Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 21: Waitomo
WAITOMO GLOWWORM CAVE
HARI KEENAM (2)
Part 49: Waitomo Glowworm Cave
Waitomo Glowworm Cave adalah satu destinasi wajib sewaktu kami mengatur trip ke New Zealand. Jadi memang terasa bagai bermimpi sewaktu kami betul-betul tiba di sini.
|
1.3 km lagi dari sini |
|
Ke depan sikit lagi... |
|
Banyak kemudahan yang disediakan untuk pelancong berdekatan Waitomo Glowworm Caves. |
|
The General Store |
|
Waitomo Caves Discovery Centre |
|
Dah tiba ke Waitomo Caves Visitor Centre |
|
Pintu masuk ke Visitor Centre |
Tempat parking kereta di Waitomo Caves terletak jauh di bawah bukit. Waktu kami tiba, parking dah agak penuh. Syukurlah masih ada tempat untuk kami.
|
Tempat parking Waitomo Caves yang terletak jauh di bawah bukit |
|
Menongkah bukit nak pergi ke Visitor Centre |
|
Pintu masuk ke Visitor Centre dari tempat parking |
|
Berjalan naik bukit lagi menuju ke Visitor Centre |
|
Hiking Trails |
|
Aduh, macam jauh lagi... |
|
Tiba juga akhirnya... |
Di luar pintu masuk ke Visitor Centre ini terdapat pelbagai maklumat mengenai tempat-tempat di sekitar untuk melihat Glowworm. Gua yang kami lawati ini misalnya adalah Waitomo Glowworm Cave ~ untuk orang-orang yang tak begitu adventurous macam kami di mana kita akan dibawa melihat Glowworm sambil naik sampan.
Kalau suka hiking berjalan kaki, kita boleh berjalan kaki masuk ke Ruakuri Cave untuk melihat Glowworm di sana. Bagi yang adventurous nak melihat Glowworm secara Black Water Rafting, boleh pulak ke Aranui Cave. Kesemua gua ini terletak berhampiran, tapi jenuh jugalah kalau nak berjalan kaki dari satu gua ke gua yang lain.
|
Keterangan mengenai aktiviti-aktiviti di Waitomo Cave, Ruakuri Cave dan Aranui Cave. |
|
Kia Ora. Sila masuk ikut sini... |
|
Kedai cenderamata |
|
Tangga naik ke tempat tiket |
|
Kaunter Tiket |
Waitomo Glowworm Cave adalah destinasi pelancongan yang popular. Jadi tempat ini memang sangat ramai pengunjung. Semua pengunjung akan diberi tiket masuk mengikut waktu-waktu tertentu. Memandangkan tiket masuk kami dah pre-booked oleh travel agent, kami tak perlu menunggu lama. Inilah satu kelebihan pakai tour package ni, mereka boleh aturkan segala-galanya supaya perjalanan kita lancar sentiasa.
Kalau datang sendiri pun, memang kita disarankan untuk membeli tiket lebih awal secara online kerana kalau ramai sangat yang datang melawat, jenuh pulak kita kena menunggu giliran masuk ke dalam.
|
Tempat menunggu dekat kaunter tiket |
|
Ada pelbagai pakej tiket yang boleh dibeli |
Kami tiba di Waitomo Glowworm Cave pada pukul 11.45 pagi dan diberi tiket masuk pada pukul 12.15 tengahari. Petugas di kaunter tiket memberitahu kami boleh masuk ke ruang dalam pada pukul 12.00 tengahari. Jadi sementara itu kita lepak-lepak dulu kat ruang menunggu di luar ini.
|
Ukiran Maori di ruang menunggu |
|
Ukiran ini meraikan ulang tahun ke-100 penemuan Waitomo Caves pada tahun 1887 |
|
Plak peringatan di Ukiran Maori |
|
Pemandangan ke arah luar dari tempat menunggu |
|
Makan Snickers dulu sebelum masuk takut kelaparan kat dalam gua nanti. |
|
Tiket masuk ke Waitomo Glowworm Cave untuk 6 orang |
|
Bas persiaran yang baru tiba membawa pelancong-pelancong dari Tanah Besar China |
Seperti yang diarahkan, kami bergerak masuk ke dalam pada pukul 12.00 tengahari. Ada sebuah lagi ruang menunggu di dalam sana.
|
Jom kita gerak ke sana... |
|
Lorong menuju ke pintu gua dengan hiasan sempena Chinese New Year |
|
Pemandangan ruang menunggu di bahagian dalam |
|
Kisah kedatangan Orang Maori ke New Zealand dari kepulauan Hawaiki. Kepulauan Hawaiki kini dipercayai berada di sekitar Tahiti. |
Tanah letaknya Gua Waitomo ini adalah ancestral land milik orang Maori dari suku Tanui. Seperti juga kawasan pelancongan Te Puia di Rotorua yang diuruskan oleh suku Maori Te Arawa, Waitomo Caves ini pula diuruskan oleh suku Maori Tanui sepenuhnya.
|
Ruang menunggu di bahagian dalam |
|
Kaunter jualan makanan. Cuma boleh order makanan di sini. Ruang makannya di belakang sana. |
|
Menunggu giliran masuk ke dalam gua |
|
Next entry ~ 12.15 tengahari. Group kamilah tu! |
Ramai juga orang yang memegang tiket masuk pukul 12.15 tengahari seperti kami. Mula-mula peserta group tour dipanggil masuk. Ada 3 group besar ketika itu: 1 group Orang Putih, 1 group dari India dan 1 lagi dari China. Bila mereka dah selamat masuk barulah yang lain-lain dibenarkan masuk. Pengunjung yang tak ikut group tour macam kami dikumpulkan kepada 2 kumpulan.
|
Beratur masuk ke dalam gua. Line sebelah kiri untuk group tour dan line sebelah kanan untuk pelancong yang datang sendiri-sendiri. |
Setiap kumpulan akan diiring oleh seorang Guide. Tak ingat apa nama Guide kami, tapi disebabkan dia seorang pemuda yang berbangsa Maori kita bagi sajalah nama Maui kat dia.
Sebelum masuk ke dalam gua, Maui bercerita tentang sejarah Gua Waitomo dan cacing-cacing bercahaya yang tinggal di dalamnya. Cacing bercahaya dalam gua ini pertama kali ditemui oleh seorang Ketua Maori yang bernama Tane Tinorau pada tahun 1887. Nama Waitomo berasal dari dua perkataan Maori: Wai (Air) dan Tomo (Lubang). Maka Waitomo bermaksud Lubang Air.
Oleh kerana kawasan ini dianggap sebagai tanah suci orang Maori ada beberapa peraturan lawatan yang perlu diikuti. Antaranya ialah tak boleh merokok dalam gua, tak boleh buat bising dan yang lebih penting dan menyedihkan ialah kita tak boleh tangkap gambar dalam gua. Waaa!!! Nangis!
Disebabkan kita tak boleh ambil gambar dalam gua sedangkan banyak yang dilihat dan nak ditunjukkan di sini, kita gigihlah Google kat Internet cari gambar.
|
Pemandangan dalam Gua Waitomo. Ada banyak stalactite dan stalagmite macam ini yang dianggarkan dah berusia 30 juta tahun. |
|
Kita jalan ramai-ramai berkumpulan begini |
|
Kita akan berhenti di tempat-tempat tertentu untuk diberi penerangan tentang formasi yang terdapat di dalam gua. |
Kemudian kita dibawa melawat ke sebuah ruang gua yang sangat besar di mana bumbungnya setinggi 18 meter. Ruang ini dinamakan Cathedral kerana ia memantulkan bunyi. Penyanyi opera terkenal dari New Zealand yang bernama Kiri Te Kanawa dan Vienna Boys Choir pernah dijemput membuat persembahan di sini.
Di sini Maui mengajak kami menyanyikan sebuah lagu rakyat Maori bersama dengannya. "You don't have to pronounce it right, just sing along," kata Maui. Maka kami pun beramai-ramailah mengikut Maui menyanyikan lagu Maori sambil mendengar suara kami dipantulkan oleh dinding gua. Lagu ini bernama "Pokarekare Ana" yang pertama kali kami dengar sewaktu di Te Puia dulu. Lagu "Pokarekare Ana" ini memang sedap. Cuba dengar kat Youtube.
|
Pemandangan di Cathedral dalam Waitomo Cave yang mempunyai acoustics yang sangat hebat. |
Lepas dah menyanyi ramai-ramai kat Cathedral, Maui membawa kami ke bucu gua. Dia menyuluh dengan torch light ke satu lubang besar di sini, dan kelihatanlah pemandangan Glowworm yang pertama kepada kami di sini seperti ini...
|
Pemandangan Glowworm yang pertama |
Benang-benang ini adalah sebenarnya lendir yang dihasilkan oleh Glowworm untuk menangkap serangga. Glowworm akan mengeluarkan cahaya dari bahagian belakang badan mereka. Serangga akan tertarik kepada cahaya ini dan terperangkap dengan terlekat kepada benang-benang basah ini sewaktu cuba mendekati cahaya tersebut. Seterusnya serangga ini akan mati menjadi makanan Glowworm.
|
Geli juga tengok benang-benang berlendir yang dihasilkan oleh Glowworm ini. |
Sungai Waitomo mengalir menerusi gua ini. Seterusnya kita akan dibawa menaiki sampan menyusuri sungai untuk melihat cacing-cacing bersinar yang melekat pada bumbung gua. Banyak sampan disediakan dan setiap sampan boleh dinaiki kira-kira 10 orang.
|
Laluan dalam gua menuju ke Sungai Waitomo |
|
Suasana Sungai Waitomo di dalam gua |
Sampan ini tidak mempunyai enjin atau pendayung. Guide yang membawa kita akan menggerakkan sampan dengan menarik tali-tali yang dipasang di dalam gua. Ternganga kagum kita melihat cacing-cacing yang bersinar biru terang-benderang pada bumbung gua. Dari dalam sampan, tak nampaklah rupa cacing yang sebenar dengan lendir-lendir mereka sebab jauh. Disebabkan suasana di dalam gua hitam pekat, cahaya biru yang dihasilkan oleh sang cacing kelihatan bagai bintang-bintang biru yang bergemerlapan di langit yang gelap di waktu malam.
|
Naik sampan melihat Glowworm dalam Gua Waitomo. Nampak tak Guide memegang tali untuk menggerakkan sampan? |
Gambar-gambar yang Myself tunjukkan dalam blog ini diambil dari website Waitomo Cave. Tapi gambar-gambar ini sebenarnya tak diedit sangat pun. Memang beginilah pemandangan yang kita lihat dalam gua. Kagum sangat melihat cacing-cacing yang bersinar biru bergemerlapan ini.
|
Glowworm bercahaya bergemerlapan di dalam Gua Waitomo |
Glowworm akan memadamkan cahaya mereka dan duduk senyap bila merasa terganggu atau terancam. Kerana itulah kita diminta supaya benar-benar senyap sewaktu melihat cacing ini. Teringat cerita Kakak Ipar yang kawannya pun pernah datang melihat Glowworm di New Zealand. Mereka membawa anak kecil bersama. Disebabkan gua ini gelap dan pemandangannya agak menakutkan, anak kecil ini menangis kuat di dalam gua. Dengan tiba-tiba terus gua menjadi gelap sebab cacing ketakutan dengan bunyi bising dan memadamkan cahaya masing-masing.
|
Ini memang pemandangan suasana sebenar di dalam Waitomo Cave. |
|
Tiba di pintu keluar gua |
|
Keluar dari sampan |
|
Bergambar di depan gua |
|
Gambar kita di depan gua |
|
Air Sungai Waitomo |
Glowworm Cave memang perlu dilawati kalau sesiapa berkunjung ke New Zealand. Melihat sendiri kilauan cacing yang bercahaya ini memang tak sama dengan melihatnya di dalam gambar. Kalau tak salah, di South Island juga ada sebuah Glowworm Cave seperti di Waitomo yang terletak di Te Anau.
|
Suasana sewaktu berjalan balik ke Visitor Centre |
|
Lagi suasana sewaktu berjalan balik ke Visitor Centre |
|
Tangga balik ke Visitor Centre |
|
Moh kita naik tangga... |
Memandangkan ketika itu sudah agak lewat, kami membuat keputusan untuk lunch saja di restoran Waitomo Cave, lebih-lebih lagi bila melihat ada juga pilihan makanan Halal di sini.
|
Restoran Waitomo Cave |
|
Pilihan makanan di kafetaria Waitomo Cave. Ada antaranya yang Halal termasuk Angus Beef Burger. |
Mula-mula teringin juga nak cuba makan Prawn Laksa tu, tapi kemudian kami menukar fikiran. Bukan apa, takut rasanya mengecewakan sebab tak yakin orang New Zealand ini pandai masak Laksa. Dahlah harganya pun mahal ~ NZD 18.50 (RM 52) semangkuk.
Selepas membuat pertimbangan, kami akhirnya settle down dengan Kiwi Fish & Chips saja. Ini memang makanan orang putih dan dah pasti mereka pandai masak Fish & Chips. Memang pilihan kami tepat sebab Fish & Chips ini memang sedap.
|
Pemandangan di Restoran Waitomo Cave |
|
Suka Anak-anak Saudara jumpa Ginger Beer di sini. Tapi rasanya tak sesedap Ginger Beer di Hobbiton. |
|
Fish & Chips. Beli sepinggan saja kongsi berdua. |
|
Lunch |
Lepas Lunch kita masuk sekejap kat Kedai Cenderamata. Disebabkan kita tak dibenarkan ambil gambar kat dalam Waitomo Cave tadi, kita belilah juga gambar souvenir yang super imposed kat sini sebagai kenangan.
|
Kedai Souvenir di Waitomo Cave. Lupa nak ambil gambar kat dalam. |
|
Over kita posing macam nampak Glowworm depan mata. |
|
Haere Ra ~ Thank you for visiting |
|
Beg plastik environment-friendly yang dibuat dari jagung. |
Part 50: Singgah Di Otorohanga
Perjalanan kami seterusnya adalah menuju ke Hamilton. Walau bagaimanapun bila Haziq mendengar yang kami tak dapat melihat Burung Kiwi di Te Puia semalam, dia menawarkan untuk singgah di Kiwi House and Native Bird Park yang terletak di Otorohanga berhampiran. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang kami menerima pelawaan Haziq.
|
Menuju ke Otorohanga |
|
8 km dari sini... |
|
Ladang ternak |
|
Lembu ternakan |
|
Otorohanga Kiwi House & Native Bird Park... 3 km lagi |
|
Patung Burung Kiwi dari belakang |
|
Sungai |
|
Bandar Otorohanga |
|
Otorohanga District Council |
|
Arah ke Kiwi House |
Bersambung Ke Bahagian 22...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):