Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 25: Hamilton 3
HAMILTON GARDENS (3) & KEMBALI KE AUCKLAND
HARI KEENAM (6)
Part 55: Hamilton Gardens (3)
THE SUSTAINABLE BACKYARD
Sustainable Backyard di Hamilton Gardens adalah sebuah taman yang direka untuk menunjukkan bagaimana sebuah tanah kecil di belakang rumah di pinggir bandar boleh diubah menjadi sebuah kebun kecil yang produktif.
|
Kisah mengenai Sustainable Backyard |
|
Kebun di belakang rumah |
|
Pemandangan dekat tanaman makanan yang ditanam di Sustainable Backyard |
|
Cerita mengenai Chicken Tractor. Tak begitu faham konsep yang ingin diutarakan oleh Chicken Tractor ini. |
|
Scarecrow yang menakutkan |
|
Husband dan Haziq berjalan-jalan di Sustainable Backyard |
|
Bunga-bungaan di Sustainable Backyard |
|
Sayur-sayuran |
|
Bunga-bungaan dan sayur-sayuran |
|
Pelbagai jenis herba yang ditanam |
|
Tak berapa kenal pokok-pokok yang ditanam di sini sebab Herba Orang Putih |
|
Paksa Anak Saudara bergambar dengan Mr Straw |
|
Patung-patung hiasan dari kisah Alice In Wonderland |
|
Beberapa pokok herba lagi yang ditanam di Sustainable Backyard |
|
Pintu keluar dari Sustainable Backyard |
TROPICAL GARDEN
Hujan rintik-rintik mula turun sewaktu kami berada di Sustainable Backyard. Bila titik-titik hujan yang besar mula turun, kami membuat keputusan untuk terus keluar dari Hamilton Garden kembali ke kereta. Maklumlah macam tak ada tempat nak berlindung dari hujan di tengah taman yang besar ini. Lagi pun dah sampai masa untuk kami bergerak ke Auckland.
|
Pintu keluar terdekat menerusi Tropical Garden |
Pintu keluar terdekat dengan kami ketika itu adalah menerusi Tropical Garden. Memandangkan suasana di sini lebih kurang macam di Malaysia, tak adalah kita nak singgah sangat tengok-tengok pokok dan tanaman yang ada di sini. Pokok kat sini sekarang rimbun sebab musim panas. Terfikir juga kat dalam hati, apa pemandangan di sini sewaktu musim sejuk? Bolehkah pokok kelapa di sini hidup masa musim winter yang sejuk di New Zealand ini?
|
Jambatan di Tropical Garden |
|
Sungai yang mengalir lesu |
|
Pemandangan yang macam di Malaysia |
|
Keterangan tentang pokok-pokok di sini |
|
Tempat untuk berehat |
|
Berjalan menuju ke pintu keluar |
|
Lega bila dah nampak pintu keluar di depan sana |
|
Ramai pengunjung yang mula melangkah keluar disebabkan hari hujan |
|
Meninggalkan Hamilton Gardens |
Part 56: Kembali ke Auckland
Hamilton Gardens kami tinggalkan dengan seribu kenangan. Taman ini memang cantik dan menarik untuk dilawati lebih-lebih lagi dalam musim bunga. Tapi kalau datang ke sini dalam musim panas seperti kami pun menarik juga kerana masih banyak bunga yang berkembang di dalamnya.
Kalau sesiapa yang minat berkebun dan menanam bunga, kunjungan ke Hamilton Gardens wajib menjadi itinerari sekiranya berkunjung ke North Island. Ia sebenarnya boleh dijadikan perjalanan Day Trip dari Auckland kerana perjalanan dari Auckland ke sini hanya kira-kira 1 jam 15 minit. Pastikan anda memperuntukkan sehari suntuk sebab taman ini tersangat amatlah besarnya.
|
Meninggalkan Hamilton. Hujan renyai sedang turun ketika ini. |
|
Arah ke Auckland |
|
Kereta semakin banyak sewaktu semakin menghampiri Auckland tapi tak sampailah menyebabkan traffic jam. Dari pengalaman kami, traffic jam macam tak pernah berlaku di New Zealand. |
|
Waikato Expressway |
|
Hujan lebat di Waikato Expressway |
|
Taupiri |
|
Cuaca dah cerah kembali |
|
Huntly. Ketika ini kami dah keluar dari Lebuhraya. |
|
Ladang ternakan |
|
Bandar Huntly |
|
Loji kuasa elektrik |
|
Kerja pembaikan jalan sedang dalam pelaksanaan |
|
Mentari dah mula nak terbenam |
|
Masih dalam perjalanan ke Auckland |
|
Pemandangan indah di lewat petang |
|
Sungai Waikato |
|
Semakin menghampiri Auckland |
|
Pinggir bandar Auckland |
|
Tiba kembali di Auckland |
|
Perjalanan menuju ke hotel penginapan |
Part 57: Tiba di Auckland
Di Auckland, kami menginap sekali lagi di Hotel Ascotia Off Queen yang juga merupakan hotel penginapan kami sewaktu malam pertama tiba di New Zealand dulu.
|
Hotel Ascotia Off Queen |
|
Menarik beg masuk ke dalam hotel |
Kami mendapat bilik penginapan di tingkat yang lebih rendah kali ini. Namun begitu pemandangan Auckland Sky Tower tetap dapat dilihat dengan jelas dari tingkap bilik kami.
|
Bilik di Ascotia Off Queen ini kecil. Inilah pemandangan keseluruhan bilik |
|
Kemudahan yang terdapat di dalam bilik |
|
Toilet yang cute di Hotel Ascotia Off Queen. Rasa memang problem juga kalau orang yang berbadan besar nak menggunakan toilet di bilik ini. |
|
Settling down |
|
Pemandangan dari tingkap bilik kami |
Kami tiba di hotel pada pukul 7 malam, tapi masih siang lagi ketika itu kerana waktu Maghrib hanya masuk pada pukul 8.30 malam. Sempatlah nak menjamak Solat Zohor dan Asar dengan selesa lagi ketika itu. Selepas selesai dah bersolat, kami turun ke bawah berkumpul untuk keluar makan malam.
|
Korridor di depan bilik penginapan di Hotel Ascotia Off Queen |
|
Lobi Lif |
Gerai Uncle Man's Express di bangunan Sky World tetap menjadi pilihan kami untuk makan malam itu. Teringat-ingat makanannya yang sedap itu walau kami dah 5 hari meninggalkan Auckland. Kami hanya berjalan sendiri saja menuju ke Uncle Man's Express petang itu. Dah berjanji dengan Haziq yang dia akan menunggu kami terus di Uncle Man's Express pada pukul 8 malam.
|
Bangunan University of Otago di Queen Street |
|
Myers Park |
|
Pemandangan di Queen Street, Auckland |
|
Jalan raya di Auckland ini memang senyap sunyi |
|
Auckland Sky Tower mengintai di sebalik bangunan Sky World |
|
Tai Chi beramai-ramai di Aotea Square |
|
Pintu masuk ke Sky World |
|
Uncle Man's Express di Sky World yang tetap menjadi pilihan |
|
Mee Goreng dan Roti Canai yang menjadi pilihan untuk makan malam |
|
Teh Tarik dilupa jangan... |
|
Berjalan keluar dari Sky World selepas makan malam |
|
Suasana malam di Queen Street sewaktu berjalan balik ke hotel |
|
Lagi suasana malam di Queen Street |
|
Aotea Square |
|
Pemandangan malam di Auckland |
|
Auckland Town Hall |
|
Pemandangan Sky World dan Auckland Sky Tower yang mengintai di belakangnya |
|
Letih memanjat bukit di Queen Street nak balik ke hotel |
|
Selamat tiba kembali ke hotel | |
Bersambung ke Bahagian 26...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):