Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 24: Hamilton 2
HAMILTON GARDENS (2)
HARI KEENAM (5)
Part 54: Hamilton Gardens (2)
INDIAN CHAR BAGH GARDEN
Taman seterusnya yang akan kita lawati ialah Indian Char Bagh Garden yang dibina dengan berilhamkan taman-taman Istana Moghul di India. Peminat-peminat bunga boleh pengsan melawat ke sini kerana ada banyak bunga-bunga yang cantik di dalamnya.
|
Indian Char Bagh Garden |
|
Jom intai ke dalam... |
|
Macam nak pengsan tengok banyak bunga cantik di sini... |
Raja-raja Mughal berasal dari keturunan Genghis Khan yang mengembangkan empayarnya ke Timur dari Parsi ke India Utara pada kurun ke 13 Masehi dulu. Mereka tidak hanya berjasa mengembangkan ajaran Islam ke India malah turun menerapkan rekaan taman-taman Parsi ke sana.
Taman-taman Moghul memberi tumpuan kepada penggunaan air dan pengairan kerana asal-usul rekaan taman ini adalah rupabumi di Iran yang kering dan tandus. Taman-taman dan senibina Moghul juga menggunakan konsep geometri dan simetri. Aliran air di taman ini turut menggunakan konsep bubble and trickle di samping effect yang dramatik.
Indian Char Bagh Garden dibina di istana bertujuan untuk membolehkan Maharaja berehat sambil menikmati suasana yang puitis dan romantis. Haruman dari bunga-bungaan yang ditanam menggambarkan minyak wangi dari Parsi. Bunyian air yang mengalir perlahan merehatkan minda dari bebanan-bebanan yang dihadapi. Ia juga secara simbolik menggambarkan air yang mengalir di syurga mengikut fahaman agama Islam yang dianuti oleh raja-raja Moghul.
Indian Char Bagh Garden di Hamilton Gardens ini dibina dengan mengambil ilham dari taman di Istana Lal Mahal yang terletak berhampiran kota Agra di India. Taman yang asal ini dibina di tebing Sungai Jumna, maka replikanya di sini dibina di tebing Sungai Waikato.
|
Pavilion untuk menikmati keindahan pemandangan sungai |
|
Bumbung Pavilion yang dihias indah |
|
Pemandangan Sungai Waikato dari Pavilion |
|
Pemandangan menghala ke arah taman dari Pavilion |
Keindahan Indian Char Bagh Garden membuatkan kita sukar nak bergerak pergi. Tapi disebabkan masih ada banyak lagi tempat yang kita nak cover, terpaksalah kita melangkah dengan perasaan yang berat.
ITALIAN RENAISSANCE GARDEN
Sebuah lagi taman cantik yang penuh dengan bunga-bungaan adalah Italian Renaissance Garden.
|
Italian Renaissance Garden |
Itali adalah sebuah negara pengeluar wain yang terkemuka di dunia. Oleh yang demikian, pintu masuk ke Italian Renaissance Garden adalah menerusi sebuah grape arbor yang cantik.
|
Grape Arbor di pintu masuk ke Italian Renaissnce Garden |
|
Pokok-pokok anggur yang menjalar pada Grape Arbor |
|
Bumbung Grape Arbor |
|
Pemandangan keseluruhan pintu masuk ke Italian Renaissance Garden |
|
Keterangan mengenai Italian Renaissance Garden |
|
Husband bergambar bersama Tour Guide kami, Haziq |
Di taman ini ada dibina sebuah kolam air dengan patung seekor ibu serigala sedang menyusukan orang dua budak. Ia menggambarkan kisah legenda mengenai pengasas kota Rome, pasangan kembar yang bernama Romulus dan Remus. Romulus dan Remus dikatakan telah dicampak oleh ibu mereka ke dalam Sungai Tiber yang menghanyutkan mereka ke Platine di mana mereka telah dipelihara oleh seekor ibu serigala sebelum akhirnya dijadikan anak angkat oleh seorang penggembala kambing.
|
Kolam Air Romulus dan Remus |
|
Romulus dan Remus adalah pengasas kota Rome yang dikatakan telah dibesarkan oleh seekor ibu serigala |
|
Pemandangan berhampiran Kolam Air Romulus dan Remus |
Sama seperti perasaan ketika melangkah ke Indian Char Bagh Garden tadi, macam nak pengsan melihat keindahan Italian Renaissance Garden.
|
Italian Renaissance Garden |
|
Pemandangan keseluruhan Italian Renaissance Garden |
|
Pengunjung-pengunjung ke Italian Renaissance Garden |
Rekabentuk Italian Renaissance Garden mempunyai persamaan dengan taman-taman tradisi Arab dan Parsi kerana ia adalah sebenarnya evolusi dari taman-taman tersebut. Cuma bezanya simbol-simbol keagamaan Islam dalam taman-taman ini telah dijadikan simbol keagamaan Kristian. Satu lagi ciri yang sangat ketara di dalam Italian Renaissance Garden adalah penggunaan patung-patung antik sebagai hiasan di dalam taman. Huh, banyak betul ilmu yang kita dapat dengan hanya melawat taman bunga di Hamilton Gardens ini!
|
Pemandangan dari tangga turun ke dalam taman |
|
Italian Renaissance Garden ini kelihatan lebih artificial berbanding Indian Char Bagh Garden tadi kerana banyak menggunakan pokok-pokok yang ditanam di dalam pasu. |
|
Taman seperti ini banyak terdapat di villa-villa mewah di Itali |
|
Bunga-bungaan di Italian Renaissance Garden |
|
Menikmati keindahan bunga-bungaan |
|
Pancutan air yang cantik di tengah taman |
|
Lagi pasu-pasu bunga |
|
Dalam hati ada bunga... |
Keindahan taman Itali ini memang menyerlah disebabkan iklim New Zealand yang nyaman ketika itu. Terasa macam kita benar-benar berada di Itali walaupun kita belum lagi sampai ke sana sebenarnya.
|
Secebis Italy di New Zealand |
|
Bunga-bunga yang cantik di Hamilton Gardens. Inilah antara keseronokan travel di musim panas kerana dapat melihat pemandangan begini. |
|
Ciri-ciri geometri juga diterapkan dalam Italian Renaissance Garden |
|
Menikmati pemandangan Sungai Waikato dari Italian Renaissance Garden |
|
Sungai Waikato |
|
Sungai Waikato adalah sungai yang terpanjang di New Zealand |
|
Menikmati keindahan di Italian Renaissance Garden |
|
Amphiteatre |
|
Bergambar di Amphiteatre |
|
Lorong keluar dari Italian Renaissance Garden |
TE PARAPARA GARDEN
Sebelum kedatangan Orang Eropah ke New Zealand, ada banyak taman ladang yang diusahakan oleh Orang Maori di sepanjang Sungai Waikato. Te Parapara Garden di Hamilton Gardens ini adalah satu-satunya taman ladang tradisional Maori yang terdapat di New Zealand kini.
|
Keterangan mengenai Te Parapara Garden |
|
Pintu masuk (Waharoa) ke Te Parapara Garden |
|
Laluan masuk ke taman ini dinamakan Te Ara Whakatauki yang bermaksud The Path of Proverbs |
|
Family Photo di Te Ara Whatakauki |
|
Melihat pokok-pokok yang ditanam |
Nama Te Parapara yang diberikan kepada taman ini adalah sempena Pa (perkampungan Maori) sebenar yang wujud di tapak ini pada masa dahulu. Ia adalah kediaman seorang ketua Maori dari suku Ngati Wairere yang bernama Haanui. Kesuburan ladang di Te Parapara ketika itu adalah dikatakan hasil sacred ritual yang diamalkan oleh suku kaum tersebut dalam bertani.
|
Ladang Kumara (Sweet Potato) yang merupakan sumber makanan utama penduduk Maori tradisional di tengah-tengah Te Parapara Garden |
Struktur yang dibina di tengah ladang ini dinamakan Whatarangi yang merupakan tempat simpanan hasil tuaian. Ia dibina di atas tiang yang tinggi sebagai perlindungan dari serangan tikus dan juga untuk perlindungan kepada hasil tuaian sekiranya air dari Sungai Waikato melimpah secara tiba-tiba.
|
Struktur yang dibina di tengah ladang ini adalah tempat simpanan tuaian tradisional yang dinamakan Whatarangi |
|
Pemandangan Whatarangi dari dekat |
|
Ukiran pada Whatarangi |
|
Pemandangan Whatarangi dari sisi. Whatarangi dibina dari hanya sebatang kayu yang dikorek di tengah batangnya untuk dijadikan tempat simpanan tuaian. |
Orang Maori datang ke New Zealand dari kepulauan Polynesia yang beriklim tropika. Oleh kerana iklim di New Zealand sangat sejuk berbanding dengan tempat asal mereka, cara untuk memanjangkan musim tanaman bagi mendapatkan hasil yang lebih baik terpaksa diusahakan. Antara cara yang digunakan ialah mencampurkan tanah dengan abu kayu api dan batuan sungai untuk memanaskan tanah supaya akar pokok tidak mati kesejukan.
|
Tanah tanaman Kumara dicampurkan dengan abu pembakaran kayu dan batuan sungai untuk mendapatkan hasil tanaman yang lebih baik. |
|
Patung Dewa Penjaga Ladang |
|
Keterangan tentang penanaman Kumara tradisional Maori |
Pokok-pokok yang ditanam di sekeliling ladang Kumara pula adalah pokok-pokok makanan tradisional Maori yang didapati dari hutan. Orang Maori percaya pokok-pokok makanan dari hutan ini juga ada dewa penjaganya. Kerana itulah terdapat beberapa lagi ukiran patung-patung dewa di sini.
|
Pokok-pokok di sekeliling ini pula adalah pokok-pokok hutan yang juga menjadi sumber makanan kepada Orang Maori tradisional |
|
Dewa penjaga pokok makanan hutan |
|
Whatarangi yang lebih kecil. Mungkin digunakan untuk mengumpul makanan-makanan yang dikutip dari hutan. |
|
Ehh, jelir lidah kat kita pulak! |
|
Berjalan keluar dari Te Parapara Garden |
TUDOR GARDEN
Dari Te Parapara Garden, kita bergerak pula ke Tudor Garden. Semua taman di sini dibina mengelilingi Central Core yang tertentu. Jadi nak berpindah melawat dari satu taman ke taman yang lain kita kembali saja ke Central Core ini.
|
Salah sebuah Central Core yang terdapat di Hamilton Garden |
|
Setiap pintu di Central Core ini akan membawa kita ke taman yang berlainan |
|
Pintu masuk ke Tudor Garden |
|
Keterangan mengenai Tudor Garden |
|
Laluan ke taman yang sebenar |
Tidak seperti English Flower Garden yang kita lawati sebelum ini, Tudor Garden adalah taman-taman formal yang terdapat di istana raja. Ia banyak meniru konsep dari taman-taman diraja Perancis yang tanaman di dalamnya disusun rapi. Sesuatu yang ketara di sini ialah taman ini hanya menggunakan pokok-pokok hijau dengan sedikit sekali bunga-bungaan.
|
Tudor Garden |
|
Tudor Garden lebih banyak menggunakan tanaman hijau berbanding bunga-bungaan |
Tudor Garden turut dihiasi dengan patung-patung haiwan mistik yang diletakkan pada tiang-tiang yang tinggi. Haiwan-haiwan mistik ini banyak digunakan dalam coat of arms bangsawan dan keluarga diraja British.
|
Taman ini juga dihiasi dengan patung haiwan-haiwan mistik yang diletakkan pada tiang-tiang tinggi di taman |
|
Pemandangan lebih dekat haiwan-haiwan mistik yang menghiasi Tudor Garden |
|
Centaur (kiri) dan Unicorn (kanan) |
|
Sea Serpent (kiri) dan Dragon (kanan) |
|
Jalan-jalan di tepi taman |
|
Last view sebelum melangkah pergi. |
Bersambung ke Bahagian 25...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):