Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 8: Rotorua 2
LAKE ROTORUA
HARI KETIGA (6)
Part 18: Lake Rotorua
Dari Government Gardens, lawatan kami diteruskan lagi ke Lake Rotorua yang merupakan tasik yang kedua terbesar di North Island, New Zealand.
|
Rotorua Family Court |
|
Gelato Mio & Fancy Meow Cat Cafe |
|
Tempat parking kereta di tepi Lake Rotorua |
|
Lake Rotorua |
|
Notis pembangunan di tepi tasik |
|
Bot Cruise di tepi tasik |
|
Lakeland Queen Cruise ini menawarkan pengalaman makan malam sambil membuat cruise di Tasik Rotorua |
|
Pintu masuk ke Lakeland Queen Cruise |
|
Itik hitam yang berenang dalam tasik macam tak mahu berkawan dengan itik putih yang duduk bertenggek di atas jeti. |
|
Bermain kapal layar di Tasik Rotorua |
|
Layar kapal terjatuh ke dalam tasik |
|
Floatplane |
|
Walking Path |
|
Jeti persendirian |
Kalau tak membuat cruise atau menyertai aktiviti sukan air, tak banyak aktiviti dapat dibuat di tepi tasik. Tasik ini juga betul-betul merupakan tempat untuk makan angin. Tak ada sebuah pun gerai menjual makanan atau cenderamata di sini.
|
Berpayung di tepi tasik disebabkan cuaca yang panas |
|
Pelancong-pelancong menikmati keindahan tasik |
|
Black Swan |
|
Selfie di tepi tasik |
|
Menikmati angin yang bertiup |
|
Bermain dengan burung-burung camar |
Terpengaruh dengan cara Mat Salleh, kami juga duduk melepak di atas rumput di tepi tasik sambil menikmati kesegaran angin yang bertiup. Sewaktu melepak di sini sempat juga bertegur sapa dan berbalas salam dengan beberapa keluarga Melayu dari Malaysia yang juga bersiar-siar makan angin di tepi Lake Rotorua.
|
Melepak atas rumput di tepi tasik. |
|
Heavenn!! |
|
Pemandangan tasik dari tempat kami melepak. |
|
Pemandangan ke sebelah sana pulak. |
|
Burung-burung di tepi tasik. |
|
Bermain dengan burung |
|
Menangkap gambar burung |
|
Melepak dengan burung-burung |
|
Lepak-lepak di tepi tasik |
Disebabkan cuaca yang cerah pada hari itu, kami dapat melihat pemandangan Pulau Mokoia yang terletak di tengah Tasik Rotorua. Ada tour yang ditawarkan melawat ke pulau ini, tetapi kami tidak menyertainya.
Pulau Mokoia terkenal dengan legenda percintaan pasangan Maori yang bernama Tutanekai dan Hinemoa. Walaupun saling mencintai, mereka tak dapat bersama kerana perbezaan darjat. Tutanekai adalah anak kepada seorang ketua Maori yang bertaraf tinggi berbanding Hinemoa yang tinggal di Pulau Mokoia.
Oleh kerana mereka tak dapat bersama, Hinemoa berjanji untuk bermain seruling di Pulau Mokaia untuk Tutanekai setiap malam. Didorong rasa rindu kerana mendengar bunyi seruling itu, Tutanekai nekad menyeberang ke Pulau Mokoia untuk bertemu dengan kekasihnya. Kisah ini mempunyai happy ending kerana kedua-dua mereka akhirnya dapat bersama dengan restu dari keluarga Tutanekai.
|
Pulau Mokoia di tengah Tasik Rotorua |
Kalau berhajat nak melihat keindahan Rotorua dan aktiviti thermal serta gunung berapi di sekitarnya dari udara, ada floatplane yang boleh disewa di tepi Tasik Rotorua. Sewaktu di sini, kami sempat melihat floatplane ini berlepas dari tengah tasik. Floatplane ini terbang sampai ke White Island di Bay of Plenty untuk melihat sebuah gunung berapi yang masih aktif di sana. Selain floatplane, ada juga helicopter tour. Mengikut brochure yang diberi, helicopter tour akan mendarat di tepi gunung berapi ini untuk membolehkan pengunjung menjenguk ke dalam kawah gunung. Kalau naik floatplane pulak terbang sajalah di atasnya.
|
Pejabat Volcanic Air |
|
Volcanic Air |
|
Ada pilihan untuk menaiki floatplane ataupun helikopter untuk melihat gunung berapi dari udara. |
|
Floatplane di tepi jeti |
|
Ada penumpang yang sedang naik ke Floatplane ketika ini sebenarnya. |
|
Menyusur Tasik Rotorua |
|
Sedang berlepas ke udara |
|
Meninggalkan Tasik Rotorua |
Part 19: Pak n' Save
Bandar Rotorua dibina pada awal tahun 1880-an untuk kemudahan pengunjung yang nak melihat 'tasik-tasik panas'. Tanah tapak bandar ini pada mulanya dipajak oleh Orang Maori dari suku Ngati Whakaue kepada kerajaan namun akhirnya pemilikan mutlak diberi kepada Kerajaan British pada tahun 1888. Walaupun bau telur busuk menusuk di setiap penjuru, bandar ini terus berkembang maju sehingga ke hari ini.
|
Bandar Rotorua |
|
Tugu Perang |
|
Tourist Information Centre |
|
Balai Polis |
|
Sir Howard Morrison Performing Arts Centre |
Atas permintaan ramai, Haziq membawa kami singgah di sebuah pasaraya untuk membeli bekalan kudapan lagi sebelum check-in ke hotel. Jika semalam kami berkunjung ke pasaraya Countdown di Auckland, pada hari ini dia membawa kami ke pasaraya Pak n' Save di Rotorua pula.
|
Pasaraya Pak n' Save di Rotorua |
|
Pintu masuk ke Pak n' Save |
Tak seperti pasaraya Countdown, konsep pasaraya Pak n' Save ini macam gudang.
|
Pemandangan di dalam pasaraya Pak n' Save di Rotorua |
|
Pintu masuk ke Pak n' Save |
|
Hasil belian di Pak n' Save. Jus Keri tu sentiasa ada dalam barang belian kami kerana rasanya yang sedap. |
Part 20: Victoria Lodge
Lepas shopping di Pak n' Save barulah kami check-in ke hotel penginapan kami yang bernama Victoria Lodge di Rotorua.
|
Victoria Lodge |
|
Kaunter pendaftaran Victoria Lodge terletak di sebalik pintu sana. |
Hotel ini lebih berkonsep seperti sebuah motel. Tak ada air-cond disediakan di bilik ini. Yang ada hanya sebuah kipas angin elektrik. Kata petugas di Victoria Lodge, hotel-hotel di Rotorua memang tak mempunyai air-cond kerana cuaca di sini tak sepanas mana.
|
Bilik penginapan yang lengkap dengan kipas angin |
|
Meja makan |
|
Peralatan dapur termasuk pinggan mangkuk dan sudu garfu turut disediakan |
|
Bilik air ini juga dilengkapi dengan span dan cecair pencuci pinggan mangkuk. Ada private thermal pool kecil menggunakan air panas geothermal semulajadi disediakan di sebelah bilik air ini tapi lupa nak ambil gambar. |
Memang betul seperti kata petugas tadi, cuaca di sini memang nyaman walaupun di tengah musim panas begini. Air-cond memang tak diperlukan, malah kita tetap menggigil di awal pagi kerana kesejukan. Sesuatu yang kami perhatikan ialah bau telur busuk di Rotorua semakin kuat di sebelah malam berbanding dengan di waktu siang.
Kami menginap di Victoria Lodge selama 2 malam. Sewa bilik di Victoria Lodge turut termasuk Continental Breakfast. Tapi hotel ini tak ada restoran. Set breakfast akan dihantar oleh pihak hotel ke bilik setiap petang sebelumnya.
|
Set Continental Breakfast yang terdiri dari roti, cereal, susu, butter dan buah-buahan. |
Pada malam itu, dinner pula adalah Fish n' Chips. Disebabkan di Rotorua cuma ada restoran take-away dan tak ada restoran Fish n' Chips yang boleh dine-in, set makan malam ini disediakan secara bungkus dan dihantar oleh Haziq ke bilik kami.
|
Dinner. Kalau beli Fish n' Chips take-away di New Zealand, bungkusannya memang besar begini. |
|
Fish n' Chips |
Bersambung ke Bahagian 9...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):