaan elektrik juga dapat dijimatkan bila mengguna bendera sutera ini.
|
Bendera-bendera sutera yang digunakan sebagai tanda amaran di tapak pembinaan |
Ada juga sebilangan kecil penduduk Suzhou yang beragama Islam. Jadi kami turut dibawa melawat ke Masjid Suzhou sewaktu di sana.
|
Masjid Suzhou |
Sebuah tarikan lain yang turut kami lawati adalah Lion Grove Garden yang merupakan rumah milik keluarga arkitek terkemuka dunia, I.M. Pei yang berasal dari China. Dia adalah arkitek yang merekabentuk piramid kaca di depan pintu masuk ke Muzium Louvre di Paris.
|
Lion Grove Garden |
|
Shopping Street di Suzhou |
Hangzhou
Kami turut melawat ke kota Hangzhou. Ia terkenal dengan keindahan sebuah tasik bernama West Lake yang telah diberi pengiktirafan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO.
|
Hangzhou |
Persinggahan pertama kami di Hangzhou walau bagaimanapun adalah sebuah masjid yang dinamakan Phoenix Temple Mosque. Ia adalah antara masjid yang tertua di negara China.
|
Perhiasan di laluan masuk ke Phoenix Temple Mosque |
|
Laluan masuk ke Phoenix Temple Mosque |
|
Menara masjid yang masih digunakan untuk melihat anak bulan |
|
Jam Matahari yang digunakan untuk menentukan Waktu Solat |
Keindahan West Lake sangat terserlah sewaktu di Musim Luruh seperti ketika kami di sana. |
Keindahan musim luruh di West Lake |
|
Pagoda di tepi tasik |
|
Cruise di West Lake |
|
Su Causeway |
|
Keindahan West Lake yang diabadikan sebagai Three Ponds Mirroring The Moon |
Hangzhou juga terkenal dengan penghasilan Teh Hijau yang sangat digemari oleh orang berketurunan Cina dan Jepun. Oleh yang demikian, salah sebuah program lawatan yang diaturkan di Hangzhou adalah melawat ke Longjing Tea Plantation.
|
Longjing Tea Plantation |
|
Mendengar penerangan tentang pokok teh |
|
Demonstrasi khasiat teh di Longjing Tea Plantation |
Selain West Lake, highlight dalam kunjungan kami ke Hangzhou adalah Song Dynasty Village yang dibina sebagai replika sebuah perkampungan China Purba di zaman pemerintahan Maharaja mereka dulu.
|
Pintu masuk ke Song Dynasty Village yang dikawal oleh dua orang Tentera Maharaja China |
|
Pemandangan di Song Dynasty Village |
Di sini juga kami berkesempatan menyaksikan pertunjukan hebat The Romance of Song Dynasty. Walaupun harga tiketnya sangat mahal, memang tak menyesal melihat pertunjukan ini yang penuh dengan kebudayaan dan special effects.
|
Theater persembahan The Romance of Song Dynasty |
|
Adegan yang menunjukkan kebesaran Maharaja China di zaman dulu-dulu |
|
Special effects yang digunakan dalam adegan pertarungan merebut Tembok Besar China yang sangat mengkagumkan |
Kisah penuh perjalanan kami ke Shanghai, Suzhou dan Hangzhou boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):