Tuesday, 19 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 19 (Lake Taupo)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 19: Taupo 4
LAKE TAUPO

HARI KELIMA (6)

Part 42: Meneruskan Perjalanan Ke Taupo

Selepas melawat Orakei Korako, kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Taupo (disebut: Topo) yang masih setengah jam perjalanan dari situ. Macam biasa, pemandangan di kiri-kanan jalan adalah ladang-ladang ternakan saujana mata memandang.

Sebaik tiba di Taupo, kami dapat melihat Wairakei Geothermal Power Plant. Loji tenaga ini menggunakan kuasa geothermal untuk menghasilkan elektrik.

Hampir tiba di Taupo
Wairakei Geothermal Power Plant berhampiran Taupo
Banyak tarikan pelancongan di Taupo terletak di Wairakei Tourist Park ini
Laluan yang cantik menuju ke bandar Taupo
Huka Falls akan kami lawati pada esok hari
Arah ke Huka Falls
Kawasan berhampiran Huka Falls
Craters of the Moon adalah sebuah kawah gunung berapi geothermal.
Dah nampak Lake Taupo di depan sana

Part 43: Taupo Marina

Persinggahan pertama kami di bandar Taupo adalah Taupo Marina yang dipenuhi dengan bot-bot mewah. Kawasan di pinggiran tasik ini juga penuh dengan rumah-rumah mewah.

Taupo
Taupo Marina
Bot-bot mewah di Taupo Marina
Angsa berenang di Tasik Taupo
Air tasik sangat jernih sehingga rumpai air di dalamnya jelas kelihatan
Bergambar di Taupo Boat Marina. Bayangkan yang bot mewah di belakang itu adalah milik kita.
Anak Saudara mencuba memanggil itik menggunakan Duck Whistle yang diperolehi sebagai souvenir dari Rotorua Duck Tours tadi.
Datang juga Black Swan ini bila dipanggil dengan Duck Whistle
Angsa Hitam dan Itik-itik
Kilang pembuat bot di seberang Taupo Marina
Rumah-rumah mewah di pinggir Taupo Marina
Bersiar-siar di Taupo Marina
Lagi pemandangan dari Taupo Marina

Part 44: Lake Taupo

Persinggahan seterusnya adalah kawasan perkelahan di Lake Taupo. Lake Taupo adalah tasik yang terbesar di New Zealand di mana keluasan tasik ini adalah sebesar negara Singapura. Tasik ini juga lebih meriah berbanding Lake Rotorua yang kami kunjungi dulu kerana pengunjung dibenarkan bermandi-manda di sini.

Peta Lake Taupo
Pemandangan pantai di Lake Taupo
Bermandi-manda di Lake Taupo
Macam berkelah di tepi laut
Ada orang tengah buat Parasailing di sana
Close-up sikit
Lake Taupo adalah sebenarnya bekas sebuah gunung berapi. Tak hairanlah jika pasir di pinggir pantai di Lake Taupo ini juga adalah sebenarnya abu dari gunung berapi.

Pasir di pantai Lake Taupo
Floatplane di Lake Taupo
Canoe dan Parasailing
Bot yang keluar dari Taupo Marina
Pemandangan menghala ke Taupo Marina
Bot Cruise
Floatplane dan Bot Cruise
Cruising di Lake Taupo
Kapal Layar
Pengunjung di Lake Taupo
Canoe
Berlayar di Lake Taupo
Sunbathing
Itik berenang di Lake Taupo
Mandi-manda
Awek dari China ini sibuk berposing di setiap sudut Lake Taupo

Part 45: Wellesley Hotel

Dah puas makan angin di Lake Taupo barulah kami bergerak ke hotel penginapan kami, Wellesley Hotel yang juga terletak di tepi Lake Taupo.

Bandar Taupo
Lagi pemandangan di bandar Taupo
Lake Taupo
Wellesley Hotel
Pemandangan hotel dari depan
The Lazy Trout ini adalah simbol Hotel Wellesley
Haziq menguruskan pendaftaran bilik
Menunggu pendaftaran bilik
Wellesley Hotel ini sendiri tak besar, tapi bilik penginapan yang diberi besar dan sangat selesa. Seperti juga Victoria Lodge di Rotorua, tak ada air-cond disediakan di Wellesley Hotel, cuma heater untuk kegunaan di musim sejuk.

Pintu masuk ke bilik penginapan
Bilik penginapan di Wellesley Hotel. Triple Sharing sebenarnya.
Perabot yang bercirikan kayu
Bilik Air
Kita tengok kemudahan-kemudahan lain yang ada di Wellesley Hotel pulak.

Lobi Hotel
Tangga naik ke tingkat atas
Pemandangan di tingkat atas
Restoran Lazy Trout
Bar
Lorong menuju ke kolam renang
Kolam renang
Dinner malam itu disediakan secara bungkus untuk kami. Nasi Briyani dari sebuah restoran yang bernama Master of India. Memang sedap Nasi Briyani ini tapi macam biasalah, portion makanannya sangat besar mengikut saiz tipikal makanan di New Zealand. Ada pilihan ayam dan lamb.

Nasi Briyani dari Master of India
Jemput makan
Disebabkan pakej penginapan kami tidak termasuk breakfast di hotel, Haziq turut menghantar sekali bekalan breakfast untuk pagi esok bersekali dengan dinner. Uihh, banyaknya portion! Kata Haziq memang peruntukan dari travel agent di New Zealand ini begitu.

Bekalan untuk breakfast esok. Muffin tu seriously sedap!
Kami makan dinner awal sikit malam itu sebab lapar. Selepas dinner, disebabkan matahari masih memancar terang di luar, kita berjalan-jalan sikit di tepi Tasik Taupo dekat kawasan hotel sementara menunggu malam.

Ada sebuah Golf Driving Range yang menarik di tepi Tasik Taupo ini...

Golf Driving Range
Hole-in-one kat tengah tasik sana...
Sempat juga menikmati keindahan sunset di Lake Taupo...

Alangkah indahnya ciptaan Tuhan.


 Bersambung ke Bahagian 20...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):