Monday, 4 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 04 (Hobbiton 1)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 4: Matamata 2
HOBBITON MOVIE SET (1)

HARI KETIGA (2)

Part 13: Hobbiton Movie Set (1)


Disebabkan pemandangannya yang hebat, New Zealand telah terpilih sebagai lokasi Middle Earth bagi penggambaran filem Lord of the Rings dan Hobbit Trilogy. Kedua-dua filem ini menggunakan 150 lokasi di seluruh New Zealand namun satu-satunya lokasi perfileman yang dikekalkan adalah Hobbiton Movie Set yang terletak di Matamata.

Arah menuju ke Hobbiton Movie Set
Kenangan di Hobbiton Movie Set
Pelancong dari seluruh dunia dapat dilihat berkunjung ke Hobbiton Movie Set. Tak perlu menjadi peminat setia filem Hobbit untuk berkunjung ke Hobbiton kerana lokasi perfileman ini sangat istimewa. Bagi seorang yang tak pernah tengok movie Hobbit seperti Myself pun, kita tetap merasa enjoy datang ke sini.

Pintu masuk ke Hobbiton dari tempat parking
Tempat pengunjung berkumpul sebelum memulakan Hobbiton Movie Tour
Tandas dan tempat rehat
Satu lagi pemandangan di tempat pengunjung berkumpul
Bergambar kenangan sambil menunggu Tourist Guide kami menguruskan tiket masuk.
Lawatan ke Hobbiton dimulakan dari sebuah bangunan yang dinamakan Shire's Rest. Di sinilah letaknya pejabat tiket yang turut mempunyai sebuah kafetaria dan kedai cenderamata.

Shire's Rest
Shire's Rest adalah tempat pemulaan lawatan ke Hobbiton
Ruang Menunggu di depan Shire's Rest
Tiket masuk ke Hobbiton
Kita tak dapat melihat Hobbiton yang sebenar dari Shire's Rest kerana ia terletak di tengah sebuah ladang persendirian milik keluarga Alexander. Pengunjung dibawa ke Hobbiton dari Shire's Rest menggunakan bas-bas khas. Setiap kumpulan pengunjung akan ditemani oleh seorang Local Guide yang akan menceritakan perihal tempat yang akan kita kunjungi. Local Guide kami adalah seorang pemuda Kiwi yang bernama Donovan.

Tempat menunggu bas khas ke Hobbiton di Shire's Rest
Bas Hobbiton dan Local Guide kami yang bernama Donovan.
Pemandangan di dalam bas
Bas seterusnya membawa kita merentasi ladang menuju ke Hobbiton. Ladang ini adalah sebuah working farm yang memiliki lebih 300 ekor lembu baka Angus dan lebih 1,300 ekor biri-biri. Walaupun ada banyak biri-biri di ladang ini, tak seekor pun digunakan dalam penggambaran filem Hobbit kerana mereka semua berwarna putih sedangkan penggambaran filem ini memerlukan biri-biri yang bermuka hitam. Biri-biri bermuka hitam ini terpaksa diimport dari ladang lain untuk berlakon dalam filem ketika itu.

Ladang milik keluarga Alexander ini mempunyai keluasan lebih 500 hektar
Tak seekor pun biri-biri di ladang ini yang digunakan dalam penggambaran Hobbit kerana mereka berwajah putih.
Lembu baka Angus yang diternak di Ladang Alexander
Lembu Angus diternak untuk daging dan bukan tenusu.
Dalam perjalanan menuju ke Hobbiton kita ditunjukkan sedutan-sedutan video dari filem Hobbit yang penggambarannya dibuat di ladang ini.

Pengarah filem Hobbit ~ Peter Jackson
Pemilik Ladang Alexander
Sedutan dari filem Hobbit
Pemandangan sebenar ladang. Malangnya disebabkan sekarang musim panas, rumput tak sehijau seperti yang di dalam filem.
Sewaktu memulakan penggambaran, pengarah filem Peter Jackson telah bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand yang bernama Helen Clarke untuk memohon bantuan kewangan. Disebabkan dia tak dapat memberikan bantuan kewangan yang diminta, Perdana Menteri sebaliknya menawarkan khidmat tentera New Zealand dalam pembinaan set filem yang diperlukan.

Tawaran Perdana Menteri disambut baik oleh Peter Jackson. Jalan masuk ke set perfileman ini yang sepanjang 1.5 km telah dibina oleh Tentera New Zealand. Baguslah begitu, kata Donovan, kerana New Zealand adalah sebuah negara yang aman dan tentera negara ini memang tak banyak kerja selain dihantar menyertai misi-misi keamanan di negara seperti Afghanistan.

Tentera New Zealand juga turut diambil sebagai pelakon tambahan dalam aksi-aksi pertarungan filem Hobbit. Disebabkan mereka tak pandai berlakon, mereka benar-benar bertumbuk sampai cedera berdarah. Jadi kalau anda melihat darah dalam aksi pertarungan filem Hobbit, itu memang darah yang sebenar, kata Donovan lagi kepada kami.

Pemandangan Hobbiton yang terletak di tengah Ladang Alexander.
Bas menurunkan kami di depan laluan masuk ke Hobbiton. Di sini kami diberi penerangan tentang peraturan lawatan. Antara peraturan utama yang perlu dipatuhi ialah larangan merokok dan perlu menjauhi pagar elektrik di sekitar ladang. Payung disediakan untuk pengunjung yang tak tahan kepanasan dan kita juga diminta untuk tidak memijak rumput kerana rumput di kawasan ini dijaga rapi oleh 8 orang tukang kebun khas untuk memastikan ia sentiasa kelihatan hijau.

Mendengar penerangan dari Donovan tentang peraturan lawatan.
Donovan
Peraturan lawatan
Payung yang disediakan untuk pengunjung yang tak tahan kepanasan terik matahari.
Mengikut Donovan masuk ke Hobbiton
Dah nampak kampung Hobbit kat depan sana.
Hobbit digambarkan sebagai makhluk kecil pendek yang mempunyai ketinggian separuh manusia biasa. Rupa mereka juga sama seperti manusia. Hobbit tinggal di dalam lubang-lubang di dalam tanah yang dinamakan Hobbit Hole di sebuah negara khayalan bernama The Shire di Middle Earth. (Cuba cari kat dalam Peta Dunia, hahaha!)

Rumah Hobbit yang pertama dilihat di Hobbiton
Arah ke East Farthing dan West Farthing
Sebuah lagi rumah Hobbit
Bunga-bungaan di depan rumah Hobbit
Pemandangan di perkampungan Hobbit
Peti Surat yang cute di perkampungan Hobbit
Bergambar di depan rumah Hobbit
Kami diberitahu set perkampungan Hobbit ini memakan masa 2 tahun untuk dibina. Perancangannya juga memakan masa lebih dari setahun. Setiap inci Kampung Hobbit dirancang dan direka dengan baik untuk dipastikan blend dengan suasana semulajadi di sekitar.

Pelbagai aspek turut diambil kira untuk menampakkan suasana yang realistik. Umpamanya seperti juga di dunia nyata, rumah di perkampungan Hobbit di kaki bukit digambarkan sebagai dimiliki oleh kumpulan Hobbit yang kurang mewah dan memiliki pekerjaan seperti pembuat roti, penternak lebah, tukang kayu dan seumpamanya. Rumah di puncak bukit yang lebih tinggi pula dimiliki oleh kumpulan Hobbit yang lebih berada seperti Frodor Baggins yang menjadi hero dalam filem tersebut. Peti-peti surat di luar setiap rumah Hobbit turut menggambarkan pekerjaan yang dibuat oleh tuan rumah.

Rumah Hobbit yang terletak di puncak bukit yang lebih tinggi dimiliki oleh Hobbit yang lebih kaya.
Bunga-bunga yang cantik ditanam di perkampungan Hobbit
Hasil tuaian dari ladang Hobbit
Lorong masuk ke sebuah rumah Hobbit
Pokok Oak
Rumah pekebun buah-buahan
Rumah penangkap ikan
Ikan kering di luar rumah penangkap ikan
Ikan-ikan yang sedang disalai
Kayu api turut disimpan di tepi tempat menyalai ikan
Party Tree
Pemandangan Party Tree dari bawah bukit
Seronok bergambar depan setiap rumah Hobbit yang ditemui
Ada 44 buah rumah Hobbit yang dibina di sini. Namun semuanya hanya facade sahaja kerana hanya penggambaran luar dibuat di sini. Adegan-adegan yang melibatkan suasana di dalam rumah Hobbit semuanya dibuat di dalam studio di Wellington.

Lorong untuk mendaki bukit di Hobbiton
Dilarang pijak rumput
Tourists
Family Photo
Sewaktu penggambaran filem dibuat, ada sekumpulan katak yang tinggal di tepi kolam di sini. Katak-katak ini mengeluarkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengganggu penggambaran. Oleh yang demikian terdapat pekerja yang diupah untuk menangkap dan memindahkan para katak ke tempat lain. Penangkap-penangkap katak ini sangat berjasa kepada filem sehingga mereka turut diberi kredit di hujung filem. Walaupun dipindahkan ke tempat lain, katak-katak ini telah kembali ke habitat asal mereka di sini sekarang.

Kolam yang menjadi tempat kediaman sekumpulan katak yang sering mengganggu penggambaran filem.
Itik berenang di dalam kolam
Dalam cerita asal Hobbit, kawasan ini dipenuhi dengan dusun pokok plum. Namun pokok plum sebenar tak dapat digunakan dalam filem kerana saiznya yang sangat besar tak sesuai untuk digandingkan bersama Hobbit. Oleh yang demikian, pokok-pokok epal dan pear terpaksa ditanam dan dilekatkan dengan buah-buah plum palsu untuk kegunaan filem. Walaupun beriya usaha yang dibuat, adegan yang melibatkan pokok plum ini telah disunting dari filem.

Pokok Epal yang berlakon sebagai Pokok Plum dalam movie Hobbit
Rumah Hobbit di kaki bukit
Rumah-rumah Hobbit ini dibina dalam pelbagai saiz untuk disesuaikan dengan saiz para pelakon supaya semuanya nampak kecik pendek.
Hobbiton pertama kali dibina untuk kegunaan filem Lord of the Rings. Ketika itu bangunan-bangunannya dibina dari polystyrene untuk kegunaan sementara. Selepas penggambaran filem selesai, seluruh bangunan dirobohkan. Walaupun dah tak ada lagi kesan penggambaran filem yang tinggal, pelancong tetap berkunjung ke ladang keluarga Alexander untuk melihat tempat penggambaran filem dibuat. 

Bila Peter Jackson meminta kebenaran untuk menggunakan ladang ini sekali lagi untuk penggambaran Hobbit Trilogy, keluarga Alexander memberi persetujuan dengan syarat bangunan-bangunan kali ini dibina kekal supaya pengunjung dapat melihat tempat penggambaran tersebut. Dari situlah timbulnya tarikan pelancong yang dinamakan Hobbiton ini.

Kita berjalan ke sana pulak...
Lorong naik ke puncak bukit
Pakaian Hobbit di jemuran
Lagi bunga-bunga cantik
Telaga
Rumah penternak lebah yang penuh dengan bunga-bungaan
Botol-botol madu
Peti surat rumah penjaga lebah
Kayu-kayu api
Itik
Curam juga bukit yang perlu didaki
Untuk memastikan rumput di sini sentiasa pendek, kambing turut dibawa memakan rumput di kawasan ini.
Pakaian jemuran Hobbit lagi


 Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):