Oktober 2023
NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 2: Departure
KUALA LUMPUR - TAOYUAN - TAIPEI
HARI PERTAMA (1)
Part 5: Check-in di KLIA & Breakfast di Hotel Sama-Sama
Sewaktu membuat self check-in di kaunter Malaysia Airlines semalam, kami diberitahu kaunter MAS dibuka seawal pukul 4 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari. Oleh yang demikian, seperti yang dirancangkan kami keluar dari bilik membawa bagasi untuk Bag Drop sebaik selesai menunaikan Solat Subuh.
Terkejut tengok betapa ramai orang tengah beratur di kaunter nak check-out dari hotel pagi itu. Disebabkan kami belum nak check-out lagi, bergegas kami berkejar membawa bagasi menuju ke stesen buggy. Nak beat the crowd, kata Orang Putih.
Membawa bagasi ke KLIA untuk Bag Drop |
Naik buggy ke KLIA |
Menuju ke KLIA. Memang buggy ni laju macam kereta F1. |
Kaunter Check-in dan Bag Drop bagi penerbangan MAS ke Taipei pagi ini berkongsi dengan penerbangan MAS yang menuju ke Pudong Shanghai. Walaupun kami sampai awal di kaunter MAS, dah ramai orang beratur di sana. Namun begitu, kami tak beratur lama kerana semua kaunter telah dibuka dan pengendalian check-in dan bag drop berjalan dengan pantas.
Dah ramai orang beratur sewaktu kami tiba |
Menunggu dalam barisan |
Penerbangan kami Malaysia Airlines MH 366 menuju ke Taipei |
Membuat Bag Drop |
Secara kebetulan, handle beg Husband patah sewaktu tiba di hotel semalam. Handle yang sebuah lagi pulak patah sewaktu turun dari buggy pagi ini. Dengan beg yang cacat begitu, maka banyaklah perakuan beg rosak yang Husband kena sign sewaktu check-in. Kami juga diminta untuk scan Borang E-Landing Taiwan sewaktu membuat check-in untuk diisi secara online. Kata petugas MAS di kaunter, pengisian Borang E-Landing ini memang diwajibkan oleh Kerajaan Taiwan.
Menunggu buggy untuk kembali ke Hotel Sama-Sama |
Pakej penginapan kami di Hotel Sama-Sama turut termasuk breakfast. Jadi selepas selesai membuat bag drop, kami terus menaiki buggy kembali ke hotel untuk bersarapan.
Naik buggy untuk kembali ke hotel |
Menuju kembali ke Hotel Sama-Sama |
Setibanya di stesen buggy di Hotel Sama-Sama, terperanjat pulak melihat betapa panjangnya barisan penghuni hotel menunggu giliran nak naik buggy ke KLIA dengan bagasi masing-masing. Syukurlah kami membuat strategi yang betul membuat Bag Drop sebelum check-out. Disebabkan permintaan yang tinggi, hotel menyediakan 3 buah buggy untuk berkhidmat. Lupa pulak nak ambil gambar barisan pengunjung yang panjang menanti buggy itu.
Kami terus menuju ke restoran hotel untuk bersarapan. Suasana di restoran juga lengang kerana ramai penghuni dah siap breakfast sewaktu kami membuat bag drop tadi. Disebabkan Hotel Sama-Sama menerima tetamu dari seluruh dunia, ada buffet breakfast Western dan Asian yang disediakan. Oleh kerana kita orang Asia, pilih sajalah makanan Asia.
Restoran sarapan pagi di Hotel Sama-Sama |
Kaunter buffet sarapan Western |
Kaunter buffet sarapan Asian disediakan di sebelah sana |
Berbagai sarapan Asia termasuk makanan Malaysia disediakan |
Pemandangan di seksyen makanan Asia |
Breakfast kami... |
Sambil makan, kita turut mengambil kesempatan mengisi Borang E-Landing Taiwan yang kita scan semasa membuat bag drop tadi...
Borang E-Landing Taiwan (kiri). Selepas diisi dan submit, kita akan mendapat e-mail reply macam di sebelah kanan. |
Lepas dah breakfast, barulah kita check-out dari Hotel Sama-Sama KLIA dan naik buggy kembali ke bangunan Terminal Utama KLIA1.
Beratur nak check-out |
Peramugari Qatar Airways yang check-out bersama kita |
Checking out |
Part 6: Boarding di KLIA
Masa check-in tadi, Pintu Perlepasan yang diberi adalah C14 yang terletak di Bangunan Satelit KLIA1. Oleh yang demikian, terpaksalah kita naik bas ke sana.
Pintu Perlepasan Antarabangsa di KLIA1 |
Autogate untuk pemeriksaan passport |
Menuju ke tempat pemeriksaan kastam |
Roamingman Pocket Wifi |
Perkhidmatan aerotrain di KLIA sedang diberhentikan selama 3 tahun bagi tujuan penggantian. Oleh yang demikian, KLIA menyediakan perkhidmatan bas yang berulang-alik dari Bangunan Terminal Utama ke Bangunan Satelit.
Arah ke perhentian bas menuju ke Bangunan Satelit |
Turun ke bawah untuk mendapatkan bas |
Selamat Jalan |
Beratur nak naik bas |
Pemandangan dari dalam bas sewaktu menuju ke Bangunan Satelit |
Tiba di Bangunan Satelit |
Central Lobby di Bangunan Satelit KLIA |
Lampu di siling yang bagaikan bintang bertaburan di langit |
Pada mulanya kami menunggu dekat Gate C14 mengikut maklumat yang tertulis pada Boarding Pass. Sehingga hampir waktu boarding yang ditetapkan pada pukul 8.15 pagi, kami melihat masih ramai penumpang MAS yang beratur panjang di Gate C14 nak berlepas ke Sydney, Australia.
Cuak juga melihatnya, jadi kita refer ke Display Monitor. Rupa-rupanya Boarding Gate untuk pesawat MAS ke Taipei dah bertukar ke C25. Adoii, berkejar kami ke gate perlepasan yang baru! Begitulah bahananya bila KLIA menjadi Quiet Airport macam kebanyakan airport utama lain di dunia. Maknanya tak banyak pengumuman akan dibuat, cuma yang penting-penting saja seperti memanggil penumpang yang tak muncul-muncul di Boarding Gate. Kena rajin-rajinlah merujuk Display Monitor untuk maklumat terkini.
Berkejar menuju ke Gate Perlepasan baru |
Sewaktu kami tiba di Gate C25, pintu telah dibuka dan ramai penumpang sedang menunggu di sana. Kebanyakan mereka berbangsa Cina (Malaysian dan Non-Malaysian). Yang berbangsa Melayu cuma 4-5 orang saja dan selain kami yang pergi bercuti ke Taiwan, yang lain tu kelihatan seperti membuat Business Trip.
Suasana di Pintu Perlepasan C25 |
Boarding Pass menuju ke Taipei |
Pesawat-pesawat yang sedang parking di KLIA |
Penerbangan Malaysia Airlines MH366 yang membawa kami ke Taipei dijadual berlepas pada pukul 9.15 pagi. Malangnya penumpang masih belum dibenarkan masuk pada waktu tersebut kerana sajian penerbangan lewat tiba. Maklumlah, kan MAS sedang menghadapi masalah katering pada masa sekarang selepas menamatkan kontrak dengan pihak Brahim. Berkali-kali petugas MAS memohon maaf atas kelewatan yang berlaku. Akhirnya pada pukul 9.40 pagi, barulah kami dipanggil masuk ke dalam pesawat.
Maklumat pesawat yang akan membawa kami ke Taipei |
Suasana di pintu pesawat |
Part 7: Dari KL Terbang Ke Taipei
Malaysia Airlines MH366 kami akhirnya berlepas dari KLIA menuju ke Taoyuan International Airport di Taipei pada pukul 10 pagi, lewat 45 minit dari jadual. Penerbangan keseluruhan dijangka memakan masa 4 jam 28 minit.
Terbang meninggalkan KLIA |
Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Taipei |
Suasana di dalam pesawat |
Ada seat kosong dalam penerbangan ini |
Sajian penerbangan dihidangkan sewaktu pesawat terbang di Laut China Selatan ketika menghampiri Vietnam. Makanan yang dihidangkan ada 2 pilihan: Nasi Lemak dan Salmon Frittata. Ingatkan apa bendalah Salmon Frittata tu, rupa-rupanya Omelette yang diisi dengan daging Ikan Salmon. Myself tak tahu siapa yang menjadi caterer kepada Malaysia Airlines sekarang, cuma Myself rasa Nasi Lemak yang dihidangkan dah lebih sedap. Dengan rasa begitu, bolehlah kita maafkan MAS atas kelewatan berpunca catering yang berlaku tadi.
Sajian penerbangan |
Sedang terbang berhampiran Vietnam |
Hidangan Nasi Lemak |
Salmon Frittata |
Kata Pilot sebelum memulakan penerbangan tadi, cuaca dalam second half penerbangan adalah berawan dan dijangka ada turbulence. Namun Alhamdulillah, cuaca sebenar agak baik sepanjang penerbangan menuju ke Taiwan. Hanya sedikit-sedikit saja gegaran turbulence yang dirasai.
Cuaca agak baik sepanjang penerbangan |
Terbang menghampiri Taiwan |
Seperti juga ketika berkunjung ke mana-mana negara jua dengan penerbangan premier seperti Malaysia Airlines, video maklumat mengenai negara destinasi akan ditayangkan bila pesawat hampir tiba. Penerbangan ke Taiwan juga tidak terkecuali. Dari video yang ditayangkan, nampak sangat macam Taiwan cukup sayang pada babi. Banyak video penerangannya menggunakan imej babi sebagai ikon, termasuklah video pelancongan. Hehehehhh!
Video penerangan mengenai proses kemasukan ke negara Taiwan |
Video info mengenai African Swine Flu. Kita diminta kesian kat babi yang terkena penyakit ini kerana ia membawa maut. |
Love Taiwan Pigs. Lindungi Babi Taiwan dari penyakit African Swine Flu. Boleh dia suruh kita sayang kat babi?! Hahaha!! |
Kira-kira sejam sebelum mendarat, bumi Taiwan muncul dalam pandangan. Disebabkan cuaca yang baik dan kami mendapat seat di tepi tingkap, dapatlah kita mengambil banyak gambar pemandangan dari dalam pesawat.
Tiba di Taiwan |
Pemandangan pertama Ilha Formosa (nama yang diberi oleh Orang Portugis kepada Taiwan pada masa dahulu. Ia bermaksud Beautiful Island). |
Suasana di dalam pesawat sewaktu tiba di Taiwan |
Mula terbang merentas Taiwan menuju ke utara |
Kawasan pertanian |
Kincir angin |
Bandar Taoyuan di mana letaknya lapangan terbang antarabangsa bagi Taipei |
Lebuhraya |
Mendarat di Taoyuan International Airport, Taipei |
Taoyuan International Airport, Taipei |
Pesawat docking di bangunan terminal |
Bersiap-sedia untuk keluar dari pesawat |
Pesawat Malaysia Airlines MH366 selamat mendarat di Taoyuan (sebutan sebenar: Taoyuen) International Airport di Taipei pada pukul 2.50 petang. Proses landing pesawat juga sangat smooth sampai tak terasa yang tayar pesawat dah mencecah bumi. Tahniah kepada Pilot yang membawa pesawat ini. Clap, clap, clap!!!
Taiwan dengan Malaysia tidak mempunyai perbezaan waktu. Cuma bezanya matahari di Taiwan terbit seawal pukul 6 pagi dan terbenam pada pukul 5.20 petang dalam musim luruh seperti ketika kami berada di sana.
Menuju ke imigresen |
Pemandangan sewaktu menuju ke imigresen |
Walkalator |
Selamat Datang ke Taiwan. Nasib baik dia letak gambar Sun Bear dan bukan gambar Babi untuk menyambut kedatangan kita. Hahaha!! |
Masih menuju ke pemeriksaan imigresen |
Taiwan adalah pengeluar mikrochip yang terbesar di dunia. Malah mereka adalah pembekal mikrochip kepada Syarikat Apple. Boleh dikatakan Apple tak akan wujud tanpa mikrochip dari Taiwan. Disebabkan faktor ini jugalah kami perhatikan pemeriksaan imigresen di Taiwan cukup laju. Mesti komputer mereka dibekalkan dengan mikrochip yang super hebat.
Gambar berhampiran tempat pemeriksaan passport |
Tour Guide kami yang bernama Philips dan pemandu yang bernama Mr. Liu dah sedia menanti ketibaan kami di Taoyuan International Airport. Mula-mula kami cakap English dengan Philips sebab ingatkan dia orang Taiwan. Mr. Liu pula hanya boleh berbahasa Mandarin. Bila mendapat tahu yang Philips adalah sebenarnya Indonesian Chinese yang bekerja di Taiwan, terus kita switch ngomong-ngomong dalam Bahasa Indonesia. Hahaha!!
Bertemu Philips di Taoyuan International Airport |
Maklumat ketibaan dan perlepasan pesawat di Taoyuan International Airport |
Kenderaan yang membawa kami touring sewaktu di Taiwan |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
- Bhg. 01 [Pre-Departure]: Salam Taiwan (Hotel Sama-Sama KLIA1)
- Bhg. 02 [Hari 1]: Departure (KL - Taoyuan - Taipei
- Bhg. 03 [Hari 1]: Taipei (Taipei City)
- Bhg. 04 [Hari 1]: Taipei (Ximending)
- Bhg. 05 [Hari 2]: Taipei (Taipei City Tour)
- Bhg. 06 [Hari 2]: Taipei (Chiang Kai Shek Memorial - 1)
- Bhg. 07 [Hari 2]: Taipei (Chiang Kai Shek Memorial - 2)
- Bhg. 08 [Hari 2]: Taipei (Grand Mosque Taipei & Sun Yat Sen Memorial)
- Bhg. 09 [Hari 2]: Taipei (Taipei 101 - 1)
- Bhg. 10 [Hari 2]: Taipei (Taipei 101 - 2)
- Bhg. 11 [Hari 2]: Taipei (Wufenpu Clothing Market & Songshan Station)
- Bhg. 12 [Hari 2]: Taipei (Raohe Street Night Market)
- Bhg. 13 [Hari 2]: Taipei (Ciyou Temple & Youssef Shawarma Halal)
- Bhg. 14 [Hari 3]: Taipei (Wanhua District & Xining Market)
- Bhg. 15 [Hari 3]: Taipei - Yehliu (Pineapple Cake & Perjalanan Ke Yehliu)
- Bhg. 16 [Hari 3]: Yehliu (Yehliu Geopark - 1)
- Bhg. 17 [Hari 3]: Yehliu (Yehliu Geopark - 2 & Masala-Zone)
- Bhg. 18 [Hari 3]: Tamsui (Fisherman's Wharf & Fort San Domingo)
- Bhg. 19 [Hari 3]: Shifen (Shifen Waterfall)
- Bhg. 20 [Hari 3]: Shifen (Sky Lantern)
- Bhg. 21 [Hari 4]: Taipei (Dadaocheng Wharf)
- Bhg. 22 [Hari 4]: Flight Retimed (Taipei Taoyuan Airport)
- Bhg. 23 [Hari 4]: Flight Retimed (Taoyuan - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.