Sunday, 17 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 17 (Orakei Korako 2)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 17: Taupo 2
ORAKEI KORAKO (2)

HARI KELIMA (4)

Part 40: Orakei Korako (2)

Ada bot yang disediakan untuk membawa pengunjung menyeberang Lake Ohakuri menuju ke Geothermal Area di Oraikei Korako. Bot ini tak ada masa perlepasan yang tertentu. Ia bergerak mengikut permintaan. Perjalanan menyeberang dengan bot ke seberang sana juga tak lama ~ tak sampai pun 5 minit.

Jeti bot untuk ke Orakei Korako
Bot sedang menunggu
Berjalan mendapatkan bot
Meninggalkan Orakei Korako Visitor Centre
NZ Riverjet ini sentiasa saja membawa penumpang yang terjerit-jerit keseronokan di Tasik Ohakuri.
Menghampiri Orakei Korako Geothermal Area
Dah tiba di seberang sana
Keluar dari bot
Pemandangan Visitor Centre di seberang sana
Berjalan ke Geothermal Area
Pesanan penting untuk semua pengunjung ke Orakei Korako : Treat All Water As Hot.
Walkway menuju ke Geothermal Area
Pemandangan pertama Geothermal Area
Kami di sini
Emerald Terrace
Pemandangan menghala ke Lake Ohakuri dari Emerald Terrace
Diamond Geyser
Pengunjung diminta tidak keluar dari laluan yang ditetapkan untuk keselamatan kerana tanah di sekitar kawasan ini panas dan tidak stabil.
Pengunjung yang datang ke Orakei Korako tidak seramai pengunjung ke Te Puia yang kami lawati kelmarin. Kerana itulah pemandangannya sangat menyeramkan. Asap panas, lumpur yang menggelegak dan mata air panas yang membuak-buak dari bumi mengingatkan kita kepada gambaran neraka yang diceritakan di dalam Al Quran. Cuma pemandangan di neraka sangat mengerikan dan tidaklah indah seperti di sini. Siapa kata perjalanan ke New Zealand duniawi semata dan tidak menginsafkan?

Batuan panas dan asap dari bumi yang mengingatkan kita kepada gambaran neraka di dalam Al Quran
Warna-warni pada batuan di Orakei Korako berasal dari thermal-resistant algae yang hidup di kawasan ini.
Topi siapakah itu yang diterbangkan angin ke sana? Pasti tuannya menangis kerana tak dapat nak menyelamatkannya.
Pemandangan lebih dekat thermal-resistant algae
Rupa bumi di sini sentiasa berubah. Kerana itulah banyak dilihat signboard yang dah tertimbus dengan tanah panas seperti ini.
Indah tetapi menyeramkan
Riverjet ini memang sentiasa menarik perhatian
Lubang-lubang Neraka?
Terbayang gambaran kubur yang berasap dengan siksaan bila melihat pemandangan ini.
Husband bergambar di Emerald Terrace
Air panas menggelegak yang keluar dari bumi
Hochstetter Cauldron
Kolam air panas ini dinamakan Hochstetter Cauldron
Pengunjung lain ke Orakei Korako
Kemudian kita panjat pula ke atas sebuah bukit untuk melihat pemandangan dari sana.

Paku-pakis
Mengikut ceritanya sebuah dokumentari mengenai dinosaur yang diterbitkan oleh BBC pernah dibuat di sini.
Memanjat tangga naik ke bukit
Tangga ke Lookout
Tiba akhirnya...
Kawasan di atas bukit ini dinamakan Rainbow Lookout. Dari sini kita dapat melihat pemandangan air dari mata-mata air panas yang keluar dari bumi ini mengalir masuk ke Lake Ohakuri.

Pemandangan dari Rainbow Terrace
Melihat air panas yang keluar dari bumi mengalir turun ke Tasik Ohakuri
Bergambar di Rainbow Lookout
Bot penumpang sedang menyeberang Tasik Ohakuri dari Visitor Centre
Kami di sini
Kemudian kita turun dari Rainbow Lookout untuk menyeberang Emerald Terrace menuju ke seberang sana pulak.

Turun kembali ke Emerald Terrace
Tarik nafas sekejap...
Melangkah turun dengan bergaya
Family Abang
Berjalan di celah pokok paku-pakis
Celah-celah semak pun ada mata air panas
Keterangan mengenai Mamaku (bukan Ibuku, tapi Black Tree Fern).
Mamaku
Paku-pakis berhampiran bumi yang terbakar dengan bahang kepanasan
Kena berhati-hati bila berjalan di Orakei Korako kerana di sini ada banyak mata-mata air panas yang boleh membuak mengeluarkan air panas dengan tiba-tiba. Salah sebuahnya yang kami lihat adalah Devils Throat. Bunyi air yang membuak keluar dari bumi ini memang betul-betul macam bunyi Syaitan Tercekik.

Air panas yang membuak dengan tiba-tiba di Devils Throat
Devils Throat
Bergambar di tepi Devils Throat
Rainbow Terrace


 Bersambung ke Bahagian 18...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):