Saturday, 9 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 09 (Agrodome)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 9: Rotorua 3
AGRODOME

HARI KEEMPAT (1)

Part 21: Suasana Pagi Di Rotorua

Pada Hari Keempat, kami berada di Rotorua. Suasana pagi di sini agak dingin. Selepas bersarapan, kita berjalan-jalan di luar hotel menyedut udara yang segar walaupun berbau telur busuk itu.

Breakfast di dalam bilik
Victoria Lodge di Rotorua
Pemandangan awal pagi di depan Victoria Lodge. Bau telur busuk menusuk ke hidung kerana di hujung jalan ini sebenarnya ada beberapa buah kolam geothermal semulajadi.
Victoria Street ini dipenuhi dengan hotel-hotel kecil seperti Victoria Lodge
Tepat pukul 8.30 pagi, Haziq tiba untuk menjemput kami ke program lawatan di Rotorua. Pada hari ini, kami akan dibawa berkunjung ke Agrodome, Te Puia dan Rotorua Skyline.

Bunga-bunga di Rotorua
Kepulan-kepulan asap dari kolam geothermal begini adalah pemandangan biasa di Rotorua.
Te Rangihakahaka Centre for Science & Technology
Menuju ke Agrodome
Rotorua adalah sebuah bandar pelancongan utama di New Zealand. Bandar Rotorua tak besar dan seperti bandar-bandar lain di New Zealand, ia dikelilingi dengan ladang ternakan. Satu keistimewaan di bandar ini yang tidak terdapat di bandar-bandar lain ialah ia terletak di sebuah kawasan geothermal yang sangat aktif kerana kerak bumi sangat nipis di sini (dikatakan ketebalannya kurang dari 1 km).

Tarikan-tarikan pelancongan di Rotorua
Kereta kabel Skyline Rotorua yang akan kami kunjungi pada petang nanti
Ladang ternak berhampiran Rotorua

Part 22: Agrodome

New Zealand adalah sebuah negara penternakan yang terkemuka di dunia. Agrodome di Rotorua adalah satu tarikan di mana pelancong boleh mengenali dengan lebih dekat aktiviti penternakan di negara ini.

Agrodome
Patung Biri-Biri Merino di depan pintu masuk ke Agrodome
Patung Biri-biri Merino ini dipanggil Prince
Sebelum masuk ke dalam Agrodome, Haziq memberhentikan van di tepi ladang untuk membolehkan kami melihat kambing biri-biri dengan lebih dekat. Kagum melihat patung biri-biri baka Merino yang diletakkan di pintu masuk ke Agrodome. Lebih kagum lagi bila melihat biri-biri Merino yang sebenar yang diternak di belakangnya.

Biri-biri baka Merino
"Handsome tak kita?"
Baka Merino ini dibawa ke New Zealand dari Spain pada tahun 1970-an.
Selain dari Merino, ada juga biri-biri baka lain yang dapat dilihat.

Biri-biri di ladang. Ada yang dah togel selepas diketam bulu.
Melihat biri-biri di ladang
Ada 2-3 spesis baka biri-biri yang berlainan di padang ragut ini.
Bergambar di tepi ladang
Pintu masuk sebenar ke Agrodome
Selamat datang ke Agrodome
Batang-batang kayu balak untuk pertandingan mengapak pokok

FARM SHOW

Tujuan sebenar kedatangan kami ke Agrodome adalah untuk melihat Farm Show. Kami telah menempah tiket untuk persembahan pada pukul 9.30 pagi.

Visitor Centre & Kedai Souvenir di Agrodome
Pintu masuk ke Pejabat Tiket dan Farm Show
Patung Pengetam Bulu Biri-biri
Kaunter Tiket
Arah ke Farm Show
Ucapan Selamat Datang dalam pelbagai bahasa dunia
Pintu masuk ke auditorium Farm Show
Pengunjung ke Farm Show pada pagi ini datang dari seluruh dunia. Ada yang datang dari England, India, China, Australia, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan New Zealand sendiri. Kumpulan pengunjung yang paling besar datang dari South Korea. Walau cuma kami berenam yang datang dari Malaysia, bukan main kami bersorak sewaktu ditanya, "Anybody from Malaysia?" oleh Host Persembahan.

Menunggu Farm Show dimulakan.
Pentas persembahan
Sebelum Show dimulakan, kita intai dulu kambing biri-biri yang dikumpul di tepi pentas. Boleh tahan juga bau busuk kambing biri-biri ini!

Hipi adalah perkataan Bahasa Maori untuk Biri-biri
Biri-biri yang dikumpul di tepi pentas
Mujurlah kita ada mask. Taklah tersiksa dengan bau busuk kambing biri-biri.
Host persembahan Farm Show adalah seorang lelaki Kiwi yang kelakar. Tak tahu apa namanya, jadi kita beri sajalah nama Peter kepada dia.

Peter
Di awal persembahan, penonton diperkenalkan dengan baka kambing biri-biri yang terdapat di New Zealand. Ada 19 jenis baka biri-biri yang diternak semuanya. Seekor demi seekor dibawa naik ke atas pentas untuk diperkenalkan kepada penonton.

Peter memperkenalkan baka biri-biri yang diternak di New Zealand
Seekor demi seekor dibawa naik ke atas pentas
Macam menonton pertandingan Miss World Biri-biri
Baka yang paling anggun adalah Merino
English Leicester dan Coopworth
Lagi finalist Miss World Biri-biri
Dahsyat rupa si Dorset Horn ini. Ada 4 tanduk.
Biri-biri yang bulu tak tebal macam Cheviot ini diternak untuk daging.
Barisan Ratu Cantik. Biri-biri muka hitam jenis Suffolk inilah yang digunakan dalam filem Hobbit.
Peter pun nak posing bersama Ratu Cantik
Bukan main lagi dia bergaya.
Kemudian kita ditunjukkan demonstrasi mengetam bulu biri-biri.

Cara membawa biri-biri ke tempat pengetaman
Teknik memegang kambing biri-biri supaya tak meronta lari
Muscle kena ada kalau nak jadi sheep shearer. Kalau tidak macam mana nak wrestling dengan biri-biri.
Proses mengetam bulu
Bulu biri-biri diketam dua kali setahun. Kalau bulu tak diketam sekali pun, bulu kambing biri-biri tetap akan gugur sendiri untuk mengelak dari mati kepanasan.
Bulu biri-biri yang gugur sendiri tak mempunyai nilai. Kerana itulah pengetaman akan dibuat sebelum masa untuk bulu biri-biri gugur sendiri.
Jangan risau kerana bulu biri-biri akan tumbuh penuh kembali selepas 6 bulan.
Kesian dah togel.
Penonton turut diberi peluang untuk memegang bulu biri-biri yang fresh baru diketam. Memang melekat bau busuk biri-biri ini kat tangan bila dipegang bahagian luarnya. Tapi bila kita menggosok tangan yang berbau kepada bulu ini sendiri yang terletak di bahagian dalam (yang dekat dengan daging pada kambing biri-biri yang hidup), serta merta bau ini akan hilang. Macam kita tak pernah langsung memegang bulu biri-biri yang busuk itu. Begitulah satu keajaiban yang diberi Tuhan kepada biri-biri.

Bau biri-biri yang busuk akan melekat kat tangan bila dipegang bahagian luar bulu
Tapi bila digosok pada bulu biri-biri yang di bahagian dalam, bau busuk tadi akan hilang serta merta.
Acara seterusnya ialah memerah susu lembu. Berebut-rebut penonton dari Korea nak volunteer untuk cuba memerah susu lembu atas pentas.

Lembu yang dibawa naik ke pentas untuk demonstrasi memerah susu
Kena gosok-gosok dulu perut lembu dengan penuh kasih sayang
Lepas dah gosok-gosok perut lembu barulah boleh diperah susunya
Close-up cara memerah susu
Kemudian beberapa orang kanak-kanak dijemput naik ke atas pentas untuk memberi susu kepada anak biri-biri. Kelakar juga bila salah seorang dari mereka menjerit dan lari ketakutan bila didekati anak kambing ini. Nampak sangat budak bandar!

Kanak-kanak yang dijemput untuk memberi susu kepada anak-anak kambing
Adik perempuan dari Korea ini menjerit ketakutan dan terus lari turun pentas bila didekati anak kambing.
Abang Angkat memberi susu kepada anak kambing
Penonton juga diberi peluang menyertai Sheep Auction olok-olok. Berebut-rebut semua orang nak menawarkan harga tertinggi konon nak membeli biri-biri. Sheep Auction ini dimenangi oleh seorang penonton lelaki Kiwi. Tapi bila dia tak mampu nak membayar harga yang dibida, dia hanya diberi sebuah patung biri-biri. Hahaha!

Persembahan terakhir pula adalah pertunjukan Sheep Dog. Memang kagum melihat bagaimana anjing-anjing gembala ini mematuhi arahan. Rasa macam robot pun ada anjing-anjing ini. Tuntas dan pantas dalam menerima dan menjalankan arahan.

Anjing Gembala
Susahlah nak tunjuk bagaimana anjing-anjing ini mengawal biri-biri atas pentas yang sempit ini. Jadi kita hanya ditunjukkan bagaimana anjing ini mengawal itik supaya bergerak lurus atas pentas.
Anjing melompat atas biri-biri
Seekor-demi seekor biri-biri yang dilompat
Posing sekejap sambil melalak kat atas si Merino
Selesai membuat lompatan
Hebat anjing ni!
Selepas persembahan tamat, pengunjung dibenarkan untuk bergambar dengan binatang-binatang di atas pentas.

Bulu biri-biri yang diketam tadi
Biri-biri di atas pentas. Si Dorper ni pun boleh berlakon dalam filem Hobbit sebab muka hitam.
Sang Dorset Horn dengan tanduknya yang awesome.
Perendale, Cheviot dan Romney
Letih lepas buat show
Posing cute kat atas pentas

ANIMAL NURSERY

Pengunjung juga turut dijemput untuk melawat ke Animal Nursery di sebelah Auditorium. Ada pelbagai anak binatang ternakan dibela di sini.

Abang berbual dengan Peter di depan pintu masuk ke Animal Nursery
Kandang-kandang yang menempatkan anak haiwan ternakan
Husband bergambar di depan Animal Nursery
Guinea Pig
Biri-biri
Alpaca
Baby Alpaca bermanja dengan Husband
Baby Biri-biri
Binatang yang ini pun ada
Baby Alpaca ini memang ramai peminat
Husband bergambar dengan Peter

DOG & WHISTLE

Selepas itu, kami singgah sebentar di dalam kedai souvenir yang bernama Dog & Whistle.

Dog & Whistle
Pemandangan di dalam kedai Dog & Whistle

FARM TOUR

Agrodome bukan sekadar Show Farm. Ia adalah sebenarnya sebuah working farm yang sangat luas. Kalau berminat, kita boleh membuat Farm Tour selama 45 minit dengan menaiki Tractor Lorry untuk meninjau ladang ternakan ini. Bayaran yang dikenakan untuk membuat Farm Tour adalah NZD50 (RM150) seorang.

Traktor untuk Farm Tour
Pengunjung-pengunjung yang nak membuat Farm Tour
Farm Tour
Kami tak menyertai Farm Tour ini. Sebaliknya kami hanya meninjau beberapa kandang ternakan yang terletak di kawasan Visitor Centre sahaja.

Patung Burung Kiwi
Bergambar dengan patung Kiwi
Pemandangan kandang ternakan berhampiran Visitor Centre
Peter dengan Anjing Gembala
Patung Anjing Gembala
Sama-sama nak posing cute.
Foot Bath
Foot Bath adalah tempat mencuci kasut kalau kotor sewaktu berjalan di ladang
Kemudahan untuk mencuci kasut
Farm House yang boleh disewa untuk mengadakan sebarang majlis
Boleh merokok di sini
Ada pertunjukan Anjing Gembala pada waktu-waktu tertentu di sini
Woolen Mill adalah sebuah lagi kedai souvenir di Agrodome tetapi kami tak masuk ke sana.
Public Toilet
Kuda
Pemandangan kandang kuda
Pony
Close-up
Kandang Kambing
Kambing bermuka coklat
Pemandangan dekat Kambing Bermuka Coklat
Memang banyak kuda yang kami lihat di New Zealand dipakaikan dengan baju begini
Hairan juga kenapa kuda-kuda dipakaikan baju sedangkan cuaca tidaklah sejuk ketika itu.
Mula-mula steady je geng biri-biri ini makan rumput begini...
Bila kita datang dekat, terus dia orang pusing belakang kat kita. Berlagak betul, mentang-mentanglah dia orang duduk kat New Zealand!
Pedati kuda
Waktu di Agrodome ini, sempat juga kita minum secawan Hot Chocolate. Sambil minum Hot Chocolate ini, bolehlah melepaskan rindu pada Teh Tarik di Malaysia.

The Coffee Shop yang juga menjual Hot Chocolate
Membeli Hot Chocolate
Ada juga makanan ringan yang dijual di sini
Hot Chocolate & Potato Chips
Hot Chocolate yang sedap
Potato Chips yang juga sedap
Meninggalkan Agrodome


 Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):