Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 22: Otorohanga
KIWI HOUSE & NATIVE BIRD PARK
HARI KEENAM (3)
Part 51: Otorohanga Kiwi House & Native Bird Park
Persinggahan kami yang seterusnya adalah Otorohanga Kiwi House and Native Bird Park. Susah kan nak sebut Otorohanga? Bayangkan saja sebutannya dalam Bahasa Melayu sebagai Otot Rahang Kah? Senang nak ingat.
|
Pintu masuk ke Otorohanga Kiwi House and Native Bird Park |
|
Bergambar dengan patung Burung Kiwi |
|
Pejabat Tiket |
Tiket masuk ke Otorohanga Kiwi House and Bird Park berharga NZD 29 (RM 82) seorang. Kalau budak di bawah 16 tahun murah sikit harga tiketnya tapi tak ingat berapa. Betul-betul di belakang Kaunter Tiket ada Kiwi Nocturnal House. Macam Rumah Kiwi yang kami masuk di Te Puia dua hari lepas, Rumah Kiwi ini juga dibina gelap sebab Kiwi adalah haiwan nocturnal yang aktif di waktu malam.
Sama juga dengan pengalaman di Te Puia dulu, kami tak nampak Burung Kiwi yang bersembunyi di celah-celah pokok dan daun kering walau jenuh menjegilkan mata. Maka terpaksalah berpuas hati dengan hanya melihat pameran Burung Kiwi di luar Kiwi House ini saja.
|
Pameran Burung Kiwi |
|
Saiz Burung Kiwi ini kecil sedikit dari saiz ayam |
|
Burung Kiwi tak boleh terbang. Mereka selalu saja menjadi mangsa sebagai makanan kepada haiwan lain sehingga bilangan mereka hampir pupus kini. |
|
Saiz telur Burung Kiwi memang besar. Cuma sebutir saja telur yang dikeluarkan oleh Kiwi betina pada satu-satu masa. |
|
Telur Burung Kiwi juga selalu dicuri dan dijadikan makanan oleh haiwan-haiwan yang lain. |
Dah kecewa tak dapat melihat Kiwi, kami berjalan-jalan di Bird Park pulak untuk melihat burung-burung tempatan New Zealand yang dibela di sini.
|
Peta Bird Park |
Masa nak masuk ke Bird Park ini ternampak pulak Burung Kereru yang kami lihat di tasik semasa membuat Rotorua Duck Tour semalam. Inilah burung yang dipanggil Drunken Bird sebab ia selalu jatuh ke bawah selepas makan buah-buahan pada pokok.
|
Kereru |
|
Suasana di Bird Park |
Bukan sahaja burung yang dipelihara di sini. Cicak pun ada dipelihara. Cicak ini dipanggil Tuatara.
|
Kisah tentang Tuatara yang dinamakan Mr Burns |
|
Mengintai Mr Burns kat dalam rumahnya. |
Kemudian kita berjalan lagi menuju ke tepi kolam yang dipenuhi dengan itik-itik yang sedang berenang.
|
Laluan di tepi kolam |
|
Itik berenang di dalam kolam |
|
Melihat Itik berenang |
|
Warna itik-itik ni camouflage dengan warna air kolam |
|
Pemandangan dekat itik-itik |
Dah puas tengok itik, kami berjalan lagi nak melihat burung lain. Tergelak besar Abang bila terjumpa Tahi dan Tungau.
|
Kesian burung ni dibagi nama Tahi dan Tungau. Nasib baik dia orang burung New Zealand yang tak faham Bahasa Melayu. Kalau tidak, mesti dia orang marah dapat nama begitu. |
|
Si Tahi dan Si Tungau ini adalah sebenarnya Burung Helang |
Kemudian kita tengok pulak Burung Kakaktua yang dipanggil Kakariki.
|
Kakariki |
|
Hampir tak nampak Kakariki terlindung di balik daun-daun |
|
Sacred Kingfisher |
|
Kotare |
|
Kotare di tepi kolam |
|
Wishing Well |
|
Oyster Catcher |
|
Spring Aviary |
|
Burung Kaka yang macam Burung Kakaktua tapi hitam gelap macam Gagak |
|
Keterangan tentang German Owl |
|
German Owl |
|
Kenangan di Bird Park |
|
Kolam Itik |
|
Husband di dalam Aviary |
|
Rumah Parrot |
|
Parrot tengah makan |
|
Pemandangan lebih dekat Rumah Parrot |
|
Dulu kami pernah diberitahu yang pokok Paku Gajah begini adalah makanan favourite dinosaur. Mungkin New Zealand penuh dengan dinosaur berjuta-juta tahun dulu sebelum Orang Maori datang ke sini. |
|
Ukiran. Macam rupa Tupai |
|
Wekas / Way Out |
Abang dan Family dah berjalan jauh ke depan ketika itu. Cuma Kakak Ipar duduk menunggu kat pintu keluar. Kata Kakak Ipar, Abang dan anak-anaknya dah masuk semula ke Kiwi House sebab tak puas hati tak nampak Kiwi tadi.
Kemudian melompat-lompat Anak Saudara keluar dari Kiwi House memberitahu yang mereka nampak Kiwi keluar mencari makanan. Siap ambil gambar curi lagi!
|
Burung Kiwi |
|
Gambar Kiwi yang dicuri ambil |
Jujur Myself katakan, kalau tak disebabkan Burung Kiwi ini, lawatan ke Otorohanga Kiwi House and Native Bird Park ini cuma biasa-biasa saja. Burung Kiwi inilah yang mengubah persepsi itu. Walau kita tak tengok sendiri Burung Kiwi ini, kita tumpang seronok mendengar cerita mereka melihat Burung Kiwi. Tapi disebabkan dah rasa bersalah curi-curi tangkap gambar Burung Kiwi, cepat-cepat kita bergegas meninggalkan Otorohanga Kiwi House and Native Bird Park ni. Hahaha! Janganlah Kiwi tu mati ataupun rabun pulak lepas kena tangkap gambar.
|
Jom cepat blahh!! |
Bersambung ke Bahagian 23...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):