Thursday, 14 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 14 (Lake Okareka)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 14: Rotorua 8
ROTORUA DUCK TOURS 1 (LAKE OKAREKA)

HARI KELIMA (1)

Part 30: Rotorua Duck Tours

Hari Kelima dimulakan dengan bersarapan di bilik di Victoria Lodge, Rotorua. Sebab dah muak asyik bersarapan makan roti, kita selit Maggi Mee dalam breakfast pagi ini. Puas makan Maggi Mee ini masa breakfast. Maklumlah, Maggi Mee buatan Malaysia export version yang dibeli di New Zealand.

Sarapan pagi di Victoria Lodge, Rotorua
Menunggu Haziq datang menjemput di luar bilik selepas Check-out
Program hari ini adalah membuat Rotorua Duck Tours dan seterusnya meninggalkan Rotorua menuju ke Taupo. Ada dua jenis Rotorua Duck Tours yang ditawarkan: Rotorua City and Lakes Tour (1 jam 30 minit) dan Tarawera and Lakes Tour (2 jam). Kami memilih Tarawera and Lakes Tour.

Pejabat Rotorua Duck Tours di Fenton Street, Rotorua
Kaunter Tiket Rotorua Duck Tours
Membuat Tour Confirmation untuk Rotorua Duck Tours
Tempat menunggu dalam pejabat Rotorua Duck Tours
Rotorua Duck Tours kami dijadualkan berlepas pada pukul 10.30 pagi. Sementara menunggu waktu itu kami berkunjung ke Kedai Hobbit yang terletak bersebelahan.

Ada banyak kedai souvenir bersebelahan pejabat Duck Tours
Kedai Hobbit
Green Dragon Inn
Bergambar dengan Gandalf
Excited Anak-anak Saudara jumpa Ginger Beer Hobbiton yang sedap itu. Tapi kalau nak beli bawa balik ke Malaysia takut pecah pulak botol kaca ini dalam beg nanti.
Rotorua
Arah ke tempat-tempat menarik di Rotorua
Ini kali ketiga Myself dan Husband menaiki Duck Tours. Kami pernah menaiki Duck Tours di Singapura dan Melaka sebelum ini. Tapi ini adalah pengalaman pertama bagi keluarga Abang.

Kenderaan Duck Tours dah tiba
Rotorua Duck Tours dari sisi
Bergambar dengan Sang Itik dari Rotorua
Tangga sedang diturunkan untuk membolehkan penumpang naik ke dalam Kereta Itik
Naik ke Kereta Itik
Pemandangan dalam Kereta Itik
Penumpang-penumpang Kereta Itik
Ada 18 orang penumpang yang menyertai Tarawera and Lakes Tour oleh Rotorua Duck Tours pagi ini. Sebahagian besar mereka datang dari USA. Dari Fenton Street, Kereta Itik kami bergerak ke Rotorua Tourist Information Centre untuk mengambil beberapa penumpang lagi di sana.

Bergerak menuju ke Rotorua Tourist Information Centre
Pemandangan sewaktu Kereta Itik bergerak ke Rotorua Tourist Information Centre
Selepas semua penumpang naik, pemandu Kereta Itik kami (digelar Conducktor) yang bernama Marcus memberi taklimat keselamatan. Marcus ini kelakar orangnya. Paling kelakar bila dia mengajuk gaya peramugari dalam kapal terbang membuat demonstrasi keselamatan.

Marcus memberi taklimat keselamatan. "First rule: don't jump overboard 'cause I might not see you do that to stop," kata Marcus.
Kelakar bila Marcus mengajuk peramugari dalam kapalterbang sewaktu membuat demonstrasi keselamatan.
Kereta Itik mula bergerak
Masih di bandar Rotorua
Lagi pemandangan di Rotorua
Bangunan ini bernama Crash Palace
Semua peserta Rotorua Duck Tours diberi Duck Whistle sebagai souvenir. Wisel ini mengeluarkan bunyi macam itik bila ditiup. Kereta Itik kami yang berwajah unik ini pula memang menarik perhatian ramai. Marcus menyuruh kami meniup Duck Whistle kepada mereka yang melambai dan memandang Kereta Itik kami. Uncle-uncle Mat Salleh yang dah kategori veteran dalam Kereta Itik kami cukup sporting meniup Wisel Itik ini dengan bunyi menggoda kepada semua yang memandang. Macam bunyi Donald Duck nak mengorat Daisy Duck, begitu! Kita pun tumpang sekali juga join the fun!

Suka betul Husband dapat tiup Duck Whistle ni.
Polis Rotorua
Perjalanan pertama kami dalam Tarawera and Lakes Tour ini adalah menuju ke Lake Okareka. Tengok peta ini...

Peta Rotorua Duck Tours
Hutan di luar bandar Rotorua
Tak perlu bimbang kalau nak berjalan di dalam hutan di New Zealand kerana seluruh negara ini tak ada ular ataupun sebarang binatang berbisa.
Ada banyak roundabout begini di kawasan New Zealand sebelah sini.
Arah ke tarikan-tarikan yang akan kami lawati
Pemandangan di sini sedikit berbeza dengan pemandangan yang kami lihat sebelum ini kerana kami sedang menuju ke kawasan pendalaman.
Sebahagian Tour Mates kami yang sporting dan kelakar.
Pemandangan hutan di New Zealand
Hiking

Part 31: Redwood Forest

Sebaik meninggalkan Rotorua, Marcus menunjukkan kepada kami hutan pokok Redwood. Apa yang menarik ialah pokok dalam hutan pokok Redwood ini sekata je berbaris-baris. Rahsianya ialah ini bukan hutan semulajadi. Ia adalah hasil penanaman semula pokok secara besar-besaran di awal tahun 1900-an dahulu.

Hutan Redwood
Banyak hutan semulajadi telah ditebang untuk dijadikan ladang ternakan sewaktu orang Eropah datang ke New Zealand pada masa dulu termasuklah di kawasan ini. Oleh yang demikian, usaha besar-besaran untuk menggantikan hutan yang ditebang ini telah dimulakan pada tahun 1900. Beribu-ribu pokok Redwood dibawa ke sini dari California di Amerika Syarikat pada ketika itu. Usaha ini memang berbaloi kerana Redwood Forest di Rotorua ini kini telah menjadi hutan tanaman semula yang terbesar di dunia.

Hutan Redwood
Penanaman semula hutan masih dilaksanakan sehingga sekarang
Pokok-pokok hutan yang ditanam semula
Kawasan ini telah mendapat pengiktirafan sebagai hutan tanaman semula yang terbesar di dunia
Memang kagum melihat usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar di New Zealand
Rotorua Quarry
Ladang ternakan
Tenang dan damai
Jalan menuju ke Lake Okareka memang sunyi. Jarang sekali kami bertemu dengan kenderaan lain di jalan raya. Bila ada kereta lain yang mengekor di belakang, Marcus akan menyisih ke tepi untuk memberikan laluan kepada mereka.

Jarang sekali bertemu dengan kenderaan lain dalam perjalanan ke Lake Okareka
Selepas menyisih beberapa kali memberi laluan kepada kereta lain, Marcus meminta kami memakai seatbelt kerana dia nak speeding katanya. Semua penumpang tergelak bila Kereta Itik ini "speeding" terhegeh-hegeh menaiki bukit. "Let's help out," kata Marcus. Kami beramai-ramai mengeluarkan tangan ke tepi tingkap dan membuat aksi macam mendayung sampan mengikut saranan Marcus. Lebih bersemangat kami mendayung bila Marcus memasang lagu tema dari filem Rocky yang penuh bersemangat itu!

Selamat sampai ke puncak bukit selepas membantu Marcus "mendayung" Kereta Itik
Had laju pemanduan di kawasan berpenduduk di New Zealand adalah 50 km/jam.
Bunga-bunga liar di tepi jalan
Banyak bunga liar dilihat di tepi jalan
Bunga Hydrangea ini adalah antara bunga yang paling banyak dilihat di tepi jalan

Part 32: Lake Okareka

Akhirnya kami tiba di Lake Okareka...


Pemandangan pertama Lake Okareka
Bunga lagi.
Pemandangan di kawasan kediaman di tepi Lake Okareka
Rajin Pakcik ini memesin rumput
Jeti di Lake Okareka
Marcus kemudian membawa Kereta Itik kami berlayar ke dalam tasik.

Menuju ke dalam tasik
Signboard di Lake Okareka
Mula nak masuk ke dalam tasik
Sikit lagi...
Memercik kuat air ke dalam bila Kereta Itik masuk ke dalam tasik. Kami yang duduk di bahagian belakang Kereta Itik inilah yang paling terkesan. Mujur kamera tak rosak terkena air.

Dah masuk ke dalam tasik.
Hooray!
Bila Kereta Itik masuk ke Tasik Okareka, Marcus memainkan lagu My Heart Will Go On dari filem Titanic. Feeling-feeling macam kami tengah belayar dengan kapal Titanic begitu. Jangan tenggelam macam Titanic, sudahlah!

Mula berlayar di dalam tasik dengan iringan lagu My Heart Will Go On dari filem Titanic.
Air Tasik yang kebiruan
Marcus bercerita tentang Tasik Okareka
Sambil berlayar, Marcus bercerita kepada kami tentang Lake Okareka. Lake Okareka bermaksud Lake of Sweet Food. Ia dinamakan demikian kerana pada satu masa dahulu penduduk Maori menanam kentang manis (sweet potato) atau kumara di tepi tasik ini.

Tasik Okareka juga menjadi pilihan sebagai tempat kediaman orang kaya-kaya. Kerana itulah di sekeliling tasik ini terdapat rumah-rumah mewah yang mahal harganya.

Rumah-rumah mewah di tepi tasik
Menangkap gambar rumah-rumah mewah di tepi tasik
Floating Filters
Rumah mewah yang ada bot sendiri
Sebahagian rumah-rumah ini kini telah menjadi hotel-hotel butik.
Lagi pemandangan rumah-rumah mewah
Canoe
Marcus cukup bangga menunjukkan White House kepada penumpang-penumpang Kereta Itik kami yang datang dari USA: "This is a house and it is white... So White House!"
Pemandangan dari Kereta Itik
Rumah di sebelah sana pulak
Cantik dan damai
Itik berenang di Tasik Okareka
Close-up
Selepas seberapa seketika berlayar di Lake Okareka, kami naik semula ke darat.

Selepas naik ke darat, Marcus turun memeriksa Kereta Itik. "Kena periksa," kata Marcus, "takut kalau-kalau ada rumpai air yang melekat atau lebih teruk lagi, takut-takut ada roda dah tercabut kat dalam air".

Marcus memeriksa Kereta Itik
Meja piknik di tepi tasik
Sewaktu di simpang nak keluar dari kawasan Lake Okareka, adalah sebuah kereta melintas. "Traffic!" jerit Marcus. "I hope it's not as bad at your place," katanya lagi. Mentang-mentanglah kat sini jarang ada kereta. Bila jumpa kereta sebiji pun dah dikira traffic!

Ladang biri-biri
Kambing biri-biri
Meninggalkan Tasik Okareka
Dari Lake Okareka, kami dibawa pula menuju ke tasik yang kedua, Lake Tikitapu.

Menuju Lake Tikitapu
Caravan Park
Tiba di Lake Tikitapu
Lake Tikitapu


 Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):