Oktober 2023
NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 11: Taipei
WUFENPU CLOTHING MARKET & SONGSHAN STATION
HARI KEDUA (7)
Part 28: Wufenpu Clothing Market
Dari Taipei 101, Philips dan Mr. Liu membawa pula kami melawat ke Wufenpu Clothing Market.
|
Meninggalkan Taipei 101 |
|
Pemandangan di kota Taipei |
|
Pengawal lalu-lintas di tengah kota Taipei |
Wufenpu Clothing Market adalah pasar borong jualan pakaian yang terbesar di Taipei. Ia agak sepi sewaktu kami tiba kerana weekday dan office hours. Kalau di hujung minggu pula, suasananya sibuk dan havoc.
|
Kawasan Wufenpu Clothing Market |
|
Wufenpu |
|
Berjalan menuju ke Clothing Market |
Pelbagai pakaian dijual di Wufenpu Market. Sebahagian besarnya adalah pakaian wanita, tetapi semuanya stylish bergaya dan tampak tidak sesuai dengan imej Muslimah. Saiznya pun kecil-kecil dan kebanyakannya tidak sesuai dengan saiz wanita Malaysia kerana seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini, saiz badan orang berketurunan Cina di sebelah sini dunia memang comel-comel belaka.
Kata Philips, wanita muda di Taiwan memang suka membeli pakaian. Malah ada gurauan popular di Taiwan yang mengatakan wanita akan membeli pakaian baru setiap dua hari.
Cerita Philips kepada kami lagi, sewaktu dia menuntut di sebuah universiti di Taipei dulu, pada setiap hujung tahun pasti akan ada suatu hari di mana penuntut-penuntut wanita yang tamat pengajian akan melonggokkan pakaian yang tidak mahu dibawa balik untuk diambil oleh sesiapa saja yang berkeinginan. Kami patut tengok longgokan pakaian ini, kata Philips, sebab ia memang setinggi gunung.
|
Disebabkan Wufenpu terkenal sebagai pusat jualan borong, pakaian-pakaian yang dijual banyak yang dilonggok dalam guni-guni plastik seperti ini. |
Melihat pakaian yang dijual dan ditambah dengan cerita Philips tentang kegilaan wanita-wanita muda di Taiwan yang gemar membeli pakaian setiap dua hari, memang make sense kepada kami bagaimana kedai-kedai pakaian bundle boleh begitu maju di Malaysia. Maklum sajalah kerana sumber pakaian yang dijual di kedai-kedai bundle ini adalah negara-negara di Timur Jauh seperti Jepun, Korea dan Taiwan.
Di celah-celah kedai pakaian di Wufenpu Market ini kita dapat juga melihat beberapa kedai jualan lain. Sesuatu yang diperhatikan di Taiwan ialah banyak barang-barang jualan diletakkan tanpa sebarang jagaan di luar kedai. Disebabkan Taiwan sangat aman, tak pernah ada kes di mana barang-barang ini dicuri.
|
Banyak barang-barang jualan yang diletakkan di luar kedai tanpa pengawasan di Taipei |
|
Convenience Store seperti Family Mart juga meletakkan barang-barang jualan di luar kedai tanpa pengawasan |
|
Kadar jenayah yang rendah membuktikan bahawa Taiwan adalah sebuah negara yang aman dan makmur |
Sambil-sambil melihat pakaian dan barang-barang lain yang dijual di Wufenpu ini, kita perhatikan juga suasana di sekitar...
|
Ada kotak khas untuk penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat di Taipei |
Dalam sibuk kononnya tak mahu membeli apa-apa, Husband tersambar juga sehelai T-Shirt di sini. Suka betul dia sebab mendapat T-Shirt yang sesuai dengan citarasa dan yang lebih penting, ada pulak saiz yang sesuai.
|
Kedai T-Shirt yang berjaya menggoda Husband |
|
Seronok dapat membeli sehelai T-Shirt |
Selepas Husband membeli T-Shirt, kami terus meronda sekeliling Wufenpu Market. Setelah beberapa seketika kami mula merasa bosan. Kata Philips, destinasi kami selepas ini adalah Raohe Street Night Market tetapi ia hanya dibuka pada pukul 5 petang. Jadi Philips mencadangkan supaya kita nongkrong (melepak dalam Bahasa Indonesia) dulu sampai Raohe Street Night Market dibuka. Kami setuju saja dengan cadangan Philips.
Kami lalu berjalan keluar dari kawasan Wufenpu Market...
Lega rasanya bila dapat keluar dari Wufenpu Clothing Market sebab terasa yang kita dah overdose dengan pemandangan pakaian.
|
Keluar dari Wufenpu Market |
|
Stok pakaian jualan baru tiba di Wufenpu Market |
|
Wufenpu Clothing Market |
Part 29: Songshan Station
Philips membawa kami berjalan kaki menuju ke Songshan Station yang berhampiran. Walaupun ia adalah sebenarnya sebuah stesen keretapi, ada banyak kedai terdapat di dalamnya.
|
Songshan Station |
|
Pemandangan sebaik masuk ke dalam Songshan Station |
|
Perhiasan pada siling bangunan Songshan Station |
Walau ada banyak gerai makanan di Songshan Station, ia tak sesuai untuk dijadikan tempat melepak kerana tak mempunyai tempat duduk. Konsep jualan yang digunakan adalah grab and go.
|
Suasana di dalam Songshan Station |
|
Gerai makanan di dalam Songshan Station |
|
Kebanyakan gerai tidak mempunyai meja tempat duduk kerana mengamalkan konsep grab and go. |
Philips seterusnya membawa kami naik ke Aras 3 menuju ke sebuah kedai buku Jepun yang bernama Tsutaya Bookstore. Di satu bucu kedai kopi ini ada sebuah kafe yang bernama Louisa Coffee. Di situlah kami melepak sementara menunggu Raohe Street Night Market dibuka.
|
Naik escalator ke Aras 3 |
|
Pemandangan di Aras 3 |
|
Tsutaya Bookstore |
|
Louisa Coffee yang terletak di satu bucu pintu masuk ke Tsutaya Bookstore |
Louisa Coffee adalah sebenarnya kedai kopi yang popular di Taiwan. Di sekitar Taipei sendiri, ada banyak kedai Louisa Coffee yang kami perhatikan. Malah dekat hotel penginapan kami Papa Whale Hotel pun ada sebuah cawangan Louisa Coffee.
|
Pelbagai makanan ringan yang dijual di Louisa Coffee |
Kami membeli Donut dan French Toast sebagai hidangan minum petang di Louisa Coffee. Kedua-duanya beserta minuman berharga NTD 180 (RM 27). Philips tak menyertai kami minum petang di sini kerana dia nak berjalan-jalan di dalam kedai buku.
|
Suasana di tingkat bawah Songshan Station |
|
Uniqlo |
|
Keluar dari Songshan Station |
Philips dah mengatur dengan Mr. Liu untuk pick-up kami di depan Songshan Station.
|
Suasana di luar Songshan Station |
Bersambung ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
No comments:
New comments are not allowed.