Monday, 18 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 18 (Orakei Korako 3)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 18: Taupo 3
ORAKEI KORAKO (3)

HARI KELIMA (5)

Part 41: Orakei Korako (3)

Kita jalan lagi sampai ke sebuah kolam yang dinamakan Map of Africa. Tapi rupa air dalam kolam hari ini taklah nampak sangat macam peta Afrika.

Map of Africa yang tak nampak sangat macam peta Afrika hari ini.
Seterusnya kita melintasi Cascade Terrace pula.

Cascade Terrace
Pemandangan Cascade Terrace dari bawah
Ayuh, teruskan lagi pendakian ke sebelah sana pulak...

Mendaki lagi... This way, kata tangga ini.
Terus gagah mendaki
Pemandangan ini dinamakan Artist Palette sebab ia sepatutnya bagai palette seorang pelukis yang penuh warna-warni. Cuma hari ini warna hitam yang terlebih timbul.
Amaran bahaya
Pemandangan ke arah sana
Ada tempat-tempatnya di sini macam air hitam yang keluar dari bumi.
Pemandangan lebih dekat air panas dan minyak tar hitam yang keluar dari bumi.
Bergambar dengan formasi yang dinamakan sebagai Golden Fleece.
Keterangan mengenai Golden Fleece
Golden Fleece yang kelihatan macam timbunan bulu biri-biri
Pemandangan lebih dekat Golden Fleece
Formasi Golden Fleece ini juga dinamakan Te Kapua
Kami di sini
Air panas yang membuak-buak keluar dari bumi
Allah SWT memang sangat berkuasa dan berkehendak. Walaupun tempat ini sangat panas, tetap ditakdirkan ada tumbuhan yang dapat tumbuh di sini. Di antaranya ialah rumpun pokok yang dinamakan sebagai Sea Rush.

Keterangan mengenai rumpun pokok Sea Rush
Sea Rush
Walaupun kawasan Orakei Korako ini tak besar, ada banyak geothermal features di sini. Segala-gala berkaitan geothermal boleh dilihat: hot spring, geyser, sungai air panas dan lumpur yang menggelegak. Kedudukannya pun berdekatan antara satu sama lain.

Dataran batu panas
Pemandangan lebih dekat rumpun pokok Sea Rush
Wairiri Geyser
Wairiri Geyser tengah dormant ketika ini
Pemandangan dekat-dekat area Wairiri Geyser
Laluan di lereng bukit
Kakak Ipar dan Anak-anak Saudara
Pokok-pokok yang terbakar dengan bahang kepanasan
Pemandangan Golden Fleece dari atas bukit
Pemandangan di bawah bukit
Lagi pokok yang rentung dengan bahang kepanasan
Pokok-pokok yang rentung ini akan mati dan menjadi baja kepada rakan-rakan yang hidup.
Teringat pulak kat kampung laman di Batu Gajah bila tengok Elephant Rock ini.
Platform pejalan kaki
Pemandangan dari Artist Palette Lookout
Mengambil gambar dari Artist Palette Lookout
Tengok dari jauh pun dah terasa kepanasannya
Air menggelegak yang keluar tiba-tiba dari bumi. Tadi tenang je air di sini.
Berehat seketika
Air menggelegak sedang meresap semula ke bumi
Pemandangan selepas air menggelegak meresap semula ke dalam bumi
Lagi pokok paku yang terbakar
Myself tak larat dah nak memanjat bukit ini lebih tinggi lagi. Tapi Abang dan anak-anaknya masih bersemangat nak memanjat bukit ini untuk melihat Ruatapu Cave.

Kena panjat bukit lebih tinggi sampai ke sana untuk melihat Ruatapu Cave
Disebabkan kita tak memanjat ke sana, kita gunakan gambar dari website Orakei Korako. Ruatapu Cave (Sacred Hole) adalah salah sebuah dari 2 buah gua geothermal yang diketahui di dunia. Gua yang sebuah lagi terletak di Utah, Amerika Syarikat.

Viewing area untuk melihat Ruatapu Cave
Gua ini tak boleh dimasuki dan hanya boleh dilihat dari sebuah viewing area. Ia mempunyai sebuah kolam air panas yang dinamakan Whaiwakaata  (Pool of Mirrors) di dalamnya. Air kolam ini berasid dan dikatakan boleh digunakan untuk menggilap barang kemas.

Legenda juga mengatakan ada mayat seorang pahlawan Maori yang disemadikan di dalamnya dan rohnya kini menjaga kawasan ini. Kerana itulah gua ini tidak boleh dimasuki.

Pemandangan Pool of Mirrors yang airnya berasid di dalam Ruatapu Cave
Disebabkan kami tak mengikut Abang dan anak-anaknya naik ke atas, Myself, Husband dan Kakak Ipar berjalan dulu turun ke bawah.

Berjalan turun ke Boat Jetty
Ikut arah sini nak mendapatkan bot
Berjalan ke arah Lake Ohakuri
Kolam Map of Africa yang adalah nampak sikit-sikit macam peta Afrika dari sini.
Ada juga tempat di mana kita kena mendaki sikit-sikit sewaktu nak turun ke bawah.
Lake Ohakuri
Kami singgah berehat di sebuah geyser yang dinamakan Soda Fountain dalam perjalanan turun ke bawah. Disebabkan cuaca agak panas ketika itu, habis air minum yang dibawa.

Soda Fountain
Berehat di depan Soda Fountain
Sambil melihat air panas Soda Fountain yang berselang-seli membuak keluar dan meresap masuk balik ke bumi, teringat pulak gambaran penduduk neraka yang diceritakan di dalam Al Quran. Penduduk neraka sentiasa merasa dahaga disebabkan kepanasan api neraka tetapi minuman yang ada hanyalah air panas yang menggelegak. Macam keadaan kami masa itu, kan? Panas dan kering serta dahaga, tapi air yang ada cuma Soda Fountain yang menggelegak membuak keluar dari bumi. Ya Allah, jauhkanlah kami dari termasuk ke dalam golongan penduduk neraka yang diceritakan di dalam Al Quran.

Air panas Soda Fountain yang sedang membuak keluar dari bumi
Myself memang recommend anda berkunjung ke Orakei Korako kalau datang ke North Island, New Zealand. Tempat ini sangat surreal. Kalau bawa anak-anak yang baru belajar tentang syurga dan neraka, banyak contoh gambaran neraka yang ada di sini, termasuklah bau telur busuk dari gas hydrogen sulphide yang menyengat. Memang insaf melihat bahang kepanasan di sini yang cuma 1/70 kepanasan api di neraka.

Dari sini barulah jelas pemandangan Artist Palete yang dimaksudkan.
Resort Lookout
Pemandangan dari Resort Lookout
Masih ada lagi orang bermain Riverjet
Pemandangan menghala ke Visitor Centre di seberang Lake Ohakuri
Abang dan Anak-anak Saudara dah tiba
Bot dah menunggu
Berjalan masuk ke dalam bot
Bye, Orakei Korako
Dalam bot kembali ke Visitor Centre
Bergerak pergi
Membelah Tasik Ohakuri
Tiba kembali ke Visitor Centre
Berehat sebentar di Visitor Centre
Souvenirs untuk jualan di Visitor Centre
Itik yang datang bertandang
Thank you for visiting us
Memang best melawat ke Orakei Korako


 Bersambung ke Bahagian 19...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):