Oktober 2023
NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 23: Flight Retimed
TAOYUAN - KUALA LUMPUR
HARI KEEMPAT (3)
Part 49: Monarch Plaza Hotel
Seperti yang diarahkan, penumpang-penumpang Malaysia Airlines yang telah mendaftar untuk menginap di hotel berkumpul di depan kaunter check-in pada pukul 2.10 petang. Ada lebih kurang 20 orang rasanya. Kami kemudian dibawa ke bas yang akan membawa kami ke hotel.
|
Bas yang akan membawa kami ke hotel |
|
Suasana di dalam bas |
|
Meninggalkan Taoyuan Airport menuju ke hotel |
Hotel penginapan yang diberi oleh Malaysia Airlines adalah sebuah hotel 5 bintang di bandar Taoyuan berhampiran yang bernama Monarch Plaza Hotel. Perjalanan dengan bas ke sana memakan masa kira-kira 15 minit.
|
Tiba di Taoyuan |
|
Monarch Plaza Hotel di Taoyuan |
|
Bas tiba di depan hotel |
|
Menuju ke kaunter pendaftaran |
|
Pemandangan ke dalam bilik |
|
Pemandangan menghala ke arah tingkap |
|
Pemandangan menghala ke arah pintu masuk. Pintu masuk ke bilik terletak dekat sofa di ruang sana. Pintu yang dekat ini adalah ke bilik air. |
|
Pemandangan bilik mandi |
|
Satu lagi pemandangan di dalam bilik mandi |
Syukur Alhamdulillah kerana mendapat bilik yang selesa begini untuk berehat. Sewaktu datang ke airport pagi tadi dah terbayang yang kami terpaksa duduk merengkuk kat kerusi menunggu di airport selama 9 jam sehingga waktu berlepas. Inilah satu kelebihan kalau terbang dengan premier airlines macam Malaysia Airlines. Kalau naik low cost airline macam Air Asia, jangan haraplah nak mendapat kemudahan begini kalau flight delay lama.
|
Pemandangan bandar Taoyuan dari bilik kami |
|
Zebra Crossing yang diperhatikan dari bilik kami |
|
Kunci bilik |
|
Settling down |
Lepas dah settle down, bolehlah kita duduk menikmati lunch Tuna Sandwich yang dibeli di restoran Subway tadi dengan baucer yang diberi oleh Malaysia Airlines. Lepas itu boleh pulak kita bersolat Jamak Zohor dan Asar dengan selesa dalam bilik. Syukur Alhamdulillah.
|
Lunch Tuna Sandwich yang dibeli di restoran Subway di Taoyuan Airport |
|
Nyummm, sedap!! |
Dinner pula disediakan pada pukul 6 petang di sebuah bilik khas di Tingkat 3. Dinner ini juga ditanggung oleh Malaysia Airlines.
|
Turun ke Tingkat 3 untuk dinner |
|
Dinner disediakan di bilik di sebelah kiri ini |
Dinner disediakan Chinese Style dalam dua meja bulat yang dikongsi 10 orang setiap meja. Cuma kami berdua sahaja yang Melayu di meja kami. Yang lain adalah terdiri dari rakyat Malaysia berketurunan Cina. Ada juga seorang wanita Taiwan yang merupakan isteri kepada seorang Malaysian Chinese di meja kami.
|
Meja bulat yang disediakan untuk dinner |
|
Menu dinner yang disediakan. Semua Halal dimakan kecuali Lamb Chop. Kami lupa nak request untuk tukar menu Lamb Chop ini kepada Ikan sewaktu mendaftar tadi. |
|
Duduk mengambil tempat |
Bila melihat kami tak makan Lamb Chop yang disediakan, semua ahli kumpulan kami yang Chinese itu menjadi concern. Mereka terus secara sukarela mengambil inisiatif untuk bertanya kepada waiter setiap makanan yang tiba dihidangkan bagi memastikan kandungannya. Terima kasih banyak-banyak, baik sungguh mereka semua. Tapi tak perlu risau sebenarnya sebab cuma Lamb Chop saja yang tak boleh dimakan. Yang lain semua kami bedal walaupun rasanya kurang berperisa pada lidah kami. Bukan makanan yang disediakan tidak sedap, cuma makanan local Taiwan memang berasa hambar begitu.
|
Menikmati makan malam |
Malu juga sebab kita terkial-kial nak mencuba menyepit makanan menggunakan chopstick. "Tak mengapa," kata mereka. "Tak payah sepit, kuis saja masuk ke dalam pinggan dengan chopstick. Kami pun selalu buat begitu," kata mereka.
|
Nasi Salmon, Egg Tart dan Steamed Shao Mei |
|
Anggota yang duduk di meja yang sebuah lagi |
Part 50: Dari Taoyuan Terbang Ke KL
Selepas makan kami balik semula ke bilik untuk mengambil beg. Selepas itu barulah kita check-out dari hotel. Pada pukul 8 malam, bas membawa kami kembali ke Taipei Taoyuan International Airport.
|
Pemandangan malam bandar Taoyuan dari bilik kami di Monarch Plaza Hotel |
|
Duduk menunggu bas di lobi |
|
Perhiasan kapal jade di lobi hotel |
|
Registration Counter di Monarch Plaza Hotel |
|
Perjalanan dari Monarch Plaza Hotel ke Taipei Taoyuan Airport |
Bas menurunkan kami dekat luar Food Court Terminal 1, Taipei Taoyuan International Airport. Sewaktu mencari toilet di Food Court ini, kami ternampak gerai Middle East Halal Kitchen. Mungkin inilah gerai Halal yang ditulis dalam baucer lunch yang diberi oleh Malaysia Airlines tengah hari tadi. Tetapi nampaknya gerai ini tidak lagi beroperasi. Mungkin ditutup sewaktu Covid-19 dan belum berjaya dibuka semula sampai sekarang.
|
Middle East Halal Kitchen di Food Court Terminal 1, Taipei Taoyuan International Airport yang nampaknya tidak lagi beroperasi |
|
Lif ke Stesen MRT Taoyuan Airport |
Disebabkan kami dah check-in, terus saja kami masuk ke Boarding Area. Sewaktu lalu di tepi Kaunter Malaysia Airlines, ramai juga penumpang yang kami lihat sedang beratur untuk check-in. Mungkin mereka sengaja datang lewat ke airport untuk check-in selepas mendapat tahu yang flight ke Kuala Lumpur telah ditukar waktu ke pukul 9.55 malam. Penumpang yang check-in selepas pukul 2 petang walau bagaimanapun tidak mendapat kemudahan bilik hotel macam kami tadi.
|
Kedai Duty Free |
Ada pengalaman menarik sewaktu lalu di Passport Control di Taoyuan Airport. Semua passport diperiksa menggunakan Autogate. Tidak seperti Autogate di KLIA yang cuma boleh membaca passport Malaysia, Autogate di sini boleh membaca passport dari seluruh dunia. Perkara yang menarik ialah bila Autogate ini mengesan passport kita adalah dari Malaysia, arahan yang keluar terus ditulis dalam Bahasa Malaysia. Canggih, kan?! Memang hebat microchip yang semestinya dibuat di Taiwan yang dipasang pada Autogate ini!
|
Mencari arah ke Boarding Gate |
|
Berjalan lagi menuju ke Boarding Gate |
|
Kena naik escalator pulak |
|
Hermès |
|
Kedai Duty Free lagi... |
|
Jauh juga ni nak berjalan... |
|
Check dulu kat Flight Information takut-takut berubah gate pulak... |
|
Gate tak berubah, Alhamdulillah. |
|
Arah ke Gate B4 |
|
Buggy |
|
Information Counter |
Lega bila akhirnya tiba di Boarding Gate kami ~ Pintu B4. Lebih lega bila melihat pesawat Malaysia Airlines yang nak membawa kami pulang ke Kuala Lumpur juga dah bersedia di sana. Tidaklah bertolak lebih lewat lagi.
|
Lega bila akhirnya tiba di Pintu B4 |
|
Maklumat pesawat di Pintu B4 |
|
Pintu B4 |
|
Penumpang mula masuk ke Boarding Gate |
|
Petugas di kaunter Boarding Gate |
|
Lega bila tengok pesawat Malaysia Airlines kami ke Kuala Lumpur dah bersedia di sana, tidaklah delay lagi. |
|
Di Gate sebelah pun ada sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines yang lebih kecil dari pesawat kami tengah parking. Pesawat yang ini nak menuju ke Kota Kinabalu.
|
|
Passport dan Boarding Pass |
|
Pemeriksaan dokumen |
|
Bila Myself serah passport dan boarding pass kami berdua, petugas ini bertanya, Husband kat mana? |
|
Tu dia tengah duduk melepak kat tepi tingkap! |
|
Selfie sebelum masuk pesawat |
|
Sajian penerbangan |
|
Pilihan Nasi |
|
Pilihan Mee |
|
Terbang di Laut China Selatan |
Penerbangan pulang dari Taipei ke Kuala Lumpur memakan masa kira-kira 4 jam 20 minit. Syukur Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan pulang ini sangat baik. Secara rasminya juga, percutian kami ke Taiwan telah berakhir. Myself dan Husband sepakat yang Taiwan adalah sebuah destinasi percutian yang menarik. Disebabkan jaraknya juga yang tidak terlalu jauh dari Malaysia, Taiwan mungkin boleh dipertimbangkan untuk percutian singkat lagi di masa hadapan.
|
Pertengahan jalan pulang |
|
Lampu pesawat dimalapkan untuk membolehkan penumpang tidur selepas makan |
Satu pemandangan yang menarik perhatian Myself pada malam ini ialah lampu-lampu kapal yang berlayar di Laut China Selatan. Dari atas begini, memang jelas kelihatan betapa banyaknya kapal yang menggunakan Laut China Selatan. Tetapi sesuatu yang Myself perhatikan ialah kapal-kapal ini macam tak bergerak. Mungkinkah kapal memang akan melabuhkan sauh dan tidak bergerak di waktu malam?
|
Lampu-lampu kapal di Laut China Selatan |
|
Hampir tiba di Tanah Air |
|
Lampu pesawat dibuka untuk membolehkan persiapan kabin untuk pendaratan |
|
Hampir tiba di Pahang |
|
Pemandangan sewaktu pesawat hampir masuk ke Pahang |
|
Semburan aerosol mengikut saranan World Health Organization (WHO) |
|
Malaysian Hospitality |
|
Bersedia untuk mendarat |
Alhamdulillah, pesawat Malaysia Airlines MH 367 selamat mendarat di KLIA pada pukul 2.10 pagi. Sebelum pulang ke rumah, pelbagai urusan terpaksa dibuat termasuk menukar kembali baki NTD kepada RM, memulangkan pocket wifi Roamingman dan siap-siap membeli breakfast di KLIA. Disebabkan pejabat Roamingman dah ditutup sewaktu kami tiba kembali ke KLIA, kami cuma membuat drop peralatan pocket wifi di tempat yang disediakan di tepi ofis mereka. Kami akhirnya tiba di rumah pada pukul 5 pagi. Selepas Solat Subuh, terus kita tidur merehatkan badan selepas tak tidur dengan sempurna hampir sepanjang malam...
|
Berlegar di Port Dickson sebelum mendarat |
|
Loji penapis minyak di Port Dickson |
|
Port Dickson |
|
Selamat mendarat di KLIA |
|
Bersiap-sedia untuk keluar dari pesawat |
|
Alhamdulillah, berakhir sebuah lagi perjalanan |
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
No comments:
New comments are not allowed.