Oktober 2023
NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 1: Salam Taiwan
HOTEL SAMA-SAMA @ KLIA1
Part 1: Salam Taiwan
Selepas asyik melawat Eropah, kita tumpukan perhatian kembali ke benua Asia. Destinasi kita kali ini adalah Taiwan. Taiwan sebenarnya dah lama berada dalam radar percutian kami. Ada beberapa percubaan pernah kami buat untuk pergi ke Taiwan sebelum ini, tetapi semuanya tidak berjaya. Hanya pada tahun 2023 inilah Allah bukakan pintu rezeki kami untuk berkunjung ke Taiwan.
|
Peta Taiwan |
Pada mulanya kami merancang nak mengikut Group Tour ke Taiwan. Tetapi bila diperiksa itinerary, banyak sangat tempat shopping dan aktiviti DIY di dalamnya yang tak kena dengan selera kita. Akhirnya kami memilih melawat Taiwan secara Private Tour. Bila memilih membuat Private Tour, memanglah terbatas tempat yang boleh dikunjungi dengan kos yang ada. Jadi, kita hanya beri tumpuan untuk melawat kawasan di sekitar ibu negaranya, Taipei. Kalau ada rezeki di lain masa nanti, mungkin boleh kita melawat ke tempat-tempat lain di Taiwan pula.
Kami menggunakan pakej V-Islamic Travel anjuran syarikat Corporate Information Travel (CIT) yang kami tempah sewaktu berkunjung ke MATTA Travel Fair pada bulan September 2022. Kebetulan juga ketika itu, Taiwan Tourism Bureau sedang membuat promosi pelancongan Muslim di negara mereka. Pihak CIT telah mendaftarkan tempahan perjalanan kami dengan Taiwan Tourism Bureau. Surprise! Seminggu sebelum kami berlepas ke Taiwan, ada cenderamata dihantar oleh Taiwan Tourism Bureau ke rumah kami. Terharu sungguh kerana antara cenderamata yang diberi adalah sejadah dan kompas kiblat serta booklet Travel Guide For Muslim. Memang nampak kesungguhan Taiwan nak mempromosikan negara mereka di kalangan pelancong Muslim seperti yang pernah dibuat oleh negara Korea pada satu ketika dulu.
|
Cenderamata dari Taiwan Travel Bureau yang dihantar terus ke rumah kami |
Part 2: Hotel Sama-Sama KLIA1
Masa muda-muda dulu, memang tak menjadi masalah dan memang kami tak kisah tak cukup tidur bertolak ke KLIA di awal-awal subuh untuk mengambil penerbangan awal pagi ke destinasi. Tapi bila dah berusia begini, kami dah tak terdaya lagi nak berbuat begitu. Bila terpaksa terbang di awal pagi, kami akan membuat keputusan untuk invest sedikit duit tidur semalam di hotel berhampiran airport untuk memastikan kesihatan terjaga sepanjang perjalanan.
Kali pertama kami berbuat begitu adalah sewaktu bercuti ke Sarawak pada tahun 2022. Ketika itu, kami memilih menginap di Tune Hotel berhampiran KLIA2. Kami juga bercadang untuk berbuat begitu dalam perjalanan ke Taiwan kali ini. Tetapi sewaktu diriki-riki, terjumpa pulak tawaran penginapan di Hotel Sama-Sama KLIA1 pada harga yang mampu milik dalam Agoda. Maka terjadilah perjalanan kami ke Taiwan yang bermula dari Hotel Sama-Sama KLIA1. Pada petang sehari sebelum terbang ke Taiwan, kami check-in ke Hotel Sama-Sama di KLIA1.
|
Naik Grab ke KLIA |
|
Pemandangan berhampiran Tol Putrajaya di Maju Expressway (MEX) |
|
Menuju ke KLIA |
Perjalanan dari rumah kami menuju ke Hotel Sama-Sama di KLIA memakan masa kira-kira sejam. Terkesima bila sampai di hotel ini kerana selama ini kita cuma memandang hotel ini dari luar saja dan tak pernah menginap di dalamnya. Tak sangka yang hotel ini sangat mewah sebenarnya.
|
Pemandangan menghala ke pintu masuk dari lobi hotel |
|
Satu lagi suasana di lobi hotel |
|
Pemandangan menghala ke Kaunter Pendaftaran |
|
Display monitor yang menunjukkan info pesawat yang tiba dan berlepas dari KLIA di lobi hotel |
|
Check-in |
Suspen juga sewaktu check-in sebab kami membuat booking melalui offer dari Agoda pada harga yang sangat murah kira-kira 6 bulan dulu. Dari pengalaman Myself sendiri, pernah juga terkena dengan tawaran murah dari Agoda ini di mana offer sebenar adalah tidak seperti yang ditawarkan. Namun syukurlah perkara itu tidak terjadi sewaktu check-in di Hotel Sama-Sama ini. Selesai check-in, kami terus diiring oleh Concierge Hotel menuju ke bilik penginapan.
|
Menuju ke bilik penginapan dengan diiring oleh concierge |
Bilik penginapan kami luas dan mewah. Tapi rasanya inilah bilik penginapan yang paling murah di hotel ini. Maklumlah, takkan hotel nak beri bilik yang mahal bagi tujuan offer macam kat dalam Agoda tu, kan?
|
Lobi lif di tingkat bilik penginapan |
|
Lorong menuju ke bilik penginapan |
|
Mengikut concierge ke bilik penginapan |
|
Bilik penginapan kami |
|
Satu lagi pemandangan di bilik penginapan |
|
Ucapan Selamat Datang dari Hotel Sama-Sama |
|
Kamar mandi |
|
Pemandangan dari bilik penginapan kami |
Macam kebanyakan hotel yang lain juga, ada fridge disediakan di dalam bilik. Kami selalu juga membeli minuman dari luar dan menumpang simpan dalam fridge untuk menyejukkannya. Malangnya fridge di bilik hotel ini dikunci rapat. Kalau nak buka fridge, kena bayar deposit RM300 dulu. Fridge ini juga ada sensor di dalamnya. Kalau diambil apa-apa barang di dalamnya, terus dapat dikesan dan dipotong bayaran dari deposit. Disebabkan kita tak mahu membayar deposit yang mahal itu, tak dapatlah nak membuat amalan biasa menumpang simpan minuman sejuk kat dalamnya. Hahaha!!
|
Complimentary drinks dari hotel |
|
Fridge yang dikunci rapat dan perlu membayar deposit kalau nak menggunakannya. |
Part 3: Jalan-Jalan Di Sekitar Hotel
Selepas dah berehat dan bersolat Asar, kami bercadang nak pergi ke Bangunan Terminal 1 KLIA untuk menyelesaikan beberapa urusan keberangkatan ke Taiwan di sana esok. Sebelum tu, kita berjalan-jalan dulu di sekitar hotel.
|
Ready nak explore hotel |
|
Pemandangan Menara Kawalan KLIA1 (depan) dan Menara Kawalan KLIA2 (belakang) dari Hotel Sama-Sama |
Mula-mula kita turun ke lobi paling bawah hotel. Ruang ini dikhaskan untuk bilik-bilik meeting dan conference. Memang ada orang tengah buat meeting dan conference di sana ketika itu.
|
Tingkat paling bawah hotel yang menyediakan ruang untuk meeting dan conference |
|
Lobi di ruang conference |
|
Perhiasan cantik yang dipasang pada siling |
Di tingkat ini juga ada sebuah taman dengan air terjun yang menarik. Tapi yang tak menarik sikit ialah ruang ini adalah sebenarnya smoking zone. Ramai juga orang yang sedang mengikut conference keluar merokok kat sini.
|
Taman di luar ruang conference |
|
Kolam dan air terjun buatan yang cantik |
|
Ikan Koi di dalam kolam |
|
Berehat di tepi taman |
|
Pemandangan ke arah ruang conference dari taman |
Lepas itu, kita keluar pula berjalan-jalan di depan bangunan hotel untuk menikmati pemandangan bangunan Terminal KLIA1 dari sana...
|
Berjalan ke depan hotel |
|
Pemandangan di depan Hotel Sama- Sama |
|
Pemandangan menghala ke Bangunan Terminal Utama KLIA1 |
|
Menara Kawalan KLIA1 |
|
Close-up pemandangan Menara Kawalan KLIA1 |
Part 4: Persiapan Menuju Ke Taiwan
Kalau anda pernah berkunjung ke Food Garden di Bangunan Terminal Utama KLIA1, pasti anda pernah nampak buggy yang disediakan untuk kegunaan tetamu Hotel Sama-Sama berulang-alik ke hotel. Disebabkan kami adalah juga tetamu hotel pada hari ini, kita tak melepaskan peluang untuk menggunakan perkhidmatan ini...
|
Perkhidmatan buggy dari Hotel Sama-Sama ke Bangunan Terminal KLIA1 |
Perkhidmatan buggy ini disediakan untuk kemudahan tetamu hotel setiap 5 minit. Ia boleh dinaiki maksima 4 penumpang termasuk pemandu. Pada peak hour, ada 2-3 buah buggy berkhidmat serentak untuk kegunaan penghuni hotel. Laju wooohh sebenarnya buggy ini bergerak, terasa macam naik kereta Formula 1 sepanjang perjalanan dari Hotel Sama-Sama ke KLIA1!
|
Naik buggy ke KLIA1 |
|
Pemandangan dari dalam buggy |
|
Meninggalkan kawasan Hotel Sama-Sama |
|
Pemandangan sewaktu lalu di kawasan Parking KLIA1 |
|
Tiba di Perhentian Buggy di Terminal Utama KLIA1 dekat Food Garden di Aras 2. |
Tujuan sebenar kami ke KLIA1 pada petang ini adalah sebenarnya nak membuat pick-up peralatan pocket wifi Roamingman yang nak dibawa ke Taiwan esok. Kagum melihat Roamingman dah ada lot kedai sendiri kat Ruang Departure di Bangunan KLIA1 ini. Sewaktu kami menyewa Roamingman ketika trip ke Italy & Switzerland bulan Mei lepas, ia masih beroperasi dari sebuah kiosk kecil saja di Tingkat Perlepasan ini.
|
Kedai Roamingman di KLIA1 |
Kami dah beberapa kali menggunakan Roamingman sebelum ini dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatannya. Kaunter Roamingman di KLIA1 beroperasi dari pukul 6 pagi - 12 tengah malam setiap hari. Penerbangan kami ke Taipei pula dijadualkan berlepas pada pukul 9.15 pagi esok. Untuk kemudahan urusan, kami memutuskan membuat pick-up device Roamingman pada petang ini juga. Kalau tak mahu pick-up di airport, Roamingman juga menyediakan perkhidmatan penghantaran device ke rumah 2-3 hari lebih awal sebelum tarikh perjalanan. Kami juga pernah menggunakan perkhidmatan delivery ini sewaktu kali pertama menggunakan Roamingman dulu. Ketika itu kami nak membuat trip ke Balkans.
|
Roamingman |
|
Berurusan di kaunter Roamingman |
|
Nampak tak kiosk putih kat depan sana? Sebelum mempunyai kedai sendiri, Roamingman beroperasi dari kiosk ini dulu. |
Selepas itu, kita check-in pula di mesin berhampiran Check-in Counter Malaysia Airlines. Bila dah buat self check-in, boleh terus buat bag drop saja esok untuk kemudahan. Bagi penumpang Malaysia Airlines, kemudahan untuk self check-in dibuka seawal 48 jam sebelum waktu perlepasan.
|
Mesin Self Check-in di KLIA1 |
|
Berjaya! |
|
Boarding Pass untuk penerbangan ke Taipei pagi esok |
Alhamdulillah, selesai sudah semua urusan perlu untuk perjalanan kami ke Taiwan esok. Maka marilah kita selesaikan satu urusan perlu untuk hari ini pula ~ dinner.
|
Food Garden KLIA |
Kami memilih untuk makan nasi campur di Food Garden KLIA1 malam itu. Suasana di Food Garden sangat meriah dengan penumpang-penumpang yang kebanyakan di antara mereka kelihatan macam nak pergi buat Umrah. Kami sendiri pun dah lama tak menjejak ke Tanah Suci, semoga Allah menerima doa dan menjemput kami kembali lagi ke sana tahun depan.
|
Suasana di Food Garden |
|
Lagi suasana di Food Garden |
|
Memilih-milih makanan untuk dimakan |
|
Gerai Nasi Campur pilihan kami |
|
Dinner kami malam ini |
Lepas dah kenyang, kita naik buggy kembali ke hotel...
|
Stesen Buggy ke Hotel Sama-Sama di depan pintu masuk ke Food Garden |
|
Naik buggy kembali ke Hotel Sama-Sama |
|
Convenience Store di depan perhentian buggy di Hotel Sama-Sama |
Sebaik sampai ke bilik, kami terus mandi dan bersolat. Doa dipanjatkan kepada Allah SWT semoga semua urusan perjalanan kami ke Taiwan bermula pada esok hari diberi kemudahan dan keselamatan...
|
Suasana malam di Lobi Hotel Sama-Sama |
|
Goodnight, KLIA1 |
Bersambung ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
* Bhg. 01 [Pre-Departure]: Salam Taiwan (Hotel Sama-Sama KLIA1)
No comments:
New comments are not allowed.