Oktober 2023
NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 15: Taipei - Yehliu
PINEAPPLE CAKE & PERJALANAN KE YEHLIU
HARI KETIGA (2)
Part 35: Pineapple Cake
Program kami pada Hari Ketiga di Taiwan adalah melawat ke tiga buah destinasi yang terletak di Utara Taiwan: Yehliu, Tamsui dan Shifen. Pada pukul 8.30 pagi seperti yang dijanjikan, Philips bersama Mr. Liu datang menjemput kami di Hotel Papa Whale.
Peta yang menggambarkan lokasi Yehliu, Tamsui dan Shifen dari Taipei |
Hotel Papa Whale |
Destinasi pertama kami adalah Yehliu. Sewaktu memulakan perjalanan Philips memberikan souvenir kepada kami sekeping seorang coaster pelapik minuman seramik. Walaupun Philips tak cakap dan kami pun tak bertanya, Myself rasa souvenir ini sebenarnya diberi oleh Taiwan Tourism Bureau.
Souvenir dari Taiwan |
Perjalanan menuju ke pinggir bandaraya Taipei |
Pemandangan di Taipei |
Pineapple Cake adalah makanan tradisional popular yang sering dijadikan cenderamata oleh pengunjung ke Taiwan. Oleh yang demikian sebelum meninggalkan Taipei, kami dibawa singgah ke sebuah kedai Pineapple Cake yang popular di Taipei bernama Vigorkobo.
Vigorkobo Pineapple Cake |
Kucing Maneki Neko yang menggamit kedatangan pengunjung ke kedai Vigorkobo. Boleh letak muka kita kat lubang situ kalau nak menyamar menjadi Maneki Neko yang comel. |
Suasana di dalam Vigorkobo Pineapple Cake |
Pelbagai jenis Pineapple Cake yang dijual |
Satu lagi pemandangan suasana di dalam kedai |
Pelbagai jenis sample percuma Pineapple Cake diberi kepada kami di kedai ini. Rasanya seakan-akan kuih Tart Nanas yang selalu kita makan di Hari Raya. Seriously, semuanya sedap-sedap. Yang paling best, semua produk di dalam kedai ini mempunyai perakuan Halal dari Taiwan INHART Halal Certification Authority (TIHCA).
Petugas Vigorkobo memberi penerangan tentang produk keluaran mereka kepada kami. |
Husband mencuba pelbagai sample percuma Pineapple Cake |
Perakuan Halal dari TIHCA |
Free wifi pun ada |
Memilih sample untuk dicuba |
Walaupun Pineapple Cake ini sedap-sedap belaka, tak dapatlah kita nak membeli kesemuanya sebab harganya tidaklah murah. Kita belilah beberapa kotak untuk diberi sebagai souvenir kepada staff di ofis. Yang bagusnya, dalam setiap kotak ada 10 individual packs yang boleh dipecah-pecah menjadi souvenir untuk setiap seorang. Feedback yang didapat dari staff di ofis juga ialah rasanya memang sedap.
Pelbagai perasa Pineapple Cake yang dijual |
Setiap kotak ada individual packs di dalamnya |
Cashier |
Memuktamadkan urusniaga |
Part 36: Perjalanan Ke Yehliu
Perjalanan kami diteruskan ke Yehliu untuk melawat Yehliu Geopark yang terkenal di Taiwan. Jarak di antara Taipei dan Yehliu adalah 35 km dan perjalanan ke sana dijangka memakan masa kira-kira 40 minit.
Traffic jam sewaktu meninggalkan Taipei |
Kenangan dalam perjalanan ke Yehliu |
Dalam perjalanan menuju ke Yehliu, kami bertanya kepada Philips jika dia telah menjadi warga negara Taiwan sekarang. Kata Philips, dia masih memegang passport Indonesia tetapi telah mendapat status Permanent Resident Taiwan sejak 5 tahun yang lepas. Dia tidak menjadi warga negara Taiwan kerana seperti Malaysia, Indonesia juga tidak membenarkan rakyatnya memiliki dua kerakyatan.
Philips seterusnya bercerita tentang ramai warga negara Taiwan yang mempunyai dua kerakyatan kerana dual citizenship dibenarkan di negara ini. Negara kerakyatan kedua yang popular di kalangan penduduk Taiwan adalah Amerika Syarikat.
Pinggir bandaraya Taipei |
Masih pemandangan di pinggir bandaraya Taipei |
Satu lagi pemandangan di pinggir bandaraya Taipei |
Philips juga bercerita tentang Compulsory Military Service di Taiwan. Disebabkan negara ini sentiasa terdedah kepada ancaman peperangan dengan negara China, semua rakyat Taiwan wajib mengikuti latihan ketenteraan selama 6 bulan selepas tamat sekolah menengah. Malah rekod perkhidmatan latihan ketenteraan ini juga menjadi dokumen wajib bagi rakyat yang ingin melanjutkan pengajian di universiti.
Namun begitu, ramai juga ibu bapa yang tidak suka anak mereka menyertai latihan ketenteraan ini. Oleh yang demikian, seawal usia 14 tahun ramai yang dihantar bersekolah di luar negara seperti Amerika Syarikat terutama di kalangan mereka yang mempunyai dua kerakyatan.
Rakyat biasa yang tidak mempunyai dua kerakyatan pula akan mengelak dari menjadi tentera dengan memilih menjadi obese sehingga dianggap tidak fit bagi tujuan latihan ketenteraan.
Kesesakan jalan raya sewaktu nak meninggalkan Taipei |
Ada petak khas yang disediakan untuk penunggang motorsikal menunggu di persimpangan lampu isyarat di Taipei |
Di perhentian lampu merah, ada ramai orang tua yang akan menghampiri kenderaan untuk menyerahkan pelbagai brochure dan booklet iklan. Menurut Philips disebabkan kos kehidupan yang tinggi di Taipei, ramai penduduk tuanya yang mengambil upah bekerja begini. Mereka dibayar mengikut bilangan brochure dan booklet yang diedar. Selalunya pemandu dan penumpang kenderaan akan mengambil apa juga brochure dan booklet yang diedarkan untuk membantu mereka.
Pakcik tua yang menghampiri kenderaan kami untuk menyerahkan iklan. |
Masuk ke lebuhraya |
Pemandangan Bangunan Taipei 101 dari lebuhraya |
Perjalanan dari Taipei ke Yehliu adalah menggunakan National Highway No.1. Hari itu adalah hari Jumaat dan ada banyak kenderaan menggunakan lebuhraya. Kata Philips, suasana Hari Jumaat memang begini kerana ramai yang mengambil cuti tambahan sempena cuti hujung minggu.
Menara pencawang elektrik yang dibina di atas pelantar kerana rupabumi yang tidak sesuai untuk meletakkan menara di atas tanah |
Semakin jauh meninggalkan Taipei |
Starlight Bridge |
Menara Telekomunikasi |
Signboard di tepi jalan banyak yang ditulis dalam Bahasa Cina |
Taiwan adalah sebuah negara yang bergunung-ganang. Di samping dibina bertingkat-tingkat, lebuhraya di Taiwan juga mempunyai banyak terowong yang dibina merentasi gunung.
Pemandangan gunung-ganang ini mula digantikan dengan pemandangan laut sewaktu kami tiba di Keelung. Cuaca sepanjang pagi ini walau bagaimanapun suram kerana hujan dijangka turun sepanjang hari. Cuaca yang suram turut menyebabkan pemandangan laut menjadi muram.
Tiba di Keelung |
CPC bermaksud China Petroleum Company |
Pergunungan |
Lagi pemandangan indah pergunungan |
Burung Helang yang terbang di kawasan pergunungan |
Close-up Burung Helang yang sedang terbang |
Lautan Pasifik |
Pemandangan indah sewaktu menghampiri Yehliu |
Guanyinshan National Scenic Area |
Satu lagi pemandangan di Guanyinshan National Scenic Area |
Meninggalkan Guanyinshan National Scenic Area |
Semakin terasa yang kita dah semakin hampir ke Yehliu |
Yehliu adalah sebuah tanjung yang terletak di pantai utara Taiwan. Ia adalah lokasi Yehliu Geopark yang terkenal dengan formasi batuannya yang unik.
Guihou Fishing Harbour |
Kami tiba di Yehliu pada pukul 11 pagi lalu terus dibawa menuju ke Yehliu Geopark. Disebabkan Yehliu Geopark adalah tarikan pelancongan yang popular di Taiwan, kelihatan ada ramai orang berkunjung ke sana.
Yehliu |
Bandar Yehliu |
Tiba di Yehliu Geopark |
Bersambung ke Bahagian 16...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
- Bhg. 01 [Pre-Departure]: Salam Taiwan (Hotel Sama-Sama KLIA1)
- Bhg. 02 [Hari 1]: Departure (KL - Taoyuan - Taipei
- Bhg. 03 [Hari 1]: Taipei (Taipei City)
- Bhg. 04 [Hari 1]: Taipei (Ximending)
- Bhg. 05 [Hari 2]: Taipei (Taipei City Tour)
- Bhg. 06 [Hari 2]: Taipei (Chiang Kai Shek Memorial - 1)
- Bhg. 07 [Hari 2]: Taipei (Chiang Kai Shek Memorial - 2)
- Bhg. 08 [Hari 2]: Taipei (Grand Mosque Taipei & Sun Yat Sen Memorial)
- Bhg. 09 [Hari 2]: Taipei (Taipei 101 - 1)
- Bhg. 10 [Hari 2]: Taipei (Taipei 101 - 2)
- Bhg. 11 [Hari 2]: Taipei (Wufenpu Clothing Market & Songshan Station)
- Bhg. 12 [Hari 2]: Taipei (Raohe Street Night Market)
- Bhg. 13 [Hari 2]: Taipei (Ciyou Temple & Youssef Shawarma Halal)
- Bhg. 14 [Hari 3]: Taipei (Wanhua District & Xining Market)
- Bhg. 15 [Hari 3]: Taipei - Yehliu (Pineapple Cake & Perjalanan Ke Yehliu)
- Bhg. 16 [Hari 3]: Yehliu (Yehliu Geopark - 1)
- Bhg. 17 [Hari 3]: Yehliu (Yehliu Geopark - 2 & Masala-Zone)
- Bhg. 18 [Hari 3]: Tamsui (Fisherman's Wharf & Fort San Domingo)
- Bhg. 19 [Hari 3]: Shifen (Shifen Waterfall)
- Bhg. 20 [Hari 3]: Shifen (Sky Lantern)
- Bhg. 21 [Hari 4]: Taipei (Dadaocheng Wharf)
- Bhg. 22 [Hari 4]: Flight Retimed (Taipei Taoyuan Airport)
- Bhg. 23 [Hari 4]: Flight Retimed (Taoyuan - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.