NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 3: Taipei
TAIPEI CITY
HARI PERTAMA (2)
Part 8: Dari Taoyuan Airport Ke Taipei City
Taoyuan International Airport terletak di bandar Taoyuan, kira-kira 40 km dari bandaraya Taipei. Perjalanan berkereta dari Taoyuan ke Taipei memakan masa kira-kira 45 minit menggunakan lebuhraya. Kalau nak tahu, Taiwan adalah sebuah negara pulau yang bersaiz lebih kecil dari Malaysia. Keluasan pulau Taiwan adalah dianggarkan hanya sebesar negeri Pahang di Malaysia.
|
Taoyuan City |
Oleh kerana perjalanan ke Taipei masih jauh, eloklah kita berkenalan lebih dekat dengan sejarah Taiwan. Taiwan adalah sebuah negara yang mempunyai sejarah moden yang unik. Ia adalah sebuah pulau yang memiliki beberapa buah kerajaan kecil di dalamnya sebelum tahun 1600. Taiwan kemudiannya menjadi tanah jajahan Belanda selama 40 tahun pada awal kurun ke-17 Masehi sebelum merdeka sekali lagi selama 2 dekad. Pada penghujung kurun ke-17, negara Taiwan dikuasai oleh Negara China yang memerintah selama 2 kurun. Ia seterusnya ditakluk oleh Jepun pada tahun 1895 melalui Sino-Japanese War I.
|
Pemandangan dalam perjalanan ke Taipei |
Taiwan dikembalikan kepada kerajaan Nationalist Chinese (Kuomintang) pada tahun 1945 selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II. Kuomintang adalah parti politik yang telah menubuhkan Republic of China (ROC) selepas menamatkan pemerintahan beraja di Tanah Besar China. Namun demikian, pada tahun 1948, kerajaan Kuomintang telah ditewaskan oleh Parti Komunis yang menubuhkan negara baru di Tanah Besar China yang dinamakan sebagai People's Republic of China (PRC) sehingga ke hari ini.
Pemerintah Kuomintang melarikan diri ke Taiwan dan menubuhkan kerajaan Republic of China (ROC) di sana serta mengisytiharkan negara tersebut bebas dari pemerintahan Komunis di China. Pengisytiharan ini walau bagaimanapun ditentang oleh Kerajaan Komunis China yang berpusat di Beijing. Sehingga kini Negara China masih menganggap Taiwan sebagai sebuah wilayah di dalam negara mereka dan bukan negara yang merdeka.
|
Lebuhraya menuju ke Taipei |
|
Ketika inilah Philips memberitahu yang dia sebenarnya berasal dari Indonesia |
|
Driver kami Mr. Liu yang kami rasakan adalah seorang yang kelakar sebab dia sentiasa ketawa bila bercakap dengan Philips. Sayang Mr. Liu cuma boleh berbahasa Mandarin. |
Kerajaan China kini mengenakan polisi "One-China" di mana mana-mana negara dunia yang mengiktiraf kemerdekaan Taiwan tidak akan dibenarkan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Negara China. Disebabkan kuasa ekonomi dan politik yang dimiliki oleh Kerajaan China, banyak negara dunia termasuk Malaysia terpaksa akur dengan ketetapan tersebut. Ini adalah kerana hubungan diplomatik dengan China memberi manfaat yang jauh lebih besar berbanding hubungan diplomatik dengan Taiwan. Kerana itulah Malaysia tidak membuka pejabat kedutaan kita di Taiwan. Yang ada sebaliknya hanyalah Pejabat Perdagangan Malaysia sahaja di Taipei.
|
Lagi pemandangan lebuhraya dalam perjalanan menuju ke Taipei |
|
Banyak bangunan di Taiwan dicat dengan warna perang (brown). |
|
Disebabkan kekurangan tanah, Taiwan mempunyai banyak lebuhraya yang dibina bertingkat-tingkat. |
|
Sampai di pinggir bandar Taipei |
|
Tamsui River |
|
Pemandangan bandaraya Taipei di seberang Tamsui River. Bangunan tinggi yang kelihatan adalah 85 Sky Tower yang merupakan bangunan tertinggi di Taiwan sebelum pembinaan Taipei 101. |
|
Selain Taoyuan International Airport, Taipei juga mempunyai sebuah lapangan terbang lain bernama Taipei Songshan Airport. Ia banyak digunakan oleh syarikat penerbangan dari negara serantau Taiwan seperti Korea Selatan dan Jepun. |
Part 9: Taipei City
Taipei adalah ibu negara Taiwan. Dengan penduduk seramai 2.6 juta orang, ia adalah bandaraya yang keempat terbesar di Taiwan selepas New Taipei, Kaohsiung dan Taichung. Tetapi jika New Taipei City di sekelilingnya turut diambilkira sebagai kawasan Metropolitan Taipei, penduduknya mencecah hampir 7 juta orang. Jumlah ini adalah melebihi 1/3 keseluruhan penduduk Taiwan yang berjumlah 23.4 juta orang.
|
Pemandangan umum di bandaraya Taipei |
Pemandangan di bandaraya Taipei sangat mirip dengan Hong Kong tetapi lebih kemas dan teratur pada pandangan kami. Taipei juga adalah sebuah bandar yang hampir tidak mempunyai sebarang kadar jenayah. Malah Taipei dikatakan jauh lebih selamat berbanding Jepun. Walaupun berketurunan Han seperti kebanyakan penduduk di Tanah Besar China, rakyat Taiwan sangat peramah, tertib dan sopan. Namun satu masalah besar yang sering kami hadapi ialah sebahagian besar penduduknya tidak pandai berbahasa Inggeris. Myself rasa memang sukar kalau travel bersendirian di Taiwan jika kita tak pandai berbahasa Mandarin.
|
Bangunan apartment moden di tengah bandar Taipei |
|
Kesesakan di bandar Taipei kerana rush hour selepas tamat waktu bekerja |
Sewaktu di bandar Taipei juga kami sering melihat kedai yang dipasang dengan lampu yang berbentuk seperti kipas. Menurut Philips, kedai-kedai ini menjual buah pinang. Penduduk Taiwan rupanya gemar mengunyah buah pinang sama seperti kebiasaan orang India dan juga orang Melayu di zaman dulu. Buah pinang ini dianggap sebagai stimulant yang boleh memberi lebih tenaga dalam menjalankan kegiatan harian.
Penduduk yang mengunyah pinang juga gemar meludah merata-rata. Kerana itulah ada banyak juga kesan merah buah pinang yang boleh dilihat bila kita berjalan di kaki lima kedai-kedai tradisional di Taipei.
|
Kedai yang mempunyai lampu seperti kipas begini adalah kedai menjual buah pinang |
Bangunan di tengah bandar Taipei juga banyak terdiri dari bangunan-bangunan lama. Ada ketikanya kita akan terasa seolah-olah sedang berada di tengah bandar George Town di Pulau Pinang bila melihat bangunan-bangunan lama ini.
Disebabkan hartanah yang mahal di Taipei juga, ramai penduduk Taipei yang menyewa kediaman. Lazimnya, pemilik rumah di Taipei tidak akan membenarkan penyewa mereka memasak di rumah untuk mengelak bahaya kebakaran. Maklum sajalah, kan makanan Cina sering dimasak dengan menggunakan api yang besar. Disebabkan faktor ini, kita dapat melihat banyak restoran, night market dan convenience store seperti 7-Eleven yang bertaburan di seluruh Taipei.
|
Bangunan-bangunan lama begini banyak dilihat di tengah bandar Taipei |
|
Basikal untuk disewa seperti ini terdapat di mana-mana saja di Taipei |
Kami melalui sebuah depot simpanan lori sampah sewaktu dalam perjalanan menuju ke hotel. Menurut Philips, seperti yang diamalkan di Jepun ada jadual kutipan sampah yang ketat yang perlu dipatuhi oleh penduduk Taipei. Tidak seperti di Malaysia, tong sampah tidak dibenarkan untuk diletakkan di depan rumah. Penduduk perlu menyerahkan sendiri sampah kepada lori kutipan yang lalu di kawasan mereka mengikut jadual. Kalau miss jadual yang disediakan, kenalah menghantar sampah ke tempat kutipan yang ditetapkan. Kitar semula bahan buangan juga adalah amalan yang biasa dilaksanakan di seluruh Taiwan.
|
Depot lori kutipan sampah yang dilalui dalam perjalanan menuju ke hotel |
|
Kedai menjual pelbagai barangan kegunaan rumah |
|
Macam pemandangan di Malaysia juga |
|
Pemandangan dekat hotel kediaman kami |
Part 10: Hotel Papa Whale
Hotel penginapan kami selama 4 Hari 3 Malam di Taiwan adalah hotel 3 bintang yang bernama Hotel Papa Whale. Ia terletak di sebuah kawasan bernama Wanhua di tengah-tengah bandar Taipei. Hotel ini unik kerana sepadan dengan namanya, ia mempunyai lukisan Ikan Paus di luar bangunan.
|
Hotel Papa Whale, Taipei |
|
Lukisan Ikan Paus pada dinding di luar hotel |
|
Pintu masuk ke Hotel Papa Whale |
|
Satu lagi pemandangan ke pintu masuk Hotel Papa Whale |
Lobi hotel ini dihias dengan konsep bangunan lama di sekitar tahun 1950-an dulu. Berbagai barang antik dapat dilihat di sekitar lobi.
|
Pam minyak lama yang menjadi hiasan di luar pintu masuk ke hotel |
|
Suasana di lobi hotel |
|
Kaunter reception Hotel Papa Whale |
|
Pemandangan dari tepi kaunter reception hotel |
|
Library yang penuh dengan buku-buku lama di lobi hotel |
|
Business Centre kecil di lobi hotel |
|
Meja yang disediakan di tepi lobi untuk kegunaan penghuni yang membeli makanan bungkus dari luar |
|
Barang-barang antik yang menjadi perhiasan di lobi hotel |
Dah puas admire perhiasan antik di lobi hotel, kita masuk pula ke bilik penginapan. Hotel ini sebenarnya setinggi 4 tingkat, tetapi tingkat paling tinggi yang tertera pada butang lifnya adalah Tingkat 5. Ini adalah disebabkan kepercayaan Orang Cina termasuk juga di Taiwan yang menganggap nombor 4 membawa maksud malang. Kami bertemu dengan ramai penginap hotel berketurunan Cina yang berasal dari Malaysia di sini. Terperanjat juga bila mereka menyampuk dan menegur bila kami berdua bercakap dalam Bahasa Melayu. Nasib baik kita tak bercakap mengumpat mereka. Hahaha!!
Bilik kami terletak di Tingkat 3. Walaupun lobi hotel dihias dengan konsep gudang barang antik, tingkat penginapan di hotel pula dihias bagai bangunan industri.
|
Konsep perhiasan bangunan industri di tingkat penginapan Hotel Papa Whale |
Biliknya juga agak luas dan selesa. Aircond dan sistem air panasnya berfungsi dengan baik. Water pressure pada shower bilik mandinya pun best. Toiletries yang lengkap turut disediakan untuk semua pengunjung. Tilam dan bantalnya pun best. Pendeknya, segala-gala di hotel ini memang best walaupun ia cuma bertaraf 3 bintang.
|
Bilik penginapan kami di Hotel Papa Whale |
|
Pemandangan menghala ke arah pintu |
|
Shower dan sinki. Towel dan toiletries yang lengkap turut disediakan. |
|
Toilet |
|
Kalau nak privacy sewaktu menggunakan bilik air, tarik curtain yang disediakan. |
Part 11: Berjalan Ke Ximending
Sebaik selepas meletakkan beg dalam bilik, kami turun kembali ke bawah kerana Philips nak membawa kami bersiar-siar di kawasan Ximending yang terletak berdekatan dengan Hotel Papa Whale. Sambil berjalan, banyak penerangan yang diberi oleh Philips tentang cara hidup penduduk di Taipei. Sebagai seorang rakyat Indonesia, dia banyak memberi insights kepada kami tentang amalan penduduk Taiwan yang berbeza dengan kebiasaan penduduk di Indonesia dan Malaysia.
|
Berjalan menghala ke Ximending |
Seperti di Singapura, pejalan kaki di Taipei cuma boleh melintas di kawasan zebra crossing sahaja. Seperti Orang Jepun, penduduk Taipei juga berjalan sangat laju. Bak kata Philips kalau nak ke mana-mana di Taipei jika berpandu kepada Google Map, jangan percaya sangat dengan tempoh masa berjalan yang diberi. Kalau tempoh masa berjalan yang ditulis adalah 10 minit dalam Google Map misalnya, itu adalah tempoh masa berjalan mengikut pace warga Taipei. Bagi orang luar macam kita, mungkin tempoh 10 minit itu adalah sebenarnya 20 minit.
|
Masa yang diberi oleh lampu hijau untuk pejalan kaki melintas jalan selebar ini di Taipei (dari tempat gambar ini diambil sampai ke kedai kuning di seberang sana) adalah 60 saat sahaja. Kalau tak berjalan laju mengikut pace warga Taipei, boleh tersekat kita kat tengah jalan sana bila lampu bertukar merah. Hahaha!! |
|
Seperti di Amsterdam, ada laluan basikal disediakan di seluruh bandar Taipei |
|
Kedai 7-Eleven di sekitar Taipei sering dihias dengan konsep-konsep tertentu. 7-Eleven yang ini misalnya dihias dengan konsep kartun Simpsons. |
Pemandu kenderaan di Taipei juga sangat hormat kepada pejalan kaki. Mereka pasti akan memberhentikan kenderaan bila nampak ada pejalan kaki nak melintas. Malah seperti di Dubai, ada apps yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk membolehkan pejalan kaki membuat laporan jika ada mana-mana pemandu yang tidak memberi laluan kepada mereka untuk melintas.
|
Masa 60 saat juga diberi untuk pejalan kaki melintas dari sebelah sini sampai ke seberang sana! |
|
You Bike yang boleh disewa untuk bersiar-siar di sekitar Taipei |
|
Laluan pejalan kaki yang luas di tengah bandaraya Taipei |
|
Walau ada banyak kedai makanan Arab dan India di Taipei, kena berhati-hati sebab banyak yang Tidak Halal. |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
No comments:
New comments are not allowed.