Februari 2019
NORTH NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 16: Taupo 1
PERJALANAN KE TAUPO & ORAKEI KORAKO (1)
HARI KELIMA (3)
Part 37: Burger Fuel
Selepas membuat Rotorua Duck Tours, Haziq membawa kami makan tengahari di sebuah restoran fast food Burger Fuel. Restoran ini terletak di sebuah tempat yang bernama Redwood Centre di Rotorua.
|
Burger Fuel |
|
Redwood Centre, Rotorua |
|
Don Kebab adalah sebuah lagi restoran Halal di Rotorua |
|
Don Kebab |
|
Pemandangan Burger Fuel dari depan |
|
Burger Fuel |
Haziq membawa kami makan di sini kerana kami teringin nak mencuba makan daging lembu fresh dari New Zealand. Yalah, kalau kat Malaysia kita asyik makan daging lembu import frozen dari Australia dan New Zealand. Dah sampai kat sini, kenalah cuba makan dagingnya yang fresh pulak. Walaupun ia sebuah restoran fast food, ada daging dan ayam Halal yang dijual di Burger Fuel.
|
Fuel For The Human Engine |
|
Penuh tatoo kat badan |
|
Memesan makanan di Burger Fuel |
|
Menu makanan di Burger Fuel |
|
Burger Daging dan Ayam Halal boleh disediakan di Burger Fuel |
|
Ruang makan di Burger Fuel |
|
Pesanan makanan kami dah tiba |
|
Burger American Muscle Halal |
|
Segar, sedap dan menyelerakan |
Satu pemandangan yang agak pelik kami lihat sewaktu berada di New Zealand ialah bila melihat segelintir penduduknya ~ baik Kiwi ataupun Maori ~ yang berjalan berkaki ayam. Kata Haziq ini memang pemandangan biasa kalau di musim panas. Group yang berkaki ayam ini berpegang kepada kepercayaan bahawa bumi ini bersih dan mereka lebih dekat dengan alam dengan berkaki ayam begitu.
|
Pasangan yang berkaki ayam |
|
Selamba je berjalan tak pakai kasut |
Part 38: Perjalanan Ke Taupo
Selepas makan tengahari di Burger Fuel, kami meninggalkan Rotorua menuju ke Taupo. Sedih juga meninggalkan Rotorua kerana ia adalah sebuah bandar yang menarik dan seronok untuk dikunjungi.
|
Tanah perkuburan |
|
Perjalanan meninggalkan Rotorua |
|
Menuju ke Taupo |
|
Perjalanan ke Taupo |
|
Cantik |
Kami melintasi beberapa buah kawasan geothermal lagi dalam perjalanan dari Rotorua menuju ke Taupo. Salah sebuah di antaranya ialah Wai-o-tapu.
|
Waiotapu Tavern |
|
Wai-o-tapu adalah antara kawasan geothermal yang termuda di New Zealand |
Jarak di antara Rotorua dengan Taupo adalah 80 km dan perjalanan ke sana memakan masa kira-kira sejam setengah. Namun demikian, kami tak terus menuju ke Taupo. Kami akan singgah sebentar di Orakei Korako dalam perjalanan ke sana.
|
Beginilah rupa kawasan hutan di North Island |
|
Padang ragut |
|
Campervan |
|
Golden Springs |
|
Simpang ke Orakei Korako |
Untuk ke Orakei Korako, kami menyimpang keluar dari jalan utama Rotorua-Taupo.
Part 39: Orakei Korako (1)
Orakei Korako yang bermaksud Place of Adorning terletak di seberang sebuah tasik yang bernama Lake Ohakuri. Kedudukannya yang agak tersorok turut menyebabkan ia dikenali sebagai Hidden Valley. Keistimewaan Orakei Korakao adalah ia dikatakan sebagai tempat yang paling mirip rupanya dengan Pink and White Terraces yang musnah dalam letusan Gunung Tarawera pada kurun ke-19.
|
Lake Ohakuri |
|
Tempat parking kereta ke Orakei Korako terletak di sebelah Lake Ohakuri |
|
Tumbuhan terapung di dalam Lake Ohakuri |
|
Sinter Terrace di Orakei Korako yang dikatakan mempunyai persamaan rupa dengan Pink and White Terraces yang musnah dalam letusan Tarawera Volcano. |
|
Peta Orakei Korako |
Orakei Korako Visitor Centre tidak terletak betul-betul di sebelah tempat parking kereta. Jenuh juga nak menapak ke sana dalam terik mentari dari tempat parking.
|
Orakei Korako Visitor Centre |
|
Tandas di Orakei Korako |
|
Mentang-mentanglah tempat ini ada banyak geyser, tandas pun dipanggil Guysers dan Galsers. |
|
Pintu masuk ke Orakei Korako Visitor Centre |
|
Pemandangan di dalam Visitor Centre |
Tiket masuk ke Orakei Korako tidak termasuk di dalam pakej percutian kami. Jadi terpaksalah membayar sendiri tiket masuknya yang berharga NZD 39 (RM 110) untuk dewasa dan NZD 15 (RM 42) untuk kanak-kanak. Sesuatu yang bagus di New Zealand ialah umur kanak-kanak dikira sebagai 16 tahun dan ke bawah.
|
Membeli tiket masuk ke Orakei Korako |
Staff lelaki yang bertugas di Orakei Korako ini cukup baik dan peramah orangnya. Sewaktu membeli tiket, dia menunjukkan peta tempat-tempat yang perlu kami lawati di sana. Disebabkan sekarang adalah musim panas dan matahari sedang memancar terik, dia menasihatkan kami memakai topi dan membawa bekalan air minum sewaktu melawat ke kawasan geothermal.
Memandangkan bekalan air minuman kami dah kehabisan ketika itu, kami bercadang nak membeli saja air mineral di Visitor Centre. Malangnya air kosong tak dijual di sana. Tapi staff yang baik hati itu menawarkan untuk refill botol minuman kami dengan percuma. Cuak juga melihat dia mengisi botol minuman kami dengan air paip, tapi tak ada apa yang perlu dibimbangkan sebenarnya kerana air paip di New Zealand memang selamat untuk diminum. Malah dah terbukti pun sebab tak ada sesiapa pun bertukar menjadi kecik pendek macam Hobbit selepas minum air paip di Hobbiton hari itu.
|
Brochure percuma di Visitor Centre. |
|
Air tasik yang begitu biru di luar sana memang memukau pemandangan. |
|
Boleh berehat dan minum-minum di sini dulu sebelum pergi ke seberang sana. |
|
Itik yang berenang di tasik |
|
Berehat di tepi tasik nan biru. |
|
Mengepak sambil memanggil kawan-kawan |
|
Bermain Riverjet di Lake Ohakuri |
Bersambung ke Bahagian 17...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):