Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 15: Rotorua 9
ROTORUA DUCK TOURS 2 (LAKE TIKITAPU & LAKE TARAWERA)
HARI KELIMA (2)
Part 33: Lake Tikitapu (Blue Lake)
Dari Lake Okareka, Rotorua Duck Tours membawa kami ke Lake Tikitapu yang terkenal dengan airnya yang berwarna biru. Tasik ini juga dikenali di kalangan orang tempatan sebagai Blue Lake.
|
Lake Tikitapu |
|
Disebabkan airnya yang biru, tasik ini juga dikenali sebagai Blue Lake |
|
Permainan kanak-kanak di pinggir Blue Lake |
|
Menuju ke perairan Lake Tikitapu |
|
Amaran supaya tidak melepaskan Ikan Keli (Catfish) ke dalam air banyak dilihat di pinggir-pinggir tasik di Rotorua. Tak tahu apa sebabnya yang sebenar. |
|
Masuk ke dalam tasik |
|
Macam di Lake Okareka juga, kami yang duduk di bahagian belakang akan kebasahan terkena percikan air sewaktu Kereta Itik masuk ke dalam tasik |
Tasik Tikitapu adalah tempat rekreasi yang popular di kalangan penduduk Rotorua.
Ikan Wild Rainbow banyak terdapat di tasik ini. Pada musim dingin di sekitar bulan Mei-Ogos, ikan-ikan akan berenang di air cetek di tepian tasik. Ini menyebabkan Lake Tikitapu menjadi tarikan kepada kaki pancing.
Seperti banyak tasik lain di Rotorua, Lake Tikitapu juga mempunyai kisah legenda. Menurut ceritanya
sewaktu anak perempuan seorang Ketua Maori sedang mandi di tasik ini,
kalung sucinya yang dinamakan tiki terlepas dari lehernya. Kalung ini
dipercayai masih tersimpan di dasar tasik. Dari situlah tasik ini mendapat namanya sebagai Tikitapu. Warna biru tasik yang amazing ini pun dikatakan berasal dari kilauan tiki yang jatuh ke dasar tasik ini.
|
Mengikut legenda, kalung suci anak perempuan seorang Ketua Maori masih tersimpan di dasar tasik ini. |
|
Marcus bercerita tentang legenda Tasik Tikitapu |
|
Hutan di sekitar tasik |
|
Pinggiran tasik |
|
Canoe |
|
Sekeluarga sedang bercanoe |
|
Menikmati pemandangan tasik |
|
Kereta Itik kembali ke darat |
|
Signboard Lake Tikitapu |
|
Itik berenang di tepi tasik |
|
Beriadah berbasikal |
Seperti juga di Lake Okareka, Marcus akan memeriksa keadaan Kereta Itik selepas keluar dari tasik.
|
Meninggalkan Lake Tikitapu |
|
Pengunjung ke Lake Tikitapu |
|
Masih pemandangan Lake Tikitapu |
|
Penghujung Tasik Tikitapu |
Part 34: Lake Rotokakahi (Green Lake)
Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Lake Tarawera. Dalam perjalanan ke sana, kita dapat melihat sebuah lagi tasik yang dinamakan Lake Rotokakahi (Green Lake).
|
Perjalanan menuju ke Lake Tarawera |
Mengikut kepercayaan Maori, Lake Rotokakahi adalah sebuah tasik suci. Kerana itulah tasik ini hanya boleh dilihat dan tidak boleh dimasuki dengan apa-apa cara.
|
Lake Rotokakahi |
|
Pokok paku ini memang ada di mana-mana di New Zealand |
Walaupun airnya kelihatan biru ketika kami di sana, kami diberitahu air tasik ini memang akan kelihatan hijau pada masa-masa tertentu yang menyebabkan ia turut dikenali sebagai Green Lake. Tasik ini terletak pada kedudukan yang lebih rendah berbanding Lake Tikitapu.
|
Oleh kerana tasik ini dianggap suci oleh orang Maori, Lake Rotokakahi tidak boleh dimasuki dengan apa-apa cara. |
Part 35: Buried Village
Rotorua telah terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan sejak dari dahulu lagi kerana di sinilah letaknya Pink and White Terraces yang dianggap sebagai salah sebuah dari Eight Wonders of the Natural World.
|
Lukisan Pink and White Terraces |
Kemasyhuran Pink and White Terraces menyebabkan ramai pengembara sanggup menempuh pelayaran yang jauh selama 3 bulan dari England ke New Zealand semata-mata untuk melihatnya. Pink and White Terraces ini malangnya musnah dalam letupan Gunung Berapi Tarawera pada kurun ke-19 dulu.
|
Ladang ternakan |
Letupan Gunung Tarawera pada tahun 1886 adalah salah sebuah bencana alam yang terbesar di New Zealand. Letupan ini menyebabkan perkampungan yang bernama Te Wairoa terbenam dalam abu dan lumpur. Kampung ini musnah dan tidak lagi diduduki. Sebuah hotel terkemuka turut runtuh dan terbenam dalam letusan gunung berapi ini. Kawasan ini kini telah dibuka semula dan dijadikan sebuah tarikan pelancongan yang dinamakan sebagai Buried Village.
|
Tarawera Trail |
|
Buried Village |
|
Pintu masuk ke Buried Village |
Kami walau bagaimanapun tidak membuat persinggahan di Buried Village. Hanya sekadar lalu di depannya.
|
Tugu Peringatan |
Part 36: Lake Tarawera
Akhirnya kami tiba di destinasi akhir Rotorua Duck Tours yang bernama Lake Tarawera. Nama tasik ini bermaksud Burnt Spear dalam Bahasa Maori. Ia adalah salah sebuah tasik yang terbesar di New Zealand dan kedudukannya berada lebih rendah berbanding Lake Tikitapu dan Lake Rotokakahi. Satu ketika dulu tasik ini penuh dengan perkampungan-perkampungan Maori dan penempatan-penempatan mubaligh Kristian. Malangnya kesemua penempatan ini musnah dalam letupan gunung berapi Tarawera pada tahun 1886.
|
Lake Tarawera |
|
Pemandangan di pinggir Tasik Tarawera. |
|
Pemandangan sewaktu Kereta Itik masuk ke dalam tasik |
|
Kereta Itik berlayar di tasik |
|
Pemandangan ke arah belakang sewaktu Kereta Itik berlayar di tasik |
Lake Tarawera adalah sebuah tasik cantik yang dipenuhi dengan ikan Rainbow Trout. Ia juga adalah sebuah tasik yang sangat dalam. Seperti juga tasik-tasik lain di kawasan ini, air tasik akan menyusup keluar menerusi rekahan-rekahan tanah di dasar tasik. Namun menurut ceritanya, disebabkan tasik ini sangat dalam, air di dalam tasik ini akan bertakung selama 10 tahun sebelum ia dapat meresap masuk ke dalam rekahan tanah.
|
Air di Tasik Tarawera sangat dalam |
|
Menurut ceritanya, air di dalam tasik ini akan bertakung selama 10 tahun sebelum meresap keluar ke dalam tanah. |
Pink and White Terraces yang terkenal itu dulu terletak di pinggir Tasik Tarawera. Kedatangan pelancong yang begitu ramai untuk melihat Pink and White Terraces ini memberi kemewahan kepada Kaum Maori sehingga mereka melupakan adat dan pantang larang nenek moyang mereka. Seorang pendeta Maori tua yang bernama Tuhoto Ariki memberi amaran supaya mereka kembali kepada amalan nenek moyang atau berdepan dengan bahaya. Sepuluh hari sebelum letusan Gunung Tarawera, sebuah ghost canoe dikatakan telah muncul di tasik ini membawa petanda yang bencana akan tiba.
|
Burung Kereru di tepi tasik |
|
Burung Kereru juga dikenali sebagai Drunken Bird kerana ia sering jatuh dari dahan pokok selepas makan buah-buahan yang mereput. |
|
Berenang di tepi tasik |
Menurut ceritanya juga, ramai pengunjung ke Pink and White Terraces yang melihat canoe berhantu yang dinamakan Waka Wairua ini, termasuklah seorang pemandu pelancong wanita berbangsa Maori yang sedang membawa 6 orang pelancong dari Eropah yang juga mendakwa melihatnya.
|
Tasik Tarawera yang penuh dengan legenda |
|
Pokok yang menyembah bumi di pinggir Tasik Tarawera |
Selepas Waka Wairua muncul di Tasik Tarawera, sebuah sungai yang bernama Wairoa Creek menjadi kering. Tidak lama kemudian, alirannya kembali tetapi membawa bersamanya lumpur yang pekat.
|
Banjaran Tarawera di tepi tasik |
|
Di pergunungan inilah dulunya terletak Pink and White Terraces yang musnah dalam letupan gunung berapi. |
Sebuah lagi cerita Maori mengatakan tentang seorang pendeta tua yang bernama Rangiheuea. Rangiheuea telah mempelawa orang ramai memakan madu Tapu yang diambil dari Gunung Tarawera. Madu Tapu ini sebenarnya tidak boleh dimakan kerana ia adalah satu pantang larang. Semua orang yang telah memakannya terbunuh dalam letusan Gunung Tarawera, termasuklah Rangiheuea. Hanya mereka yang menolak memakan madu ini saja yang terselamat. Disebabkan terlalu banyak pantang larang yang telah
dilanggar inilah Gunung Tarawera telah meletus dan mengorbankan banyak nyawa.
|
Kafe di tepi Tasik Tarawera |
|
Berenang di Tasik Tarawera |
|
Bot mewah |
Ketika Marcus ditanya sama ada dia tak takut tinggal di tepi gunung berapi (Rotorua sebenarnya terletak di kaki gunung berapi), Marcus menjawab dia tidak bimbang kerana mengikut kajian sains moden, gunung ini hanya akan meletus 600 tahun lagi. Sempatlah dia dan anak-anaknya mati dulu sebelum gunung ini meletus.
|
Kembali naik ke darat |
|
Pemandangan ketika Kereta Itik naik ke darat |
|
Pemandangan tasik dari pinggiran |
|
Jeti ini yang dinamakan Tarawera Landing adalah destinasi popular untuk potret pengantin. |
Rotorua Duck Tours membuat perhentian seketika selepas keluar dari Tasik Tarawera untuk membolehkan penumpang menggunakan tandas atau membeli minuman dan makanan ringan dari kafe yang berhampiran. Sambil itu juga, Marcus membuat pemeriksaan Kereta Itik untuk memastikan ia berkeadaan baik selepas keluar dari tasik.
|
Kereta Itik membuat perhentian sebentar di tepi Tasik Tarawera |
|
Sempat bergambar di Tarawera Landing |
|
Posing di atas Kereta Itik |
|
Menunggu semua penumpang naik semula ke Kereta Itik |
Selepas semua penumpang naik ke Kereta Itik, kami bergerak balik ke Rotorua. Memang fun perjalanan dengan Kereta Itik ini, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Marcus yang kelakar sebagai conducktor kami. Dalam perjalanan pulang, kami dihidangkan pula dengan lagu zaman Pop Yeh Yeh Sweet Caroline. Maka berdendang sing-along lah kita dengan Neil Diamond sepanjang perjalanan pulang ke Rotorua.
|
Bergerak pulang ke Rotorua |
|
Melintasi kawasan ladang penternakan |
|
Arah ke Pusat Bandar Rotorua |
|
Tiba kembali di Rotorua |
|
Turun dari Kereta Itik |
Bersambung ke Bahagian 16...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):