Monday, 11 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 11 (Maori Arts & Crafts)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 11: Rotorua 5
TE PUIA (2) - MAORI ARTS AND CRAFTS INSTITUTE

HARI KEEMPAT (3)

Part 24: Te Puia (2)

FREE GUIDED TOUR

Selepas tamat persembahan Kapa Haka, kami menyertai pula Free Guided Tour di Te Puia. Free Guided Tour ini diadakan pada waktu-waktu tertentu oleh Local Guide di sini di mana kita akan diperkenalkan dengan lebih lanjut budaya Orang Maori dan tarikan-tarikan geothermal utama di Whakarewarewa Valley. Local Guide kami dalam Free Guided Tour ini adalah seorang wanita Maori yang bernama Te Rina.

Free Guided Tour
Te Rina
Mendengar Te Rina memberi penerangan
Kata Te Rina, Te Puia sebenarnya berada di sebuah lembah yang dalam Bahasa Maori dikenali sebagai 'Te Whakarewarewatanga-o-te-o-pe-taua-a-Wahiao' yang bermaksud The War Dance of The War Parties of Wahiao. Orang Maori memang sukakan nama panjang-panjang, kata Te Rina. Te Rina juga ada memberitahu kami nama sebenarnya sendiri yang memang sangat panjang. Tapi cukuplah kita mengenalinya sebagai Te Rina.

Cuba sebut dengan hanya satu nafas.
Kisah Whakarewarewa Valley
Sejarah penghijrahan Orang Maori di New Zealand
Memulakan Guided Tour

MAORI ARTS AND CRAFTS INSTITUTE 

Free Guided Tour kami dimulakan dengan melawat ke Maori Arts and Crafts Institute. Institut ini yang ditubuhkan pada tahun 1963 adalah sebuah institut persendirian yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk mengajar dan memelihara seni dan kraf Maori di New Zealand.

Maori Arts and Crafts Institute
Keterangan tentang New Zealand Maori Arts and Crafts Institute
Untuk masuk ke Maori Arts and Crafts Institute, kami menyeberang sebuah jambatan yang dibarisi patung ukiran Dewa Maori di kiri dan kanannya. Dewa-dewa lelaki dan dewa-dewa perempuan membarisi kedua-dua belah jambatan yang bertentangan.

Jambatan menuju ke Maori Arts and Crafts Institute
Patung Dewa-dewa lelaki berbaris di satu belah jambatan dan Dewa-dewa perempuan di sebelah jambatan yang satu lagi.
Dewa lelaki di sebelah sini jambatan
Dewa perempuan di sebelah sana jambatan
Dalam banyak-banyak dewa, kami diperkenalkan dengan Maui. Mengikut kepercayaan Orang Maori, Maui adalah seorang dewa yang licik dan banyak berjasa kepada manusia. Dia sebenarnya adalah seorang manusia yang dipelihara oleh dewa-dewa semenjak masih bayi lagi. Disebabkan hakikat ini, Maui sentiasa bersimpati kepada manusia. Dia diceritakan telah mencuri api dari kediaman para dewa untuk kegunaan manusia dan memancing keluar pulau-pulau dari lautan untuk dijadikan kediaman manusia. Maui turut diabadikan di dalam filem keluaran Disney yang bertajuk Moana.

Maui
Kehebatan Maui turut diabadikan dalam filem Disney, Moana.
Berjalan masuk ke Maori Arts and Crafts Institute
Pelajar-pelajar di Maori Arts and Crafts Institute berusia di antara 18-35 tahun dan berasal dari seluruh New Zealand. Hanya pelajar berketurunan Maori atau mereka yang boleh membuktikan mempunyai pertalian darah keturunan Maori sahaja yang diterima belajar di sini dan mereka ditaja sepenuhnya dengan pemberian biasiswa.

Ada tiga cabang kesenian yang diajar di Maori Arts and Crafts Institute: Seni Ukiran Batu dan Tulang, Ukiran Kayu dan Tenunan. Sebaik masuk ke sini, kami ditunjukkan terlebih dahulu Seni Ukiran Batu dan Tulang.

Seni ukiran batu
Tekun
Batu yang digunakan untuk ukiran
Batu Pounamu yang digunakan dalam ukiran
Keterangan mengenai seni ukiran Maori
Seni ukiran ini tidak hanya dibuat menggunakan bahan-bahan tradisional seperti batu Pounamu dan tulang sekarang. Bahan-bahan moden seperti resin plastik turut digunakan dalam seni ukiran ini.

Resin plastik yang turut digunakan untuk ukiran
Ukiran dari resin plastik
Hasil ukiran
Keterangan mengenai ukiran-ukiran tradisional menggunakan bahan-bahan moden
Lagi keterangan mengenai Innovative Materials
Kesenian tradisional kedua yang diajar di Maori Arts & Crafts Institute ini ialah ukiran kayu. Sesuatu yang menarik yang diceritakan kepada kami di sini ialah bagaimana Orang Maori sangat menghormati alam. Mereka percaya yang mereka telah dilantik oleh para Dewa untuk menjaga alam sekitar. Oleh yang demikian, orang-orang Maori tidak akan menebang pokok kayu untuk dibuat ukiran. Mereka sebaliknya hanya akan menggunakan batang-batang pokok yang telah mati.

National Wood Carving School di Maori Institute of Arts and Crafts
Ada laluan overhead seperti ini yang dibina di seluruh Maori Arts and Crafts Institute untuk pelawat melihat kerja-kerja kesenian yang sedang dilaksanakan.
Pelajar-pelajar pertukangan dan ukiran kayu di Maori Arts and Crafts Institute
Seni pertukangan kayu
Tekun bekerja
Kemudian kami dibawa pula melawat ke cabang ketiga Maori Arts and Crafts Institute yang dinamakan National Weaving School di mana kesenian tenunan tradisional Maori diajar. Bahan utama yang digunakan dalam kesenian tenunan Maori adalah tumbuhan flax.

Keterangan mengenai penggunaan tumbuhan flax dalam kesenian tenunan Maori
Hasil kesenian Maori
Pelajar-pelajar tenunan
Pakaian tenunan Maori yang dipakai pada musim sejuk
Te Rina memberi penerangan tentang piupiu.
Di sini kami juga diberi penerangan mengenai skirt tradisional Maori yang dinamakan Piupiu. Piupiu dibuat dari jerami flax. Ia dinamakan Piupiu kerana bila dipakai dan pemakainya bergerak-gerak, jerami-jerami flax ini akan mengeluarkan bunyi macam 'piu-piu'.

Skirt tradisional Maori yang dipanggil Piupiu.
Lagi hasil tenunan Maori menggunakan jerami flax.
Pembuatan jala menangkap ikan dan beberapa peralatan tradisional lain turut diajar di National Weaving School ini.
Bahagian terakhir dalam lawatan ke Maori Arts and Crafts Institute ini ialah lawatan ke Ahua Gallery yang merupakan sebuah galeri kesenian Maori. Pelbagai hasil kesenian Maori dipamerkan di sini.

Mengikut Te Rina melawat ke Ahua Gallery
Pokok Flax. Sikit-sikit macam Mengkuang je rupanya.
Pemandangan di dalam Ahua Gallery
Perhiasan pada pakaian
Macam beg-beg Mengkuang yang ada di Malaysia
Senjata Maori
Potret pengasas dan kumpulan pelajar pertama di Maori Arts and Crafts Instititute. Kata Te Rina pengasas Maori Arts & Crafts Institute ini adalah pakciknya.
Selepas melawat ke Maori Arts and Crafts Institute ini kami dibawa melawat ke bahagian terakhir dalam Free Guided Tours ini ~ melawat ke tarikan-tarikan semulajadi Geothermal yang terdapat di Te Puia.

Jambatan Dewa-dewa Maori
Mengikut Te Rina ke kawasan Geothermal


 Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):