Saturday, 2 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 02 (Auckland)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 2: Auckland 1
AUCKLAND AIRPORT & QUEEN STREET

HARI KEDUA (2)

Part 5: Auckland Airport


Syukur Alhamdulilah, pesawat kami selamat mendarat di Auckland International Airport pada pukul 5.35 petang mengikut jadual.

Auckland International Airport
Parking di sebelah Qantas dan Air New Zealand
Pesawat Air Asia X yang membawa kami ke Auckland dengan selamat.
Pemandangan sewaktu keluar dari pesawat
Memang seronok sewaktu sampai di Lapangan Terbang Auckland. Sentuhan budaya Maori di merata-rata tempat di lapangan terbang ini membuatkan kita terasa yang kita sedang berada di sebuah tempat yang istimewa.

Haere mai (Come here) & Welcome to our shores
Suasana di Auckland Airport
Pintu Maori di laluan masuk ke tempat pemeriksaan pasport
Hiasan tanglung di Auckland Airport sempena perayaan Tahun Baru Cina
Aotearoa adalah nama New Zealand dalam Bahasa Maori. Ia bermaksud Long White Cloud.
Kami sebenarnya membuat Private Tour ke New Zealand. Selepas melalui pemeriksaan imigresen dan kastam New Zealand, kami terus keluar dan bertemu dengan Local Guide kami Haziq yang dah sedia menanti kami di sana. Haziq adalah sebenarnya seorang pelajar Malaysia di New Zealand yang bekerja sebagai seorang Tour Guide secara part time sewaktu cuti semester musim panas begini.

Local Tour Guide kami, Haziq dah sedia menanti di Airport.
Ruang menunggu di Auckland International Airport
Bukti kami dah sampai di Middle Earth.
Kemudian kami terus mengikut Haziq mendapatkan van yang disediakan khas untuk kami di tempat parking airport.

Menyeberang jalan menuju ke tempat parking
Pemandangan di depan Auckland International Airport
Patung Jean Batten di depan Auckland International Airport. Dia adalah seorang aviator wanita yang berasal dari New Zealand

Part 6: Ascotia Off Queen

Dari Airport, kami dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Ascotia Off Queen yang terletak di tengah bandar Auckland. Perjalanan dari Airport ke bandaraya Auckland memakan masa kira-kira 40 minit.

Meninggalkan Lapangan Terbang
Arah ke pusat bandar Auckland
Pemandangan pertama matahari terbenam di New Zealand
Terowong
Pemandangan di dalam terowong
Pemandangan selepas keluar dari terowong
Masih menuju ke pusat bandar
Pemandangan pertama bandaraya Auckland
Auckland sebenarnya dibina di atas bukit-bukit yang curam
Lukisan wanita Maori pada dinding bangunan
Sesuatu yang dilihat sebaik tiba di New Zealand ialah negara ini benar-benar dikongsi bersama oleh penduduk berbangsa Maori dan penduduk yang berkulit putih (dipanggil Kiwi di New Zealand). Ia adalah hasil perjanjian Treaty of Waitangi yang ditandatangani di antara Kerajaan British dengan penduduk Maori pada tahun 1840. Di bawah perjanjian ini, penduduk Maori memberikan hak kepada ratu Inggeris Queen Victoria untuk membeli tanah di New Zealand. Orang Maori pula diberikan hak dan perlindungan sebagai warga British. Namun perselisihan tetap timbul sehingga ke hari ini kerana perjanjian ini ditandatangani dalam dua versi: Maori dan Inggeris yang kandungan perjanjian keduanya mempunyai percanggahan maksud.

Hotel Ascotia Off Queen
Hotel penginapan kami adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak dekat Queen Street, shopping street yang terkemuka di kota Auckland. Bilik hotelnya agak sempit yang lumrah bagi hotel-hotel yang terletak di tengah bandar utama di mana juga. Namun sesuatu yang menarik ialah kami mendapat bilik penginapan dengan pemandangan Auckland Skytower yang terkenal itu.

Pintu masuk ke Ascotia Off Queen
Katil di bilik penginapan kami
Tandas di bilik penginapan kami
Pemandangan Auckland Skytower dari bilik penginapan kami di Ascotia Off Queen

Part 7: Queen Street

Selepas selesai solat jamak Zohor dan Asar di hotel, kami keluar mengikut Haziq kerana dia nak menunjukkan kepada kami sebuah tempat makan malam yang sedap di Auckland. Dia membawa kami berjalan kaki menyusur Queen Street berdekatan hotel kami.

Pemandangan Queen Street berdekatan hotel kami
Pintu masuk ke Myers Park
Myers Park ialah sebuah taman awam yang dibuka pada tahun 1913
Pemandangan Myers Park
Ada kerusi begini disediakan di sepanjang Queen Street untuk berehat kerana jalan ini dibina mendaki sebuah bukit yang tinggi.
Satu lagi pemandangan di Queen Street
Jewel of Bombay
Kedai makanan Jepun
Kami juga melintasi sebuah bangunan cantik yang dinamakan Auckland Town Hall. Sambil lalu di depannya, kita menjenguk ke dalam. Hiasan dalaman bangunan ini memang nampak menarik.

Auckland Town Hall
Hiasan dalaman Auckland Town Hall memang nampak menarik
Suasana di pusat komersil Queen Street
Pemandangan Auckland Skytower dari Queen Street
Pemandangan keseluruhan Auckland Town Hall
Persimpangan Queen dan Wakefield Street
Aotea Square
Arca menarik di Aotea Square
Bangunan Sky World

Part 8: Dinner Di Uncle Man's Express

Haziq membawa kami ke International Food Court yang terletak di dalam bangunan Sky World.

Pintu masuk ke Bangunan Sky World
Pemandangan di dalam Sky World
Food Court di dalam Sky World
Di sini kami diperkenalkan dengan gerai Uncle Man's Express yang menjual pelbagai makanan Malaysia. Semua kami berenam memesan makanan yang berlainan untuk dinner dari sini. Feedback yang didapati ialah semua makanan yang disediakan memang enak. Malah ada yang berkata lagi enak dari di Malaysia, tapi Malaysia bahagian mana yang jadi perbandingan tu, tak tahulah pulak. Harga makanan yang dijual juga tidak semahal makanan yang kami cuba di tempat lain. Cuma yang menjadi kegusaran ialah portion makanan yang dihidang sangat besar mengikut saiz tipikal makanan di New Zealand.

Gerai Uncle Man's Express di Sky World
Pelbagai makanan Malaysia dijual di sini
Nasi Goreng yang enak.
Wajah puas hati mendapat makanan yang enak dari gerai Uncle Man's Express.
Berjalan keluar selepas dinner

Part 9: Suasana Malam Di Auckland

Disebabkan malas nak berdepan dengan pemeriksaan ketat kastam New Zealand, kami sekeluarga tak membawa makanan langsung ke sini dari Malaysia. Maka atas permintaan ramai, Haziq membawa kami ke sebuah pasaraya Countdown yang berhampiran kerana kami nak membeli Maggi, biskut dan kudapan untuk bekalan perjalanan hari-hari yang seterusnya.

Skytower yang dihiasi lampu yang berwarna-warni di sebelah malam.
Kemeriahan malam di kota Auckland
Pemandangan di Victoria Street berhampiran Queen Street
Berjalan malam di kota Auckland
Pasar Malam yang menjual makanan di tengah kota Auckland. Tapi makanan yang dijual banyak yang tidak Halal.
Pasaraya Countdown di Victoria Street
Pintu masuk ke pasaraya Countdown
Haziq meninggalkan kami selepas menunjukkan pasaraya Countdown ini dan menunjukkan jalan pulang ke hotel. Walaupun baru sangat tiba di Auckland, kami terus dah pandai nak jalan-jalan sendiri. Hehehe!

Antara benda menarik yang kami jumpa di pasaraya Countdown adalah mi segera Maggi buatan Malaysia yang export version. Maggi perasa Asam Laksa export version ini misalnya ditulis sebagai Maggi Oriental. Disebabkan curious, kami membeli beberapa pack untuk dicuba. Maggi yang export version ini rasanya memang lebih sedap dari Maggi yang dijual di tanah air. Memang tak adil!

Persembahan Aladdin di Civic Theatre

Part 10: Auckland Town Hall

Dalam perjalanan pulang ke Hotel, kami singgah menjenguk ke dalam Town Hall. Di sinilah kami ditegur oleh seorang petugas di Town Hall ini yang bernama Rizwan. Walaupun rupanya macam Bangladesh/Pakistan, kata Rizwan dia orang native New Zealand. Mungkin generasi kedua yang memang dah lahir dan dibesarkan di negara ini. Kata Rizwan boleh saja kalau kami nak masuk ambil-ambil gambar dalam bangunan ini. Kami pun apa lagi, bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal.

Auckland Town Hall
Plak peringatan di tepi Town Hall
Pemandangan di dalam Town Hall
Town Hall ini kini banyak digunakan untuk aktiviti kesenian. Umpamanya pada malam itu ada beberapa persembahan konsert dan komedi diadakan di dalamnya. 

Tangga menuju ke tingkat bawah
Bergambar di atas tangga
Jubin lantai di Town Hall yang menarik
Pemandangan keseluruhan tangga di tengah Town Hall
Lepas dah puas menangkap gambar di dalam Town Hall, barulah kami berjalan pulang ke hotel. Kalau tadi masa nak dinner seronok berjalan menyusur Queen Street kerana berjalan menurun bukit, berbeza pula dengan perjalanan kali ini yang terpaksa menongkah mendaki bukit yang curam. Bukitnya pulak bukan main tinggi lagi!

Berjalan mendaki bukit di Queen Street untuk pulang ke hotel.
Berehat sekejap lepas dah tak larat nak mendaki bukit di Queen Street


 Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):