Friday, 8 December 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 20 (Sky Lantern)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 20: Shifen
SKY LANTERN

HARI KETIGA (6)

Part 42: Sky Lantern

Aktiviti rasmi yang terakhir bagi kami di Taiwan adalah aktiviti yang paling menyeronokkan ~ menerbangkan Sky Lantern di Shifen. Lokasi bagi aktiviti ini adalah di atas sebuah landasan keretapi di tengah-tengah Shifen Old Street.

Shifen Old Street
Sejarah Sky Lantern ini bermula di zaman Three Kingdoms di Negara China. Pada ketika itu seorang negarawan yang bernama Zhuge Liang yang juga dikenali sebagai Kongming mencipta lantern untuk menghantar amaran ketenteraan. Lantern yang dicipta oleh Kongming berbentuk topi dan ia dinamakan sebagai "Kongming Lanterns".

Selain lantern, ada banyak juga kedai menjual souvenir di sini
Amalan menerbangkan lantern kemudiannya berkembang pada kurun ke-19 bila perompak sering datang menyerang kampung. Lantern diterbangkan pada ketika itu untuk memberi perkhabaran kepada ahli keluarga mangsa. Lama-kelamaan lantern diterbangkan sebagai simbolik pengharapan yang ingin disampaikan oleh orang yang menerbangkan lantern. Semakin tinggi lantern terbang, semakin mudah pengharapan kita akan tercapai, katanya. Tetapi sebagai Orang Islam, janganlah pulak kita percaya kepada perkara ini. Kita terbangkan lantern just for fun, bukan sebab percaya lantern boleh menunaikan pengharapan kita.

Sky Lantern yang terbang tinggi
Sebelum kita sendiri menerbangkan lantern, kita tengok dulu bagaimana orang lain menerbangkan lantern mereka.

Lantern sedang dipersiapkan untuk terbang
Kena bawak dulu lantern ke tengah landasan keretapi
Melepaskan lantern ke udara
Lantern yang terbang tinggi di udara bersama pengharapan kita
Lantern yang diterbangkan di Shifen terdiri dari berbagai warna. Setiap warna membawa maksud pengharapan yang tersendiri: pink membawa erti kasih sayang, putih melambangkan kesihatan yang baik, oren membawa maksud kekayaan, kuning membawa maksud kecemerlangan di sekolah dan lantern yang berbelang biru dan purple pula membawa maksud impian yang menjadi kenyataan.

Disebabkan popularitinya, aktiviti Sky Lantern ini boleh dibuat pada bila-bila masa ~ tak kira pagi, petang, siang ataupun malam. Tetapi kata Philips, dia sengaja mengatur supaya kami membuat aktiviti ini di sebelah malam kerana Sky Lantern paling cantik terbang di sebelah malam.

 
Banyak betul pengharapan pada lantern yang berwarna belang-belang begini. Hahaha!!
Posing-posing dulu sebelum menerbangkan lantern
Melihat lantern terbang dengan membawa pengharapan
Terbang tinggi membawa seribu pengharapan
Okey, selepas dah melihat bagaimana orang lain menerbangkan lantern mereka, kita pun dah bersedia nak menerbangkan lantern kami sendiri. Sebagai langkah pertama, kita diberikan sebuah lantern kosong dan diminta untuk menulis semua pengharapan kita pada keempat-empat muka lantern dengan berus dan Chinese Ink yang dibekalkan.
 
Lantern kosong yang diberi kepada kami
Kami mendapat lantern yang berwarna merah yang membawa maksud kemakmuran. Ia juga membawa maksud good fortune dan panjang umur. Kami juga tak tahu berapa harga lantern ini yang sebenarnya kerana ia dah termasuk dalam kos percutian kami. 

Lantern orang lain memang penuh ditulis dengan pelbagai pengharapan. Tetapi kami pulak tak tahu apa sebenarnya yang nak ditulis pada lantern ini sebab kita bukannya percaya yang lantern ini boleh membawa tuah. Last-last kita tulis sajalah I Love Taiwan, Semoga Kembali Lagi dan pengharapan-pengharapan yang lain seumpamanya besar-besar. Hahaha!!

Menulis pengharapan kita pada lantern
Satu pengharapan yang ditulis pada lantern
Landasan keretapi di tengah-tengah Shifen Old Street ini adalah landasan keretapi yang masih aktif digunakan oleh Taiwan Railways Administration. Ia digunakan oleh keretapi Pingxi Line. Tengah kita bersemangat dah ready nak terbangkan lantern, boleh pulak ada sebuah keretapi nak lalu.

Semua pengunjung diminta mengosongkan landasan bila keretapi nak lalu
Keretapi Pingxi Line yang dimiliki oleh Taiwan Railways Administration
Keretapi berlalu pergi
Bukan sebuah sahaja keretapi yang lalu, tetapi dua buah. Landasan ini pada asalnya dibina oleh Kerajaan Taiwan pada tahun 1921 untuk mengangkut keluar hasil arang batu.

Sebuah lagi keretapi yang lalu tetapi dari arah yang bertentangan
Teringat pengalaman di Maeklong Railway Market di Thailand dulu bila melihat keretapi lalu dekat-dekat begini
Selepas keretapi ini dah berlalu pergi, barulah kami diminta bersedia untuk menerbangkan lantern. Kita diminta berdiri di tengah-tengah landasan keretapi sambil seorang petugas menyalakan lantern kita dengan api. Seorang petugas lain pula akan berdiri di tengah landasan untuk mengambil gambar kita. Kita akan diminta untuk menyerahkan kamera kepada petugas yang berdiri di tengah landasan ini.

Lantern yang sedang dipersiapkan untuk terbang
Api sedang dipasang dalam lantern
Sebelum lantern terbang, kita diminta posing fun dan crazy-crazy dulu di tengah landasan keretapi untuk kenangan.

Posing crazy-crazy sebelum menerbangkan Lantern
Melihat impian kami untuk kembali ke Taiwan lagi terbang tinggi bersama Sky Lantern
Seronok juga melihat lantern kita terbang tinggi di udara sebab ada orang yang sebelum kami, lantern mereka terbakar sebelum terbang. Memang dah sahlah tak tercapai wish dia orang. Hahaha!!!

Disebabkan lantern ini mempunyai bahaya kebakaran kalau terjatuh di tempat yang bukan sepatutnya, aktiviti sky lantern ini hanya dibenarkan di tempat-tempat yang tertentu sahaja di Taiwan. Shifen adalah lokasi sky lantern yang terdekat dengan Taipei. Ia menjadi pilihan kerana kedudukannya yang terletak di lembah gunung tidak memungkinkan lantern terbang jauh.

Tentu anda tertanya-tanya, apa yang terjadi kepada lantern yang diterbangkan ini, bukan? Sebahagian besar lantern ini akan jatuh ke bumi di sekitar Shifen sendiri. Ia akan dikutip oleh petugas-petugas pembersihan dan juga orang-orang awam. Lantern yang jatuh dalam keadaan baik akan dijual semula kepada kedai-kedai lantern untuk digunakan semula. Lantern yang jatuh di lokasi yang tak terjangkau pula akan dibiarkan mereput begitu sahaja. Untuk menjaga kelestarian alam sekitar, lantern ini kini diperbuat dari buluh dan bahan-bahan yang boleh mereput.

Jujur Myself katakan, aktiviti Sky Lantern ini adalah aktiviti yang paling fun sepanjang masa kami berada di Taiwan. Husband kata, kalau kami berpeluang kembali lagi ke Taiwan pada masa hadapan, Sky Lantern mesti masuk dalam itinerari. Bersyukur juga yang kami dapat merasai aktiviti ini walaupun di tengah hujan lebat. Kami diberitahu, aktiviti Sky Lantern tidak dilaksanakan kalau cuaca sangat buruk.

Part 43: Pulang Ke Taipei
 
Selepas aktiviti Sky Lantern yang sangat menyeronokkan itu berakhir, kami kembali ke Taipei. Perjalanan pulang memakan masa hampir 2 jam kerana traffic jam yang agak teruk pada malam itu.

Terowong pulang ke Taipei
Traffic jam
Kami berpisah dengan Philips setelah tiba kembali ke Hotel Papa Whale. Khidmat Philips kepada kami hanya setakat ini kerana esok kami akan pulang ke Malaysia. Terima kasih kerana menjadikan percutian singkat kami 4 Hari 3 Malam ke Taiwan ini menjadi satu memori yang indah.

Disebabkan kami lewat tiba kembali ke Taipei pada malam itu juga, kami terpaksa melupakan hasrat untuk makan malam di Halal Yellow Noodle Shop di sebelah Chang's Beef Noodle yang kami cuba pada hari pertama dulu. Ini adalah kerana kedai tersebut ditutup pada pukul 7.30 malam.

Tiba kembali ke Taipei hampir pukul 8 malam
Disebabkan kedai Noodle dah ditutup, satu-satunya pilihan yang tinggal bagi kami adalah Youssef Shawarma Halal yang kami cuba semalam. Maka ke sanalah kami melangkah untuk mendapatkan dinner. Bersyukurlah kerana gerai ini ditutup lewat pada pukul 11 malam.

Berjalan ke Youssef Shawarma Halal
Gerai Youssef Shawarma Halal
Order Shawarma yang biasa saja pada malam ini
Kami juga bercadang nak membeli French Fries dan Croissant dari McDonald's yang berhampiran. Maka ke sana pulak kami melangkah selepas membeli Shawarma.

McDonald's 24 Jam berhampiran Hotel Papa Whale
Suasana di dalam McDonald's
Kena order menggunakan mesin. Nasib baik mesin di McDonald's ini mempunyai option Bahasa Inggeris.
Beratur nak buat pembayaran di kaunter
Mengambil makanan di kaunter
McDonald's di Taiwan tidak mempunyai Sos Cili. Cuma Sos Tomato (Ketchup) sahaja untuk dicicah dengan French Fries
Berjalan baik ke Hotel Papa Whale


Bersambung Ke Bahagian 21...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):

No comments: