Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 26: Auckland 2
AUCKLAND SKY TOWER
HARI KETUJUH (1)
Part 58: Hari Terakhir Di New Zealand
Akhirnya tibalah hari terakhir kami berada di Bumi Kiwi. Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk melihat keindahan Bumi Kiwi ini buat kali terakhir.
|
Good Morning, Auckland! |
Pagi ini kami tak breakfast di restoran hotel. Myself dan Husband hanya breakfast di bilik, makan roti, muffin, jem dan susu baki breakfast yang diberi oleh Haziq di Taupo semalam. Rasa tak sabar juga nak balik ke Malaysia sebab dah 6 hari tak makan telur rebus!
|
Check-out dari hotel. |
|
Pemandangan awal pagi di depan Hotel Ascotia Off Queen di Auckland |
|
Menarik beg masuk ke dalam van |
Program pagi ini adalah membuat Auckland City Tour, membeli souvenir dan melawat Auckland Sky Tower sebelum Haziq menghantar kami ke Airport untuk pulang ke Malaysia.
|
Menuju ke Queen Street |
Auckland adalah bandar terbesar di New Zealand. Penduduknya berjumlah 1.4 juta orang. Ia pernah menjadi ibu kota New Zealand satu ketika dulu sebelum berpindah ke Wellington kini.
Walaupun Auckland adalah bandaraya terbesar di New Zealand ia memang tak sibuk macam bandaraya lain di dunia. Jarang sangat nak jumpa traffic jam di sini. Bandar ini juga sebenarnya tak begitu menarik untuk dilawati. Kerana itulah Auckland hanya sering dijadikan persinggahan sebentar kepada pelawat-pelawat yang hendak berkunjung ke tempat lain di New Zealand.
Bandaraya Auckland dibina di antara dua buah pelabuhan: Manukau dan Waitemata. Ia juga digelar sebagai City of Sails kerana ada banyak kapal layar yang berlabuh di pelabuhannya. Malangnya kami tak dapat nak lalu dekat-dekat dengan pelabuhan yang banyak kapal layar ini kerana ada kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan.
Bandaraya Auckland berbukit-bukau. Seram bila mendapat tahu yang bukit-bukau di kota Auckland ini adalah sebenarnya gunung-gunung berapi pendam. Janganlah hendaknya gunung-gunung ini hidup kembali sebab pasti kesannya besar kalau ia berlaku. Namun ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana seperti Indonesia dan Philippines, New Zealand juga terletak di dalam Pacific Ring of Fire yang aktif.
Part 59: Souvenir Hunting Di Queen Street
Haziq menurunkan kami dekat Auckland University of Technology berhampiran Queen Street untuk membolehkan kami membuat souvenir hunting.
|
Pemandangan di hadapan Auckland University of Technology |
|
Nando's |
|
Queen Street |
Queen Street adalah jalan komersil utama di Auckland. Kata Haziq ada banyak kedai souvenir di sini, tapi kami tak nampaklah pulak kedai yang dimaksudkan. Yang banyak kelihatan cuma butik-butik mewah dan mahal.
Selepas berjalan beberapa ketika barulah ternampak kedai souvenir yang bernama Kiwiana. Cuaca yang panas selama ini juga berubah menjadi sejuk tiba-tiba pagi ini dengan angin yang bertiup kencang.
Part 60: Lime Scooters
Satu pemandangan yang pasti anda tak boleh miss bila berkunjung ke pusat bandar Auckland adalah kenderaan-kenderaan seperti skateboard yang menggunakan bateri ini. Ia dinamakan Lime Scooters disebabkan oleh warnanya yang lime green.
|
Lime Scooters |
Selain dari di Auckland, Lime Scooter ini juga ada di Christchurch di South Island. Ia menjadi mode pengangkutan yang popular di Auckland kerana ia sangat membantu pejalan kaki mengharungi jalan-jalannya yang berbukit-bukau.
|
Pengguna Lime Scooter di Queen Street |
|
Pengguna Lime Scooter di depan Stesen Britomart |
Ada Apps khusus yang perlu kita download ke dalam smartphone untuk menggunakan Lime Scooter. Lepas itu kena scan QR Code dari Apps ini kepada Lime Scooter pilihan. Kos penggunaannya ialah NZD 0.30 (RM 0.85) seminit. Jadi, kalau nak murah pecut Lime Scooter ni laju-laju. Pembayaran hanya diterima menggunakan kad menerusi Apps.
Lime Scooter memang banyak dilihat di tepi-tepi jalan sebab pengguna boleh menaiki dan meninggalkannya di mana-mana saja. Tapi kalau kita tak download Apps Lime Scooter ini ke dalam telefon, jangan suka-suka nak naik Lime Scooter yang kita jumpa. Alarm pada scooter akan berbunyi dan satu Auckland akan tahu yang kita tengah cuba nak "mencuri" Lime Scooter.
|
Alarm akan berbunyi kalau kita naik Lime Scooter tanpa scan QR Code pada Apps. |
|
Pinjam handphone Haziq sebab nak tangkap gambar Apps untuk Lime Scooter ni. Status bateri pada Lime Scooter pun ditunjukkan pada Apps ini. |
Part 61: Auckland Sky Tower
Lepas dah beli souvenir, kami melawat pula ke mercu tanda kota Auckland yang bernama Sky Tower. Menara setinggi 328 meter yang dibuka pada tahun 1997 ini adalah menara yang tertinggi di Hemisfera Selatan.
|
Sky Swing berhampiran Auckland Sky Tower. Macam yang kami lihat di Rotorua Skyline dulu. |
|
Pemandangan Auckland Sky Tower dari bawah. |
Pintu masuk ke Sky Tower terletak agak tersorok di Victoria Street. Kena turun ke bawah tanah dulu dengan menggunakan escalator sebelum naik ke atas menara dengan menggunakan lif.
|
Pintu masuk ke Sky Tower terletak di sebalik tiang menara ini di Victoria Street |
|
Ada sebuah kasino dan hotel di kaki menara ini |
|
Turun escalator untuk ke pintu masuk Sky Tower |
|
Pejabat tiket Sky Tower. Tiket untuk membuat aktiviti extreme seperti Bungy Jumping dan Skywalk juga boleh dibeli di sini |
|
Tiket masuk ke Sky Tower |
|
Bergambar dengan mascot Sky Tower |
Lif naik ke Sky Tower berlantai kaca. Tapi pemandangan ke bawah tidaklah menakutkan sangat sebab cuma nampak besi-besi struktur menara saja.
|
Lif berlantai kaca untuk naik ke Sky Tower |
|
Sky Deck Entry |
|
Suasana di Sky Deck |
|
Pemandangan 360' kota Auckland dapat dilihat bila berjalan mengelilingi Sky Deck di Sky Tower |
|
Menikmati pemandangan kota Auckland |
|
Viaduct Basin |
|
Victoria Street |
Untuk yang tak takut gayat, cuba berdiri di atas lantai kaca di sini sambil tengok pemandangan di bawah.
|
Lantai kaca di Auckland Sky Tower |
|
Anak-anak Saudara berdiri di lantai kaca |
|
Lantai kaca ini dibina setebal 38mm dan sekuat lantai konkrit yang memegangnya. |
|
Husband sedang mengambil gambar pemandangan Auckland |
|
Satu lagi pemandangan suasana di Sky Deck |
|
Kota Auckland |
|
Pemandangan kapal-kapal layar di Westhaven Marina yang memberikan gelaran City of Sails kepada Auckland. |
|
Pemandangan Auckland Harbour Bridge |
|
Peta penerangan mengenai pemandangan yang dilihat |
|
Auckland adalah satu-satunya bandar di New Zealand yang mempunyai bangunan-bangunan pencakar langit. |
|
Auckland Harbour Bridge |
Tengah seronok menikmati keindahan Auckland di luar sana, tiba-tiba...
|
Opocot! Terperanjat tiba-tiba ada orang jatuh dari atas Tower depan mata kita buat Bungy Jumping! |
Satu aktiviti popular di kalangan penggemar sukan extreme di Sky Tower adalah membuat Bungy Jumping. Bagi yang tak membuat Bungy Jumping, kita boleh melihat live aksi-aksi Bungy Jumping ini menerusi CCTV yang disediakan. Lepas itu boleh juga tengok live orang yang melompat ini jatuh dari atas kat luar tingkap depan mata.
|
Menunggu nak melihat orang-orang lain membuat Bungy Jumping. |
Memang ramai orang yang membuat Bungy Jumping di Auckland Sky Tower ini. Hampir tak putus-putus. Respect sungguh kita melihat keberanian mereka!
|
Lambai dulu kat peminat |
|
Memulakan lompatan |
|
Free Fall untuk beberapa saat sebelum tali pemegang menegang |
|
Sedang turun ke bawah |
|
Hampir tiba ke bawah |
|
Selamat menjejak ke bumi di luar Sky Tower |
Pusat aktiviti extreme ini terletak setingkat lebih tinggi dari Sky Deck. Walaupun kita tak join aktiviti extreme ini, kita tetap nak tengok dengan lebih dekat bagaimana mereka melakukannya. Jadi kita naiklah ke tingkat atas pulak.
|
Extreme Activity Deck |
|
Pemandangan dari Extreme Activity Deck |
|
Tengah bersedia nak buat Bungy Jumping |
|
Lompat dah ke bawah! |
Selain
Bungy Jumping, ada juga akviti yang dinamakan Sky Walk. Kalau buat Sky
Walk, kita berjalan atas ring di sekeliling Sky Tower dengan hanya
berpegang pada tali. Ring ini memang open air sungguh dan tak ada
railing pemegang langsung. Kalau berjalan dalam keadaan begitu, dah
pasti kita terdedah kepada all the elements ~ terik matahari dan juga
angin kencang serta pemandangan ke bawah dari aras lebih 300 meter ini.
Ada berani?
|
Bersedia nak buat Sky Walk |
|
Bersedia nak memulakan Sky Walk |
|
Takut!! Over betul Husband posing! |
Ada Anak Saudara teringin nak buat Bungy Jumping tapi Emaknya tak bagi. "Kalau nak buat, datang sendiri ke New Zealand tapi jangan bawak Mak," perintah Kakak Ipar kepada anaknya. Hahaha!
|
Bangunan yang berbentuk macam kapal menjulur ke laut tu adalah Hotel Hilton Auckland. |
|
Pemandangan menghala ke Northcote Point |
|
Pintu lif di Sky Tower |
|
Masuk ke dalam lif untuk turun semula ke bawah |
|
Pemandangan dari dalam lif |
|
Lantai kaca pada lif |
|
Pemandangan di dalam lif sewaktu turun ke bawah |
Macam Menara Taming Sari kat Melaka dulu, kita dipaksa lalu Kedai Souvenir bila nak keluar dari Sky Tower. Banyak souvenir menarik ada di sini. Terjebak jugalah kita kat sini.
|
Kedai Souvenir di Auckland Sky Tower |
|
Ada banyak souvenir menarik dari seluruh New Zealand dijual di sini. |
|
Bergambar dengan Cashier yang berasal dari Ethiopia. Jauh dia merantau mencari rezeki ke New Zealand. |
Destinasi seterusnya selepas keluar dari Sky Tower adalah makan tengahari. Kami dah aim untuk makan di sebuah Restoran Turki di Queen Street yang kami temui dalam perjalanan ke Sky Tower tadi.
|
Naik semula ke Ground Level |
|
Pokok di Ground Level ini dihiasi dengan Ang Pow sempena perayaan Chinese New Year. |
|
Pelantar di luar Sky Tower ini adalah tempat landing bagi mereka yang membuat Bungy Jumping. |
|
Berjalan balik menuju ke Queen Street |
|
Jalan berhampiran Queen Street |
|
Masih berjalan menuju ke Queen Street |
Bersambung ke Bahagian 27...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):