Friday, 1 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 01 (KL - GC - Auckland)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo


Bahagian 1: Perjalanan Ke Hujung Dunia
KUALA LUMPUR - GOLD COAST - AUCKLAND


Part 1: Percutian Ke New Zealand

Selepas berpeluang mengembara ke Eropah, Australia dan Mesir, Myself bercita-cita nak pergi ke South Africa. Dari dulu lagi South Africa memang dah masuk dalam bucket list, tapi perjalanan yang jauh dan kos yang mahal sentiasa menjadi penghalang. Dari sehari ke sehari, kita cuma membelek-belek pakej percutian ke South Africa sambil berfikir kat dalam hati, bilalah kita kan mampu nak terbang ke sana?

Oh, South Africa! Bilakah aku kan mampu ke sana?
New Zealand pulak memang tak pernah masuk dalam bucket list. Selain mahal, pakej percutian ke New Zealand juga panjang berbanding pakej ke South Africa. Bila Myself riki-riki, kos ke South Africa selalunya hanya dalam lingkungan 2/3 kos ke New Zealand. Mungkin kosnya lebih murah kalau mengatur perjalanan dan memandu sendiri di New Zealand, tapi bagi orang macam Myself dan Husband yang memanjang malas nak research dan memandu sendiri, Pakej Percutian ready-made tetap menjadi pilihan.

Pakej percutian ke New Zealand selalunya memakan masa 14 hari meliputi kedua-dua North dan South Island. Disebabkan kita bekerja makan gaji, memang susah kalau nak ambil cuti panjang begitu. Yang 14 hari tu memang full perjalanan di New Zealand. Tak mampulah Myself rasa nak terus masuk kerja the very next day selepas perjalanan yang jauh macam itu. Mesti kena ambil cuti 2-3 hari extra untuk berehat dan menghilangkan jet lag. Kalau minta nak cuti direct lebih dari 2 minggu begitu lebih-lebih lagi di awal tahun begini, pasti kena jeling dengan boss, kan? Lagipun selepas melawat ke Melbourne di Australia dulu, Myself merasakan suasana percutian ke New Zealand pun lebih kurang sama dengan itulah agaknya.

Namun kita merancang dan Tuhan menentukan. Sedang kita sibuk survey-survey pakej yang diharapkan mampu milik nak pergi ke South Africa, terjumpa pulak dengan satu pakej percutian ke New Zealand. Jumlah perjalanannya hanya 7 hari dan kosnya pun separuh dari kos pakej yang biasa ke New Zealand (dan lebih murah dari pakej percutian ke South Africa). Dan yang lebih best dari itu, tarikh perjalanan yang ditawarkan adalah sewaktu Cuti Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina 2019. Perlu ambil cuti 3 hari saja, dah cover seluruh perjalanan dan dapat tambahan 2 hari extra untuk berehat selepas pulang dari New Zealand.

Perancangan perjalanan yang berpindah dari South Africa ke New Zealand
Nak plus point lagi? It's summer in New Zealand. Matahari terbit sekitar pukul 6.30 pagi dan terbenam pada pukul 8.30 malam. Dengan waktu siang yang panjang, memang banyak pemandangan yang dapat dilihat dan senang nak jamak solat Zohor dan Asar dengan selesa selepas dah puas bersiar-siar, macam perjalanan kami ke Turkey dulu. Selepas membuat 2 trip ke Europe dalam musim sejuk, perjalanan dalam musim panas begini memang sangat dinanti-nanti.

Tapi mestilah ada juga minus point dia bukan? Yang minus sikit adalah pakej perjalanan ini hanya meliputi bahagian utara North Island New Zealand. Airline yang digunakan juga adalah Air Asia X dan bukan premium airline macam perjalanan jauh kami yang lepas-lepas. Tapi tak kisahlah itu semua kerana plus pointnya lebih banyak berbanding yang minus. Kalau kita redha dengan rezeki yang diberi Tuhan, ada banyak hikmah tersembunyi yang akan kita dapat. Paling tidak, kami dapat menjejak kaki ke New Zealand yang selama ini tak masuk pun dalam bucket list. South Africa, tunggulah dulu...

Peta North Island, New Zealand

HARI PERTAMA

Part 2: Perjalanan Ke Hujung Dunia

Memang teruja sewaktu memulakan perjalanan ke New Zealand. Betul-betul terasa bagaikan kami nak terbang ke hujung dunia walaupun taklah sampai ke hujung dunia sangat sebenarnya sebab kami hanya akan berkunjung ke bahagian utara North Island sahaja.

Memandangkan pesawat Air Asia X kami akan berlepas pada pukul 11.55 malam, kami bertolak ke KLIA 2 pada pukul 6 petang dengan menaiki teksi.

Perjalanan menuju ke KLIA 2
Hotel Movenpick yang membentuk sebahagian dari Kompleks Pengurusan Haji baru dekat KLIA.
Masih menuju ke KLIA 2
Susur keluar ke KLIA 2
Makin excited bila dah sampai di KLIA 2
Langkah pertama ke New Zealand
KLIA 2 memang sibuk pada petang itu kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk mengembara di musim cuti panjang begini. Yang naik Air Asia X ke New Zealand bersama kami pun ramai kerana Air Asia X akan menghentikan penerbangan ke Auckland bermula dari 11 Februari 2019. Jadi ramai yang dah menempah tiket perjalanan dengan Air Asia X selepas tarikh tersebut menukar penerbangan mereka ke waktu-waktu kecederaan begini. Maklumlah selepas 11 Februari nanti, dah tak ada lagi penerbangan murah ke New Zealand terus dari Kuala Lumpur.

Perhiasan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di KLIA2.
Lagi perhiasan sempena Tahun Baru Cina
Bila terpandang perhiasan sempena perayaan Tahun Baru Cina di KLIA 2 ini barulah Myself tersedar yang kami sebenarnya memang akan travel pada setiap musim cuti CNY. Tahun lepas di waktu yang sama kami bercuti ke Kerala di India. Setahun sebelum itu kami ke Brunei dan setahun sebelumnya pula ke Philippines. CNY pada tahun yang sebelum itu pula kami bercuti ke Bukittinggi di Indonesia. Jadi CNY tahun depan kita nak ke mana pula, ya?

Pintu masuk ke Kaunter Check-in di KLIA 2.
Gaya seorang pengembara
Sebaik sampai di KLIA2, kita dinner dulu. Susah juga nak mencari tempat makan ketika itu kerana semuanya sesak dengan pengunjung. Selepas melilau-lilau kami terpandang meja kosong di restoran Pappa Rich. Okay, disebabkan perut dah lapar, kita makan sajalah di sana.

Restoran Pappa Rich
Dinner di Pappa Rich, KLIA 2.
Selepas dinner, kita tunaikan pula kewajiban bersolat di surau di Kawasan Check-in KLIA2. Selepas dah selesaikan kewajiban ini, barulah segalanya akan lebih mudah lagi.

Surau di Kawasan Check-in KLIA2
Menunaikan kewajiban kepada Allah SWT untuk memohon restu agar segala urusan perjalanan dipermudahkan.
Satu persiapan yang telah kami buat lebih awal sebelum memulakan perjalanan ini adalah membuat penukaran wang. Kadar pertukaran matawang ketika itu adalah NZD 1 = MYR 2.80. Walaupun kadar pertukaran matawang NZ lebih murah berbanding USD dan AUD, tapi berdasarkan pengalaman Myself, harga barangan dan perkhidmatan di NZ tidaklah murah.

Muka hadapan wang kertas New Zealand memaparkan wajah-wajah tokoh negarawan New Zealand.
Muka belakangnya pula dicetak dengan gambar-gambar burung tempatan di negara tersebut.
Walaupun kami telah membuat Online Check-in, kami tak dibenarkan untuk membuat Bag Drop pada malam itu. Kami diberitahu oleh petugas Air Asia, semua penumpang yang dah membuat Online Check-in ke Australia dan New Zealand masih perlu membuat Check-in secara biasa malam itu atas arahan dari pihak berkuasa kedua-dua negara tersebut. Ramai penumpang yang tidak berpuas hati kerana disebabkan peraturan ini, kaunter khusus untuk penerbangan ke Australia dan New Zealand ditutup dan kami terpaksa berkongsi kaunter Check-in dengan penumpang yang ingin ke Indonesia.

Tension juga melihat seorang pakcik berketurunan Cina yang beratur di depan kami yang nak ke Australia marah-marah kepada staff Air Asia yang bertugas kerana tak puas hati dengan penutupan kaunter khusus untuk penumpang ke Australia malam itu. Chill sajalah pakcik, bukan salah staff Air Asia tu pun! Lagi pun kan semua penumpang yang nak ke Australia dan New Zealand dibenarkan Check-in satu jam lebih awal dari biasa pada malam ini disebabkan peraturan itu.

Pintu Perlepasan Antarabangsa
Kedai-kedai Duty Free di Kawasan Perlepasan Antarabangsa
Yoda
Berjalan menuju ke Pintu Perlepasan
Mengintai pesawat-pesawat Air Asia yang akan berlepas pada malam itu.
Departure
Pesawat kami, Air Asia X D7 206 adalah penerbangan yang terakhir berlepas pada malam itu.
Pesawat kami berlepas dari Pintu Q10 pada malam itu. Myself dan Husband tidak hanya berdua dalam percutian kami ke New Zealand ini. Kami turut disertai oleh Abang Myself bersama Isteri dan 2 orang anak mereka. Kami bertemu di Pintu Perlepasan pada malam itu.

Pintu Perlepasan kami. Pesawat ini juga akan membuat persinggahan di Gold Coast, Australia dalam perjalanan ke Auckland, New Zealand.
Penumpang-penumpang yang menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat.
Bergambar dengan Abang di luar Pintu Perlepasan
Pemandangan di dalam Pintu Perlepasan sebelum panggilan masuk ke dalam pesawat.
Tepat pada pukul 10.55 malam, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Pesawat Air Asia X yang akan membawa kami terbang ke Auckland
Beratur untuk masuk ke dalam pesawat
Air Asia X D7 206
Air Bridge
Tiba di pintu pesawat
Bersiap-sedia untuk berlepas ke Auckland

HARI KEDUA (1)

Part 3: Kuala Lumpur Ke Gold Coast

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Gold Coast di Australia memakan masa 8 jam 20 minit. Alhamdulillah cuaca sepanjang penerbangan sangat baik sehingga pesawat kami dapat terbang dengan lancar menuju ke Australia.

Lampu pesawat dimalapkan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa dalam penerbangan.
Oleh kerana penerbangan ini memakan masa 8 jam 20 minit, ada 2 sesi sajian penerbangan dalam pesawat. Sesi pertama adalah kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur manakala sesi kedua sajian pula adalah kira-kira 2 jam sebelum pesawat mendarat di Gold Coast. Penumpang yang telah membuat pre-booked meal boleh memilih untuk menikmati makanan mereka pada sesi pertama ataupun kedua. Bagi yang tidak membuat pre-booked meal pula, makanan boleh dibeli dalam pesawat.

Kudapan yang dijual dalam pesawat
Sajian penerbangan
Sajian penerbangan kami dalam perjalanan dari KL ke Gold Coast
Rendang ayamnya masin pulak dalam sajian ini.
Kami dapat melihat pemandangan matahari terbit sewaktu merentasi benua Australia menuju ke Gold Coast. Seperti juga di New Zealand, Australia juga sedang mengalami musim panas pada ketika ini. Namun tidak seperti suhu di New Zealand yang nyaman pada musim panas, suhu musim panas di Australia umumnya sangat panas.

Pemandangan mentari terbit di bumi Aussie
Dalam penerbangan menuju ke Gold Coast
Kepulan awan di bumi Aussie
Pemandangan dalam pesawat selepas mentari muncul di bumi Aussie.
Sajian penerbangan kedua dihidang kira-kira 2 jam sebelum mendarat di Gold Coast. Disebabkan Myself hanya membuat satu tempahan pre-booked meal yang dah dimakan tadi dalam penerbangan ini dan perut dah mula merasa lapar, kita pun belilah Grilled Cheese Sandwich dalam pesawat untuk breakfast. Kenyang juga makan sekeping sandwich ini, jadi yang sekeping lagi kita bagi pada Husband.

Grilled Cheese Sandwich
Ada 2 keping sandwich disediakan dalam setiap bungkusan
Sedap juga sandwich ini.
Ciri seorang pelajar yang cemerlang ~ tetap buat homework sekolah walau dalam penerbangan.
Masih terbang menuju ke Gold Coast
Akhirnya pesawat kami tiba di Gold Coast pada pukul 10 pagi waktu tempatan. Disebabkan kedudukannya yang lebih jauh ke timur berbanding Kuala Lumpur, waktu di Gold Coast adalah 2 jam lebih awal berbanding Kuala Lumpur.

Pemandangan Gold Coast dari udara
Pemandangan ombak yang menghempas pantai
Pulau-pulau kecil berhampiran Gold Coast
Bandaraya Gold Coast dari udara
Gold Coast adalah antara bandaraya pusat percutian yang popular di Australia
Jambatan di Gold Coast
Membuat penerbangan turun menuju ke Gold Coast Airport
Semakin menghampiri Gold Coast Airport
Selamat mendarat di Gold Coast Airport.
Pesawat Air Asia ini sebenarnya membuat persinggahan di Gold Coast untuk mengisi minyak. Air Asia juga turut membuat pertukaran crew di sini. Kata seorang crew Air Asia yang kami interview, crew yang bertugas dalam perjalanan dari Gold Coast ke Auckland nanti adalah crew yang bertugas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gold Coast semalam. Crew yang terbang bersama kami tadi pula akan bertugas semula dalam penerbangan dari Gold Coast ke Auckland esok.

Penumpang-penumpang seperti kami yang hendak meneruskan perjalanan ke Auckland juga perlu turun di Gold Coast bersama semua barang-barang persendirian. Kami dikehendaki masuk ke lorong International Transit dan melalui pemeriksaan sekuriti di sana sebelum diarahkan masuk semula ke Pintu Perlepasan.

Bersiap-sedia untuk turun di Gold Coast
Persinggahan transit kami di Gold Coast adalah selama 75 minit. Tapi disebabkan lebih ramai penumpang yang transit Gold Coast berbanding mereka yang menjadikan Gold Coast sebagai destinasi akhir, hanya beberapa minit selepas melalui pemeriksaan sekuriti ini, kita dah dipanggil semula masuk ke dalam pesawat. 

Myself perhatikan suasana di Gold Coast Airport ini sebiji macam LCCT di Kuala Lumpur sebelum KLIA2 dibina. Tapi jangan tak tahu, Airport Gold Coast ini adalah airport yang ke-6 tersibuk di Australia. Kod lapangan terbang OOL bagi airport ini adalah bersempena nama lama airport ini ~ Coolangatta Airport.

Pemandangan di ruang perlepasan Gold Coast Airport
Sempat duduk sekejap saja di airport ini sebelum dipanggil semula masuk ke pesawat.
Pintu Perlepasan untuk pesawat Air Asia X dari Gold Coast ke Auckland

Part 4: Gold Coast Ke Auckland

Dengan semangat baru (sebab semua staff pesawat termasuk pilot adalah staff yang baru), pesawat Air Asia X kami meneruskan penerbangan ke Auckland di New Zealand. Pesawat kami berlepas dari Gold Coast pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan mengikut jadual.

Terbang kembali meninggalkan Gold Coast
Ini adalah kali ketiga Myself dan Husband menjejak ke bumi Australia walaupun persinggahan di Gold Coast hanya sebentar sahaja.
Meninggalkan Australia menuju ke New Zealand
Penerbangan dari Gold Coast ke Auckland memakan masa 2 jam 50 minit. Walaupun jarak penerbangannya agak singkat, Gold Coast dan Auckland mempunyai perbezaan masa 3 jam di mana waktu di Auckland adalah lebih awal berbanding Gold Coast. Ini bermakna Auckland dan Kuala Lumpur mempunyai perbezaan masa 5 jam.

Suasana dalam penerbangan dari Gold Coast ke Auckland
Terbang tinggi ke hujung dunia
Ada satu sajian penerbangan dalam laluan dari Gold Coast ke Auckland ini tapi kami tak membuat pre-booked meal dalam laluan ini. Disebabkan lapar, kita beli sajalah makanan dalam pesawat ini. Tapi nasiblah sebab kita duduk di ekor pesawat, tak banyak pilihan makanan yang tinggal bila troli sajian ini sampai kat kita.

Sajian penerbangan dalam laluan dari Gold Coast ke Auckland
Ini saja sajian yang tinggal untuk kami berdua. Nasib baiklah kedua-duanya sedap.
Golden Butter Chicken
Chicken Tikka Masala
Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan dari Gold Coast ke Auckland juga baik dan cerah.

Cuaca cerah sepanjang penerbangan
Tiba di New Zealand
Pemandangan pertama kota Auckland
Terbang merentas kota Auckland
Subhanallah, cantik !
Kawasan pertanian berhampiran kota Auckland
Pinggir laut berhampiran Auckland
Hauraki Gulf
Auckland adalah kota yang terbesar di New Zealand


 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):