Oktober 2023
NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 14: Taipei
WANHUA DISTRICT & XINING MARKET
HARI KETIGA (1)
Part 33: Breakfast Halal Di Hotel Papa Whale
Pagi ini kami excited sangat nak turun breakfast sebab semalam kami dah menempah Breakfast Halal dari Hotel Papa Whale.
|
Pemandangan awal pagi di restoran Hotel Papa Whale |
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Buffet Breakfast di Hotel Papa Whale |
Breakfast Halal kami disediakan bersekali dengan keluarga Muslim Thai semalam. Ada Mee, Telur, Ayam dan Sayur disediakan. Tidaklah makanan vegetarian semata-mata. Paling best, pinggan dan cutlery yang disediakan pun ada tanda Halal.
|
Breakfast Halal untuk kami dan keluarga Muslim Thai |
|
Selamba saja Pakcik Thai ini turun breakfast dengan memakai Kain Pelikat di Taiwan. |
|
Pinggan dan cutlery yang disediakan pun ada tanda Halal |
|
Jemput breakfast... |
Part 34: Jalan-Jalan Di Wanhua District
Selepas breakfast, kami berjalan-jalan lagi di sekitar hotel. Hotel Papa Whale ini terletak di sebuah kawasan yang bernama Wanhua, jadi kita namakan saja segmen pagi ini sebagai Jalan-Jalan Di Wanhua District.
|
Hotel Papa Whale |
|
Bangunan apartment di seberang hotel |
|
Simpang Kaifeng Street dan Kunming Street di depan hotel |
Di depan Hotel Papa Whale ada sebuah apartment yang dinamakan Fuxing Social Housing. Ia bukan saja apartment kediaman biasa tetapi turut mempunyai pusat jagaan orang tua (Elderly Service Center) di dalamnya. Tapi tak tahulah bagaimana ia berfungsi.
|
Fuxing Social Housing di depan Hotel Papa Whale |
|
Papan keterangan fasiliti yang ada di dalam Fuxing Social Housing |
|
Tulisan Cina ini bermaksud Fuxing Social Housing, Wanhua District, Taipei City |
Taipei adalah sebuah bandar yang sangat bersih dan teratur. Seperti yang pernah kami lihat di negara China, pekerja pembersihannya tidak hanya menggunakan peralatan moden untuk menjaga kebersihan. Penggunaan penyapu tradisional seperti penyapu jerami juga turut digunakan.
|
Pekerja pembersihan di kota Taipei |
|
Peralatan pembersihan yang digunakan |
Penduduk Taipei memang saling menghormati antara satu sama lain. Bukan sahaja pemandu kenderaan yang kami lihat menghormati pejalan kaki melintas, bahkan perokok juga menghormati orang yang tidak merokok. Banyak kali kami lihat dan alami sendiri bagaimana penduduk Taipei yang sedang merokok di tepi kedai atau di tepi jalan akan berhenti puffing dan menyembunyikan rokok di belakang bila ada orang lalu di depan. Bahkan pekerja construction yang merokok juga akan berbuat begitu.
|
Tapak-tapak kerja pembinaan di Taipei sentiasa dipagar dengan begitu kemas |
Kami decide nak venture jauh sikit dari hotel pagi ini lalu pergi ke sebuah taman di belakang Fuxing Social Housing.
|
Masuk ke lorong ini untuk melawat taman di belakang Fuxing Social Housing |
|
Taman di belakang Fuxing Social Housing |
|
Tenang dan damai |
Ada sebuah bangunan lain di belakang Fuxing Social Housing. Bila pergi dekat-dekat, rupa-rupanya ia adalah bangunan University of Taipei.
|
Bangunan University of Taipei |
|
Jom tengok dekat sikit... |
|
Pintu masuk ke bangunan University of Taipei |
Part 34: Xining Market
Kami terpandang Xining Market yang merupakan sebuah pasar basah di seberang jalan dari Wanhua Sport Center. Semalam kita dah melawat pasar malam Taiwan, apa kata kita melawat pula pasar basah Taiwan pagi ini?
|
Xining Market di seberang jalan |
|
Pintu masuk ke Xining Market |
|
Pasar sebenarnya terletak di bawah tanah |
Xining Market sebenarnya terletak di bawah tanah. Ada tangga yang curam disediakan untuk masuk ke dalam pasar. Ruang jualan di pasar ini pula dibahagi kepada beberapa sektor.
|
Pemandangan pertama di dalam Xining Market |
Sumber protein utama dalam makanan penduduk Taiwan adalah daging. Maka sektor pertama yang kita lihat sebaik masuk ke pasar ini ialah sektor daging.
|
Sektor jualan daging di Xining Market |
Sektor daging ini dikuasai oleh daging babi yang merupakan makanan kegemaran penduduk Taiwan. Malah dikatakan penduduk Taiwan memakan secara purata 50 kg / orang daging babi setiap tahun. Mungkin ada juga daging lain seperti daging lembu yang dijual di sini, tetapi macam tenggelam dengan daging babi yang banyak begitu.
|
Banyak daging babi dijual di sini |
|
Semua parts babi ada dijual ~ dari kepala sampailah ke ekor dan kaki |
|
Bak kata Husband, tak pernah kami tengok daging babi sebanyak ini sebelum ini. Hahaha!! |
|
Kaki dan usus babi |
Kami tak venture jauh sangat ke dalam sektor jualan daging ini kerana takut juga tersentuh daging babi yang banyak dijual. Jenuh pulak nak menyamak nanti. Maka kami terus beredar ke sektor seafood pulak.
|
Seksyen jualan seafood |
|
Pelbagai jenis ikan |
|
Ikan Kerapu |
|
Kebersihan sangat diambil berat di pasar ini |
|
Ikan Salmon |
|
Udang |
Kita jalan-jalan di sekitar pasar melihat barang jualan mereka. Pekedai di sini juga baik-baik, tak kisah pun kalau kita sekadar berjalan melihat-lihat barang jualan mereka. Ramai juga yang menegur, tapi begitulah ~ bahasa memang menjadi penghalang. Kita pulak cuma tahu cakap "Ni hao (how are you)" dan "Xiexie (Thank you)" saja. Tak terungkap pula perkataan "Wo Ai Ni (I Love You)" kat sini. Hahaha!!
|
Barang-barang jualan di pasar disusun kemas dan rapi |
|
Ikan yang dijual cantik dan segar |
|
Menyiang ikan |
|
Ketam |
|
Tempat parking lori di luar pasar di basement bangunan |
Sesuatu yang menarik perhatian kami tentang pasar ini ialah walaupun barangan yang dijual terdiri dari barang-barang basah, ia memang tak berbau. Tertanya juga apa teknik yang diguna untuk mengawal bau di pasar ini.
|
Walaupun barangan yang dijual adalah barang-barang basah, tak ada bau yang tidak menyenangkan |
|
Cantik, kemas dan teratur |
|
Taiwan adalah antara pengeluar ikan tuna yang terbesar di dunia |
|
Pelbagai ikan laut |
|
Sekeluarga sedang menyiang ikan |
|
Hasil dari laut |
Buah-buahan dan sayuran segar juga ada dijual di pasar ini.
|
Buah-buahan |
|
Lagi suasana di Xining Market |
Selain ikan, daging dan sayur, ada juga beberapa benda yang pelik pada pandangan kami dijual di pasar ini. Antaranya termasuklah daging katak dan kepala itik.
|
Telur Ikan |
|
Daging Katak |
|
Kepala Itik |
|
Keluar meninggalkan Xining Market. Siksa juga memanjat tangga tu naik balik ke atas sebab kami tak mahu memegang railing tangga, takut ada darah babi terlekat kat situ. |
Program lawatan kami pada Hari Ketiga di Taiwan dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi. Dekat-dekat waktu yang ditetapkan, kami bergerak meninggalkan Xining Market kembali ke Hotel Papa Whale.
|
Berjalan pelan-pelan balik ke hotel |
|
Sekolah Menengah di Wanhua |
|
Bangunan berbata merah begini adalah bangunan bersejarah yang dibina di zaman penjajahan Jepun |
|
Banyak juga kereta Tesla yang kami perhatikan di Taiwan |
Bersambung ke Bahagian 15...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
No comments:
New comments are not allowed.