Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 20: Taupo 5
HUKA FALLS & PERJALANAN KE WAITOMO
HARI KEENAM (1)
Part 46: Suasana Pagi Di Taupo
Selepas breakfast di bilik pada pagi Hari Keenam, kami check-out dari hotel untuk pulang ke Auckland. Dalam perjalanan pulang ke Auckland ini, kami akan membuat beberapa persinggahan yang meliputi Huka Falls, Waitomo Glowworm Cave dan Hamilton Gardens.
|
Korridoor di depan bilik di Wellesley Hotel |
|
Suasana yang senyap sunyi di awal pagi di depan kaunter pendaftaran hotel |
|
Tangga naik ke tingkat atas |
|
Suasana di depan hotel |
|
Pemandangan menghala ke Lake Taupo |
|
Bendera New Zealand |
|
Bandar Taupo di seberang Lake Taupo |
|
Kerusi rehat untuk menikmati pemandangan tasik |
|
Ramai yang beriadah di tepi tasik pagi ini |
|
Jogging |
|
Bersiar-siar |
|
Berbasikal |
|
#LoveTaupo |
Part 47: Huka Falls
Persinggahan pertama kami adalah ke Huka Falls yang terletak di luar bandar Taupo.
|
Menuju ke arah bandar Taupo |
|
Perhiasan Maori di tepi Tasik Taupo |
|
Tugu Ikan di Boat Harbour |
|
Bunga-bunga cantik dekat Tugu Ikan |
|
Pemandangan bandar Taupo di awal pagi |
|
Padang ragut |
|
Rumput-rumput kering yang sedang dikumpul untuk dijadikan makanan haiwan |
HUKA FALLS WALK
Haziq tersilap memberhentikan van di Huka Falls Walk kerana menyangka ia adalah laluan masuk ke Huka Falls. Bila dah berjalan kira-kira beberapa minit ke dalam, barulah kami sedar yang pintu masuk ke Huka Falls yang sebenar terletak lebih jauh ke dalam lagi. Tapi tak mengapa, sebab merasalah juga kita buat hiking sikit kat New Zealand ni.
|
Huka Falls Walk |
|
Haziq tersilap memberhentikan van di sini |
|
Peta Walking Trails di sekitar Huka Falls |
|
Huka Falls terletak 15 minit berjalan kaki dari sini. |
|
Huka Falls Walk |
|
Makin lama walking trail ini makin sempit |
|
Laluannya juga curam di sesetengah tempat |
|
Husband dan Haziq |
Huka Falls Walk menyusuri Waikato River menuju ke arah Huka Falls. Laluannya menyusuri denai hutan. Sesekali Sungai Waikato dengan airnya yang biru cantik menjengah di celah-celah pepohonan rimbun. Walaupun tak kelihatan dalam pandangan, bunyi deruan Huka Falls dapat didengar di laluan ini.
|
Sungai Waikato dengan airnya yang biru |
|
Sampai kat sini kami decide nak berpatah balik kerana laluannya semakin curam dan mencabar. |
|
Berpatah balik ke pangkal jalan |
|
Huh, curam! |
|
Pemandangan Sungai Waikato |
|
Ada juga vandalism kat sini |
HUKA FALLS
Huka Falls terletak di Wairakei Tourist Park yang juga mempunyai beberapa tarikan lain di dalamnya. Ia bukanlah sebuah air terjun yang tinggi, sebaliknya hanyalah sebuah jeram yang menghempas di Sungai Waikato dengan kelajuan yang tinggi.
|
Pemandangan di tempat parking di Huka Falls |
|
Peta Wairakei Tourist Park |
|
Arah ke Huka Falls Viewpoints |
|
Huka Falls boleh dilawati secara percuma tetapi sumbangan ikhlas sangat dialu-alukan. |
|
Jambatan menyeberang Sungai Waikato |
|
Aliran di hulu Sungai Waikato |
|
Pemandangan arah ke hulu Sungai Waikato dari atas jambatan |
Sungai Waikato adalah sungai terpanjang di New Zealand. Alirannya berpunca dari Lake Taupo dan mengalir menerusi tebing-tebing tinggi yang terpisah selebar kira-kira 100 meter berhampiran Tasik Taupo. Sebaik sebelum sampai di Huka Falls, jarak pemisah di antara tebing-tebing tinggi ini menjadi semakin sempit sehingga seluas 20 meter menyebabkan aliran air sungai mengalami tekanan dan menyembur keluar menjadi jeram.
|
Tebing-tebing tinggi di kiri kanan Sungai Waikato yang menyempitkan aliran air di sini. |
|
Ruang yang menyempit tiba-tiba ini menyebabkan tekanan terbentuk di dalam air sungai |
|
Mengambil gambar jeram di Sungai Waikato |
|
Bergambar di atas jambatan |
|
Sungai Waikato |
|
Laluan pejalan kaki di tepi Sungai Waikato |
|
Ada beberapa platform pemerhatian disediakan di sepanjang laluan ini |
Warna biru air Sungai Waikato yang hebat ini pula disebabkan kandungan mineral yang dibawanya. Tasik Taupo yang menjadi punca aliran Sungai Waikato berwarna biru pekat kerana ia kaya dengan mineral. Kandungan mineral ini semakin larut bila aliran air ini bercampur dengan tanah lahar di sepanjang Sungai Waikato. Kerana itulah warna biru air Sungai Waikato di sini lebih cerah berbanding warna biru air di Tasik Taupo.
|
Warna biru Sungai Waikato ini berpunca dari bahan mineral yang dibawanya bersama dari Tasik Taupo |
|
Pemandangan ke arah sungai yang lebih hilir |
|
Aliran sungai ini sangat ganas. Memang tak selamat kalau nak berenang di sini. |
|
Ada orang tengah buat Helicopter Tour atas Huka Falls |
|
Pemandangan jeram ini memang menakjubkan |
|
Tempat pemerhatian Huka Falls yang sebenar |
Huka
Falls yang sebenar adalah tempat di mana aliran jeram Sungai Waikato
tadi terhempas ke dasar sungai yang lebih rendah. Perbezaan aras ini
cuma 11 meter, namun dengan kadar aliran air sehingga 200,000 liter/saat, ia memberikan kuasa dan pemandangan yang sangat menakjubkan.
|
Pemandangan selepas aliran sungai menghempas di Huka Falls |
|
Melihat kuasa air yang menghempas |
Huka Falls menghempas air pada kadar 200,000 liter/saat. Kadar ini cukup untuk mengisi 5 buah kolam renang bersaiz Olimpik dalam tempoh hanya 1 minit. Nama "Huka" berasal dari perkataan Maori yang bermaksud "buih" (foam). Ia menggambarkan rupa air yang menghempas di Huka Falls.
|
Huka Falls yang sebenar |
|
Takjub melihat kekuatan air yang menghempas di sini |
|
Pemandangan bak buih inilah yang memberikan nama Huka (Buih) kepada Huka Falls |
|
Pengunjung-pengunjung ke Huka Falls |
|
Kita juga meraikan tema biru di Huka Falls |
|
Ice Blue, Snow White |
Kalau anda berani dan teringin nak merasa kekuatan sebenar aliran air di Huka Falls, bolehlah cuba bermain Hukajet. Waktu kami di sana tak nampaklah pulak orang bermain Hukajet ni, mungkin disebabkan masih awal lagi. Tapi kita tunjukkan gambar Hukajet yang diambil dari Internet di sini, manalah tahu kot-kot ada yang teringin nak mencuba selepas melihat gambar ini...
|
Jet Power |
|
Bermain Hukajet di kaki Huka Falls |
Bot Hukajet boleh mengisi 15 orang penumpang termasuk pemandu. Bot ini akan dipandu dan dipusing dengan lasak di kaki Huka Falls yang airnya juga dah memang lasak. Kalau berani, cuba duduk kat kerusi yang paling depan.
|
Sangat sesuai untuk orang yang sukakan sukan lasak. |
Kami tak spend masa yang lama di sini kerana perjalanan ke Auckland masih jauh lagi dan banyak persinggahan nak dibuat dalam perjalanan nanti.
|
Sungai Waikato kembali tenang di hilir Huka Falls |
|
Kata pepatah: Air yang tenang jangan disangka tak ada buaya. Tapi memang tak ada buaya di New Zealand. |
|
Aratiatia Walkway |
|
Berjalan pulang |
|
Huka Falls wajar menjadi persinggahan wajib kalau berkunjung ke Taupo |
Kekuatan aliran air sungai ini walau bagaimanapun ada kesan negatifnya. Dasar aliran sungai ini sedang terhakis dan satu hari nanti Huka Falls akan hilang dan menjadi hanya sebahagian dari aliran Sungai Waikato.
|
Mengabadi kenangan sebelum meninggalkan Huka Falls |
|
Meninggalkan Huka Falls |
Part 48: Perjalanan Ke Waitomo
Perjalanan seterusnya adalah untuk menikmati satu lagi keajaiban alam di New Zealand ~ Waitomo Glowworm Cave. Gua ini terletak di Waitomo, kira-kira 2 jam perjalanan dari Taupo.
|
Menuju ke Waitomo |
|
Pemandangan terakhir Tasik Taupo |
|
Ladang Sweet Potato |
|
Ladang ternak |
|
Jalan luar bandar |
Tak ada lebuhraya yang diperhatikan di New Zealand kecuali berhampiran dengan bandaraya Auckland. Sebahagian besar jalan rayanya adalah jalan dua lorong. Tak perlu pun nak membina lebuhraya di New Zealand kerana jalannya tak pernah sibuk, mahupun dalam bandaraya Auckland sendiri.
|
Pemandangan ladang di New Zealand memang cantik |
|
Pemandangan kereta yang berderet begini boleh dianggap sebagai jalan raya yang sibuk di New Zealand. |
|
Dengan padang rumput seluas begini, manalah tak gemuk lembu-lembu di New Zealand. |
|
Mana arah nak dituju? |
|
Ini pun boleh dikira sebagai Traffic Jam di New Zealand |
Selain ladang, kami dapat melihat banyak rumah sembelihan yang besar-besar dalam perjalanan ke Waitomo. Satu fakta menarik ialah sebahagian besar tukang sembelih dalam rumah-rumah sembelihan ini adalah orang Islam. Ini adalah kerana pasaran terbesar daging ternakan dari New Zealand adalah negara-negara Islam di Timur Tengah dan amat penting bagi mereka untuk memastikan daging-daging ini Halal. Malah Myself pernah terbaca dalam satu artikel penerbitan yang menyebut 90% daging yang berasal dari New Zealand adalah daging Halal.
|
Rumah Sembelihan |
|
Ladang Rusa |
|
Whakamaru |
|
Stesen Minyak |
|
Ladang Kentang |
|
Sungai |
|
Gunung-ganang |
|
Lembu Ternakan |
|
Berkumpul kat tepi pagar |
|
Lagi lembu di tepi pagar |
|
Timber Trail |
|
Bunga liar di tepi jalan |
|
Cantik |
|
Indah |
|
Benneydale |
|
Pekan Benneydale |
|
Bengkel |
|
Ladang |
|
Pagar Ladang |
Kami juga banyak melintas rel-rel keretapi dalam perjalanan ke Waitomo. Namun begitu, tak nampaklah pulak rupa paras keretapi di New Zealand ini.
|
Railway Crossing |
|
Lintasan Keretapi |
|
Landasan keretapi |
|
Gossip-gossip di bawah pokok dalam cuaca panas |
|
Gunung berbatu |
|
Corner |
|
Ladang jagung |
|
Simpang ke Te Kuiti |
Seperti Rotorua, Waitomo adalah juga sebuah kawasan Maori di New Zealand. Kerana itulah pemandangan berkait budaya Maori banyak dilihat semakin kita menghampiri Waitomo.
|
Biri-biri di lereng bukit |
|
Close-up |
|
Te Kuiti ~ Where legends are made |
|
Rumah sembelihan lagi |
|
Simpang ke Waitomo Caves |
|
Bandar Waitomo |
|
Ada upacara pengebumian |
|
Rumah Adat Maori |
|
Persimpangan |
|
Pejabat Tiket untuk membuat Black Water Rafting di Waitomo Caves |
Bersambung ke Bahagian 21...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):