Wednesday, 13 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 13 (Rotorua Skyline)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 13: Rotorua 7
ROTORUA SKYLINE & ROTORUA

HARI KEEMPAT (5)

Part 26: Lunch di KFC

Bila kami keluar dari Te Puia, hari dah pun petang. Muka masing-masing dah monyok sebab kelaparan tahap maksima sampai kami tak masuk pun ke dalam kedai souvenir di Te Puia. Husband lebih monyok lagi sebab dia sakit pinggang kerana banyak sangat berjalan sepanjang hari ini di Agrodome dan Te Puia.

Semalam Haziq ada memberitahu kami yang di Rotorua ini ada sebuah restoran KFC Halal. Jadi kami meminta dia membawa kami lunch di sana sahaja.

KFC Halal di Rotorua
Ada dua buah restoran KFC di Rotorua dan cuma sebuah sahaja yang Halal. Restoran ini terletak di Amohia Street. Tapi kalau dicari sijil Halal, memang tak dipamerkan di restoran ini, macam juga restoran Nando's di Australia. Inilah kelebihan bila membuat Tour dengan seorang Local Guide di New Zealand. Maklumat sebegini hanya diketahui oleh penduduk-penduduk Muslim tempatan seperti pelajar kita di sana.

Lokasi KFC Halal di Rotorua
Pemandangan di dalam restoran KFC
Memesan makanan di KFC
Minuman boleh diambil sendiri di sini
Set Lunch kami
Sisa makanan kena dikemaskan sendiri selepas makan
Program kami seterusnya ialah melawat ke Skyline Rotorua. Tapi disebabkan cuaca panas ketika itu, Haziq mencadangkan supaya kami pulang bersolat dan berehat dulu di hotel sampai petang. Bila panas dah kurang di belah petang nanti, barulah kami ke Skyline Rotorua. Kami bersetuju dengan cadangan Haziq.

Pulang dulu ke hotel selepas lunch.

Part 27: Skyline Rotorua

Di sebelah petang, bila matahari dah mula turun, barulah kami bergerak ke Skyline Rotorua. Skyline Rotorua adalah sebuah pusat adventure di Rotorua. Di sini ada permainan fast-paced seperti Luge, Zipline, Skyswing dan Mountain Bike. Kalau kita tak cukup adventurous nak menyertai permainan-permainan ini, kita boleh setakat naik gondola ke Mount Ngongotaha dan melihat pemandangan indah Rotorua saja dari sana.

Menuju ke Skyline Rotorua
Semua aktiviti Skyline terletak di atas gunung. Jadi kita naik sajalah gondola ke puncak Gunung Ngongotaha. Memang susah nak sebut nama gunung ini!!

Skyline Gondola
Pintu masuk ke Skyline Gondola
Pemandangan di tempat tiket Skyline Gondola
Maklumat harga tiket untuk pelbagai pakej aktiviti di Skyline Rotorua
Beraksi dengan Luge sementara menunggu Haziq menguruskan tiket
Abang dengan Haziq di kaunter tiket Skyline Rotorua
Lepas dah dapat tiket, kita naik gondola ke puncak gunung. Perjalanan dengan gondola ini tak lama, mungkin sekitar 15 minit sahaja.

Skyline Gondola
Gambar poskad kenangan yang diambil oleh staff Skyline Rotorua
Gondola Fun Facts
Perjalanan naik ke Mount Ngongotaha
Jom tengok gambar-gambar yang kita ambil dari gondola semasa naik ke puncak gunung...

Ini gambar-gambar yang diambil di stesen gondola di puncak Gunung Ngongotaha...

Aktiviti-aktiviti lasak yang boleh disertai di Skyline Rotorua
Sebaik tiba di puncak gunung, kita nikmati dulu pemandangan indah bandaraya Rotorua dan sekitarnya.

Alpaca
Pemandangan bandar Rotorua dengan bunga-bunga yang berkembang mekar dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa di puncak gunung ini memang mengasyikkan.

Kafe di Stesen Gondola
Platform pemandangan
Kenangan di Skyline Rotorua
Bergambar dengan gondola
Dalam hati ada bunga...
Tasik Rotorua
Pulau Mokoia di tengah Tasik Rotorua
Macam Koboi pulak dah rupa kita ni... Hahaha!
Dekat dengan stesen gondola di puncak gunung ini, ada track Luge. Abang dengan dua orang anaknya memang tak sabar nak naik bila melihat Luge berdesup lalu.

Track Luge
Laju sungguh Luge ni berdesup
Luge yang menggoda Abang dengan dua orang anaknya.
Luge berdesup menuruni gunung
Teringin juga rupanya Rotorua ini nak jadi Las Vegas...
Tiket untuk naik Luge ini berharga NZD14 (RM42) seorang, tapi harganya turun kepada NZD6 (RM18) selepas pukul 6 petang. Kebetulan jam menunjukkan pukul 5.50 petang ketika itu. "I'll wait," kata Abang kepada staff penjual tiket. Tepat pukul 6 petang, dialah orang yang pertama membeli tiket Luge untuk dirinya dan kedua orang anaknya.

Kaunter Tiket Luge
Kotak Helmet
Bersedia nak main Luge
Laluan ke tempat Luge
Luge Starting Point
Peraturan main Luge
Sebenarnya ada tiga track yang disediakan untuk permainan Luge ini: Scenic, Intermediate dan Advanced. Sesiapa yang main Luge untuk kali pertama di sini dikehendaki menggunakan Scenic Track. Bila mencuba kali kedua dan seterusnya barulah dibenarkan menggunakan Intermediate dan Advanced Track.

Ada tiga track disediakan untuk pemain Luge: Scenic, Immediate dan Advanced.
Mamat ni dah terror, main kat Advanced Track
Myself, Husband dan Kakak Ipar tak join dia orang main Luge. Kami cuma tunggu kat tepi track saja, tolong ambil gambar. Sebelum berlepas, semua pemain Luge diberi training bagaimana nak control Luge masing-masing.

Diberi training cara nak control Luge.
Dah berlepas...
Corner baring kat Scenic Track
Lepas selesai, semua pemain Luge dan juga Zipline akan naik semula ke atas menggunakan Chairlift. Kos menggunakan Chairlift ini dah termasuk dalam tiket tadi.

Naik chairlift kembali ke atas semula
Luge juga dihantar naik ke atas kembali dengan menggunakan Chairlift

Sampai di atas, cangkuk yang memegang Luge akan terbuka dengan sendiri
Luge dah dilepaskan dari cangkuk gondola
Luge melungsur ke Starting Point semula
Wajah-wajah gembira naik Chairlift balik ke atas
Selamat sampai kembali ke atas
Cap yang diberi kepada semua pemain Luge
Abang dan anak-anaknya membeli tiket untuk bermain Luge sekali lagi. Kali ini mereka bermain di Intermediate Track pulak.

Husband tengah standby nak ambil gambar Abang dan anak-anaknya bermain Luge
Anak Saudara
Abang
Meluncur laju menuruni gunung
Naik Chairlift semula
Berlari happy turun dari Chairlift
Bergaya manja dengan Jelly Belly
Lepas main Luge, Abang macam bersemangat nak cuba Sky Swing pulak. Tapi tak jadi nak try sebab tak cukup berani kot... Kami menunggu juga sekejap nak tengok kot-kot ada orang lain nak cuba. Tapi tak ada pun nampaknya.

Sky Swing. Terbuai-buai tinggi di awangan kalau naik Sky Swing ni.
Booth Tiket untuk Sky Swing
Bila matahari dah semakin terbenam, barulah kami turun kembali ke bawah dengan menaiki gondola...

Kembali ke Stesen Gondola
Tengah aim gondola yang nak dinaiki...
Turun ke bawah...
Rusa
Pemandangan sewaktu turun ke bawah
Pemandangan dari dalam gondola

Part 28: Dinner @ Ali Baba Restaurant

Kami kembali ke bandar Rotorua untuk makan malam sebelum kembali ke hotel penginapan.

Kembali ke Rotorua
Masa mula sampai di Rotorua dulu, panik tengok pemandangan ini sebab ingatkan rumah ini tengah terbakar...
Rupa-rupanya ada sebuah geothermal vent di perkarangan rumah ini dan wap ini sebenarnya berasal dari situ.
Bandar Rotorua
Pada malam itu, kami dinner di sebuah restoran Tunisia yang bernama Ali Baba.

Restoran Ali Baba
Restoran Ali Baba di Rotorua menyediakan makanan Arab Tunisia
Gembira melihat Jus Keri dijual di sini
Pizza untuk makan malam
Bergambar di Restoran Ali Baba

Part 29: Eat Streat

Selepas dinner di Restoran Ali Baba, kami berkunjung ke Eat Streat yang terletak berhampiran. Eat Streat adalah sebuah pusat restoran yang menjual pelbagai makanan antarabangsa di dalamnya. Tapi dari pemerhatian kami, tak ada restoran Halal di sini.

Satu lagi pemandangan di bandar Rotorua
Berjalan-jalan di bandar Rotorua
Peta Pusat Bandar Rotorua
Eat Streat
Ada banyak restoran antarabangsa di Eat Streat tapi semuanya Tak Halal
Tempat parking basikal yang kreatif
Signboard di Eat Streat
Satu lagi pemandangan di Eat Streat
Paling banyak Makanan Barat yang dijual di Eat Streat
Restoran Ambrosia
Kami hanya membeli ice cream untuk dimakan di Eat Streat. Di sinilah Haziq memperkenalkan kepada kami ice cream perisa original dari New Zealand yang bernama Hokey Pokey. Memang sedap ice cream Hokey Pokey ini. Sesiapa yang datang ke New Zealand patut cuba ice cream Hokey Pokey.

Lady Jane's Ice Creams di hujung Eat Streat
Ais kerim perasa original dari New Zealand ~ Hokey Pokey
Kesedapan Hokey Pokey memang tak dinafikan.


 Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):