Oktober 2023
NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 8: Taipei
TAIPEI GRAND MOSQUE & SUN YAT SEN MEMORIAL
HARI KEDUA (4)
Part 21: Taipei Grand Mosque
Selepas melawat Chiang Kai Shek Memorial, kami dibawa pula membuat lawatan ringkas ke Taipei Grand Mosque yang terletak di kawasan Da'an.
National Concert Hall yang membentuk sebahagian dari Chiang Kai Shek Memorial yang kita lawati tadi. |
Taipei Principal Jinhua Junior School |
Pemandangan dekat pintu masuk ke sekolah |
Tempat letak basikal bagi penuntut terletak di luar pagar sekolah |
Taipei Grand Mosque terletak di sebuah daerah bernama Da'an District yang sering diberi jolokan sebagai Brooklyn of Taipei. Cuma bezanya, kalau Brooklyn di New York City di Amerika Syarikat sana sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah, Da'an District seperti juga daerah-daerah lain di Taipei sangat aman. Disebabkan perkara ini juga, ramai warga Taipei yang keluar beriadah sehingga ke awal pagi di Da'an Park tanpa merasa takut. Da'an Park ini juga sering dibandingkan oleh warga Taipei dengan Central Park di New York City.
Da'an District di Taipei. Bangunan Taipei 101 yang merupakan antara bangunan tertinggi di dunia dapat dilihat di depan sana. |
Kata Philips, jalan di mana letaknya Grand Mosque Taipei ini yang bernama Xinsheng South Road juga dikenali sebagai Road to Heaven. Ini adalah kerana selain menempatkan masjid untuk kegunaan penganut agama Islam, ia turut menempatkan beberapa buah gereja Kristian.
Xinsheng South Road yang juga dikenali sebagai Road To Heaven |
Gereja Kristian |
Taipei Grand Mosque adalah masjid yang terbesar dan tertua di Taiwan. Bangunan asalnya dibina pada tahun 1940-an oleh komuniti Muslim Cina yang berpindah ke Taiwan dari Tanah Besar China. Malah mengikut sejarah rasmi Taiwan, ada beberapa pemimpin besar Kuomintang yang sememangnya beragama Islam. Bangunan yang dilihat pada masa kini pula dibina pada tahun 1960.
Taipei Grand Mosque |
Pemandangan Taipei Grand Mosque dari depan |
Pintu masuk ke Taipei Grand Mosque |
Pemandangan dekat pintu masuk ke Taipei Grand Mosque |
Masjid ini mampu menampung 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Ia juga kini menjadi Ibu Pejabat Chinese Muslim Association di Taiwan. Myself akan ceritakan nanti dalam entry-entry berikut bagaimana Taiwan telah menjadi Muslim-Friendly. Kami dapati tempat-tempat tumpuan pelancong di Taiwan banyak yang telah menyediakan Prayer Room untuk kemudahan pelawat Muslim. Prayer Room yang disediakan juga sempurna, semuanya hasil konsultasi di antara Kerajaan Taiwan dengan Chinese Muslim Association.
Pejabat Chinese Muslim Association yang terletak di dalam masjid |
Pintu masuk ke Ruang Solat Utama |
Menjenguk ke dalam... |
Papan kenyataan yang ditulis dalam Bahasa Cina |
Senibina di dalam bangunan masjid ini simple sahaja. Namun ia aktif digunakan oleh komuniti Muslim di Taipei. Sewaktu kami berada di sana misalnya, ada kelas mengaji Quran sedang dijalankan oleh sekumpulan lelaki yang seperti berasal dari benua India. Namun seperti juga ramai Muslim lain yang kami temui di Taiwan, mereka hanya pandai bertutur dalam Bahasa Mandarin dan tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Pemandangan di Ruang Solat Utama Taipei Grand Mosque |
Ruang Solat di Taipei Grand Mosque mampu menampung 1,000 orang jemaah |
Kubah masjid |
Stained Glass |
Kotak derma masjid |
Part 22: Sun Yat Sen Memorial
Perjalanan diteruskan ke destinasi kami yang seterusnya ~ Sun Yat Sen Memorial.
Hospital Haiwan di sebelah Taipei Grand Mosque |
Bangunan Da'an District Office |
Pedestrian Bridge di Da'an District |
Jambatan pejalan kaki di Taipei sering dilengkapi dengan lif untuk kegunaan pejalan kaki naik ke atas jambatan |
Lalu di bawah pedestrian bridge |
Burger King |
National Taipei University of Education |
Line Taxi adalah apps seperti Grab di Malaysia |
Dr. Sun Yat Sen adalah pengasas Parti Kuomintang yang telah menamatkan pemerintahan beraja di Tanah Besar China pada masa dahulu. Malangnya selepas kematiannya, Parti Kuomintang yang diasaskan beliau telah berpecah dua: satu kumpulan berfahaman liberal dan sebuah kumpulan lagi menjurus kepada fahaman komunis. Kumpulan yang berfahaman Komunis kekal di Tanah Besar China sehingga sekarang dan menubuhkan People's Republic of China yang berpusat di Beijing. Kumpulan yang berfahaman liberal pula mengasing diri ke Taiwan dan menubuhkan Republic of China yang berpusat di Taipei.
Tiba di Sun Yat Sen Memorial |
Pemandangan Bangunan Taipei 101 dapat dilihat dengan jelas dari Sun Yat Sen Memorial |
Taipei Dome Shopping Mall di sebelah Sun Yat Sen Memorial |
Sun Yat Sen Memorial |
Arca Roots di tepi Sun Yat Sen Memorial |
Pandangan lebih dekat arca Roots |
Keseluruhan kawasan Sun Yat Sen Memorial macam tengah ditutup untuk dipersiapkan bagi sebuah event yang besar |
Nampak macam nak buat concert pun ada... |
Berjalan ke arah pintu masuk utama |
Pintu masuk utama ke Sun Yat Sen Memorial |
Kata Philips, seperti di Chiang Kai Shek Memorial tadi, ada patung besar Dr. Sun Yat Sen di dalamnya. Kami tak masuk ke dalam Sun Yat Sen Memorial kerana ia kelihatan sedang ditutup dan dipersiapkan untuk sebuah event besar ketika itu. Jadi Myself tunjukkan patung suasana di dalam Sun Yat Sen Memorial yang ditemui di dalam internet untuk tatapan kita bersama sahaja...
Suasana di dalam Sun Yat Sen Memorial [Gambar dari internet] |
Selain mempelajari sejarah hidup Sun Yat Sen, tarikan utama lain pengunjung ke Sun Yat Sen Memorial adalah pemandangan Bangunan Taipei 101 yang dapat dilihat dengan jelas dari sini.
Pemandangan Bangunan Taipei 101 dari depan Sun Yat Sen Memorial |
Bangunan Sun Yat Sen Memorial ini adalah favourite spot bagi pengunjung ke Taipei untuk menikmati pemandangan Bangunan Taipei 101 |
Bergambar dengan pemandangan Bangunan Taipei 101 |
Chungshan Cultural Park di mana letaknya Sun Yat Sen Memorial |
Bersambung ke Bahagian 9...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
- Bhg. 01 [Pre-Departure]: Salam Taiwan (Hotel Sama-Sama KLIA1)
- Bhg. 02 [Hari 1]: Departure (KL - Taoyuan - Taipei
- Bhg. 03 [Hari 1]: Taipei (Taipei City)
- Bhg. 04 [Hari 1]: Taipei (Ximending)
- Bhg. 05 [Hari 2]: Taipei (Taipei City Tour)
- Bhg. 06 [Hari 2]: Taipei (Chiang Kai Shek Memorial - 1)
- Bhg. 07 [Hari 2]: Taipei (Chiang Kai Shek Memorial - 2)
- Bhg. 08 [Hari 2]: Taipei (Grand Mosque Taipei & Sun Yat Sen Memorial)
- Bhg. 09 [Hari 2]: Taipei (Taipei 101 - 1)
- Bhg. 10 [Hari 2]: Taipei (Taipei 101 - 2)
- Bhg. 11 [Hari 2]: Taipei (Wufenpu Clothing Market & Songshan Station)
- Bhg. 12 [Hari 2]: Taipei (Raohe Street Night Market)
- Bhg. 13 [Hari 2]: Taipei (Ciyou Temple & Youssef Shawarma Halal)
- Bhg. 14 [Hari 3]: Taipei (Wanhua District & Xining Market)
- Bhg. 15 [Hari 3]: Taipei - Yehliu (Pineapple Cake & Perjalanan Ke Yehliu)
- Bhg. 16 [Hari 3]: Yehliu (Yehliu Geopark - 1)
- Bhg. 17 [Hari 3]: Yehliu (Yehliu Geopark - 2 & Masala-Zone)
- Bhg. 18 [Hari 3]: Tamsui (Fisherman's Wharf & Fort San Domingo)
- Bhg. 19 [Hari 3]: Shifen (Shifen Waterfall)
- Bhg. 20 [Hari 3]: Shifen (Sky Lantern)
- Bhg. 21 [Hari 4]: Taipei (Dadaocheng Wharf)
- Bhg. 22 [Hari 4]: Flight Retimed (Taipei Taoyuan Airport)
- Bhg. 23 [Hari 4]: Flight Retimed (Taoyuan - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.