Oktober 2023
NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 21: Taipei
DADAOCHENG WHARF
HARI KEEMPAT (1)
Part 44: Hari Terakhir Di Taipei
Hari ini adalah hari terakhir kami di Taipei. Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur pada awalnya dijangka berlepas pada pukul 3.10 petang, tetapi pada lewat petang semalam kami telah mendapat notifikasi pemakluman dari Malaysia Airlines yang penerbangan ini telah dijadualkan semula pada pukul 9.55 malam.
Haru juga kami memikirkan apa yang patut dibuat sehingga ke pukul 9.55 malam ini? Setelah menimbangkan semua kemungkinan, kami decide untuk pergi sahaja ke airport mengikut perancangan pada pukul 11 pagi dan menunggu di sana sampai waktu perlepasan pulang. Oleh yang demikian seperti hari-hari yang sebelumnya, kami turun breakfast di Hotel Papa Whale pada pukul 7 pagi.
|
Bergambar di pintu masuk ke restoran Hotel Papa Whale |
Keluarga Muslim Thai yang breakfast Halal bersama kami semalam dah tak ada pagi ini. Oleh yang demikian, makanan Halal hanya disediakan untuk kami berdua.
|
Makanan Halal yang disediakan khas untuk kami berdua pagi ini |
|
Pinggan mangkuk Halal yang juga disediakan khas untuk kami |
Kita tengok apa makanan Halal yang disediakan oleh Hotel Papa Whale untuk kami pagi ini...
|
Ayam |
|
Mee Goreng |
|
Salad |
|
Sayur Kubis |
|
Telur Rebus |
|
Alhamdulillah. sedap breakfast kita pagi ini... |
Part 45: Yanping Riverside Park
Oleh kerana ada waktu terluang pagi ini, kami bercadang untuk bersiar-siar di Yanping Riverside Park yang terletak tidak begitu jauh dari hotel kami sehingga ke Dadaocheng Wharf.
|
Menyusur hotel menuju ke arah Sungai Tamsui |
|
Oleh kerana hari masih awal, banyak kedai yang masih belum memulakan pernaiagaan |
|
Zhongxiao Bridge |
|
Kawasan lapang di sebelah kanan ini adalah sebahagian dari Yuquan Park |
|
Jambatan tinggi yang berselirat dia atas sana adalah sebahagian dari Huanhenabei Expressway |
|
Lintasan pejalan kaki menuju ke Yanping Riverside Park |
|
Yanping Riverside Park |
Yanping Riverside Park adalah sebuah taman rekreasi yang popular di kalangan penduduk Taipei. Ramai yang kami lihat berjalan-jalan, berjogging dan juga berbasikal di taman ini. Dari info yang Myself baca, taman ini akan penuh dengan bunga-bungaan pada waktu spring. Namun disebabkan kami tiba pada awal musim autumn, hanya padang hijau saja yang kelihatan di sini.
|
Pemandangan di Yanping Riverside Park |
|
Kalau di musim spring, taman ini akan dipenuhi dengan bunga |
|
Jogging |
|
Berbasikal |
Seperti juga semalam, cuaca sangat mendung pada pagi ini. Hujan juga dijangka akan turun sepanjang hari. Risau juga dalam hati takut-takut cuaca buruk akan semakin melewatkan lagi jadual penerbangan pulang kami yang dah pun terlewat itu.
|
Pemandangan di tebing Sungai Tamsui |
|
Cuaca sangat mendung pada pagi ini |
|
Zhongxiao Bridge yang dibina bertingkat-tingkat |
|
Taibei Bridge
|
|
Kawasan bandar di seberang sana dinamakan Sanchong District |
|
Suasana yang damai tetapi agak meresahkan sebab cuaca nampak macam nak hujan sangat |
Satu pemandangan yang menarik sewaktu kami bersiar-siar di sini adalah melihat banyak ikan yang melompat-lompat di permukaaan air di dalam Sungai Tamsui. Sayang sungguh kamera kita tak cukup powerful nak capture gambar ikan yang sedang melompat-lompat ini.
|
Ada banyak ikan sedang melompat-lompat di dalam air sungai sebenarnya. |
|
Burung yang mengintai peluang nak menangkap ikan yang melompat-lompat |
|
Mural lukisan sejarah Taipei di seberang sungai |
|
Berehat di tepi sungai |
|
Beriadah bersama anjing kesayangan |
|
Pemilik anjing perlu mengutip buangan haiwan peliharaan mereka di Taipei |
|
Pesawat yang sedang terbang rendah nak mendarat di Taipei Songshan Airport berhampiran |
|
Bergambar di tepi Sungai Tamsui |
|
Berjogging beramai-ramai |
|
Menuju ke Taipei Taoyuan Airport
|
|
Antara pemandangan pertama yang kami lihat sewaktu tiba di Taipei dulu |
|
Taoyuan Longde Temple |
|
Arah ke Taoyuan Airport |
|
Tiba di Taipei Taoyuan Airport |
Bersambung ke Bahagian 22...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
No comments:
New comments are not allowed.