Wednesday, 6 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 06 (Matamata)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 6: Matamata 4
MATAMATA & PERJALANAN KE ROTORUA

HARI KETIGA (4)


Part 15: Matamata

Selepas melawat Hobbiton Movie Set, kami dibawa kembali oleh Guide kami yang bernama Haziq kembali ke Matamata untuk makan tengahari.

Bye-bye, Hobbiton.
Perjalanan ke bandar Matamata hanya memakan masa kira-kira 15 minit dengan melalui kawasan ladang penternakan.

Arah ke Matamata
Perjalanan ke Matamata
Ladang jagung
Kawasan penternakan
Ladang ternakan
Lembu tenusu di ladang ternakan
Rumah ladang
Hello, there!
Semakin menghampiri pekan Matamata
Matamata adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Waikato di North Island, New Zealand. Ia adalah sebenarnya sebuah bandar pertanian. Sebelum adanya Hobbiton Movie Set, ia hanya sebuah pekan kecil yang sepi.

Rumah kediaman di Matamata
Lagi suasana rumah kediaman di Matamata
Balai Bomba Matamata
Pusat Bandar Matamata
Jalan utama di bandar Matamata
Haziq membawa kami makan di sebuah restoran Turki yang bernama Fez Kebab. Tuan kedai cukup gembira menerima kehadiran kami kerana jarang sangat dia dapat memberi ucapan Assalamualaikum di sini, katanya. Dia turut menawarkan tempat jika kami nak bersolat di sini. Tapi kami menolak kerana masih awal sebelum masuk waktu Zohor dan kami perlu meneruskan perjalanan ke Rotorua. Lagipun dengan waktu siang yang panjang ketika itu, memang boleh bersolat dengan selesa di hotel di Rotorua nanti.

Matamata
Restoran Fez Kebab
Menu di Restoran Fez Kebab. Harga kebanyakan makanan berada dalam lingkungan NZD 10-15 (RM 30-45)
Makanan tengahari kami sedang disediakan
Open Kebab Sandwich. Walaupun portion makanannya besar, macam boleh habis kerana lapar.
Chicken Shawarma
Suasana di dalam restoran
Kami diberi sedikit Free Time di Matamata selepas makan tengahari. Kesempatan ini kami gunakan untuk menikmati keindahan bunga-bungaan yang banyak sedang mekar berkembang. Walaupun New Zealand sedang mengalami kemuncak musim panas sekarang, bunga-bunga masih banyak berkembang jika dibandingkan dengan suasana di musim panas di negara-negara lain yang pernah kami kunjungi.

Bergambar kenangan di Matamata
Menikmati keindahan bunga yang mekar berkembang
Bunga-bunga cantik di bandar Matamata
Cantik berkembang
Bergambar dengan berlatar belakangkan bandar Matamata
Ais kerim yang sedap di bandar Matamata
Satu pengalaman menarik di Matamata ialah sewaktu nak melintas jalan. Tak seperti di Malaysia, pemandu di Matamata dan amnya di seluruh New Zealand sangat hormat kepada pejalan kaki.

Jalan utama di Matamata ada sebuah pembahagi jalan yang besar macam sebuah taman kecil. Walaupun kita masih berada di sebelah sini jalan, pemandu yang kat sebelah sana dah berhenti untuk memberi kita melintas jalan. Ada kalanya kita rasa bersalah pulak sebab kita cuma berdiri di tepi jalan nak ambil gambar bunga yang cantik, walhal pemandu yang kat lorong di sebelah sana dah berhenti menunggu kita melintas jalan!

Pengalaman menarik sewaktu melintas jalan di Matamata. Kita masih kat sebelah sini, tapi pemandu yang kat sebelah sana dah berhenti menunggu kita melintas jalan. Pheewww!

Part 16: Menuju ke Rotorua

Perjalanan kemudian diteruskan menuju ke Rotorua yang terletak sejam perjalanan dari Matamata.

Menuju ke Rotorua
Tak banyak kereta diperhatikan di jalan-jalan di sekitar New Zealand
Ladang Lembu
Ladang-ladang lembu di New Zealand sentiasa dipasang dengan pagar elektrik untuk mengelakkan lembu dari terlepas keluar dari kawasan ladang.
Lembu berehat di tepi pagar
Banyak tempat di North Island, New Zealand menggunakan nama dalam Bahasa Maori.
Pokok di tengah ladang
Lagi suasana ladang
Kita tahu yang kita telah tiba di Rotorua bila bau telur busuk yang tajam mula menusuk ke dalam hidung. Ini adalah kerana Rotorua adalah pusat kegiatan geothermal bumi yang terbesar di New Zealand. Bau busuk ini sebenarnya berasal dari gas hydrogen sulphide yang keluar dari sumber-sumber geothermal yang sangat banyak terdapat di kawasan ini.

Arah ke Rotorua
Bau telur busuk mula menusuk ke dalam hidung bila kita sampai di Rotorua.
Rotorua juga adalah pusat kebudayaan Maori yang utama di New Zealand. Kerana itulah di mana-mana juga di Rotorua, kita akan dapat melihat papan tanda perkampungan Maori. Tapi perkampungan-perkampungan ini tidaklah terletak di tepi jalan macam perkampungan tradisional di Malaysia. Semuanya perlu memandu keluar sedikit dari jalan raya utama.

Mitai Maori Village
Arah ke Mitai Maori Village di Rotorua
Seperti juga di Matamata, ada banyak bunga sedang berkembang di Rotorua
Bandar Rotorua


 Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):