Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 10: Rotorua 4
TE PUIA (1) - KAPA HAKA
HARI KEEMPAT (2)
Part 23: Te Puia (1)
Rotorua adalah sebuah pusat kebudayaan orang Maori yang utama di New Zealand. Sejak dulu lagi mereka telah mendiami kawasan geothermal di Rotorua yang dinamakan Whakarewarewa.
|
Bungy Jumping |
|
Pet Cemetery |
|
Menuju ke Te Puia |
|
Masih menuju ke Te Puia |
|
Padang Golf |
Ada
banyak perkampungan Maori di sekitar Rotorua dan untuk melihat
kebudayaan Maori ini, kami telah dibawa ke Te Puia (disebut: Ter Puya).
|
Arah ke Te Puia yang terkenal dengan geysernya yang terkenal, Pohutu. |
|
Te Puia |
|
Kia Ora |
Pemandangan pertama yang dilihat di Te Puia adalah sebuah gerbang tradisional yang dinamakan Waharoa. Waharoa ini dipasang di pintu-pintu masuk ke perkampungan Maori yang dinamakan Pa. Mengikut adat Maori, penduduk sesebuah Pa bertanggungjawab melindungi sesiapa saja yang berada di belakang Waharoa di Pa mereka, termasuklah tetamu yang berkunjung.
|
Pintu gerbang yang dinamakan Waharoa |
|
Mengikut adat Maori, penduduk kampung (Pa) bertanggungjawab melindungi sesiapa saja yang berada di belakang Waharoa ini, termasuklah para tetamu. |
|
Penerangan tentang Waharoa |
|
Berjalan ke arah pintu masuk Te Puia |
|
Kaunter Tiket |
|
Maklumat pakej tiket masuk ke Te Puia |
|
Tiket masuk dan peta Te Puia |
Secara kasarnya, Te Puia terdiri dari 3 bahagian: Maori Cultural Centre, Maori Arts and Crafts Institute dan Geothermal Area. Bila masuk ke Te Puia, kita akan bertemu terlebih dahulu dengan Maori Cultural Centre.
|
Pintu Masuk |
Te Puia adalah sebenarnya Pa (perkampungan Maori) dari suku Te Arawa. Di belakang Pintu Masuk terdapat tiang-tiang ukiran Maori Te Arawa yang dinamakan Heketanga-a-Rangi (Heavenly Origins).
|
Heketanga-a-Rangi |
|
Batu ini menggambarkan Bumi dan Kuasa Kehidupan (Mauri) yang dipercayai oleh Orang Maori wujud di dalam semua benda hidup. |
|
Tiang-tiang di Heketanga-a-Rangi diukir dengan wajah-wajah Dewa Orang Maori |
|
Keterangan tentang Heketanga-a-Rangi |
|
Ukiran-ukiran Dewa Maori pada Heketanga-a-Rangi |
|
Tane - God of the Forests (Penunggu Hutan)
|
|
Keterangan mengenai Tane |
|
Tangaroa - God of the Sea, Lakes & Rivers. Keterangan mudahnya dalam Bahasa Melayu ~ Hantu Air. |
|
Keterangan tentang Tangaroa |
|
Pemandangan keseluruhan Heketanga-a-Rangi |
|
Kafetaria |
|
Outdoor Seating |
|
Perhiasan sempena Tahun Baru Cina |
|
Menggantung Tanglung sempena perayaan Tahun Baru Cina |
|
Binaan tinggi di tengah sana dipanggil Pataka. Ia digunakan oleh orang Maori untuk menyimpan makanan. |
KAPA HAKA
Suku kaum Maori Te Arawa berhijrah ke New Zealand dari Polynesia 700 tahun dahulu. Te Puia adalah pada asalnya sebuah Pa (perkampungan tradisional) mereka. Pekerja-pekerja di sini kini kesemuanya berasal dari suku kaum Te Arawa ini.
|
Tempat Persembahan Kebudayaan |
Sewaktu di Te Puia, kami sempat menyaksikan sebuah persembahan kebudayaan Maori yang dinamakan Kapa Haka. Ada tiket berasingan perlu dibeli untuk menyaksikan persembahan ini. Ia diadakan di sebuah rumah perhimpunan tradisional yang dipanggil Marae.
|
Rumah perhimpunan Maori yang dinamakan Marae |
|
Menunggu persembahan kebudayaan Kapa Haka di depan Marae |
|
Marae |
|
Ukiran-ukiran Dewa Maori |
|
Petugas-petugas di depan Marae |
Kapa Haka dimulakan dengan pertunjukan sambutan tetamu. Kerana itulah kita diminta menunggu di depan Marae sebagai tetamu. Bila persembahan dimulakan, seorang wanita Maori datang menghampiri untuk mengalu-alukan kedatangan kami sambil memberi penerangan tentang budaya sambutan tetamu ini.
|
Persembahan bermula |
Seorang lelaki yang bernama Luke dari Idaho, USA menawarkan diri menjadi penghulu kami. Sebagai penghulu kepada tetamu yang datang, Chief Luke diajar tentang adat datang bertamu.
|
Chief Luke diajar tentang tatacara sebagai Penghulu kaum yang datang bertamu. |
|
Menunggu kedatangan Ketua Kampung |
Orang Maori adalah kaum yang suka berperang. Kerana itulah kedatangan tetamu asing akan sering dianggap sebagai kedatangan musuh. Mereka akan menyambut tetamu yang datang dengan gaya seolah-olah ingin bergaduh dengan mereka.
Memang adat Maori untuk membeliak mata dan menjelir lidah kepada tetamu yang datang sebagai cara untuk memberitahu yang mereka bukan satu kaum yang mudah untuk dibuli. Myself memang tahu tentang adat ini sebelum datang ke New Zealand lagi, tapi terperanjat juga melihat cara mereka membeliakkan mata dan menjelir lidah kepada kita begitu. Maklum sajalah, perbuatan ini dianggap sangat tidak sopan kalau di tempat kita.
|
Cara Orang Maori menyambut kedatangan tetamu |
Bila Ketua Kampung dah yakin yang kedatangan kita bukan dengan tujuan jahat, barulah Chief Luke diterima dengan baik. Terus Ketua Kampung akan melagakan hidungnya dengan Chief Luke, macam gambar di bawah ini. Adat ini dinamakan sebagai Hongi.
|
Laga hidung dua kali saja untuk buat Hongi. Jangan nak melebih-lebih. Kalau hidung pesek, memang susah nak buat Hongi. |
Kemudian Chief Luke mengetuai semua tetamu berjalan masuk ke dalam Marae. Kita diminta untuk tidak memakai topi atau cermin mata gelap bila masuk ke dalam Marae sebagai tanda hormat.
|
Ketua Kampung menjemput tetamu masuk ke dalam Marae |
|
Mengikut Chief Luke masuk ke dalam Marae |
Ada tarian dipersembahkan kepada tetamu sebelum kami masuk ke dalam Marae.
|
Masuk beramai-ramai ke dalam Marae |
Marae adalah tempat di mana kaum Maori berkumpul untuk sesuatu perayaan. Ia dibina dari kayu dan sarat dengan ukiran. Marae selalunya dinamakan sempena nenek moyang orang Maori. Oleh kerana Marae di Te Puia ini diukir oleh para pelajar dari Maori Arts and Crafts Institute yang berhampiran, ia diberi nama Te Aroui-a-rua (Basket of Knowledge).
|
Marae di Te Puia ini diberi nama Te Aroui-a-rua (Basket of Knowledge) |
|
Ukiran yang sarat di dalam Te Aroui-a-rua (Basket of Knowledge) |
Kapa Haka yang kami tonton dipenuhi dengan nyanyian dan tarian tradisional Maori. Pernah dengar lagu tradisional dari Kepulauan Hawaii yang bernama Aloha Oe? Lagu ini ada diselitkan dalam filem animasi Disney Lilo & Stitch. Mungkin disebabkan Orang Maori di New Zealand serumpun dengan Orang Polynesia di Hawaii, lagu tradisional mereka juga berbunyi seakan-akan sama dengan lagu Aloha Oe ini.
Salah sebuah persembahan yang menarik adalah lagu cinta tradisional Maori bernama Pokarekare Ana yang dinyanyikan secara duet. Cukup kagum mendengar nyanyian ini. Lagu ini menceritakan kisah percintaan legenda antara Hinemoa and Tutanekai yang pernah Myself ceritakan sewaktu dalam entry mengenai Lake Rotorua dulu. Ingat lagi tak?
Tarian yang paling menarik dah pasti tarian perang mereka yang dinamakan Haka. Haka menjadi popular di seluruh dunia kerana ia sering dilakukan oleh pasukan ragbi kebangsaan New Zealand yang digelar All Blacks sebelum sesuatu pertandingan.
Di akhir persembahan, penonton diajak berdiri dan diajar membuat gerakan tarian Maori. Kita pun ikutlah sama berdiri sambil goyang-goyang tangan. Lepas dah pandai goyang-goyang tangan, goyang-goyang pinggul sikit. Lembut-lembutkan badan. Ewahh, pandai dah la tu kita menari macam orang Maori. Hahaha!
|
Penonton diajak belajar Tarian Maori |
|
Tricky jugak tau nak goyang-goyangkan tangan macam dia orang buat. |
|
Goyang-goyang pinggul |
|
Persembahan berakhir |
Lepas persembahan berakhir, kita beramai-ramai keluar dari Marae kembali ke Visitor's Centre untuk menyertai Free Guided Tour pula.
|
Berjalan meninggalkan Marae |
Bersambung ke Bahagian 11...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):