Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 7: Rotorua 1
GOVERNMENT GARDENS
HARI KETIGA (5)
Part 17: Government Gardens
Setibanya di Rotorua, kami terus dibawa melawat ke Government Gardens. Taman yang cantik terletak di tengah-tengah bandar Rotorua ini boleh dilawat secara percuma. Pintu masuk taman ini ditandakan dengan Prince's Arch yang sebenarnya dibina di tengah-tengah bandar Rotorua bagi meraikan kedatangan pasangan diraja British Duke dan Duchess of Cornwall pada tahun 1901.
|
Pintu masuk ke Government Gardens |
|
Government Gardens |
Taman ini dibina di atas sebidang tanah seluas 50 hektar yang dihadiahkan oleh Orang Maori kepada British.
ROTORUA MUSEUM
Tarikan utama di Government Gardens adalah bangunan cantik Rotorua Museum yang dibina menggunakan senibina Tudor. Muzium ini malangnya sedang ditutup sewaktu kami tiba di sana untuk kerja-kerja pembaikan struktur bagi menahan gempa bumi.
|
Rotorua Museum |
|
Bangunan Rotorua Museum |
|
Pemandangan ke arah taman dari depan Rotorua Museum |
|
Pintu masuk ke Rotorua Museum |
|
Muzium ini sedang ditutup untuk kerja-kerja pembaikan struktur bagi menahan gempa bumi. |
|
Pemandangan bangunan muzium dari sisi |
|
Notis penutupan Muzium Rotorua |
TE ARAWA SOLDIERS MEMORIAL
Di sebelah Rotorua Museum ada sebuah memorial yang dinamakan sebagai Te Arawa Soldiers' Memorial. Ia didirikan untuk memperingati perajurit Maori dari keturunan Te Arawa yang terbunuh dalam Perang Dunia Pertama. Apa yang menarik ialah memorial ini telah dirasmikan oleh Duke of York (yang kemudiannya ditabal sebagai King George VI) pada tahun 1927. King George VI adalah bapa kepada pemerintah Inggeris sekarang, Queen Elizabeth II.
|
Te Arawa Memorial |
|
Memorial ini didirikan untuk memperingati anak-anak bangsa Te Arawa yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama |
|
Plak peringatan di Te Arawa Memorial |
|
King George |
|
Ukiran pada Te Arawa Memorial |
|
Krupps Field Gun ini telah ditawan oleh batalion tentera Maori yang berkhidmat dengan tentera British di Perancis dalam Perang Dunia Pertama |
|
Krupps Field Gun |
|
Waitukei Sculpture |
|
Pemandangan lebih dekat Waitukei Sculpture |
KLAMATH FALLS ROSE GARDEN
Ada sebuah taman bunga ros yang cantik terletak berhampiran Te Arawa Memorial. Taman bunga ini dinamakan sebagai Klamath Falls Rose Garden sempena nama bandar kembar Rotorua, Klamath Falls yang terletak di negeri Oregon di Amerika Syarikat.
|
Klamath Falls Rose Garden |
Taman bunga ros seperti ini juga ada di Klamath Falls di Amerika. Disebabkan New Zealand terletak di Hemisfera Selatan, bunga-bunga ros di sini akan berkembang mekar bermula dari bulan November sehingga ke bulan Jun.
GARDENER'S COTTAGE
Kemudian kita jalan lagi ke arah Gardener's Cottage. Pemandangan istimewa di sini adalah bunga-bunga Lavender berwarna biru yang juga sedang berkembang mekar.
|
Berjalan ke arah Gardener's Cottage |
|
Gardener's Cottage |
|
Bunga-bunga Lavender di depan Gardener's Cottage |
CROQUET PAVILION
Seperti juga di Australia, pengaruh British masih kuat di New Zealand. Kerana itu jugalah terdapat gelanggang permainan sukan Lawn Bowl dan Croquet yang merupakan sukan tradisional British di taman ini.
|
Croquet Pavilion |
|
Bunga-bunga cantik berdekatan Croquet Pavilion |
|
Lagi bunga-bunga yang cantik |
|
Bunga-bunga Hydrangea ini juga banyak dilihat di tepi-tepi jalan |
|
Picnic |
|
Gelanggang permainan Croquet |
|
Gelanggang Lawn Bowl |
|
Padang Lawn Bowl |
|
Pesanan di tepi gelanggang |
|
Patung di tepi Gelanggang Lawn Bowl |
|
Pusat kegiatan sukan |
|
Teduh |
BAND ROTUNDA
Ada sebuah pentas terbuka di hadapan Government Gardens ini yang dinamakan Band Rotunda. Pentas ini dibina pada tahun 1900. Ada persembahan nyanyian dari kumpulan persembahan Maori berlangsung ketika itu.
|
Band Rotunda |
|
Kolam berhampiran Band Rotunda yang dipenuhi serpihan-serpihan tumbuhan reput. |
|
Silver Fern |
|
Bunga-bunga liar |
|
Paku Silver Fern ini adalah sebahagian dari simbol negara bagi New Zealand |
|
Mengambil gambar bunga-bunga liar |
|
Pemandangan menghala ke Rotorua Museum |
|
Bangunan di tepi Government Gardens |
|
Laluan pejalan kaki di tepi Gelanggang Croquet menuju ke Rotorua Museum |
WYLIE MEMORIAL
Sebuah lagi memorial yang terdapat di taman ini ialah Wylie Memorial. Memorial ini dibina pada tahun 1904 oleh seorang pekedai di Rotorua yang bernama Joseph Wylie untuk memperingati anaknya Fred Wylie yang terbunuh dalam Perang Boer di Klipfontein, Afrika Selatan pada tahun 1901.
|
Ukiran kepala singa pada memorial ini menggambarkan keberanian Fred Wylie dalam Perang Boer. |
|
Pemandangan Wylie Memorial dari sisi |
KOLAM GEOTHERMAL
Rotorua terletak di sebuah kawasan aktiviti gunung berapi yang aktif. Sejak dulu lagi, aktiviti geothermal menjadi tarikan utama pengunjung di sini. Kolam-kolam geothermal sangat mudah dilihat di serata tempat di Rotorua, termasuklah juga di Government Gardens. Kolam-kolam geothermal turut digunakan oleh Orang Maori sebagai tempat pengebumian pahlawan-pahlawan mereka pada masa dahulu untuk mengelakkan jasad mereka dari diganggu oleh pihak musuh.
|
Salah sebuah kolam thermal yang terdapat di Government Gardens |
|
Ukiran Maori berhampiran kolam geothermal |
|
Air panas di dalam kolam geothermal |
|
Pemandangan lebih dekat ke dalam kolam geothermal |
|
Asap panas |
|
Tapak Sanatorium lama berhampiran kolam geothermal |
|
Bangunan Blue Baths yang mempunyai kolam pemandian air panas untuk orang awam di dalamnya. |
Kami menghabiskan masa sekitar sejam di Rotorua Gardens. Selepas itu kami dibawa pula menuju ke Lake Rotorua.
|
Berjalan kembali mendapatkan van yang parking berhampiran Rotorua Museum |
|
Meninggalkan Government Gardens |
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):