Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 3: Matamata 1
PERJALANAN KE MATAMATA
HARI KETIGA (1)
Part 10: Perjalanan Ke Matamata
Good Morning, Auckland! Program Hari Ketiga hari ini ialah berkunjung ke sebuah destinasi pelancongan wajib di North Island ~ Hobbiton Movie Set dan seterusnya bermalam di Rotorua, sebuah bandar pelancongan geothermal yang terkenal di New Zealand.
|
Selamat Pagi, Auckland! |
Seawal pukul 7 pagi, kami turun bersarapan di restoran Hotel Ascotia Off Queen yang terletak di tingkat bawah. Continental Breakfast yang terdiri dari roti, jem dan minuman dah termasuk dalam kos penginapan bilik kami. Kalau nak sarapan panas (dipanggil Hot Breakfast), dikenakan bayaran tambahan NZD6 (RM18) seorang. Teruja juga tengok telur yang dimasukkan dalam Hot Breakfast ini. Tapi rasa macam tak berbaloi nak membayar NZD6 tu semata-mata sebab nak makan telur sebiji kerana makanan lain dalam Hot Breakfast seperti sosejnya tak dijamin Halal.
|
Pintu masuk ke restoran di Hotel Ascotia Off Queen |
|
Continental Breakfast di Ascotia Off Queen |
Seperti yang dijanjikan Haziq datang menjemput kami pada pukul 7.30 pagi. Sebelum bertolak ke Hobbiton Movie Set, kami tak melepaskan peluang bergambar kenangan dulu di depan hotel.
|
Menunggu di lobi hotel selepas check-out. |
|
Kenangan di depan Ascotia Off Queen |
|
Ascotia Off Queen terletak di atas sebuah bukit yang tinggi, tapi bukit di seberang jalan sana lebih tinggi lagi. |
|
Keluarga Abang sibuk bergambar di depan Ascotia Off Queen |
Selepas semua dah sedia, kami bertolak ke Hobbiton Movie Set yang terletak di sebuah tempat yang bernama Matamata. Perjalanan ke sana dari Auckland dijangka memakan masa 2 jam.
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan Auckland |
|
Menuju ke Matamata |
Kami sebenarnya berkunjung ke New Zealand di tengah-tengah musim panas. Matahari ketika itu terbit sekitar pukul 6.30 pagi dan terbenam selewat pukul 8.30 malam. Walaupun suhu nyaman sekitar 22'C pada waktu tengahari, matahari tetap memancar terik dan angin yang bertiup kering menyebabkan tekak sentiasa merasa dahaga.
|
Lebuhraya |
|
Walaupun sistem jalan rayanya baik, tak banyak kenderaan diperhatikan di sepanjang perjalanan kami di New Zealand. |
|
Pemandangan tasik selepas meninggalkan Auckland |
|
Pemanduan di New Zealand sebenarnya mudah kerana tak banyak kenderaan menggunakan jalan raya seperti di Malaysia. |
|
Pemilik kenderaan ini pasti malas nak bangun pagi. |
Pemandangan bandaraya mula digantikan dengan ladang-ladang ternakan selepas kami meninggalkan Auckland. Memang kagum melihat betapa banyaknya lembu ternakan di ladang-ladang. Lembu-lembunya juga nampak sihat dan cantik. Menurut perangkaan rasmi pada bulan April 2018, terdapat 10 juta lembu dan 29 juta biri-biri di New Zealand. Dari jumlah tersebut, bilangan ternakan yang terbesar adalah di wilayah Waikato yang sedang kami lalui sekarang. Sebagai perbandingan, bilangan penduduk di New Zealand cuma 5 juta orang.
|
Pemandangan selepas keluar dari lebuhraya |
|
Perjalanan menuju ke arah selatan |
Pemandangan ladang di North Island ini memang cantik walaupun cuaca panas kering ketika itu menyebabkan rumput-rumput di ladang kelihatan kuning kekeringan. Namun demikian, bunga-bunga liar masih banyak berkembang di tepi jalan seperti yang kami perhatikan sewaktu melawat ke Melbourne pada awal musim bunga dulu. Kata Abang yang pernah menuntut di Australia dulu, musim panas di New Zealand sangat berbeza dengan musim panas di Australia. Suhu musim panas di New Zealand sangat nyaman dan selesa untuk membuat aktiviti di luar. Tapi kalau di Australia, jangan haraplah dapat nak berbuat begitu dalam musim panas kerana cuacanya memang sangat panas. Di samping itu, kalau bunga-bunga banyak berkembang di tengah musim panas yang kering begini di New Zealand, cuba bayangkan pula bagaimana suasana di sekeliling dalam musim bunga.
|
Suasana Musim Panas di North Island, New Zealand |
|
Ladang ternakan |
|
Memang kagum melihat betapa banyaknya lembu yang diternak di New Zealand |
|
Bunga-bunga liar masih banyak berkembang di tepi jalan |
|
Had laju pemanduan di jalan raya di New Zealand ialah 100 km/jam. Had laju di kawasan bandar pula ialah 50 km/jam. |
|
Stesen Minyak |
|
Lembu memakan rumput di ladang |
|
Rumput di ladang yang semakin kering kekuningan |
|
Pelbagai spesis lembu di ladang |
|
Hauraki District |
|
Sungai |
|
Kawasan kemalangan |
|
Lookout Area |
Part 11: Kaihere Lookout
Kami singgah di Kaihere Lookout untuk melihat lembu di ladang dengan lebih dekat. Sebahagian lembu di New Zealand diternak untuk daging dan sebahagian lagi pula untuk hasil tenusu. Walau lembu-lembu ini nampak cantik, mereka tetap berbau busuk bila didekati.
|
Kaihere Lookout |
|
Van yang membawa kami sepanjang perjalanan di New Zealand |
|
Menikmati pemandangan ladang dari Kaihere Lookout |
|
Pagar Elektrik |
|
Pemandangan lembu di ladang dari Kaihere Lookout |
|
Kenangan di Kaihere Lookout |
Part 12: Menuju ke Matamata
Selepas dah puas melihat lembu di Kaihere Lookout, kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Matamata.
|
Meneruskan perjalanan |
|
Bunga-bunga liar |
|
Lembu meragut rumput |
|
Arah ke Matamata |
|
Lembu meragut rumput di tepi jalan |
|
Selain dari daging lembu dan hasil tenusu, New Zealand turut mengeksport rumput jenis Lucerne untuk makanan haiwan. |
|
Lembu lagi! |
|
Masih menuju ke Matamata |
|
Menyembur rumput untuk ternakan |
|
Raungaiti |
|
Landasan keretapi |
|
Satu lagi teknik semburan air rumput di ladang |
|
Pemandangan lebih dekat semburan air di ladang |
|
Tiba di Matamata |
|
Bandar Matamata |
|
McDonald's |
|
Arah ke Hobbiton Movie Set |
|
6 km lagi dari sini... |
|
Jalan menuju ke Hobbiton Movie Set |
|
Ladang berhampiran Hobbiton Movie Set |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):