Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 5: Matamata 3
HOBBITON MOVIE SET (2)
HARI KETIGA (3)
Part 14: Hobbiton Movie Set (2)
Kita teruskan lagi lawatan ke Hobbiton Movie Set di Matamata. Selepas melawat rumah-rumah Hobbit di kaki bukit, Donovan membawa kami melawat ke rumah-rumah Hobbit yang terletak di atas bukit.
Tiba di atas bukit, kami ditunjukkan sebuah pam air yang digunakan dalam movie Hobbit. Seperti juga di kebanyakan tempat lain di New Zealand, air dari pam air ini selamat untuk diminum. Kami semua dipelawa untuk minum air dari pam ini. "Jangan risau, kita tak akan jadi kecik pendek macam Hobbit lepas minum air ini," kata Donovan.
|
Pam Air |
|
Tak perlu risau bertukar jadi kecik pendek macam Hobbit lepas minum air dari sini. |
|
Rumah Pembuat Roti |
|
Pintu masuk ke rumah Pembuat Roti |
|
Bumbung rumah Pembuat Roti |
|
Jemuran pakaian dekat rumah Pembuat Roti |
|
Pemandangan menghala ke bawah bukit |
|
Chimney yang dibina sentiasa berasap |
|
Pemandangan menghala ke ladang |
|
Scarecrow |
Rumah-rumah di Hobbiton tidak dibuka kepada pengunjung. Hanya sebuah sahaja rumah yang boleh dimasuki oleh pengunjung untuk photo opportunity. Semua pengunjung akan diberi peluang untuk bergambar di depan rumah ini. Guide akan membantu untuk mengambil gambar kita di sini. Rumah ini kosong saja di dalamnya kerana seperti juga rumah-rumah Hobbit yang lain, penggambaran yang melibatkan bahagian dalam rumah akan dibuat di sebuah studio di Wellington.
|
Inilah satu-satunya rumah Hobbit yang boleh dimasuki |
|
Pengunjung-pengunjung yang baru tiba di Hobbiton. Kata Donovan, mereka menerima lebih 1,000 orang pelawat pada setiap hari. |
|
Semua pengunjung hanya boleh melawat Hobbiton secara berkumpulan dengan dipandu oleh seorang Local Guide |
|
Pengunjung di kaki bukit |
|
Pemandangan lorong kampung di Hobbiton yang dijaga rapi |
Rumah Bilbo Baggins yang dinamakan Bag End terletak di bahagian paling tinggi di atas bukit. Di atas rumah Bilbo ada sebatang pokok oak yang besar. Tapi pokok ini bukanlah pokok oak yang sebenar. Ia adalah sebatang pokok palsu yang dibina untuk disesuaikan dengan suasana penggambaran filem.
Batang pokok ini dibina dari bahan fibreglass manakala daunnya pula dibuat dari bahan sutera yang diimport dari Taiwan. Sepuluh hari sebelum penggambaran filem dimulakan, Peter Jackson mendapati warna daun pokok ini telah berubah kerana terdedah kepada cuaca. Oleh yang demikian, dua orang wanita telah diupah untuk mengecat semula kesemua daun tersebut supaya kelihatan hijau segar.
|
Pokok oak palsu di atas rumah Bilbo Baggins |
Walaupun tak boleh dimasuki, rumah Bilbo Baggins adalah satu-satunya rumah Hobbit yang mempunyai hiasan dalaman. Itupun sedikit sahaja dekat dinding bahagian dalam di tepi pintu kerana terdapat adegan Bilbo membuka pintu untuk masuk ke rumah di sini.
|
Pemandangan ke dalam rumah Bilbo Baggins |
|
Adegan dari movie Hobbit |
|
Paip tembakau di atas kerusi dekat rumah Bilbo Baggins |
|
Husband bergambar di depan rumah Bilbo Baggins |
Selain membuat penggambaran biasa, krew filem Hobbit juga terpaksa memikirkan kaedah-keadah luar biasa yang boleh dilaksanakan untuk memenuhi kehendak skrip filem. Umpamanya ada satu adegan di mana Bilbo Baggins dan temannya duduk dekat rumah mereka menyaksikan matahari terbenam. Apa yang menjadi masalah ialah rumah mereka sebenarnya dibina menghadap ke arah matahari terbit dan bukan matahari terbenam.
Untuk mengatasi masalah ini, krew filem telah mengambil gambar matahari terbit dan memusing filem tersebut dari belakang ke depan untuk mendapatkan pemandangan matahari terbenam. Namun dengan berbuat begitu, timbul pula suasana yang tidak logik kerana terdapat gambar burung yang sedang terbang secara terbalik. Mujurlah perkara ini cepat disedari dan dapat dibetulkan sebelum filem ditayangkan.
|
Rumah Bilbo Baggins yang dibina menghadap ke arah matahari terbit. |
|
Bagshot Row dan Overhill |
Selepas melawat rumah Bilbo Baggins, kami semua dibawa ke Green Dragon Inn.
|
Menuju ke Green Dragon Inn |
|
Rumah Pembuat Keju |
|
Bergambar di depan rumah Pembuat Keju |
|
Keju |
|
Laluan menuju ke Green Dragon Inn |
|
Party Tree di mana parti untuk meraikan pemergian Bilbo diadakan |
|
Party Field |
|
Merentas Party Field |
|
Rumah Hobbit dalam perjalanan ke Green Dragon Inn |
|
Rumah Penanam Labu |
|
Masih di lorong menuju Green Dragon Inn |
|
Persimpangan |
|
Arah ke Green Dragon Inn |
|
Jauh juga kena berjalan ke Green Dragon Inn |
|
Persimpangan lagi |
|
Lorong yang dibina dengan suasana hutan |
|
Pokok paku Silver Fern ini sangat terkenal dan menjadi salah sebuah simbol New Zealand. |
|
Jambatan menuju ke Green Dragon Inn |
Di hujung lorong barulah kita bertemu dengan Green Dragon Inn. Ia dibina di seberang sebuah kolam yang cantik.
|
Kolam dekat Green Dragon Inn |
|
Replika Kereta Kuda dekat Green Dragon Inn |
|
Tempat favourite untuk bergambar |
|
Jambatan untuk menyeberang ke Green Dragon Inn |
|
Husband bergambar di atas jambatan |
|
Kincir air di tepi kolam |
|
Adegan dari movie Hobbit |
Green Dragon Inn adalah tempat Hobbit berkumpul membawang di dalam filem Lord of the Rings dan Hobbit Trilogy.
|
Pemandangan Green Dragon Inn dari atas jambatan |
|
Green Dragon Inn |
|
Ada simbol Green Dragon dibina pada tiang di depan bangunan |
|
Green Dragon |
|
Tempat piknik di tepi kolam |
|
Pintu masuk ke Green Dragon Inn |
Semua Hobbiton Movie Tour berakhir di Green Dragon Inn di mana setiap pengunjung diberi minuman percuma di sini. Ada tiga pilihan minuman namun satu-satunya pilihan minuman yang tidak mengandungi alkohol adalah Ginger Beer.
|
Para Local Guide di Hobbiton sedang menyediakan minuman percuma untuk ahli kumpulan masing-masing. |
|
Husband bergambar bersama Donovan |
|
Ginger Beer |
Ginger Beer yang disediakan di Hobbiton memang sedap. Anak-anak saudara cukup sukakan minuman ini sehingga mereka akan memesan Ginger Beer walau ke mana kami pergi di New Zealand. Namun Ginger Beer di tempat lain tidaklah sesedap Ginger Beer di Hobbiton ini.
|
Suasana dalam Green Dragon Inn |
|
Naga Hijau |
|
Berehat sambil minum Ginger Beer |
|
Menu makanan untuk jualan di Green Dragon Inn. |
|
Satu lagi pemandangan dalam Green Dragon Inn |
|
Pendiang Api |
|
Kenangan di tepi Pendiang Api |
|
Sebuah lagi pendiang api di Green Dragon Inn |
Selepas semua dah selesai minum di Green Dragon Inn, Donovan membawa kami semula ke tempat perhentian bas. Sebelum bergerak pergi, kita tangkap dulu gambar puas-puas bangunan kincir air yang cantik cute di seberang kolam depan Green Dragon Inn.
|
Memang cantik setting bangunan kincir air ini. |
|
Abang dan Kakak Ipar menikmati pemandangan kincir air sebelum bergerak pergi. |
|
Rasa nak jadi Hobbit bila tengok pemandangan secantik ini. |
|
Goodbye, Green Dragon Inn. |
|
Family Photo dengan susunan unik di Green Dragon Inn. Yang sebelah kiri tu Human sebab tinggi dan yang sebelah kanan pulak Hobbit sebab pendek. |
|
Menunggu ahli kumpulan berkumpul |
|
Berjalan balik mendapatkan bas |
|
Keindahan bumi New Zealand yang menyebabkan ia terpilih menjadi Middle Earth. |
|
Goodbye, Hobbiton. |
|
Mengabadi kenangan di Middle Earth |
|
Kebun Ladang Orang Hobbit |
|
Pokok-pokok sayuran sebenar yang ditanam di Ladang Hobbit |
|
Scarecrow bersaiz Hobbit |
|
Anggur |
|
Bas dah tiba |
|
Naik bas untuk kembali ke Shire's Rest |
|
Ucapan terima kasih dari Peter Jackson |
Bagi Myself, memang seronok melawat ke Hobbiton. Walaupun pada mulanya Myself menganggap lawatan ke sini sangat cliche semata-mata untuk mempromosikan filem Hobbit, tapi sebenarnya ia tidaklah begitu. Apa yang menarik ialah the inside story tentang usaha-usaha yang dibuat bagi menjadikan Middle Earth sebagai sebuah tempat yang benar-benar wujud di muka bumi bagi penggambaran filem.
Walaupun lawatan hanya boleh dibuat secara guided tour, ia sangat sistematik dan tidak membosankan. Perjalanan tour juga diatur supaya semua pengunjung dapat menikmati sepenuhnya semua benda yang ada di movie set ini. Bagi Myself, lawatan ke Hobbiton wajar dijadikan satu itinerary kalau anda berkunjung ke North Island.
|
Pemandangan di Ladang Alexander |
|
Lagi pemandangan ladang |
|
Tiba kembali ke Shire's Rest |
|
The Shire's Rest |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):